14 Februari 2014
Ini hari ketiga kami berada di Turki. Seperti hari sebelumnya, hari ini juga kami memulakan perjalanan di awal pagi....7.15 pagi bas sudah bertolak meninggalakan Pamukkale. Destinasi hari ini adalah Cappadocia atau Kapadokya (yang biasa digunakan oleh orang Turki). Walaupun perjalanan hari ini sangatlah jauh dan lama, tetapi seperti biasa kami berhenti di beberapa tempat untuk menghilangkan lenguh, ke tandas, makan tengahari dan solat. Hari ini kami solat di Konya serta membuat lawatan ke tempat bersejarah.
4 tempat persinggahan sebelum sampai ke Cappadocia Jalan yang dilalui termasuk Laluan Sutra yang terkenal dalam sejarah |
Bas kami singgah di Dinar...... |
Siap mencuba yogurt yang ditabur biji popi dan madu.....hmm sedap! |
Tempat kedua kami singgah ialah di Kirazli Bahçe Dinlenme Tesisleri. Kami berhenti di sini untuk makan tengahari walaupun jam baharu menunjukkan pukul 10.45 pagi. Ini kerana kami bersarapan awal. Tempat ini merupakan "Rest Stop" di Turki. Waktu musim panas tempat ini kelihatan lebih ceria jika dilihat pada gambar dalam websitenya.
Tempat ketiga kami singgah ialah Konya (juga disebut Koniah....قونية). Ia adalah bandar ke-7 terbesar di Turki. Mengikut kata Mr Burak (tour guide) masyarakat di sini adalah yang paling konservativ Islamnya. Lebih 62% daripada wanitanya berhijab. Oleh kerana kedudukannya di tengah-tengah padang tandus Anatolia, bandar ini menjadi salah satu pusat perdagangan penting di Laluan Sutra. Konya juga pernah menjadi ibukota Kesultanan Turki Seljuk Rom yang menguasai bahagian Anatolia Tengah dari 1071 sehingga 1275.
Konya juga sinonim dengan tokoh besar sufi, Jaluddin Rumi (1207 - 1273) yang lebih dikenali sebagai Mevlana di kalangan pengikut-pengikutnya. Di sinilah bermulanya ajaran gerakan sufi yang beramal dalam bentuk tarian yang dikenali sebagai Tarian Darwish atau Swirling Dervish yang dimulakan oleh Mevlana. Tiap-tiap tahun pengikutnya akan mengadakan majlis memperingati hari kematiannya yang dikenali sebagai Şeb-i Ar. Hari ini dianggap sebagai "malam pengantin" Mevlana kerana inilah malam perpisahannya dari kehidupan dunia dan akhirnya disatukan dengan kekasihnya Tuhan semesta alam. Ada pihak yang mengatakan ajaran yang dibawa ini sesat.....wallahu'alam.
Tujuan kebanyakan orang datang ke Konya adalah untuk melawat Mevlâna Müzesi atau Muzium Mevlana, dahulunya tekke atau dewan tarian, tetapi kini menempatkan makam Mevlana Jelaluddin Rumi, pengasas Tarian Darwish ini. Kami juga ke muzium ini ketika singgah di Konya. Dahulu tempat ini juga dijadikan sebagai asrama para Darwish. Setiap yang masuk dikenakan sedikit bayaran .... saya tidak pasti berapa tetapi mungkin sebanyak 5TL.
Tempat yang ke-4 dan terakhir kami singgah sebelum ke Cappadocia ialah Sultanhani Caravanserai, Aksaray, Konya. Ketika kawasan ini di bawah pemerintahan raja-raja Seljuk, mereka banyak membina caravanserai, yang juga dikenali sebagai Han di sepanjang laluan sutra yang terkenal itu. Ada hampir 100 bangunan seperti ini yang masih wujud di bekas tanah jajahan Seljuk ini. Banyak yang sudah roboh tetapi ada yang dipelihara dengan baik dan Sultan Han di Aksaray inilah yang paling besar dan terbaik.
Pada zaman ini sektor perdagangan banyak bergantung kepada unta sebagai alat pengangktutan. Unta-unta yang berjalan berbaris membawa muatan ini dipanggil "kervan" atau camel train. Perkataan kervan inilah yang telah di Inggeriskan menjadi caravan. Perkataan kervansaray atau caravanserai bemaksud "kota kervan"
Caravanserai ini dibina khusus sebagai tempat persinggahan bagi para pedagang yang melalui Jalan Sutra ini, membawa dagangan dari negara Parsi dan China ke Eropah dan sebaliknya. Ia menjadi tempat perlindungan kepada para pedagang, unta, kuda dan keldai serta barang dagangan mereka; melindungi mereka dari perompak dan penyamun jalan. Selain itu ia juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan para musafir. Kalau zaman sekarang macam konsep R&R di negara kita tetapi lebih canggih.
Agak teruja juga ketika berada di sini kerana kami benar-benar berada di atas laluan atau jalan yang sangat penting dan masyhur pada satu ketika. Boleh bayangkan kesibukan tempat ini pada zaman itu dengan karavan-karavan yang keluar masuk. Fungsi caravanserai pada zaman itu bolehlah dianggap sebagai hotel pertama dunia. Setiap petang ia menerima kedatangan karavan-karavan dagangan, dan mereka dipelawa tinggal di situ selama 3 hari. dengan percuma. Mereka diberi tempat tidor dan makan dan juga makanan percuma untuk binatang tunggangan mereka ...... ihsan dari pemiliknya. Namun kebanyakan karavan-karavan ini akan meneruskan perjalanan pada keesokan paginya.
Petikan dari www.turkeytravelplanner.com
The typical Seljuk caravanserai is a huge square or rectangular building with high walls of local stone. The walls are smoothly finished but devoid of decoration. Supporting towers or buttresses may be in geometric shapes (half-cylinder, half-octagon, half-hexagon, etc) and the outlets for roof runoff may be stylized animal heads, but otherwise the exterior is severely plain.
The exception is the main portal, which is elaborately decorated with bands of geometric design, Kur’anic inscriptions in Arabic script, and the sculpted geometric patterns of mukarnas (stalactite vaulting).
Walk through the main portal and you pass the room of the caravanserai’s manager and enter a large courtyard. At its center may be a mescit (small mosque or prayer-room), usually raised above ground level on a stone platform. (The mescit may also be built into the walls above the main portal.) Around the sides of the courtyard, built into the walls, are the service rooms: refectory, treasury, hamam (Turkish bath), repair shops, etc.
At the far end of the courtyard from the main portal is the grand hall, a huge vaulted hall usually with a nave and three side aisles. The hall is usually lit by slit windows in the stone walls and/or a stone cupola centered above the nave. The hall sheltered goods and caravaneers during bad winter weather.
Most caravanserais were built as pious endowments: a wealthy Seljuk gave money for the building’s construction and also made available a source of income to be used for its maintenance.
Address: Konya Afyon Karayolu 155. Km., Sultandağı/Afyonkarahisar, Turkey |
Swirling Dervish |
Tujuan kebanyakan orang datang ke Konya adalah untuk melawat Mevlâna Müzesi atau Muzium Mevlana, dahulunya tekke atau dewan tarian, tetapi kini menempatkan makam Mevlana Jelaluddin Rumi, pengasas Tarian Darwish ini. Kami juga ke muzium ini ketika singgah di Konya. Dahulu tempat ini juga dijadikan sebagai asrama para Darwish. Setiap yang masuk dikenakan sedikit bayaran .... saya tidak pasti berapa tetapi mungkin sebanyak 5TL.
Barang yang dipamerkan dalam muzium |
Bangunan Mevlâna Müzesi |
Hagi Veyis Camii.......Selepas lawatan ke muzium
kami solat zohor-asar di masjid ini
|
Pada zaman ini sektor perdagangan banyak bergantung kepada unta sebagai alat pengangktutan. Unta-unta yang berjalan berbaris membawa muatan ini dipanggil "kervan" atau camel train. Perkataan kervan inilah yang telah di Inggeriskan menjadi caravan. Perkataan kervansaray atau caravanserai bemaksud "kota kervan"
Caravanserai ini dibina khusus sebagai tempat persinggahan bagi para pedagang yang melalui Jalan Sutra ini, membawa dagangan dari negara Parsi dan China ke Eropah dan sebaliknya. Ia menjadi tempat perlindungan kepada para pedagang, unta, kuda dan keldai serta barang dagangan mereka; melindungi mereka dari perompak dan penyamun jalan. Selain itu ia juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan para musafir. Kalau zaman sekarang macam konsep R&R di negara kita tetapi lebih canggih.
Laluan sutra di darat .... bermula dari Xi'an China dan berakhir di Istanbul Turki |
Petikan dari www.turkeytravelplanner.com
The typical Seljuk caravanserai is a huge square or rectangular building with high walls of local stone. The walls are smoothly finished but devoid of decoration. Supporting towers or buttresses may be in geometric shapes (half-cylinder, half-octagon, half-hexagon, etc) and the outlets for roof runoff may be stylized animal heads, but otherwise the exterior is severely plain.
The exception is the main portal, which is elaborately decorated with bands of geometric design, Kur’anic inscriptions in Arabic script, and the sculpted geometric patterns of mukarnas (stalactite vaulting).
Walk through the main portal and you pass the room of the caravanserai’s manager and enter a large courtyard. At its center may be a mescit (small mosque or prayer-room), usually raised above ground level on a stone platform. (The mescit may also be built into the walls above the main portal.) Around the sides of the courtyard, built into the walls, are the service rooms: refectory, treasury, hamam (Turkish bath), repair shops, etc.
At the far end of the courtyard from the main portal is the grand hall, a huge vaulted hall usually with a nave and three side aisles. The hall is usually lit by slit windows in the stone walls and/or a stone cupola centered above the nave. The hall sheltered goods and caravaneers during bad winter weather.
Most caravanserais were built as pious endowments: a wealthy Seljuk gave money for the building’s construction and also made available a source of income to be used for its maintenance.
Sedikit maklumat berkenaan Caravanserai Sultanhani |
Caravanserai - bangunan empat segi, bertembok tinggi yang disokong oleh menara-menara yang berbentuk geometri |
Bahan binaan dari batu-bata tempatan.....pintu gerbang utama diukir dengan indah serta ditulis kalimah Al-Quran |
Ukiran di pintu Gerbang belakang berserta kalimah al-Quran |
Caravanserai Sultanhani......bahagian halaman terbuka Kelihatan mescit atau surau....elemen penting dalam sesebuah caravanserai |
Foto yang kelihatan gelap itu ialah bahagian yang bertutup Ia hanya menerima cahaya dari lubang kecil di dinding |
Pemandangan menarik di sepanjang perjalanan |
Foto yang hanya diambil dari dalam bas di kiri - kanan jalan |
Kami tiba di hotel hampir pukul 7 malam. Kami menginap di Dinler Hotel Urgup. Walapun ia hanya bertaraf 3 bintang di negara kita tetapi di Turki ia diiktiraf sebagai hotel 5 bintang yang pertama di Urgup.
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia
Related posts:
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)
Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)
Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale