Tuesday, 29 December 2015

Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

Bila dapat tahu ada aktiviti 'hot air baloon ride' di Cappadocia kami berdua sangat teruja. Sebab apa ...... sebelum ini pernah mencuba naik belon panas yang percuma di Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta beberapa tahun yang lepas. Saya, suami dan 4 orang anak telah berjaya dapat tiket untuk flight setelah berjam beratur, tetapi apakan daya ...... flight pada hari itu terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kecewanya rasa di hati ...... terutama anak-anak. Dapat tiket itu pun setelah dua kali datang ke tapak pesta!

Walaupun teruja bila mendengar berita ini, namun kami juga rasa berbelah bagi samada nak naik ke tidak ..... aduuuhh ...... harga tiketnya mencecah RM 600 seorang! Bincang punya bincang, akhirnya suami kata ....Jom kita naik!. Dari 30 orang ahli rombongan kami, hanya 22 orang sahaja yang ingin mengikuti aktiviti ini.

 Bila dicari maklumat terkini dalam internet ada syarikat yang menawarkan harga yang lebih murah lagi daripada ini. Itu pun nilai terkini setelah duit Ringgit jatuh sedangkan trip kami ini sebelum Ringgit jatuh teruk. Kami bayar dalam US Dollar. Apabila melancong ikut rombongan dan agen inilah kekurangannya ..... semua siap diatur, tiada pilihan.

15 Feb 2014 Goreme .... Rombongan Poto Travel
15 Februari 2014

Mengikut perancangan awal kami akan naik belon panas pada awal pagi ini untuk menyaksikan saat indah matahari terbit tetapi kami dikecewakan oleh keadaan cuaca yang tidak berapa elok pagi ini .... angin agak kuat. Keadaan ini sangat merbahaya untuk aktiviti yang banyak bergantung pada keadaan cuaca yang baik dan tenang. Pada musim ini (dingin - Jan/Feb) cuaca agak tidak menentu. Flight banyak dibatalkan. Mengikut maklumat dari internet, masa yang paling cantik untuk menaiki belon panas ini adalah antara April - Oktober.

Sebelum ke tapak untuk menaiki belon kami dibawa ke kafe
dan diberi sarapan awal sebelum naik belon
Matahari mula terbit ...... masih menunggu keputusan ujian kelajuan angin
sebelum flight dibatalkan akhirnya
Suasana di awal pagi di kawasan berdekatan
Oleh kerana tidak mahu mengecewakan kami, pihak Poto Travel telah mengatur untuk mencuba naik belon sekali lagi pada sebelah petangnya pula, walaupun kami sudah dijadualkan untuk aktiviti lain. Bagi mereka yang tidak naik belon akan terus dengan aktiviti yang telah ditetapkan. Akhirnya kami berjaya naik pada petang itu. Walaupun kami  tidak berpeluang melihat keindahan suasana ketika matahari terbit, tetapi sekurang-kurangnya kami berpeluang jugalah menikmati keindahan dan keunikan 'moonscape valey of Cappadocia'.

Moonscape valey of Cappadocia
Jom kita ke tapak take-off ....

Lokasi take-off berbeza setiap hari. Ianya bergantung pada arah angin pada hari tersebut. Ini kerana perjalanan belon banyak bergantung pada keadaan dan halatuju angin. Mereka ingin memastikan yang belon-belon ini dibawa angin melalui lembah-lembah dan bukit-bukit yang menarik dan menawan yang terdapat di Cappadocia. Hari ini kami berlepas dari Goreme.

Tapak di mana semua belon akan 'take-off' dari sini
Belon dari pelbagai syarikat ditiupkan angin panas 
Sebuah belon yang sudah siap ditiup angin
dan disambungkan ke bakul
Kawasan lapang yang digunakan sebagai tapak berlepas belon
dikelilingi rupabumi seperti ini
Jom kita naik .....

25 orang dalam satu bakul ..... padat sangat2!
.......... up, up and away!
SubhanaAllah, alhamdulillah ...... akhirnya kami terapung di udara.
Belon yang terdekat dari Royal Baloon ..... sama seperti belon kami
Ini pilot kami Turgus dan dibantu oleh Murad
Floating in the sky ..... uuhh....what an amazing experience!

The best way to see the unique landscape of Cappadocia is by balooning over the land. The baloon float silently above the Cappadocian moonscape dotted with villages, vineyards and fruit orchards for about an hour. The view below was fantastic and awesome. It was like overlooking an alien land in a futuristic film .... a truly fascinating experience indeed! Definitely it was an experience of a lifetime for both of us.

Here in Cappadocia, the tourist guides have been spreading rumours that the Cappadocian moonscape was the shooting location for one of the Star Wars film .... which is not true. I guess this is part of their strategy to attract more tourists to come here.

Ada 12 belon yang sedang terapong yang kelihatan ... termasuk belon kami
Antara pemandangan menarik dari atas belon yg sedang terapung
....... bergerak perlahan melintasi
 kampung-kampung, ladang anggur dan kebun buah-buahan
Batu-batuan seperti diukir
Rumah dalam batu ..... dikelilingi ladang tanaman yang subur
Lagi  kediaman yang dikorek dalam batu
Kelihatan seperti tanah gersang
Walaupun kawasan ini kelihatan gersang tetapi sebenarnya ia adalah
kawasan yang subur dengan pelbagai tanaman
Sebuah perkampungan ...... rumah biasa, semi - bukit dan dalam gua
Rumah semi - bukit
Belon kami lalu atas rumah pilot Turgus
Budak-budak  kampung melambai-lambai kepada kami ........
Tiap-tiap hari mereka nampak berpuluh-puluh belon berterbangan di atas mereka.....
"Bilalah agaknya kami dapat merasai menaiki belon ini?"
Jom kita landing .....

Kebiasaannya belon-belon ini tidak akan mendarat di tempat yang sama ia berlepas. Belon yang kami naiki berlepas dari Goreme dan mendarat di Ibrahimpasa. Alhamdulillah kami selamat sampai semula ke bumi tanpa sebarang kemalangan ..... ia satu perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Belon kami berjaya landing dengan cantik di atas trailer di belakang kenderaan ...... ini hanya boleh dilakukan oleh pilot yang betul-betul mahir..Bila belon landing atas trailer, ini memudahkan tugas pekerja-pekerja di bawah, yang perlu mengemas belon dan menyimpannya semula  bersama bakul yang sedia ada di atas trailer untuk dibawa pergi.

Lihat betapa besarnya belon yang perlu dilipat dan dikemas semula
Bakul dan belon siap berada di atas trailer
Bergambar kenangan bersama Turgus dan Murad
Setiap peserta dianugerahkan pingat kerana berjaya menaiki belon panas
Ini adalah pengalaman saya yang pertama (dan mungkin terakhir) menaiki belon panas. Jika dilihat pada saiz bakul belon, tingginya hampir paras dada saya. Untuk masuk dan keluar dari belon tidaklah semudah yang disangkakan bagi orang yang berbadan besar seperti saya. Hampir saja saya dipeluk oleh krew yang bertugas untuk memastikan saya tidak jatuh ketika turun dari bakul ..... satu pengalaman yang kurang selesa,

Di akhir aktiviti kami diraikan dengan hidangan minuman fresh oren dan penyampaian medal kerana telah selesai melaksanakan aktiviti tersebut. Ini sebagai tanda kenangan dan penghargaan dari pihak syarikat  Royal Baloon kepada peserta-peserta. Oleh kerana rombongan kami semua terdiri daripada orang Islam, kami dijamu minuman ringan. Namun bagi pelanggannya yang bukan muslim, mereka akan meraikannya secara tradisional  "champagne toast" yang disediakan oleh pilot dan ground crew.

Di Cappadocia ada 25 buah syarikat belon dan 220 biji belon yang berdaftar. Belon yang kami naiki adalah dari syarikat Royal Baloon, antara syarikat yang ternama di sini. Syarikat yang sama juga pernah digumakan oleh bintang TV terkenal Amerika, Martha Stewart ketika lawatan beliau ke sini.

Jom lihat pengembaraan beliau ...



Martha Stewart & Royal Balloon - Cappadocia... oleh royalballoon


Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

Tuesday, 22 December 2015

Kembara Turki - Cappadocia

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

14 Februari 2014

Kami tiba di hotel hampir pukul 7 malam. Kami menginap di Dinler Hotel Urgup. Walapun ia hanya bertaraf 3 bintang di negara kita tetapi di Turki ia diiktiraf sebagai hotel 5 bintang yang pertama di Urgup.

15 Februari 2014


Hari ini kami menghabiskan masa sepanjang hari di Cappadocia, melawat tempat-tempat menarik yang menjadi kegemaran para pelancong dari dalam dan luar negara.
Cappadocia berada di bahagian Central Anatolia. Apa yang menarik di sini ialah lanskap mukabuminya yang kelihatan seperti "permukaan bulan" di sekitar bandar-bandar Ürgüp, Göreme, Uçhisar, Avanos dan Mustafapaşa. Sebahagian dari kawasan ini telah menjadi Warisan Dunia Unesco. Jadi kalau datang ke Turki, datanglah juga ke sini kerana kita akan berpeluang melihat hasil ukiran ciptaan Allah yang begitu unik dan indah sekali.


Mengukir bukit menjadikan ia tempat kediaman
Hutan bukit  cendawan
Apakah sebenarnya yang terjadi di sini sehingga mukabuminya kelihatan seperti gurun berbukit-bukit? Sepertimana di Pamukkale, lanskap yang sangat  unik  ini terjadi disebabkan proses semulajadi yang berlaku sejak berjuta tahun lalu dengan kuasa Allah. Jika di Pamukkale  ianya disebabkan proses pemendapan batu kapur yang dibawa oleh air, namun di sini proses yang sebaliknya pula berlaku. Di Cappadocia berlaku proses penghakisan pada permukaan batu yang lembut oleh angin dan air  selama berjuta-juta tahun sehingga mencorakkannya menjadi seperti hutan bukit menyerupai cendawan yang digelar "fairy chimneys".

Lembah Goreme 
Petikan dari http://travel.nationalgeographic.com

Erosion shaped the incredible landscape of the Göreme valley, but thousands of years ago humans took a cue from Mother Nature and began carving an incredible chamber and tunnel complex into the soft rock. Beginning in the fourth century A.D., an urbanized but underground cultural landscape was created here.

Ancient volcanic eruptions blanketed this region with thick ash, which solidified into a soft rock called tuff .... tens of meters thick. Wind and water went to work on this plateau, leaving only its harder elements behind to form a fairy tale landscape of cones, pillars, pinnacles, mushrooms, and chimneys, which stretch as far as 130 feet (40 meters) into the sky.

But human hands performed equally incredible works here. The rocky wonderland is honeycombed with a network of human-created caves; living quarters, places of worship, stables, and storehouses were all dug into the soft stone. In fact, tunnel complexes formed entire towns with as many as eight different stories hidden underground.

Göreme was inhabited as early as the Hittite era, circa 1800 to 1200 B.C. and later sat uncomfortably on the boundary between rival empires; first the Greeks and Persians and later the Byzantine Greeks and a host of rivals. This precarious political position meant that residents needed hiding places and found them by tunneling into the rock itself.

The site became a religious refuge during the early days of Christianity. By the fourth century Christians fleeing Rome’s persecution had arrived in some numbers and established monastic communities here. The monks excavated extensive dwellings and monasteries and created Byzantine frescoed paintings in cave chapels beginning in the seventh century, which endure in well-preserved isolation to this day.

Göreme is rich with history, but not all of Cappadocia’s troglodyte dwellings are museums. Some still serve as homes and others as hotels, which offer a truly unique hospitality experience.


Jikalau berpeluang datang ke sini bolehlah mencuba tidur di hotel dalam gua seperti yang disebut dalam artikel di atas. Walaupun kami duduk 2 malam di sini tetapi kami telah ditempatkan di hotel biasa. Inilah salah satu daripada kekurangan melancong bersama agen ...... semua siap diatur, tiada pilihan.

Inilah hotel '5 bintang' kami.....Dinler Hotel di Urgup
.... Foto dari Mr Google
pagi 16 Feb 2014.....Dinler Hotel
Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik dalam gua yang boleh diterokai. Namun pada hari ini kami hanya di bawa melalui pengalaman makan tengahari di restoran dalam gua dan melawat 'under ground city' ketika di sini. Sebahagian daripada kami dibawa juga ke kilang pottery dalam gua; bagi mereka yang tidak naik 'hot air baloon'. Dapatlah sedikit pengalaman merasai suasana kehidupan dalam gua ....... sangat sukar membayangkan kehidupan sebagai 'troglodyte' pada zaman itu.
Jom makan di restoran dalam gua ....Uranos Sarikaya
Kawasan sekitar restoran
Tempat duduk dan meja dalam restoran yang unik....
'mengelik' sementara menunggu hidangan tengahari disaji ....
 ikan trout bakar sebagai menu utama
Kami dihiburkan dengan alunan muzik tradisional Turki
....lihat hiasan dalaman yang mewah
Pemain muzik memperkenalkan dirinya kepada rombongan kami
Aktiviti kami pada hari itu termasuk juga lawatan ke kilang karpet sutra yang terletak di Urgup, tidak jauh daripada hotel kami. Di sini mereka menyediakan demo khusus untuk pelawat, bagaimana cara membuat benang sutra daripada kepompong ulat sutra yang digunakan dalam industri permaidani mereka.




Selesai menonton demo, kami dibawa ke bilik sebelah untuk menjamu mata pula melihat karpet yang dihamparkan satu persatu di hadapan kami ...... bagaikan karpet terbang! Karpet yang dijual berbagai jenis, termasuklah buatan tangan dari sutra. Tidak dinafikan sangat berkualiti dan cantik tetapi harganya di luar kemampuan kami berdua.....hehehe....

Tidak pasti apa nama kilang karpet yang dilawati,
tetapi inilah luar bangunannya yang tertulis....
Yunak MH. Haci Hafiz Efendi Sokagi
Bahagian dalam bangunan .... dihiasi karpet yang indah
Sesi mempamerkan koleksi karpet yang ada dalam stok
Contoh karpet yang dipamerkan
Ni pula sesi menunggu.....bila lah nak habis promo ni?
Akhir sekali kami dibawa melihat cara menenun karpet dengan tangan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja wanita mereka. Karpet yang sudah siap tidak mudah untuk kita bezakan antara buatan tangan atau buatan mesin ..... melainkan mereka yang betul-betul pakar dalam bidang ini seperti kata bidalan, "Hanya jauhari yang mengenal manikam". Apabila membaca pengalaman mereka yang pernah membeli karpet di Turki, banyak jugalah berlaku kes penipuan di kalangan penjual-penjual karpet ini. Oleh itu berhati-hatilah ..... jika ada niat hendak membeli, buat sedikit 'homework' dan cari maklumat serba sedikit sebagai bekalan ilmu yang boleh digunakan ketika berhadapan dengan penjual.


Ada 2 lagi aktiviti menarik yang kami buat di Cappadocia iaitu "Hot Air Balooning" dan melawat "Undergrond City" di Kaymakli. Kedua-dua aktiviti ini akan diceritakan pada entri yang akan datang insya Allah.


Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

Sunday, 13 December 2015

Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung  kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

14 Februari 2014
Ini hari ketiga kami berada di Turki. Seperti hari sebelumnya, hari ini juga kami memulakan perjalanan di awal pagi....7.15 pagi bas sudah bertolak meninggalakan Pamukkale. Destinasi hari ini adalah Cappadocia atau Kapadokya (yang biasa digunakan oleh orang Turki). Walaupun perjalanan hari ini sangatlah jauh dan lama, tetapi seperti biasa kami berhenti di beberapa tempat untuk menghilangkan lenguh, ke tandas, makan tengahari dan solat. Hari ini kami solat di Konya serta membuat lawatan ke tempat bersejarah.




4 tempat persinggahan sebelum sampai ke Cappadocia
Jalan yang dilalui termasuk Laluan Sutra yang terkenal dalam sejarah

Pamukkale berada di daerah Denizli. Tempat pertama kami singgah ialah pekan Dinar dalam wilayah Afyonkarahisar, yang pernah mengalami gempabumi besar pada tahun 1995. Seramai 90 orang telah terbunuh dan lebih 200 orang mengalami kecederaan serta kerosakan harta benda yang agak besar.

Dinar today is a small town in a rural area, with limited amenities, particularly since there was a large earthquake here in 1995, which caused many people to migrate away from the town. Dinar is a crossroads on journeys from Ankara or Istanbul to Antalya, motorists wouldn't stop here but many trucks do need to.......from wikipedia

Bas kami singgah di Dinar......
Siap mencuba yogurt yang ditabur biji popi dan madu.....hmm sedap!
Tempat kedua kami singgah ialah di Kirazli Bahçe Dinlenme Tesisleri. Kami berhenti di sini untuk makan tengahari walaupun jam baharu menunjukkan pukul 10.45 pagi. Ini kerana kami bersarapan awal. Tempat ini merupakan "Rest Stop" di Turki. Waktu musim panas tempat ini kelihatan lebih ceria jika dilihat pada gambar dalam websitenya.

Address: Konya Afyon Karayolu 155. Km.,
Sultandağı/Afyonkarahisar, Turkey
Tempat ketiga kami singgah ialah Konya (juga disebut Koniah....قونية). Ia adalah bandar ke-7 terbesar di Turki. Mengikut kata Mr Burak (tour guide) masyarakat di sini adalah yang paling konservativ Islamnya. Lebih 62% daripada wanitanya berhijab. Oleh kerana kedudukannya di tengah-tengah padang tandus Anatolia, bandar ini menjadi salah satu pusat perdagangan penting di Laluan Sutra. Konya juga pernah menjadi ibukota Kesultanan Turki Seljuk Rom yang menguasai bahagian Anatolia Tengah dari 1071 sehingga 1275.

Swirling Dervish
Konya juga sinonim dengan tokoh besar sufi, Jaluddin Rumi (1207 - 1273) yang lebih dikenali sebagai Mevlana di kalangan pengikut-pengikutnya. Di sinilah bermulanya ajaran gerakan sufi yang beramal dalam bentuk tarian yang dikenali sebagai Tarian Darwish atau Swirling Dervish yang dimulakan oleh Mevlana. Tiap-tiap tahun pengikutnya akan mengadakan majlis memperingati hari kematiannya yang dikenali sebagai Åžeb-i Ar. Hari ini dianggap sebagai "malam pengantin" Mevlana kerana inilah malam perpisahannya dari kehidupan dunia dan akhirnya disatukan dengan kekasihnya Tuhan semesta alam. Ada pihak yang mengatakan ajaran yang dibawa ini sesat.....wallahu'alam.

Tujuan kebanyakan orang datang ke Konya adalah untuk melawat Mevlâna  Müzesi atau Muzium Mevlana, dahulunya tekke atau dewan tarian, tetapi kini menempatkan makam Mevlana Jelaluddin Rumi, pengasas Tarian Darwish ini. Kami juga ke muzium ini ketika singgah di Konya. Dahulu tempat ini juga dijadikan sebagai asrama para Darwish. Setiap yang masuk dikenakan sedikit bayaran .... saya tidak pasti berapa tetapi mungkin sebanyak 5TL.

Barang yang dipamerkan dalam muzium
Bangunan Mevlâna Müzesi 
Hagi Veyis Camii.......Selepas lawatan ke muzium 
kami  solat zohor-asar di masjid ini
Tempat yang ke-4 dan terakhir kami singgah sebelum ke Cappadocia ialah Sultanhani Caravanserai, Aksaray, Konya. Ketika kawasan ini di bawah pemerintahan raja-raja Seljuk, mereka banyak membina caravanserai, yang juga dikenali sebagai Han di sepanjang laluan sutra yang terkenal itu. Ada hampir 100 bangunan seperti ini yang masih wujud di  bekas tanah jajahan Seljuk ini. Banyak yang sudah roboh tetapi ada yang dipelihara dengan baik dan Sultan Han di Aksaray inilah yang paling besar dan terbaik.

Pada zaman ini sektor perdagangan banyak bergantung kepada unta sebagai alat pengangktutan. Unta-unta yang berjalan berbaris membawa muatan ini dipanggil "kervan" atau camel train. Perkataan kervan inilah yang telah di Inggeriskan menjadi caravan. Perkataan kervansaray atau caravanserai bemaksud "kota kervan"

Caravanserai ini dibina khusus sebagai tempat persinggahan bagi para pedagang yang melalui Jalan Sutra ini, membawa dagangan dari negara Parsi dan China ke Eropah dan sebaliknya. Ia menjadi tempat perlindungan kepada para pedagang, unta, kuda dan keldai serta barang dagangan mereka; melindungi mereka dari perompak dan penyamun jalan.  Selain itu ia juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan para musafir. Kalau zaman sekarang macam konsep R&R di negara kita tetapi lebih canggih.

Laluan sutra di darat ....
bermula dari Xi'an China dan berakhir di Istanbul Turki
Agak teruja juga ketika berada di sini kerana kami benar-benar berada di atas laluan atau jalan yang sangat penting dan masyhur pada satu ketika. Boleh bayangkan kesibukan tempat ini pada zaman itu dengan karavan-karavan yang keluar masuk. Fungsi caravanserai pada zaman itu bolehlah dianggap sebagai hotel pertama dunia. Setiap petang ia menerima kedatangan karavan-karavan dagangan, dan mereka dipelawa  tinggal di situ selama 3 hari. dengan percuma. Mereka diberi tempat tidor dan makan dan juga makanan percuma untuk binatang  tunggangan mereka ...... ihsan dari pemiliknya. Namun kebanyakan karavan-karavan ini akan meneruskan perjalanan pada keesokan paginya.

Petikan dari www.turkeytravelplanner.com

The typical Seljuk caravanserai is a huge square or rectangular building with high walls of local stone. The walls are smoothly finished but devoid of decoration. Supporting towers or buttresses may be in geometric shapes (half-cylinder, half-octagon, half-hexagon, etc) and the outlets for roof runoff may be stylized animal heads, but otherwise the exterior is severely plain.

The exception is the main portal, which is elaborately decorated with bands of geometric design, Kur’anic inscriptions in Arabic script, and the sculpted geometric patterns of mukarnas (stalactite vaulting).

Walk through the main portal and you pass the room of the caravanserai’s manager and enter a large courtyard. At its center may be a mescit (small mosque or prayer-room), usually raised above ground level on a stone platform. (The mescit may also be built into the walls above the main portal.) Around the sides of the courtyard, built into the walls, are the service rooms: refectory, treasury, hamam (Turkish bath), repair shops, etc.

At the far end of the courtyard from the main portal is the grand hall, a huge vaulted hall usually with a nave and three side aisles. The hall is usually lit by slit windows in the stone walls and/or a stone cupola centered above the nave. The hall sheltered goods and caravaneers during bad winter weather.

Most caravanserais were built as pious endowments: a wealthy Seljuk gave money for the building’s construction and also made available a source of income to be used for its maintenance.

Sedikit maklumat berkenaan Caravanserai Sultanhani
Mengikut maklumat yang tertulis, bangunan ini telah dibina pada 1229 oleh Alaattin Keykubat 1. Pada 1278 ia telah dibesarkan selepas kebakaran oleh gabenor ketika itu, Siracettin El Hassan. Manakala akiteknya pula ialah Muhammed Bin Havlan El Dimaski.
Caravanserai - bangunan empat segi, bertembok tinggi
yang disokong oleh menara-menara yang berbentuk geometri
Bahan binaan dari batu-bata tempatan.....pintu gerbang utama
diukir dengan indah serta ditulis kalimah Al-Quran
Ukiran di pintu Gerbang belakang berserta kalimah al-Quran
Caravanserai Sultanhani......bahagian halaman terbuka
Kelihatan mescit atau surau....elemen penting dalam sesebuah caravanserai 
Di tengah-tengah halaman terdapat sebuah mescit (bilik solat) yang kebiasaannya di bina lebih tinggi dari aras tanah, di atas platform batu. Di sekeliling halaman terdapat bilik-bilik yang dibina dalam dinding berfungsi sebagai bilik-bilik perkhidmatan seperti dewan makan, bilik perbendaharaan, bilik tidor. bilik mandian, tandas, dapur, kedai membaiki dan berbagai lagi. Halaman yang terbuka ini digunakan ketika musim panas. Ada sebahagian lagi dari bangunan caravanserai ini bertutup dan ia digunakan ketika musim sejuk yang agak teruk.

Foto yang kelihatan gelap itu ialah bahagian yang bertutup
Ia hanya menerima cahaya dari lubang kecil di dinding
Caravanserai ini telah mula  digunakan sejak abad ke 10 lagi. Apabila orang Eropah menjumpai jalan baharu ke China, Jalan Sutra ini mula hilang kepentingannya dan begitu juga dengan caravanserai-caravanserai ini. Selepas abad ke 15 dan 16  kebanyakan caravanserai ini tidak digunakan lagi.

Pemandangan menarik di sepanjang perjalanan
Foto yang hanya diambil dari dalam bas di kiri - kanan jalan
Akhirnya selepas sejam berada di sini kami bertolak semula ke Cappadocia melalui Jalan Sutra sebagaimana yang pernah dilalui karavan-karavan pedagang pada zaman dahulu. 

Kami tiba di hotel hampir pukul 7 malam. Kami menginap di Dinler Hotel Urgup. Walapun ia hanya bertaraf 3 bintang di negara kita tetapi di Turki ia diiktiraf sebagai hotel 5 bintang yang pertama di Urgup.




Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia