Showing posts with label jambatan. Show all posts
Showing posts with label jambatan. Show all posts

Tuesday, 3 November 2020

Jalan-jalan di China - Nanjing Yangtze River Bridge

 Pada 10 May 2019 kami mengikuti aktiviti menaiki kapal pesiar menyusuri Sungai Qinhuai, iaitu salah satu cabang dari sungai besar Yangtze. Hari ini 12 May kami melawat  Sungai Yangtze pula. Destinasi sebenar kami adalah jambatan di atasnya.

Sedikit maklumat mengenai Sungai Yangtze yang dipetik dari:
 https://www.travelchinaguide.com/river/
Winding about 3,964 miles, Yangtze River is the largest in China and the third largest in the world after the Nile in Africa and the Amazon in South America. Originating from the Tanggula Range in Qinghai Province in western China, it traverses eleven provinces and cities from west to east, including Qinghai, Tibet, Sichuan, Yunnan, Chongqing, Hubei, Hunan, Jiangxi, Anhui, Jiangsu and Shanghai. Finally it pours into the East China Sea at Shanghai.

As the largest water system in China, Yangtze River is historically, economically and culturally important to the country. It has numerous tributaries including Min River, Han River, Jialing River, Gan River, and Huangpu River. The Three Gorges Dam on the river is the largest dam project and hydropower station in the world. Generally, people consider the river a dividing line between North China and South China. Areas to the north and the south of the river have many differences in climate, scenery, economics, culture and folk customs.

Jambatan Nanjing Yangtze adalah jambatan yang paling terkenal yang merentasi Sungai Yangtze. Ia adalah jambatan kekuda berlantai dua yang menampung kenderaan, kereta api, dan pejalan kaki. Nanjing selamanya telah menjadi bandar yang sibuk dan penting untuk China. Sungai Yangtze menyukarkan penyeberangan, maka jambatan ini telah dibina untuk memudahkan laluan dan kehidupan bagi mereka yang tinggal di sana. Jambatan ini menghubungkan dua tempat yang tumbuh melata di kedua belah Sungai Yangtze, dan kini ia  menjadi tempat untuk melihat keindahan alam semulajadi. .

Jambatan Sungai Yangtze Nanjing dikatakan hasil keindahan kejuruteraan dan senibina. Ia merupakan jalan  masuk ke salah satu bandar paling menarik di China. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1960-an dan siap lapan tahun kemudian. Kesatuan Soviet telah terlibat di awal pembinaan tetapi menarik diri kemudiannya, meninggalkan orang Cina bersendirian bersusah payah mencari bekalan besi. Akhirnya mereka berjaya mengatasi halangan ini dan hasilnya terbinalah jambatan dua tingkat yang mengagumkan. 

Jambatan ini sangat bermakna bagi negara China kerana ia merupakan jambatan dua lapis menggabungkan lebuhraya-keretapi yang pertama, dan dibina oleh orang China. Kepala jambatan yang direka oleh ahli akademik Zhong Xunzheng pada akhir 1960-an diperakui sebagai karya klasik dalam sejarah senibina moden China.

Jambatan Sungai Yangtze Nanjing 

Jalan keretapi di lapisam pertama jambatan
Salah satu taman di bawah jambatan

Di bawah jambatan ini terdapat berberapa buah taman yang terletak di bawah kepala jambatan di sebelah utara dan selatan, serta kawasan hijau jambatan. Dengan menaiki lif jambatan di South Bridgehead Park (taman di sebelah selatan kepala jambatan), pengunjung boleh sampai di dek jambatan Sungai Yangtze, dan kemudian pergi ke 'sightseeing platform' di kepala jambatan. Dari sini kita boleh melihat dan menikmati pemandangan jambatan yang menakjubkan  serta Sungai Yangtze yang begitu luas.

Sebelum menaiki lif  pengunjung berpeluang melihat pameran berkenaan sejarah pembinaan jambatan ini di "The Nanjing Yangtze Bridge memorial hall", yang juga terletak di aras bawah ini. Setiap orang dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16 yuan untuk masuk ke sini. Lif  dari sini akan terus ke "observation deck" yang terletak di aras ke-4.

Jom masuk ke memorial hall .....

Patung Mao Zedung ... pengerusi
Parti Komunis dari 1945-1976

Maklumat mengenai struktur jambatan serta gambarnya


Antara bahan-bahan yang dipamerkan

Jom naik atas pulak!

Pemandangan Sungai Yangtze dari atas .... keadaan seperti berjerebu
kerana pencemaran udara yang agak teruk di China

Ini  viewing platform yang berada di aras 4
Pemandangan ke arah bandar Nanjing 
dari atas kepala jambatan sebelah selatan

Patung manusia yang berada di kiri-kanan jalan berada di aras 3 
ada kemudahan bilik air dan tangga untuk turun ke sini
Foto di sebelah kanan pula ... pemandangan dari bawah jambatan
Pemandangan ke arah sungai dan daratan di seberang sungai
Walaupun jambatan Sungai  Yangtze  Nanjing menjadi satu tempat yang menarik dan indah, namun ia juga mengundang banyak cubaan bunuh diri di kalangan wargakota. Kini ia berada di kedudukan teratas sebagai  tempat membunuh diri di China. Terdapat papan tanda di sini yang meminta orang ramai untuk tidak melompat dari atas jambatan dan sebaliknya meminta bantuan.

 Jambatan Sungai  Yangtze  Nanjing menampung kira-kira 80,000 kenderaan dan 200 kereta api setiap hari, dan jauh mengatasi Jambatan Golden Gate San Francisco, sebagai tempat membunuh diri yang paling popular di dunia. Keadaan yang kritikal ini mendorong seorang warganegara yang prihatin membuat kerja sukarela dengan meronda sepanjang jambatan mengawasi sesiapa sahaja yang merancang untuk mengakhiri kehidupan mereka. Dalam satu filem dokumentari, insan ini dikenali sebagai  Angel of Nanjing. Nama sebenarnya ialah  Chen Si.

Setiap hujung minggu sejak 19 September 2003, Chen Si menempuh perjalanan sejauh 25km dari rumahnya ke jambatan. Dari jam 7:30 pagi hingga matahari terbenam, dia mencari dan mendekati mereka yang akan bunuh diri, sebelum mereka berpeluang terjun 70m ke Sungai Yangtze. Kadang-kadang dia terpaksa menyeret mereka, sambil menendang dan menjerit, kembali ke atas penghalang dengan selamat, dan ramai juga yang tidak sempat diselamatkan.

Lawatan ke jambatan Sungai Yangtze ini adalah lawatan terakhir kami di Nanjing. Selepas lawatan ini kami terus balik ke Shanghai dengan keretapi laju. Penerbangan balik ke Malaysia dijadualkan pada 1.30 pagi esoknya. Kami tiba di Shanghai pukul 6 petang dan kami bercadang naik keretapi sahaja untuk ke airport. Jadi kami perlu mencari stesen metro untuk ke sana, tetapi sebelum itu kami harus berbuka dahulu kerana kami tetap berpuasa Ramadhan walaupun sedang bermusafir.

Perjalanan ke airport dengan keretapi agak memenatkan terutama bagi saya yang terpaksa berjalan dengan bertongkat, kerana kita terpaksa menukar keretapi sekali sebelum terus ke airport. Ketika berada di stesen ini kami telah didekati seorang pemandu teksi menawarkan khidmatnya untuk bawa kami ke airport. Apabila kami menolaknya, dia ketawakan kami dengan berkata agak mustahil kami boleh pergi ke airport dengan keretapi dalam keadaan saya yang bertongkat. Sebenarnya kami sudah serik naik teksi kerana telah tertipu sekali ketika baharu sampai di Shanghai, juga dari airport.

Ini di lapangan terbang Shanghai .... ada restoran halal di tingkat atas 
Ketika pusing-pusing di airport tenampak lambang restoran halal. Ingatkan boleh makan dahulu sebelum naik kapalterbang kerana kami hanya berbuka dengan makanan ringan sahaja. Rupanya restoran sudah tutup😞. Waktu itu sudah pukul 11 malam..

Begitulah berakhirnya perjalanan pertama kami ke negara China di  bulan Ramadhan. Satu pengalaman yang manis dan indah.


Related posts:





Wednesday, 22 April 2020

Surabaya - Kota Pahlawan

Pada petang 11 Oktober 2018 kami bertolak dari kota Batu Malang ke kota Surabaya, yang mengambil masa lebih kurang dua setengah jam perjalanan dengan kereta. Kami sudah berada di Batu selama 3 hari 3 malam sebelum ke Surabaya. Kami sengaja mengambil penerbangan balik dari sini supaya kami dapat berjalan-jalan dan melihat kota Surabaya sekejap sebelum pulang. Penerbangan balik dijadualkan pada 13 Oktober.

Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia, sekaligus kota metropolitan terbesar di provinsi tersebut. Surabaya juga merupakan kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta. Kota ini terletak 800 km sebelah timur Jakarta, atau 435 km sebelah barat laut Denpasar, Bali. Surabaya terletak di pantai utara Pulau Jawa bahagian timur dan berhadapan dengan Selat Madura serta Laut Jawa.
Ruang  lobi Hotel Pop
Kedudukan Surabaya di Pulau Jawa .... 
berhadapan dengan Pulau Madura dan Selat Madura
Surabaya terkenal dengan sebutan Kota Pahlawan kerana sejarahnya yang terkenal di mana para pemuda Surabaya berjuang mempertahankan kemerdekaan bangsa Indonesia dari serangan penjajah. Bagi warga tempatan Surabaya mewakili para pahlawannya yang berkerja keras bermati-matian demi mendapatkan kemerdekaan.

Kami tiba di kota Surabaya lebih kurang 8.30 malam dan terus ke hotel yang telah ditempah lebih awal. Ia merupakan sebuah hotel dari rangkaian hotel bajet Pop yang banyak terdapat di Indonesia. 
Dari sudut kemudahan dan keadaan bilik semuanya sederhana tetapi memuaskan. Hiasan bilik sangat simple tetapi menarik. Siap ada sarapan percuma. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.😎


Hotel Pop Diponegoro Surabaya .... pagi 13 Okt 2018
Surabaya menjanjikan banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati dan diterokai. Bandar kedua terbesar di Indonesia ini dibangunkan semasa pemerintahan Belanda dan legasi warisan senibinanya masih utuh sehingga ke hari ini. Oleh kerana kami hanya berada di sini untuk sehari sahaja maka tidak banyaklah tempat yang kami boleh teroka. Kami hanya sekadar bersiar-siar melihat kotanya. Untuk sesetengah pelancong, Surabaya merupakan lokasi transit sebelum berkunjung ke destinasi lain di Indonesia.

Kami sempat melawat beberapa tempat menarik di sekitar kota ini seperti monumen kapal selam (monkasel), masjid agung Surabaya dan masjid Mohamed Cheng Ho.

1. Monkasel
Monumen Kapal Selam, atau singkatannya Monkasel, adalah sebuah muzium kapal selam yang terdapat di pusat kota Surabaya. Monumen ini sebenarnya merupakan sebuah kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Soviet tahun 1952. MONKASEL  adalah sebuah monumen Kapal Selam terbesar di kawasan Asia, yang didirikan di tepi sungai Kalimas, Surabaya. Ia adalah kapal selam asal dan bukannya replika.
Kapal selam ini dibawa ke darat dan dijadikan monumen untuk memperingati keberanian pahlawan Indonesia.  Caranya dengan memotong kapal selam ini menjadi beberapa bahagian, kemudian diangkut ke darat, dirangkai dan disambung kembali menjadi kapal selam yang perkasa.
Untuk masuk ke dalam kapal perlu ada tiket yang berharga Rp 15,000 dan akan ditemani oleh  seorang pemandu lokal yang terdapat di sana. Salah satu tujuan utama projek ini juga adalah untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancong ke kawasan ini.
Monkasel ... bahagian hadapan
..... bahagian belakang
Kawasan berhampiran monkasel

Tebing Sungai Kalimas
Jom masuk!
Ruang torpedo haluan atau kepala kapal

Ruang tinggal perwira
Ruang istirehat dan bekerja komandan
Lubang (pintu) yang menghubungkan
satu bahagian ke bahagian yang lain
Teropong yang membolehkan kita
 melihat di permukaan atas
Bilik air .....
Ruang torpedo buritan atau belakang kapal
Gambar-gambar di atas hanya menunjukkan sebahagian dari peralatan dan ruang kemudahan yang terdapat dalam sebuah kapal selam. Banyak lagi peralatan yang membantu tugas menjaga keselamatan negara terdapat di sini seperti ruang sonar dan kompas.

2. Jambatan Suroboyo
Kami juga sempat pergi melihat Jambatan Suroboyo atau Jambatan Kenjeran. Jambatan ini menghubungkan kawasan pesisir Surabaya di Pantai Kenjeran, Kecamatan Kenjeran, Kota Surabaya. Ia dibina sejauh  800 meter dengan lebar 18 meter dan tinggi 12 meter yang ditahan dengan 150 tiang pancang. Dikatakan ia menjadi salah satu dari 10 jambatan terbaik di dunia.

Ketika kami ke sini jambatan ini ditutup kepada semua kenderaan. Jadi kami terpaksa berjalan kaki dari kepala jalan sehingga ke hujung jalan jambatan ini. Rupanya sudah beberapa bulan jambatan ini ditutup. Ada yang mengatakan ianya ditutup kerana masalah kewangan untuk menyelenggaranya. Namun dalam satu berita dari internet mengatakan ia telah dibuka kembali secara resmi pada 16 Februari 2019, setelah 10 bulan ditutup kerana kerja-kerja pembaikan.
Jambatan Suramadu merentasi Selat Madura di kejauhan
 boleh dilihat dari sini ..... 12 Okt 2018
Jambatan Suramadu menghubungkan pulau Madura dengan pulau Jawa dan merupakan jambatan terpanjang di Indonesia. Jambatan Suroboyo pula menghubungkan Jambatan Suramadu dengan Lapangan Terbang Juanda  melalui Lingkar Luar Timur Surabaya. Jambatan ini ada laut di bawahnya dan bentuknya melengkung seperti busur panah melingkari pantai Kenjeran. Ia sengaja dibina sedemikian rupa untuk mengelak pengambilan tanah penduduk-penduduk kampung yang terdapat di kawasan ini. Mereka ini kebanyakannya nelayan miskin yang tidak mampu mahu ke mana, jika diambil tempat tinggal mereka.
Kampung Bulak yang dicat berwarna-warni ... secara tidak langsung
 membantu  menaikkan ekonominya dengan kehadhiran pelancong ke sini
Kiri dan kanan jambatan disediakan laluan pejalan kaki
agar mudah untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alamnya
Lihat lengkungan jambatan di belakang
Binaan pelantar di belakang
Di bahagian tengah jambatan ada satu binaan seperti pelantar disediakan khas untuk pelawat yang ingin melihat dan menikmati keindahan laut serta kawasan sekeliling, dari atasnya. Malang sekali hari itu kami tidak dapat menaiki nya kerana ia ditutup. Berhampiran dengan jambatan ini juga ada sebuah air pancut berlagu (musical fountain), juga tidak berfunsi. Kini ia sudah berfungsi kembali tetapi hanya beroperasi pada malam minggu.

Dari sini kami menaiki teksi ke plaza Surabaya town square. Jauh jugalah berjalan-jalan😫 untuk mencari tempat yang ada nampak teksi berkeliaran. Di sini kami mengisi perut sedikit sebelum balik ke hotel, sambil mencuci mata di kedai-kedai berhampiran. Sewaktu pulang ke hotel sekali lagi kami menaiki teksi dan sebelum tiba di hotel pemandunya telah menurunkan kami di satu taman untuk bergambar dengan ikon Surabaya.
Patung Sura dan Baya
Patung Sura dan Baya (Jawa: Patung Suro lan Boyo) adalah sebuah patung yang merupakan lambang kota Surabaya. Patung ini berada di depan Kebun Binatang Surabaya. Patung ini terdiri atas dua haiwan ini yang menjadi inspirasi nama kota Surabaya: ikan sura (yu) dan baya (buaya). Ia berdasarkan pada cerita rakyat iaitu pertembungan antara ikan sura dan baya.
Pada keesokan harinya kami masih sempat lagi berjalan-jalan di sini pada sebelah paginya kerana penerbangan balik dijadualkan sebelah petang. Antara destinasi yang dikunjungi ialah:
3. Masjid Agung Surabaya
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Nasional Al Akbar, ialah masjid  kedua terbesar  di Indonesia setelah Masjid Istiqlal di Jakarta. Kami tidak masuk ke dalam masjid, hanya melihatnya dari luar.
MAS - Masjid Agung Surabaya
MAS mempunyai rekaan senibina yang menarik. Salah satu cirinya yang menonjol adalah kubahnya yang besar, didampingi 4 kubah kecil yang berwarna biru, serta memiliki satu menara yang tingginya 99 meter. Keunikan bentuk kubah MAS ini terletak pada bentuk kubah yang hampir menyerupai separuh telur. Untuk menutup kubah, dipergunakan sebuah produk yang juga digunakan di beberapa masjid besar seperti Masjid Besar Shah Alam.

Kubah setinggi 27m berbentuk separuh telur ....
berwarna seperti Masjid Biru Shah Alam
Menara tunggal masjid .... 99 m
4. Masjid Muhammad Cheng Ho
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Cheng Ho Surabaya. Bangunan masjid menyerupai kelenteng atau tokong China dan telah diresmikan pada 13 Oktober 2002. Nama masjid ini adalah sebagai penghormatan pada Cheng Ho, Laksamana asal China yang beragama Islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, tetapi juga menyebarkan agama Islam.
Masjid Cheng Ho Surabaya .... 13 Okt 2018
Masjid ini didominasi warna merah, hijau, dan kuning. Hiasannya banyak bernuansa China lama. Pintu masuknya menyerupai bentuk pagoda, terdapat juga ukiran naga dan patung singa dari lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncak pagoda. Di sisi kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid. Semasa kami ke sini mereka sedang menyiapkan kawasan luar masjid untuk suatu majlis.yang akan berlangsung di situ. Itu sebabnya kelihatan karpet merah dibentang di hadapan masjid serta ada pentas di hadapan pintu masuk.
Beduk masjid
Mural di tembok masjid menceritakan pelayaran Laksamana Cheng Ho



Dalam masjid ... hanya boleh memuat 200 orang sahaja
5. Pasar Atom
Selepas menziarahi masjid ini, kami ke Pasar Atom. Niat di hati nak mencari ole-ole untuk dibawa pulang tetapi tidak terjumpa apa yang diingini walaupun pasar ini sangatlah besar. Pasar ini sebenarnya mempunyai dua bahagian iaitu Pasar Atom dan Pasar Atom Mall. dan ia berdiri di atas kawasan seluas 6 hektar.

Pusat Perbelanjaan Pasar Atum berdiri sejak tahun 1972 dan merupakan salah satu pusat perbelanjaan terbesar di Indonesia Timur pada umumnya dan di Surabaya pada khususnya. Pasar ini bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tetapi juga kerap dikunjungi para pedagang dari daerah Indonesia Timur. Ketika merayau-rayau di sini terjumpalah Kak Marihah ( dari KL) dan kawan-kawannya juga datang 'shopping' di sini 😀

Sebenarnya kami banyak membuat 'window shopping' sahaja di sini. Kami hanya singgah makan Bakso Tomyam di salah sebuah restoran dan membeli Almond Crispy yang terkenal di Surabaya, sebelum meninggalkan pasar ini.
Sementara menunggu Bakso Tomyam di Pasar Atom
Menarik hiasan dalaman restoran ini
Berbagai kerepek di jual di tingkat bawah pasar ....
kelihatan seperti di pasar kerepek Parit Raja😊
Oleh kerana kami tidak berjaya membeli apa yang dicari di Pasar Atom, kami mencuba pula mencarinya di Pasar Wisata Bendara Juanda. Tempat ini hanya 5 mint dari Juanda International Airport. Alhamdulillah jumpa beberapa produk khas buatan Indonesia yang sesuai dijadikan souvenir. Kemudian kami terus ke airport. Kami menyewa sebuah teksi untuk ke semua tempat yang disebut di sini.
Akhirnya berada di airport .... terminal 2
Di lapangan terbang ini banyak tempat menarik untuk bergambar
Alhamdulillah, akhirnya sampai di KL .... penerbangan selama 2 jam 40min.


Related post:

1. Kota Batu - Swiss Kecil di Pulau Jawa (part 1)


2. Kota Batu - Swiss Kecil di Pulau Jawa (part 2)