Bagi mereka yang cintakan keindahan semulajadi flora dan fauna, Kuala Sepetang atau nama popularnya Port Weld merupakan destinasi yang sangat menarik dan juga termasuk dalam eko perlancongan yang wajib dikunjungi.
Ini antara pakej naik bot yang ditawarkan |
Ini pula salah seorang dari tour agen di sini yang beroperasi di depan restoran mee udang Mak Jah |
Suasana dalam restoran .... 28 May 3.20 PM
Sejak sekian lama Kuala Sepetang bukan sahaja terkenal sebagai tapak stesen keretapi terawal di Malaysia, tetapi juga industri pembuatan kayu arang paling tua. Industri berkenaan bertapak di sini sejak 1930 dan dari masa ke semasa produk kayu arang dari Kuala Sepetang mendapat permintaan yang tinggi kerana ia antara yang terbaik di dunia.Kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang pembuatan arang kayu di Kuala Sepetang. Sebenarnya kami hanya melawat kilang yang tidak beroperasi pada hari berkenaan kerana cuti umum. Jika betul-betul berminat boleh sahaja melawat kilang yang berbayar yang menyediakan 'tour guide' sekali. Namun begitu kita boleh bayangkan pembuatannya dengan hanya melihat suasana dalam kilang dan dengan membaca sedikit mengenainya dari maklumat hasil pencarian di internet.
Suasan dalam kilang arang kayu bakau
Proses menghasilkan arang kayu bakau dibahagikan kepada 3 peringkat dan memakan masa kira-kira lebih sebulan. Bagaimanapun, proses penghasilannya bukanlah semudah yang disangka. Ia bermula dengan proses memilih bahan mentah iaitu pokok bakau. Terdapat dua jenis pokok bakau iaitu pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhiziphora Apiculato) dan berusia sekurang-kurangnya 30 tahun untuk ditebang bagi mendapatkan hasil kayu arang terbaik. Oeh kerana permintaan terhadap bahan bakar ini amat tinggi, pengeluaran arang dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak dan mempunyai had penebangan hutan bakau.
Kawasan yang diberikan permit penebangan akan dimasuki pekerja untuk proses penebangan pokok menggunakan gergaji rantai. Setiap pokok yang ditebang akan dikerat sepanjang 2 meter dan diangkut menggunakan bot untuk dihantar ke kilang arang. Sungai semula jadi adalah laluan terpenting bagi membawa kayu bakau ke kilang arang yang kebanyakannya terletak di pinggir sungai.
Sebaik bot tiba di kilang, kayu akan dipunggah ke darat untuk proses pengeringan antara 2-3 hari. Kayu yang kering akan diangkut ke tempat pembakaran iaitu gok (panggilan lain dapur atau tanur)

Gok ialah sebuah struktur yang berbentuk separuh bulat (seperti igloo) dengan satu pintu masuk dan ia diperbuat daripada batu bata dan selut tanah yang bercampur pasir halus.
Seterusnya kayu bakau disusun secara menegak sehingga penuh dan satu gok mampu memuatkan sehingga 1400 atau 1500 kayu bakau, bergantung pada saiz gok. Proses pembakaran bermula dengan api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum relau ditutup sepenuhnya selama 10 hari untuk proses penyejukan.
Selepas kayu bakau menjadi arang, gok akan melalui proses penyejukan sebelum pekerja mengeluarkan arang untuk dimuatkan dalam lori, ditimbang dan dihantar ke kilang pemprosesan terakhir untuk dijadikan pelbagai produk. Selain bahan bakar, arang juga digunakan dalam industri pembuatan barangan lain termasuk kosmetik, bahan pencuci, baja dan ubat nyamuk.
Gok ,,, tempat pembakaran kayu sebelum jadi arang |
Kayu bakau yang dipotong sepanjang 2 meter perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum dibakar |
Selepas kayu bakau menjadi arang, gok akan melalui proses penyejukan sebelum pekerja mengeluarkan arang untuk dimuatkan dalam lori, ditimbang dan dihantar ke kilang pemprosesan terakhir untuk dijadikan pelbagai produk. Selain bahan bakar, arang juga digunakan dalam industri pembuatan barangan lain termasuk kosmetik, bahan pencuci, baja dan ubat nyamuk.
Antara produk sampingan hasil industri arang kayu |
Di atas ini adalah antara produk yang saya telah beli dari kedai atau gerai yang dibuka oleh kilang ini. Arang yang boleh menyerap bau ini ada sedikit berbeza cara prosesnya berbanding arang yang digunakan sebagai bahan bakar. Ubat giginya kekal berwarna hitam tetapi rasanya sama seperti ubat gigi biasa. Manakala cuka kayu ini pula untuk pertanian, bukannya cuka untuk masak.
Cuka kayu pertanian adalah produk sampingan yang terhasil daripada pembakaran kayu tanpa udara bagi menghasilkan arang. Secara umum, cuka kayu dapat meningkatkan kualiti tanah, mengawal perosak dan menggalakkan pertumbuhan pokok
Kualiti kayu arang yang dibakar boleh dinilai melalui 2 kaedah iaitu dengan melihat kepada jenis warna asap yang terhasil daripada lubang asap atau hanya menggunakan tangan dalam menentukan kelembapan wap bagi arang siap dimasak sepenuhnya.
Sumber : Metro & Malaysiakini.com
Mengimbau sejarah, Kuala Sepetang ini dahulu cukup terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah sehingga melahirkan seorang tokoh perusahaan seperti Che Ngah Ibrahim atau gelarannya Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim Jaafar sekitar 1870-an. Namun atas beberapa peristiwa industri perlombongan bijih timah mulai berkurangan sehingga banyak lombong di daerah Larut ditinggalkan.
Kini Kuala Sepetang dikenali sebagai antara pengeluar arang kayu daripada pokok bakau terbaik dunia.
Kini Kuala Sepetang dikenali sebagai antara pengeluar arang kayu daripada pokok bakau terbaik dunia.
Sumber : Metro & Malaysiakini.com