Showing posts with label Ankara. Show all posts
Showing posts with label Ankara. Show all posts

Thursday, 4 August 2016

Kembara Turki - Ankara & Bolu

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

16 Februari 2014
Ini hari kelima  kami berada di Turki. Hari ini kami akan ke Ankara dan seterusnya ke Bolu, tempat kami bermalam. Seperti hari-hari  sebelum ini, kami bertolak awal pagi meninggalkan Kapadokia kerana perjalanan yang agak jauh.


Inilah perjalanan yang telah kami lalui setakat ini ....
selama 5 hari bermula dari Istanbul ......
Sebelum meninggalkan Cappadocia, kami dibawa singgah dan membeli-belah (bagi yang berminat) di sebuah kedai barang kemas atau jewellery shop. Di sini ada dijual barang kemas yang bercirikan seni Turki dari sudut rekaan dan juga bahan-bahannya.

Inilah dia jewellery shop itu
Sebelum meneruskan perjalanan kami melencong ke barat dan menyinggah sekali lagi di suatu tempat yang agak menarik, Tuz Golu (bahasa Turki) atau Tasik Garam atau Salt Lake. Tasik ini terletak 105 km di timur laut Konya dan 150 km di selatan-tenggara Ankara. Tasik Tuz adalah tasik yang kedua terbesar di Turki dan antara tasik garam yang terbesar di dunia. Ini menjadikan ia sumber utama garam bagi penduduk Turki.

Apa yang menarik di sini ialah kita dapat berjalan di atas permukaan garam .... cantik memutih, luas sejauh mata memandang. Jikalau hari biasa, garam disimpan dalam bekas, tetapi hari ini ia dipijak. Tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini kecuali menikmati ciptaan Allah yang unik ini. Penduduk di sekitar Tasik Tuz mengambil kesempatan menjual produk garam mereka sebagai bahan kesihatan kepada pelancong-pelancong yang datang.

Tuz Golu = Tasik Garam
Berjalan di permukaan garam .... air tasik di belakang
berwarna seperti biasa ketika musim sejuk
Fenomena alam ciptaan Allah ..... air tasik bertukar menjadi merah
kerana kehadiran sejenis alga (berwarna merah) 
 yang berkembang biak
 dalam tasik pada musim panas ...... sumber foto - Mr Google
Kami hanya singgah sebentar di sini .... sekadar berjalan-jalan di pantai garam sambil melihat dan merasai kebesaran Allah dalam penciptaan  langit dan bumiNya, yang begitu indah dan penuh dengan pelbagai fenomena alam yang berbeza-beza. Firman Allah dalam QS Al-Baqarah:117


Dari sini kami meneruskan perjalanan hingga ke Ankara yang digelar 'The City of Ataturk' tanpa  berhenti. Ankara adalah ibu kota Turki sejak tahun 1923, menggantikan Konstantinopel atau Istanbul dan ia juga adalah bandar kedua terbesar di Turki. Semasa di Ankara kami dibawa melawat Mausoleum of Ataturk atau  Anitkabir yang juga bermaksud  kubur Ataturk.

Kompleks Anitkabir
sumber foto - Mr Google
Ada 4 elemen utama dalam kompleks ini:
1. Road of Lions
2. Ceremonial Plaza
3. Hall of Honor
4. Peace Park

Anitkabir dibina di atas sebuah bukit yang terletak di tengah-tengah bandar Ankara. Dari atas sini kita boleh melihat pemandangan ibukota yang cantik. Bangunan itu sendiri mengagumkan. Ia adalah sebuah struktur besar yang menjulang 56 kaki ke langit biru. Senibinanya pula adalah gabungan antara gaya lama dan moden. Di dalam bangunan inilah disimpan mayat Ataturk. Di sini juga terdapat sebuah muzium yang mempamerkan barangan peribadi Ataturk serta kisah kehidupan beliau.


Mausoleum of Ataturk atau  Anitkabir ....
..... pemandangan dari 'ceremonial courtyard'
 Tiang-tiangnya berukuran 47 kaki tinggi ....
.......  di sebelah kiri dan kanan pintu masuk
terdapat ucapan-ucapan yang pernah diberi oleh Ataturk
Hall of Honor
Batu seberat 40 tan yang berupa seperti keranda ini hanyalah simbolik sahaja.
Tidak ada mayat di bawahnya ..... mayat Ataturk disimpan di sebuah bilik
bawah tanah yang khas dalam bangunan ini
Jalan yang di belakang itu adalah 'Road of Lions' ....pejalan kaki sepanjang
860 kaki yang diapit kiri dan kanan oleh 12 pasang patung singa
Upacara 'change of guard' berlangsung ketika kami di sana
..... bertempat di 'ceremonial courtyard'
Pemandangan  kota Ankara dari puncak bukit Anit Tepesi
Elemen utama juga di kompleks ini .... tiang bendera setinggi 33.5m
'Peace Park' .... sebahagian dari pokok dan tumbuhan
 yang menghiasi sekelilng kawasan kompleks
Kepenatan .... berihat sekejap sementara menunggu yang lain-lain balik ke bas
Dari Ankara kami meneruskan perjalanan ke Bolu dan tiba di hotel penginapan kami bertepatan dengan waktu makan malam.

Koru Hotel .... inilah nama hotel kami
.... tapi yang ini adalah kedai runcit milik hotel
Selepas makan malam dan solat, kami berjalan-jalan sekejap di kawasan hotel sambil menghirup udara sejuk, sebelum masuk berihat dan tidur. Selamat malam!