Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.
Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!
😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!
Walaupun kami berada selama 3 hari di Limassol tetapi hanya sempat pergi ke beberapa tempat menarik yang berhampiran kerana suami ada seminar di sini. Jadinya keluar berjalan-jalan hanya bila ada kelapangan sahaja.
Seminar yang dihadiri suami |
Berjalan-jalan di pusat bandar sambil mencari cenderamata |
Limassol .... ptg 26 Jun 2018 |
1. Limassol Great Mosque
Kami juga melawat masjid besar Limassol. Berpusing-pusing jugalah kami mencarinya sebelum terjumpa. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kepir. Masjid ini adalah tinggalan daripada masyarakat keturunan Turki yang ramai tinggal di sini sebelum tahun 1974. Namun apabila peperangan tercetus pada tahun ini, ramai di kalangan mereka yang berpindah ke bahagian utara pulau.. Pada tahun-tahun 1990-an masyarakat Turki pulang semula ke Limassol beramai-ramai dan membina kembali penempatan mereka di sini.
Jom masuk dalam masjid pula!
Bagaimana kota ini termusnah? Mengikut maklumat dari pamplet ia dimusnahkan oleh Elexander the Great bersama negara-negara kota lain, dalam misi perluasan negara Macedonia. Walaupun begitu ada juga pendapat yang mengatakan ia musnah disebabkan gempa bumi yang berlaku di sini.
Istana ini dibina dari batu dan mempunyai 3 tingkat dengan ketiggian 21 meter dan dinding setebal 1.2 meter. Tingkat bawah sekali, kemungkinan besar dijadikan sebagai tempat menyimpan barang. Untuk masuk ke tingkat pertama perlu melalui jambatan angkat (drawbridge).
Nama Kolossi berasal dari nama penguasa feudal pertama di sini iaitu Garinus de Colos. Di bawah sistem feudal ini sebanyak 60 buah kampong diletakkan di bawah seorang penguasa yang mengawal mengurus dan mempergunakan hasil tanah penduduk. Sejak akhir kurun ke 14 istana ini tidak lagi berfungsi sebagai benteng pertahanan sepenuhnya, tetapi menjadi tempat tinggal rasmi dan pusat arahan penguasa feudal ini.
Ini lawatan pada 26 Jun. Pada 27 Jun kami ke Paphos, pelabuhan terbesar Cyprus yang terletak lebih kurang 50 km ke barat Limassol. Jom ke sana pula!
Masjid ini dibina ketika zaman pemerintahan Usmaniyah dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Ia menjadi salah satu daripada mercu-tanda sejarah yang banyak ditinggalkan oleh orang-orang Turki di sini dan juga sebagai simbol wujudnya pelbagai budaya di pulau ini. Kini masjid Kepir dikunjungi oleh orang-orang Islam yang tinggal di sekitar Limassol.
Limassol Grand Mosque ... bahagian depan |
.... bahagian sisi masjid |
Masjid ini menerima ramai pelawat bukan Islam .... siap ada notis etika masuk masjid |
Tempat wuduk .... ciri khusus masjid senubina Usmaniyah |
Persiaran atau promenade di Limassol ini sangat popular di kalangan mereka yang bercuti kerana pemandangan lautnya yang cantik, pantai yang berpasir, dan persekitaran yang dihiasi pokok-pokok palma dengan berlatar belakangkan laut yang membatasi sepanjang daratan. Ia menjadi tempat kegemaran warga kota bersantai.
3. Kourion Archaeological Site
Kourion adalah salah satu tapak arkeologi yang paling menakjubkan di pulau Cyprus. Ia adalah sebuah negara kota purba yang penting di pantai barat-daya pulau Cyprus. Hingga ke hari ini khazanah-khazanah baru masih ditemui di sana. Ia terletak 13 km ke barat dari Limassol dan ia termasuk di bawah jajahan British Overseas Territories (BOTs). Ia juga menjadi sebahgian dari Tapak Warisan Dunia UNESCO Paphos.
Apa yang paling menonjol di tapak ini ialah 'Greco-Rom amphitheatre' (perani Rumawi) yang indah, dibina pada abad ke-2 B.C. Vila-vila dengan lantai mozek yang mewah dan gereja Keristian terawal adalah antara khazanah yang terdapat di sini.
Tempat ini sangat luas dan terdapat banyak kompleks atau vila dalamnya. Tidak terdaya kami pergi ke semua kompleks yang ada dalam peta itu.
Kota purba ini terletak berhampiran dengan pantai dan ia dibina di atas bukit-bukit di kawasan ini. Kedudukan ini membolehkan kita menikmati keindahan pantai dan kebiruan laut Mediterranean apabila berada di sini. Jika melihat pada persekitarannya, terasa seolah-olah seperti kawasan ini kering kerana rupabumi yang agak gersang. Namun mengikut pengkaji sejarah kawasan ini banyak air pada suatu masa dahulu, kerana terdapat banyak bekas-bekas seperti saluran atau paip air dan kolam-kolam mandi di tapak kota purba ini.
Limassol Promenade - ptg 26 Jun 2018 |
... dihiasi pokok palma ... ramai datang berjogging di sini |
Pantai berdekatan ... pasirnya hitam Limassol ... senja 27 Jun 2018 |
3. Kourion Archaeological Site
Pamplet maklumat |
.... menceritakan sejarah kota purba ini |
Peta tapak - bertanda no 1 adalah The Theatre |
Tempat ini sangat luas dan terdapat banyak kompleks atau vila dalamnya. Tidak terdaya kami pergi ke semua kompleks yang ada dalam peta itu.
Notis maklumat menceritakan sejarah pembinaan dan perkembangannya serta ciri dan fungsi |
Pelan teater yang dibaikpulih dan perubahan pada pelan di berbagai periode |
Kedudukan theater di tepi laut dengan panorama yang indah |
Teater yang sudah dibaikpulih ... kini digunakan untuk persembahan terbuka teater dan muzik Episkopi Limassol .... ptg 26 June 2018 |
Greco-Rom Amphitheatre |
Ada bahagian daripada kota ini dibina bumbung supaya ia dapat dilawati pada setiap musim |
Keadaan di bawah bumbung ... |
.... disediakan laluan seperti jambatan untuk memudahkan kita melihat dari atas |
Contoh lantai mozek mewah di bilik-bilik yang terdapat di sini |
Tebing penara Kourion dengan kuburan purba |
Matahari terik dan sangat panas ...... summer Jun 2018 |
4. Kolossi Medieval Castle
Istana ini terletak di pantai selatan Cyprus, di barat bandar Limassol. Benteng zaman pertengahan ini adalah salah satu yang terpenting di pulau ini. Pada zaman itu istana ini sangat terkenal di kalangan pelawat yang datang ke kawasan ini kerana kedudukannya di tengah-tengah lembah yang subur dengan berbagai tanaman dan tumbuhan seperti buah zaitun, bijiran, tebu dan terutamanya buah anggur. Ia menjadi pengeluar utama wain tradisional Cyprus.
Istana yang ada sekarang ini adalah istana yang kedua dibina setelah yang pertama runtuh akibat diserang berkali-kali oleh pihak musuh dan juga beberapa kali dilanda gempa bumi. Istana baru yang lebih kuat dibina pada 1454 ... berdiri sehingga ke hari ini.
Pamplet maklumat |
Sedutan dari pamplet |
Kolossi Castle .... ptg 26 Jun 2018 |
Machicolation ( 5 lubang berjalur) ..... digunakan untuk mencurah air panas ke atas musuh yang cuba masuk |
Runtuhan dari istana pertama dikekalkan |
Lagi runtuhan dari istana pertama |
Jom masuk .... lalu jambatan angkat atau 'drawbridge' |
Bahagian dalam istana |
Jom naik ke bahagian atas sekali pula ... gerun juga naik tangga ini |
Yess .... akhirnya sampai juga dalam keadaan sakit lutut |
Pemandangan dari sini sangat cantik |
Ini lawatan pada 26 Jun. Pada 27 Jun kami ke Paphos, pelabuhan terbesar Cyprus yang terletak lebih kurang 50 km ke barat Limassol. Jom ke sana pula!
Related Posts:
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Paphos
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Paphos