Showing posts with label sungai. Show all posts
Showing posts with label sungai. Show all posts

Thursday, 24 August 2023

Kampung Gajah di penghujung jalan A15

Lawatan ke Pasir Salak dan Kg Gajah ini dibuat pada 30 Julai 2023, pada hari yang sama kami melawat Galeri Rumah Lat di Batu Gajah.

Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, kira-kira 75 km dari Bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km

Kedudukan pekan Kampung gajah
Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Kampung Gajah juga adalah salah sebuah mukim dalam Daerah Perak Tengah.

Di sepanjang Sungai Perak di daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Tidak jauh dari Kg Gajah, iaitu di mukim Pasir Salak, terdapat Kompleks Sejarah Pasir Salak.
Pekan Kg Gajah di tebing kanan Sg Perak
Pasir Salak di tebing kiri
Kampung Gajah juga sinonim dengan buah durian, kerana terdapat banyaknya kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga.

Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga. Saya sendiri selalu tersasul apabila menyebut 2 tempat di Perak ini.
Penghujung Jalan A 15 atau KM 0 (bertanda biru)
di tengah pekan Kampung Gajah
Selepas balik dari lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, kami terus ke Kg Gajah untuk mencari makan tengahari dan kemudian ke masjidnya untuk solat zohor. Sebelum balik ke Ipoh sempat bergambar di  beberapa tempat menarik di sini.
Masjid  Sultan Azlan Shah Kg Gajah
Jalan A 15 adalah jalan negeri Perak yang  utama. Ia juga dikenali sebagai Jalan Tanjung Tualang. Hujung utaranya bermula di Pusing Batu Gajah dan hujung selatannya pula berakhir di Kg Gajah. 
Dari sini 1 km ke Kg Gajah dan 60 km ke Ipoh
melalui jalan negeri A 15
Di pekan Kg Gajah ini sepatutnya boleh diletakkan monumen KM 0 sebagai tarikan kepada pelancong ke sini. Jadi petang itu kami mencari-carilah kalau ada sebarang penanda 0 km di pekan ini, tetapi memang tiada. Walaupun begitu ada beberapa monumen yang menarik untuk bergambar di pekan ini. 

Kami singgah makan di satu-satunya medan selera di Kg Gajah. Mengikut review orang ramai, inilah tempat yang paling 'best' kalau nak makan kerana terdapat pelbagai jenis lauk-pauk, dari sarapan hingga ke tengahari. Di sini ada  ikan dan ayam bakar yang dipanggang atas api arang, lauk-pauk kampung dan ulam-ulaman serta pelbagai jenis sambal seperti sambal kelapa Perak .... dan harganya berpatutan. Mungkin kekuranganya dari segi kebersihan yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki.

Selepas makan kami  bergambar di monumen "Kampong Gajah Kampungku Warisanku" yang terletak di hadapan medan selera ini.
Monumen Keris menceritakan sejarah
 ...... Peringatan Perang Perak 1875-1876
Beberapa monumen menarik yang terletak 
di tengah bulatan dan kawasan sekitar
Saya boleh andaikan bulatan atau "roundabout" inilah bermulanya Jalan A 15 negeri Perak di Kg Gajah atau selalu yang disebut KM 0 di lain-lain tempat.

Post berkaitan:




Tuesday, 3 November 2020

Jalan-jalan di China - Nanjing Yangtze River Bridge

 Pada 10 May 2019 kami mengikuti aktiviti menaiki kapal pesiar menyusuri Sungai Qinhuai, iaitu salah satu cabang dari sungai besar Yangtze. Hari ini 12 May kami melawat  Sungai Yangtze pula. Destinasi sebenar kami adalah jambatan di atasnya.

Sedikit maklumat mengenai Sungai Yangtze yang dipetik dari:
 https://www.travelchinaguide.com/river/
Winding about 3,964 miles, Yangtze River is the largest in China and the third largest in the world after the Nile in Africa and the Amazon in South America. Originating from the Tanggula Range in Qinghai Province in western China, it traverses eleven provinces and cities from west to east, including Qinghai, Tibet, Sichuan, Yunnan, Chongqing, Hubei, Hunan, Jiangxi, Anhui, Jiangsu and Shanghai. Finally it pours into the East China Sea at Shanghai.

As the largest water system in China, Yangtze River is historically, economically and culturally important to the country. It has numerous tributaries including Min River, Han River, Jialing River, Gan River, and Huangpu River. The Three Gorges Dam on the river is the largest dam project and hydropower station in the world. Generally, people consider the river a dividing line between North China and South China. Areas to the north and the south of the river have many differences in climate, scenery, economics, culture and folk customs.

Jambatan Nanjing Yangtze adalah jambatan yang paling terkenal yang merentasi Sungai Yangtze. Ia adalah jambatan kekuda berlantai dua yang menampung kenderaan, kereta api, dan pejalan kaki. Nanjing selamanya telah menjadi bandar yang sibuk dan penting untuk China. Sungai Yangtze menyukarkan penyeberangan, maka jambatan ini telah dibina untuk memudahkan laluan dan kehidupan bagi mereka yang tinggal di sana. Jambatan ini menghubungkan dua tempat yang tumbuh melata di kedua belah Sungai Yangtze, dan kini ia  menjadi tempat untuk melihat keindahan alam semulajadi. .

Jambatan Sungai Yangtze Nanjing dikatakan hasil keindahan kejuruteraan dan senibina. Ia merupakan jalan  masuk ke salah satu bandar paling menarik di China. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1960-an dan siap lapan tahun kemudian. Kesatuan Soviet telah terlibat di awal pembinaan tetapi menarik diri kemudiannya, meninggalkan orang Cina bersendirian bersusah payah mencari bekalan besi. Akhirnya mereka berjaya mengatasi halangan ini dan hasilnya terbinalah jambatan dua tingkat yang mengagumkan. 

Jambatan ini sangat bermakna bagi negara China kerana ia merupakan jambatan dua lapis menggabungkan lebuhraya-keretapi yang pertama, dan dibina oleh orang China. Kepala jambatan yang direka oleh ahli akademik Zhong Xunzheng pada akhir 1960-an diperakui sebagai karya klasik dalam sejarah senibina moden China.

Jambatan Sungai Yangtze Nanjing 

Jalan keretapi di lapisam pertama jambatan
Salah satu taman di bawah jambatan

Di bawah jambatan ini terdapat berberapa buah taman yang terletak di bawah kepala jambatan di sebelah utara dan selatan, serta kawasan hijau jambatan. Dengan menaiki lif jambatan di South Bridgehead Park (taman di sebelah selatan kepala jambatan), pengunjung boleh sampai di dek jambatan Sungai Yangtze, dan kemudian pergi ke 'sightseeing platform' di kepala jambatan. Dari sini kita boleh melihat dan menikmati pemandangan jambatan yang menakjubkan  serta Sungai Yangtze yang begitu luas.

Sebelum menaiki lif  pengunjung berpeluang melihat pameran berkenaan sejarah pembinaan jambatan ini di "The Nanjing Yangtze Bridge memorial hall", yang juga terletak di aras bawah ini. Setiap orang dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16 yuan untuk masuk ke sini. Lif  dari sini akan terus ke "observation deck" yang terletak di aras ke-4.

Jom masuk ke memorial hall .....

Patung Mao Zedung ... pengerusi
Parti Komunis dari 1945-1976

Maklumat mengenai struktur jambatan serta gambarnya


Antara bahan-bahan yang dipamerkan

Jom naik atas pulak!

Pemandangan Sungai Yangtze dari atas .... keadaan seperti berjerebu
kerana pencemaran udara yang agak teruk di China

Ini  viewing platform yang berada di aras 4
Pemandangan ke arah bandar Nanjing 
dari atas kepala jambatan sebelah selatan

Patung manusia yang berada di kiri-kanan jalan berada di aras 3 
ada kemudahan bilik air dan tangga untuk turun ke sini
Foto di sebelah kanan pula ... pemandangan dari bawah jambatan
Pemandangan ke arah sungai dan daratan di seberang sungai
Walaupun jambatan Sungai  Yangtze  Nanjing menjadi satu tempat yang menarik dan indah, namun ia juga mengundang banyak cubaan bunuh diri di kalangan wargakota. Kini ia berada di kedudukan teratas sebagai  tempat membunuh diri di China. Terdapat papan tanda di sini yang meminta orang ramai untuk tidak melompat dari atas jambatan dan sebaliknya meminta bantuan.

 Jambatan Sungai  Yangtze  Nanjing menampung kira-kira 80,000 kenderaan dan 200 kereta api setiap hari, dan jauh mengatasi Jambatan Golden Gate San Francisco, sebagai tempat membunuh diri yang paling popular di dunia. Keadaan yang kritikal ini mendorong seorang warganegara yang prihatin membuat kerja sukarela dengan meronda sepanjang jambatan mengawasi sesiapa sahaja yang merancang untuk mengakhiri kehidupan mereka. Dalam satu filem dokumentari, insan ini dikenali sebagai  Angel of Nanjing. Nama sebenarnya ialah  Chen Si.

Setiap hujung minggu sejak 19 September 2003, Chen Si menempuh perjalanan sejauh 25km dari rumahnya ke jambatan. Dari jam 7:30 pagi hingga matahari terbenam, dia mencari dan mendekati mereka yang akan bunuh diri, sebelum mereka berpeluang terjun 70m ke Sungai Yangtze. Kadang-kadang dia terpaksa menyeret mereka, sambil menendang dan menjerit, kembali ke atas penghalang dengan selamat, dan ramai juga yang tidak sempat diselamatkan.

Lawatan ke jambatan Sungai Yangtze ini adalah lawatan terakhir kami di Nanjing. Selepas lawatan ini kami terus balik ke Shanghai dengan keretapi laju. Penerbangan balik ke Malaysia dijadualkan pada 1.30 pagi esoknya. Kami tiba di Shanghai pukul 6 petang dan kami bercadang naik keretapi sahaja untuk ke airport. Jadi kami perlu mencari stesen metro untuk ke sana, tetapi sebelum itu kami harus berbuka dahulu kerana kami tetap berpuasa Ramadhan walaupun sedang bermusafir.

Perjalanan ke airport dengan keretapi agak memenatkan terutama bagi saya yang terpaksa berjalan dengan bertongkat, kerana kita terpaksa menukar keretapi sekali sebelum terus ke airport. Ketika berada di stesen ini kami telah didekati seorang pemandu teksi menawarkan khidmatnya untuk bawa kami ke airport. Apabila kami menolaknya, dia ketawakan kami dengan berkata agak mustahil kami boleh pergi ke airport dengan keretapi dalam keadaan saya yang bertongkat. Sebenarnya kami sudah serik naik teksi kerana telah tertipu sekali ketika baharu sampai di Shanghai, juga dari airport.

Ini di lapangan terbang Shanghai .... ada restoran halal di tingkat atas 
Ketika pusing-pusing di airport tenampak lambang restoran halal. Ingatkan boleh makan dahulu sebelum naik kapalterbang kerana kami hanya berbuka dengan makanan ringan sahaja. Rupanya restoran sudah tutup😞. Waktu itu sudah pukul 11 malam..

Begitulah berakhirnya perjalanan pertama kami ke negara China di  bulan Ramadhan. Satu pengalaman yang manis dan indah.


Related posts:





Friday, 19 May 2017

Crispy fried Elephant Ear fish

Jalan-jalan cari makan ..... kebiasaannya itulah yang dibuat oleh seorang pelancong. Namun apabila melancong dengan menggunakan khidmat agen pelancongan, kita sudah tidak perlu mencari makan lagi. Semuanya (sarapan, makan tengahari dan malam) sudah disediakan. Memang bermacam-macam jenis hidangan yang disediakan tetapi tidak pula diberitahu pada kita menunya. Maka makanlah apa saja yang dihidangkan tanpa mengetahui apa nama masakan yang sedang dinikmati.

Semasa kami melancong ke Vietnam 2 tahun  lepas, salah satu tempat yang dilawati ialah kawasan Delta Sungai Mekong. Waktu makan tengahari seperti biasa kami dihidangkan dengan berbagai jenis masakan yang enak sekali. Pada waktu itu ada dua jenis masakan yang menonjol dari sudut 'presentation'- nya...... satu jenis pencuci mulut yang berbentuk seperti belon dan satu lagi ikan "berdiri".

 Kami  bertanya pada Ha (pemandu pelancong) jenis ikan yang digunakan. Mengikut katanya,  ikan itu dipanggil "Elephant Ear" dan ia hanya didapati di sungai Mekong ini. Mungkin ikan itu digelar sedemikian rupa kerana apabila didirikan di atas pinggan ia kelihatan seperti telinga gajah.


Satu bentuk seperti belon dan satu lagi ikan goreng "berdiri"
Ada yang memanggilnya sebagai Elephant fish sahaja. Masakan ini dinamakan "crispy fried elephant ear fish" dan ia sangat terkenal di kawasan delta Mekong. Mengikut kata seorang 'chef '  dari Vietnam,  ikan jenis ini hanya terdapat di sungai Mekong dan di kawasan deltanya.

Bila saya layari internet untuk mencari maklumat tentang ikan ini, terjumpalah resepi masakan ini oleh chef Luke Nguyen. Bolehlah mencubanya di rumah tetapi terpaksa menggantikan dengan ikan jenis lain.
Ini ikan yang dimasak oleh chef Luke Nguyen

Selamat mencuba dan Selamat menyambut Ramadhan - bulan yang penuh barokah dan rahmah serta kemuliaan.

Tuesday, 25 April 2017

Saigon - Mekong River

Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.

"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.

Dalam program mobiliti ini  termasuk juga aktiviti menarik menyelusuri Sungai Mekong serta lawatan ke Pulau Thoi Son atau juga dikenali sebagai Pulau Unicorn. Nama Sungai Mekong ini sudah terpahat lama dalam ingatan saya ..... sejak di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan sungai ini merentas 6 buah negara menyebabkan namanya berulang-ulang disebut ketika mempelajari subjek Ilmu Alam ketika di sekolah dahulu. Subjek ini memaksa kita mengingati nama-nama benua, lautan, negeri, kawasan, iklim setempat, gunung, sungai dan sebagainya, di tempat atau negara yang kita sendiri tidak pernah mimpi untuk sampai ketika itu. Syukur alhamdulillah pada tahun 2015 saya benar-benar berada di Sungai Mekong mengharungi airnya, menikmati keindahan semulajadinya serta berpeluang makan ikannya sekali.

Sungai Mekong bermula di Penara Tibet melalui Daerah Yunan China,
Myanmar (Burma), Laos, Thailand,Cambodia dan berakhir di Vietnam

Petikan dari Wikipedia:

The Mekong is a trans-boundary river in Southeast Asia. It is the world's 12th-longest river and the 7th-longest in Asia. Its estimated length is 4,350 km (2,703 mi) and it drains an area of 795,000 km2 (307,000 sq mi), discharging 475 km3 (114 cu mi) of water annually.

From the Tibetan Plateau the river runs through China's Yunnan Province, Myanmar, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam. In 1995, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam established the Mekong River Commission to assist in the management and coordinated use of the Mekong's resources. In 1996 China and Myanmar became "dialogue partners" of the MRC and the six countries now work together within a cooperative framework.

The extreme seasonal variations in flow and the presence of rapids and waterfalls in the Mekong make navigation difficult. Even so, the river is a major trade route between western China and Southeast Asia.



Jeti di Sungai Mekong .... kami menaiki bot yang kecil di sebelah kiri
Sungai Mekong ..... nadi kehidupan rakyat Vietnam
Lawatan ke Pulau Unicorn


Pulau ini terletak di kawasan delta Mekong yang subur, yang terbentuk akibat proses sedimemtasi atau mendapan material yang dibawa oleh Sungai Mekong. Pengalirannya berakhir di sini setelah mengalir beribu-ribu batu, sebelum bertemu dengan laut.

Petikan dari alotrip.com:

Thoi Son Island has a length of about 11 km, and a width of 1 km. This island is not just a well-known attraction in Mekong River Delta, but also a famous growing fruit area with the population of about 6,000 people. The island receives alluvial from Tien River. From afar, this island looks like a fortress explored 300 years ago. In 1990, Thoi Son Island tourism started to develop.

After 30 minutes of enjoying landscapes by boats, tourists will reach Thoi Son Island. It is really interesting when sightseeing in this island by boats. Owing to the rich alluvial, trees are green all year round. And, the atmosphere here is fresh and cool. Here, tourists will enjoy the comfort in lush green gardens, laying in a hammock or sit on rocking chairs and enjoy the cool breeze and juicy fruits. Thoi Son Island is always full of seasonal fruit trees, from longan, rambutan, to durian, etc. Popping into orchards of these fruits trees will bring you interesting experiences.

Jeti di Pulau Thoi Son atau Unicorn
persinggahan pertama - kilang membuat gula-gula kelapa
Bergambar kenangan di jeti 
Ada beberapa aktiviti menarik yang telah disediakan  khas untuk para pelancong yang datang ke pulau ini. Antaranya ialah menikmati hidangan buah-buahan tempatan beranika jenis, sama seperti buah-buahan tempatan kita. Sambil makan kami dihiburkan dengan muzik dan nyanyian tradisional mereka.

Bergambar kenangan bersama salah seorang
 penghibur di hari tersebut
Lagi satu aktiviti menarik ..... hasil produk penduduk tempatan
yang berbagai jenis banyak dijual di sini seperti beg tangan kulit
Leather tote bag - salah satu produk yang dibeli di pulau ini

Aktiviti lain termasuk lawatan ke kilang membuat gula-gula kelapa dan ladang ternak lebah serta bersampan di anak sungai Mekong.

Jom kita ke kilang membuat  coconut candy

Kilang coconut candy atau gula-gula kelapa
Proses membuat gula-gula: 1. Santan dan gula dimasak hingga pekat
2. Adunan pekat ini ditebar di atas permukaan untuk dipotong
Adunan yang sudah dipotong berbentuk jejari panjang
Jejari panjang ini dipotong pula menjadi biji-biji kecil .....
....... kemudian dibungkus secara individu dengan 2 lapisan kertas -
'rice paper' yang boleh dimakan dan pembalut luar
Pek gula-gula yang sudah siap untuk dipasar....
Terdapat beberapa perisa seperti peanut, durian dan pandan
Ada tanda halal agar mudah masuk dalam pasaran negara Islam

Jom ke ladang ternakan lebah madu pula!

Ladang ini menghasilkan madu Royal Jelly. Sebelum menjual produk ini, kami dihidangkan dengan teh limau  bersama madu sebagai ....."cuba dulu sebelum beli".

Keterangan khasiat madu dalam bahasa Melayu
Bergambar kenangan bersama tuan ladang serta lebahnya
Cuba rasa ....... teh limau madu dihidang bersama gorengan
emm! ....sedap
Aktiviti terakhir kami ialah bersampan menyelusuri anak sungai Mekong yang membelah pulau ini sepanjang kira-kira 1km.  Penduduk pulau sangat kreatif menjadikan aktiviti di sungai kecil ini sebagai daya tarikan pelancong. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok Nipah dan ia dijadikan kawasan hilir mudik pelancong dari pulau  ke muara Sungai Mekong.



Mereka bijak memanfaatkan alam semulajadi untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka.
Dikatakan setiap hari beratus pelancong datang ke pulau ini untuk menikmati aktiviti pelamcongan yang disediakan.
Beratus perahu kecil seperti ini disediakan untuk membawa pelancong
Suasana bagaikan pesta air ...... terlalu sibuknya laluan ini sehingga
kadang-kadang menyebabkan perahu berlanggar antara satu sama lain
Menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang
menyegar dan menenangkan fikiran
Jauh dari kota ..... kiri kanan sungai dipenuhi
 pokok nipah, semak samun dan pokok buah-buahan
Satu pengalaman yang mengujakan ..... berperahu memudik sungai bagaikan berada di zaman dahulu. Menghayati kehidupan tradisi yang tidak mungkin akan kita lalui di bandar dan kota.


Kelapa muda menanti kami setibanya di bot
Nyaman airnya ......
Lawatan ke Sungai Mekong diakhiri dengan makan tengahari yang berlaukkan ikan yang hanya terdapat di Delta Mekong. Ikan ini digelar Elephant Fish atau ada juga yang menggelarnya Elephant Ear Fish.

Elephant Fish menjadi hidangan istimewa untuk lunch




Tuesday, 26 August 2014

Cuti-cuti Sabah - Ranau ("Tagal" Sg Moroli )

12 Disember 2012


Ini destinasi kami seterusnya selepas lawatan ke Ladang Teh Sabah

Tempat ini adalah salah satu daripada beberapa santuari ikan kelah yang terdapat di Malaysia. "Tagal" adalah bahasa Kadazan-Dusun yang bermakna "tidak dibenarkan menangkap ikan atau sebarang hidupan". Di mana-mana santuari ikan kelah, tidak dibenarkan menangkap ikannya kerana ia adalah projek menjaga alam sekitar dan ekosistem sungai oleh penduduk tempatan dengan bantuan kerajaan, demi generasi akan datang.

Sebelum masuk beli tiket dulu......RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak bagi celupan kaki saja, RM10 untuk seluruh badan

Ni tiketnya........kamera pun kena yuran!.....hehe


Kawasan sungai yang berbatu, air yang bersih, jernih dan tidak tercemar
menjadi habitat semulajadi ikan kelah

Sebaik saja mencecah kaki ke dalam air,
 ikan-ikan yang jinak ini terus mengerumuni kaki

Kebanyakan ikan yang terdapat di Tagal Sg Moroli ialah jenis ikan Pelian atau Malaysian Mahseer.
Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Ikan pelian di Sabah dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” atau ikan kelah biru.

Ikan Pelian yang segar-bugar...
Ikan keli yang tersesat....
Di Malaysia, Ikan kelah mula menujukkan tanda kepupusannya  Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Ikan ini yang juga digelar "Raja Sungai" menjadi buruan kaki pancing.  Ringkasnya Ikan kelah ini digilai kerana untuk tujuan sukan, hiasan dan makan.

Ikan-ikan di Sg Moroli Kg Luanti ini telah dilatih oleh penduduk kampung untuk memberi perkhidmatan "fish massage". Aktiviti ini sangat unik dan menyeronokkan. Ada 10 spesis ikan yang hidup di sepanjang 3km kawasan sungai yang dilindungi ini. Namun sebahagian besarnya adalah ikan pelian atau kelah. Ikan-ikan ini sangat jinak dan tidak takut pada manusia. Ia memberi "massage" dengan menggigit dan memakan sel-sel kulit yang telah mati di kaki dan juga badan. Orang kampung percaya aktiviti ini boleh melicinkan kulit dan menyembuhkan penyakit psoriasis.

Ikan yang dilatih untuk makan sel-sel kulit yang mati
.....gigitan halus seperti dicubit-cubit manja
Ikan yang sangat jinak.....boleh dibelai dan ditangkap dengan tangan
Setiap sesi berendam kaki dalam sungai hanyalah untuk 15 miut. Ini bertujuan untuk mengelak terlalu ramai yang berada dalam sungai pada satu-satu masa, Apabila cukup 15 minit loceng akan berbunyi menandakan cukup masa. Kalau nak bagi ikan-ikan ini makan pun boleh. Ada disediakan pallet dengan harga 20 sen sebungkus (mungkin sudah naik harga sekarang). Campak saja ke mana-mana berlumba-lumba ikan mengejar ke arah pallet tersebut. Saya sangat teruja melihat ikan-akan itu bergerak ke arah yang sama dan berebut-rebut pallet yang dicampak.