"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.
Dalam program mobiliti ini termasuk juga aktiviti menarik menyelusuri Sungai Mekong serta lawatan ke Pulau Thoi Son atau juga dikenali sebagai Pulau Unicorn. Nama Sungai Mekong ini sudah terpahat lama dalam ingatan saya ..... sejak di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan sungai ini merentas 6 buah negara menyebabkan namanya berulang-ulang disebut ketika mempelajari subjek Ilmu Alam ketika di sekolah dahulu. Subjek ini memaksa kita mengingati nama-nama benua, lautan, negeri, kawasan, iklim setempat, gunung, sungai dan sebagainya, di tempat atau negara yang kita sendiri tidak pernah mimpi untuk sampai ketika itu. Syukur alhamdulillah pada tahun 2015 saya benar-benar berada di Sungai Mekong mengharungi airnya, menikmati keindahan semulajadinya serta berpeluang makan ikannya sekali.
Sungai Mekong bermula di Penara Tibet melalui Daerah Yunan China, Myanmar (Burma), Laos, Thailand,Cambodia dan berakhir di Vietnam |
Petikan dari Wikipedia:
The Mekong is a trans-boundary river in Southeast Asia. It is the world's 12th-longest river and the 7th-longest in Asia. Its estimated length is 4,350 km (2,703 mi) and it drains an area of 795,000 km2 (307,000 sq mi), discharging 475 km3 (114 cu mi) of water annually.
From the Tibetan Plateau the river runs through China's Yunnan Province, Myanmar, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam. In 1995, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam established the Mekong River Commission to assist in the management and coordinated use of the Mekong's resources. In 1996 China and Myanmar became "dialogue partners" of the MRC and the six countries now work together within a cooperative framework.
The extreme seasonal variations in flow and the presence of rapids and waterfalls in the Mekong make navigation difficult. Even so, the river is a major trade route between western China and Southeast Asia.
Jeti di Sungai Mekong .... kami menaiki bot yang kecil di sebelah kiri |
Sungai Mekong ..... nadi kehidupan rakyat Vietnam |
Pulau ini terletak di kawasan delta Mekong yang subur, yang terbentuk akibat proses sedimemtasi atau mendapan material yang dibawa oleh Sungai Mekong. Pengalirannya berakhir di sini setelah mengalir beribu-ribu batu, sebelum bertemu dengan laut.
Thoi Son Island has a length of about 11 km, and a width of 1 km. This island is not just a well-known attraction in Mekong River Delta, but also a famous growing fruit area with the population of about 6,000 people. The island receives alluvial from Tien River. From afar, this island looks like a fortress explored 300 years ago. In 1990, Thoi Son Island tourism started to develop.
After 30 minutes of enjoying landscapes by boats, tourists will reach Thoi Son Island. It is really interesting when sightseeing in this island by boats. Owing to the rich alluvial, trees are green all year round. And, the atmosphere here is fresh and cool. Here, tourists will enjoy the comfort in lush green gardens, laying in a hammock or sit on rocking chairs and enjoy the cool breeze and juicy fruits. Thoi Son Island is always full of seasonal fruit trees, from longan, rambutan, to durian, etc. Popping into orchards of these fruits trees will bring you interesting experiences.
Ada beberapa aktiviti menarik yang telah disediakan khas untuk para pelancong yang datang ke pulau ini. Antaranya ialah menikmati hidangan buah-buahan tempatan beranika jenis, sama seperti buah-buahan tempatan kita. Sambil makan kami dihiburkan dengan muzik dan nyanyian tradisional mereka.
Aktiviti lain termasuk lawatan ke kilang membuat gula-gula kelapa dan ladang ternak lebah serta bersampan di anak sungai Mekong.
Jom kita ke kilang membuat coconut candy
Jom ke ladang ternakan lebah madu pula!
Ladang ini menghasilkan madu Royal Jelly. Sebelum menjual produk ini, kami dihidangkan dengan teh limau bersama madu sebagai ....."cuba dulu sebelum beli".
Aktiviti terakhir kami ialah bersampan menyelusuri anak sungai Mekong yang membelah pulau ini sepanjang kira-kira 1km. Penduduk pulau sangat kreatif menjadikan aktiviti di sungai kecil ini sebagai daya tarikan pelancong. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok Nipah dan ia dijadikan kawasan hilir mudik pelancong dari pulau ke muara Sungai Mekong.
Mereka bijak memanfaatkan alam semulajadi untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka.
Dikatakan setiap hari beratus pelancong datang ke pulau ini untuk menikmati aktiviti pelamcongan yang disediakan.
Satu pengalaman yang mengujakan ..... berperahu memudik sungai bagaikan berada di zaman dahulu. Menghayati kehidupan tradisi yang tidak mungkin akan kita lalui di bandar dan kota.
Petikan dari alotrip.com:
Thoi Son Island has a length of about 11 km, and a width of 1 km. This island is not just a well-known attraction in Mekong River Delta, but also a famous growing fruit area with the population of about 6,000 people. The island receives alluvial from Tien River. From afar, this island looks like a fortress explored 300 years ago. In 1990, Thoi Son Island tourism started to develop.
After 30 minutes of enjoying landscapes by boats, tourists will reach Thoi Son Island. It is really interesting when sightseeing in this island by boats. Owing to the rich alluvial, trees are green all year round. And, the atmosphere here is fresh and cool. Here, tourists will enjoy the comfort in lush green gardens, laying in a hammock or sit on rocking chairs and enjoy the cool breeze and juicy fruits. Thoi Son Island is always full of seasonal fruit trees, from longan, rambutan, to durian, etc. Popping into orchards of these fruits trees will bring you interesting experiences.
Jeti di Pulau Thoi Son atau Unicorn persinggahan pertama - kilang membuat gula-gula kelapa |
Bergambar kenangan di jeti |
Bergambar kenangan bersama salah seorang penghibur di hari tersebut |
Lagi satu aktiviti menarik ..... hasil produk penduduk tempatan yang berbagai jenis banyak dijual di sini seperti beg tangan kulit |
Leather tote bag - salah satu produk yang dibeli di pulau ini |
Aktiviti lain termasuk lawatan ke kilang membuat gula-gula kelapa dan ladang ternak lebah serta bersampan di anak sungai Mekong.
Kilang coconut candy atau gula-gula kelapa |
Proses membuat gula-gula: 1. Santan dan gula dimasak hingga pekat 2. Adunan pekat ini ditebar di atas permukaan untuk dipotong |
Adunan yang sudah dipotong berbentuk jejari panjang |
Jejari panjang ini dipotong pula menjadi biji-biji kecil ..... |
....... kemudian dibungkus secara individu dengan 2 lapisan kertas - 'rice paper' yang boleh dimakan dan pembalut luar |
Pek gula-gula yang sudah siap untuk dipasar.... Terdapat beberapa perisa seperti peanut, durian dan pandan |
Ada tanda halal agar mudah masuk dalam pasaran negara Islam |
Jom ke ladang ternakan lebah madu pula!
Ladang ini menghasilkan madu Royal Jelly. Sebelum menjual produk ini, kami dihidangkan dengan teh limau bersama madu sebagai ....."cuba dulu sebelum beli".
Keterangan khasiat madu dalam bahasa Melayu |
Bergambar kenangan bersama tuan ladang serta lebahnya |
Cuba rasa ....... teh limau madu dihidang bersama gorengan |
emm! ....sedap |
Mereka bijak memanfaatkan alam semulajadi untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka.
Dikatakan setiap hari beratus pelancong datang ke pulau ini untuk menikmati aktiviti pelamcongan yang disediakan.
Beratus perahu kecil seperti ini disediakan untuk membawa pelancong |
Suasana bagaikan pesta air ...... terlalu sibuknya laluan ini sehingga kadang-kadang menyebabkan perahu berlanggar antara satu sama lain |
Menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang menyegar dan menenangkan fikiran |
Jauh dari kota ..... kiri kanan sungai dipenuhi pokok nipah, semak samun dan pokok buah-buahan |
Kelapa muda menanti kami setibanya di bot |