Showing posts with label hotspring. Show all posts
Showing posts with label hotspring. Show all posts

Thursday, 12 November 2015

Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale



Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung  kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

13 Februari 2014

Ini hari kedua kami berada di Turki. Destinasi kami hari ini ialah Pamukkale yang bermaksud "Cotton Castle" atau Kubu Kapas, dalam bahasa Turki. Sebahagian besar daripada hari ini digunakan untuk perjalanan. Seawal 7.15 pagi kami sudah bertolak ke Pamukkale dan tiba di sana jam 3 petang.

Kami singgah makan di Akhisar-Manisa
Sebenarnya perjalanan hanya mengambil masa antara 51/2- 6 jam, tetapi pejalanan kami hari ini termasuklah waktu ke tandas, makan tengahari dan solat. Kami berhenti untuk makan tengahari di Manisa - Akhisar Ramiz Park, sebuah rangkaian restoran yang terkenal di Turki. Mengikut kata Mr Buraq, meatball (macam kebab) restoran ini adalah yang tersedap di Turki.

Menu utama.... meatball dan roti pita termasuk salad...
....diakhiri dengan pencuci mulut yang sangatlah manis
Address: Seyitahmet Mah. 374 Sk.
 No: 140 Akhisar, Manisa Akhisar / Manisa
Foto daripada website
We are here.....Manisa - Akhisar Ramiz Park
Menu restoran berserta harga ....
Walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam, tetapi tidak terasa jemu. Ini kerana di samping menikmati pemandangan di kiri kanan jalan yang sangatlah berbeza dari negara kita, kami juga dihiburkan dengan celoteh Mr Buraq. Di kiri dan kanan jalan terdapat banyak ladang zaitun. Mengikut kata Mr Buraq, Turki mempunyai 28.5 juta ekar ladang zaitun. Terdapat 2 jenis  buah zaitun di sini, iaitu hijau dan hitam.

 Mr Buraq berkongsi ilmu menceritakan bagaimana minyak zaitun diproses di Turki, satu teknik yang dipelajari daripada orang-orang Greek. Mengikut ceritanya pokok zaitun yang tertua di dunia banyak boleh didapati di wilayah Toledo, Sepanyol. Pokok-pokok ini berumur antara 700-1000 tahun. Beliau juga memberitahu bahawa batang pokok zaitu juga boleh digunakan untuk membuat perabot tetapi memerlukan lesen daripada pihak kerajaan.

Selain daripada cerita pokok zaitun Mr Buraq juga menyuarakan tentang keperitan hidup di kota Istanbul yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Segala benda perlu dibayar, sehinggakan tanah kubur perlu ditempah awal. Sebagai contoh keluarganya yang terdiri dari 5 orang terpaksa membayar sejumlah lebih kurang TL5,000.


Ladang pokok zaitun......di kiri kanan jalan yang dilalui

Sebelum sampai ke destinasi yang sebenar kami singgah dahulu di sebuah masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat zohor/asar. Saya tidak pasti di mana kedudukan sebenar masjid ini tetapi ianya hanya setengah jam perjalanan ke Pahmukkale-Hierapolis, tempat yang akan dilawati. Di Turki, sebuah negara sekular, tetapi masjidnya ada di merata-rata tempat. Ini kerana di samping masjid yang dibina oleh kerajaan, ada banyak juga masjid-masjid yang dibina secara bersendirian. Masjid-masjid ini boleh dibezakan dengan melihat pada menaranya. Masjid yang ada 2 menara, dibina oleh kerajaan, manakala yang dibina oleh penduduk sendiri hanya ada 1 menara.

Masjid Sigma cami
Jam 3 petang baharulah kami sampai di pintu masuk Kubu Kapas ini atau Pamukkale. Di kawasan yang sama juga terdapat puing-puing bandar Hierapolis kepunyaan orang Rom. Boleh dikatakan tempat ini sebagai muzium interaksi. Sebelum masuk setiap orang daripada kami diberi tiket. Bayaran masuk adalah sebanyak TL20 seorang. Kalau datang dengan kereta sendiri parkir pun dikenakan bayaran.

Ini di luar kawasan yang berbayar
Pemandangan dari dataran di luar
Hierapolis-Pamukkale telah dijadikan tapak  Warisan Dunia Unesco dan ia juga termasuk dalam kelompok "7 Natural Wonders of the World". Jadi tidak hairanlah ia menjadi tempat yang paling banyak dikunjungi pelancong di Turki.

Pamukkale




Pamukkale is located to the south central of the Aegean region of Turkey. It is about 19 km to Denizli city and a 2,5 hour drive from the resort town Kusadasi.

This lovely, developing district Pamukkale is in Menderes Valley. It was inside the borders of Caria, Lycia and Phrygia and had a mixed population. This unique land locates on a platform overlooking the Curuksu Valley, known as Lycos in antiquity. It is at altitude of 360 m. from the sea level and 70 m. from the Lycos Valley.

The calcium oxide-rich waters flowing down from the southern slope of Cal Mountain carried deposits and built these white travertines located on the north of the ruins, over the millennia, plateau.



Pamukkale mengadap Lembah Curuksu
 Apa yang berlaku di sini adalah fenomena alam ciptaan Allah untuk kita nikmati keindahannya sambil  mengagumi kehebatan Sang Penciptanya. Allah telah menjadikan kawasan ini dipenuhi dengan mata air panas yang kaya dengan kalsium. Air ini melimpah dan melata ke tebing bukit dan dalam proses penyejukan, ia telah meninggalkan lapisan mendapan travertin (sejenis batu kapur) berteres yang keras dan putih yang kelihatan seperti anak-anak tangga. Permukaan bumi ini dibentuk setelah melalui proses ini sejak beribu tahun yang lalu.


Warna putih batu kapur di permukaan bukit seperti putih kapas
.....sebab itulah ia digelar cotton castle
Travertin atau batu kapur yang mengeras itu telah membentuk kolam-kolam yang mengandungi air mineral dan ia dipercayai mempunyai banyak khasiat serta mampu menyembuh berbagai penyakit. Pelawat dibenarkan memasuki kolam-kolam yang telah ditetapkan dan berjalan-jalan di atas permukaan batu kapur tanpa memakai kasut. Ini untuk mengelakkan berlaku kerosakan ke atas permukaan batu kapur yang telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Air yang mengalir di sini berasa suam tetapi perlu berhati-hati ketika berjalan di bahagian yang berair kerana batu-batu itu sangat licin.

Permukaan batu kapur yang tebentuk sejak beribu tahun yang lalu

Hierapolis


Plan bandar Hierapolis
 Walaupun fenomena ini boleh didapati di berbagai negara di seluruh dunia seperti Iran, China, Afghanistan dan Amerika, tetapi tidak secantik yang ada di Pamukkale kerana di sini juga terdapat
sebuah bandar tinggalan orang Rom, Hierapolis. Pada hakikatnya ia adalah sebuah bandar spa sebab mereka telah membina bandar ini semata-mata kerana mengambil kesempatan kewujudan mata air panas yng terdapat di sini. Jadi kalau datang ke sini, bolehlah buat lawatan "2 in1".Mereka telah membina sebuah "kolam air panas suci" di sini dan membangunkan bandar di sekelilingnya, kerana mereka percaya akan khasiat dan kuasa menyembuh yang ada pada air mineral itu.


Kami hanya berada di sini selama 2 jam, sedangkan tempat ini sangat luas. Tidak mungkin kami dapat melawat ke semua tempat. Di bandar Hierapolis ini kami hanya melihat puing-puingnya dari jauh sahaja....tidak sempat hendak meninjau secara dekat. Kebanyakan aktiviti kami di sini setakat mengambil gambar berlatarkan struktur bangunan yang masih tertinggal. Kalau ada masa yang banyak boleh mandi di kolam sucinya di samping runtuhan tiamg-tiang marmar dan lain-lain, yang dikenakan bayaran dan juga melawat muziumnya.





Maklumat mengenai South Gate atau pintu selatan

South Gate.....dalam pelan di atas ada diyunjukkan kedudukan North Gate
Lebui kurang jam 5 petang kami tinggalkan Pamukkale. Sebelum pergi ke hotel kami dibawa singgah dahulu di Varol Tekstil outlet center untuk shopping. Di sini boleh didapati berbagai produk daripada kapas dan tanda harganya adalah dalam US dollar. Saya suka tuala Turki. Jadi hari itu ambil lah beberapa helai untuk dijadikan sebagai kenangan.

Varol Tekstil - berbas2 pengunjung datang.......foto  dari website
Kami hanya sebentar sahaja di sini kerana hari sudah malam walaupun waktunya masih petang, kerana di musim ini siangnya singkat. Kira-kira pukul 6 ptg kami bertolak semula menuju ke hotel. Malam ini kami tidur di Lycus River Hotel yang terletak di Karahayit Koyu Pamukkale. Karahayit hanyalah sebuah kampung beberapa km ke utara Pammukkale tetapi dikelilingi oleh resort dan hotel-hotel besar yang sibuk dengan bas-bas persiaran membawa pelancong.


Seperti biasa makan malam disediakam pihak hotel. Oleh kerana hotel yang ditempah kebanyakannya juga menerima pelancong dri agensi lain, adakalanya  kami bertembung hari yang sama. Jika ini terjadi maka terpaksalah beratur panjang untuk mendapatkan makanan utama dan favorite malam itu.