"London bridge is falling down, falling down, falling down."......
"London bridge is falling down, my Fair Lady."......
....... salah satu permainan dan lagu kanak-kanak yang popular pada zaman
|
London Bridge today |
kanak-kanak saya. Namun pada ketika itu, tidaklah diketahui apa cerita di sebalik lagu dan permainan ini, yang sebenarnya mempunyai sejarahnya tersendiri. Walau apa pun, jambatan ini (London Bridge) dan London Tower Bridge, kini menjadi tarikan utama kepada para pelancong yang mengunjung ke Kota London, yang mempunyai 22 jambatan yang lain. Lain-lain jambatan adalah seperti Lambeth Bridge, Westminster Bridge dan Vauxhall Bridge. Ada jambatan untuk keretapi, pejalan kaki, tetapi yang paling banyak ialah untuk jalanraya.
Mengikut fakta sejarah London Bridge adalah jambatan yang paling tua sekali di antara jambatan yang banyak itu. Pada asalnya ia diperbuat daripada kayu. Pada 1209 ia telah diganti dengan jambatan batu yang menempatkan kedai-kedai dan rumah-rumah di sepanjang kiri dan kanannya. Kemudian ia diganti pula dengan jambatan granit pada 1831, dan jambatan konkrit sekarang pada 1973. Banyak faktor yang menyebabkan jambatan ini telah dirobohkan dan dibina semula, seperti keretakan, kebakaran dan juga disebabkan keruntuhan.
Cerita sejarah di atas inilah yang menjadi asal-usul permainan dan lagu "London Bridge is falling down".
Tower Bridge pula siap dibina pada 1894. Ia adalah di antara jambatan yang paling dikenali di dunia.
Jika kita ke sana sebagai pelancong, rasanya, tidak sah kalau tidak menyusuri kedua jambatan ini, yang
|
Tower Bridge in action |
merentasi Sungai Thames di tengah kota London yang sangat sibuk itu. Satu ciri yang sangat istimewa yang ada pada Tower Bridge ialah di mana ia akan dinaikkan untuk laluan kapal apabila diperlukan. Bagi mereka yang datang sekali sekala ke London, jarang dapat bertemu dan melihat jambatan ini sedang beraksi. Pada satu ketika dulu ia pernah dinaikkan sehingga 50 kali sehari. Namun pada hari ini ia hanya dinaikkan 4 atau 5 kali seminggu. Saya sendiri tidak pernah melihat jambatan ini dinaikkan walaupun beberapa kali pergi ke London semasa tinggal di UK ....... (1979 -1983) kali pertama, (1989 - 1990 ) kali kedua dan (2002 - 2006) yang terakhir....... sehinggalah pada salah satu lawatan terakhir.
Dalam salah satu lawatan terakhir kami ke kota London kami bernasib baik kerana dapat melihatnya sedang beraksi pada jarak dekat. Kami selalu juga ke London pada ketika itu kerana kami boleh buat "day trip" saja dari tempat tinggal kami iaitu Loughborough. Pada masa itu kami sedang berada dalam sebuah bot persiaran di Sungai Thames. Kami sekeluarga telah mengikuti aktiviti melancong "Thames River Cruise".
|
suami dan anak-anak depan Tower Bridge - 2005 (ketika dalam bot) |
|
pemandangan Tower bridge dari atas Tour Bus - 1990 |
Pada tahun ini (1990) pula kami menaiki bas khas double decker tanpa bumbung yang membawa pelancong pusing-pusing kota London. Inilah beberapa foto lama (jambatan) yang dirakamkan semasa bas bergerak.
|
Tour Bus memasuki Tower Bridge - 1990 |
|
suami dan anak-anak berlatar belakangkan Tower Bridge - 1990 |
|
saya dan anak-anak berlatar belakangkan London Bridge dan London Eye -2005
|
|
pemandangan London Bridge dari atas Tour Bus - 1990 |
Di bawah ini pula foto London Tower Bridge di zaman awal lapan puluhan.
|
siapa pula jejaka yang handsome nihh......posing depan jambatan -1980 |
No comments:
Post a Comment