(AFP) - Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the "devil" emblem on its team crest, Malaysian clerics said today.
Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.
Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.
"This is very dangerous. As a Muslim, we should not worship the symbols of other religions or the devils," Nooh Gadot, a top Islamic cleric from Johor, said.
"It will erode our belief in Islam. There is no reason why we as Muslims should wear such jerseys, either for sports or fashion reasons," said Nooh, an adviser to the Johor religious council.
"Even if it (the jersey) is a gift, we should decline it. It is even more sinful when people realise this is wrong and still buy these jerseys to wear," he added.
Nooh said there was no "fatwa", or religious edict, against the shirts but that one was not needed when it was clearly wrong for Muslims to don such a garment.
"These Muslims should repent, repent immediately," he said.
Another leading cleric, Harussani Zakaria, a cleric from Perak, agreed that devils should be shunned, not celebrated.
"Yes of course in Islam we don't allow people to wear this sort of thing," he said. "Devils are our enemies, why would you put their picture on you and wear it? You are only promoting the devil."
Malaysia is a generally moderate Islamic country, but conservative clerics have issued controversial edicts in the past including a ban on the ancient practice of yoga, which is criticised for including Hindu religious elements.
lambang pasukan bola Manchester United |
Dari sejak alam persekolahan sehingga kini, saya sudah lali dengan simbol "cross" agama Keristian. Begitu juga dengan anak-anak saya ...... mereka tidak berasa janggal dengan simbol itu.
Pada tahun 1968 saya telah dimasukkan ke sebuah sekolah Convent. Ini adalah sekolah yang dikendalikan oleh orang Keristian. Selama 11 tahun saya belajar di sekolah ini (6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah). Guru besarnya semasa di sekolah rendah adalah seorang "Nun" dan semasa di sekolah menengah pengaruh Keristian sudah mula cair. Guru besarnya adalah dari kalangan guru biasa tetapi beragama Keristian. Walaupun begitu aktiviti-aktiviti keagamaan masih seperti biasa.
Setiap hari dalam kelas, sebelum memulakan pembelajaran kami diminta memandang ke salib ( dilekatkan ke bahagian atas dinding depan) sambil membaca, "In the name of the holy father, the holy son and the holy spirit" (sambil membuat simbol "cross" dengan meletakkan hujung jari di atas dahi, di tengah dada, bahu kiri dan bahu kanan). Kemudian disambung dengan doa ringkas. Kadang -kadang ada guru yang menyambung dengan doa lain yang lebih panjang. Walaubagaimanapun kami murid-murid Islam dikecualikan daripada membaca doa itu. Namun kami mendengar doa itu dibaca setiap hari persekolahan selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah.
Selain daripada ini, kadang -kadang kami juga terpaksa menghadiri kelas moral yang diisi dengan cerita-cerita daripda bible, apabila kelas agama Islam dibatalkan. Waktu kelas muzik pun ada kalanya diajar lagu-lagu berunsur keagamaan yang biasa dinyanyikan di gereja. Ketika itu kami tidak tahu pun yang dinyanyikan itu lagu Keristian ........ seronok ikut menyanyi bersama ....... kerana lagunya sedap-sedap belaka!
Di waktu lain pula kami selalu dilawati paderi-paderi besar (memakai jubahnya) yang datang untuk program"pengampunan dosa". Saya sendiri sangat terpikat dengan keramahan dan kelembutan mereka dalam menegur dan menyapa murid-murid. Kadang-kadang mereka juga datang untuk mengadakan upacara sembahyang khas atau "mass" sempena peristiwa-peristiwa tertentu. Saya masih ingat saya dan kawan-kawan Islam yang lain dikehendaki mengahadirkan diri dalam salah satu upacara sembahyang ini yang diadakan kerana kematian seorang pembesar negara.
Lencana sekolah kami juga mempunyai lambang "cross". Saya memakainya selama 11tahun di alam persekolahan. Pada ketika itu ramai juga
Lencana sekolah sekarang ...... lambang
cross telah diganti dengan bintang
|
Selepas tingkatan 5 saya terus menyambung pelajaran ke UK ....... sebuah negara Keristian. Sekali lagi saya bergelumang dengan nilai-nilai Keristian dan aktiviti-aktiviti yang tidak Islamik ....... Christmas, boxing day, valentines day, easter dan lain-lain. Pertama kali jejak kaki di bumi UK saya telah dibawa melawat Cathederal di Durham. Selama 4 tahun saya berada bersama mereka.
Saya telah kembali semula tinggal di UK pada tahun 1990 selama setahun dan lagi sekali dari tahun 2002 sehingga 2006. Kedua-dua kali ini saya bersama dengan anak-anak dan suami. Cabaran kali ini lebih besar kerana anak-anak bersekolah dan berada dalam sistem pendidikan mereka. Bukanlah suatu yang mudah untuk mengelak dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka terutama semasa berada di sekolah. Buat pertama kali anak-anak terdedah dengan agama Keristian.
Di sekolah saya telah membenarkan anak-anak untuk terlibat sekali dalam akviti-aktiviti seperti Christmas play, lawatan ke churh dan Hindu temple dan Harvest festival. Ini untuk mengelak dari prasangka yang tidak baik dari guru terhadap anak-anak kerana pihak sekolah juga ada mengatur program berunsur agama lain. Mereka ada buat lawatan ke masjid. Mereka juga ada membuat pertunjukan Hari Raya. Semua aktiviti ini disertai oleh semua murid. Kebetulan sekolah anak saya ini ada ramai murid Islam.
Selama 4 tahun mereka bersekolah di sini saya tidak pernah rasa risau kot-kot mereka terpengaruh dengan agama Keristian. Ini kerana saya akan sentiasa meninjau pemikiran mereka dan pada masa yang sama memberi input dan informasi tentang agama Islam. Contohnya apabila gurunya menceritakan tentang kisah Nabi Isa versi orang Keristian saya akan menceritakannya balik versi agama Islam. Begitulah seterusnya, saya akan selalu membuat perbandingan antara agama Keristian dan agama Islam.
Kebetulan anak saya ramai lelaki. Jadi selama berada di Uk memang banyak mengumpul jersi bola dan barang-barang suvenir dari UK. Tidak dinafikan setengahnya ada simbol-simbol yang terlarang itu, tetapi semasa membelikannya saya tidak pernah terfikir untuk mengagung-agungkannya atau memujanya. Setiap perbuatan yang berlebih-lebihan pasti akan meninggalkan kesan yang buruk. Islam sangat-sangat menggalakkan kesederhanaan dalam kehidupan kita.
Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :
“Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.”
Lambang (England) ini selalu digunakan di atas baju dan barang suvenir yang lain |
Wallahua'lam. Saya dan anak-anak insyaAllah masih teguh aqidah kami walaupun pernah berada dalam sistem pendidikan mereka. Pokoknya di sini bukanlah mana-mana lambang atau pengaruh luar yang menjadi punca utama kerosakan aqidah. Sebab utamanya ialah kurangnya didikan agama di rumah dan pemantauan ibu-bapa.
No comments:
Post a Comment