Showing posts with label ostrich egg. Show all posts
Showing posts with label ostrich egg. Show all posts

Friday, 11 November 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul

Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )

Foto - Mr Google
Berkunjung ke Turki, rugi rasanya kalau tidak melihat keindahan dan keunikan Blue Mosque atau Masjid Biru. Cirinya yang paling menonjol ialah ia dihiasi dengan 20 ribu kepingan jubin yang berwarna biru, hijau dan putih .Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya  Ini menjadikannya salah satu simbol dan struktur utama bandar Istanbul dan juga telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul. Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.

Masjid Biru Istanbul dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina maharaja Byzantine iaitu Constantinople  Ia direka oleh arkitek diraja Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan. .Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Usmaniyyah dan gereja Byzantine. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantine dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid agung yang terakhir pada zaman klasik.
.
Masjid Biru dilihat dari Sultanahmet Square
Masjid Biru  dari dekat - lihat kubah-kubahnya yang tersusun indah


Melihat-lihat bahagian luar masjid
 dengan lebih dekat sebelum masuk ke dalam .....
Jom masuk!
Lihat keadaan dalam masjid yang begitu ramai sekali dengan
pelancong dari pelbagai negara pada hari ini......17 Feb 2014
Central dome and semi-domes ......  apabila dilihat dari luar
kubah-kubah ini bersusun bagaikan alunan ombak

Kubah utama - warna biru menyerlah ..... sama seperti
kebanyakan bahagian lain dalam masjid ini .....maka

kerana itulah ia dikenali sebagai Masjid Biru
Ada lebih 200 tingkap kaca seperti ini
 yang membenarkan cahaya masuk  menerangi masjid

Ruang solat yang luas - diterangi dengan cendelier lampu lilin letrik
 di samping cahaya semulajadi dari luar

 melalui tingkap kaca yang begitu banyak sekali
Me ...... in the Blue Mosque or Sultan Ahmed Camii
Bersama lampu-lampu yang bergantungan di candelier, di belakang, (diceritakan) ada terselit beberapa biji telor burung unta. Namun begitu saya sendiri tidak nampak telor burung ini ...... apa rahsianya?

Permaidani sutra menutupi lantai ruang solat yang
mampu memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa
Banyak terdapat barang-barang dan hadiah berharga di masjid ini, termasuk Al Quran tulisan tangan. Seramik yang menghiasi dinding masjid bermotifkan daun, tulip, mawar, anggur, bunga delima atau motif-motif geometris. Terdapat 260 jendela di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada di dalamnya, suasananya teduh dan sejuk.

Rahsia telor burung unta (ostrich egg)

Ada satu perkara pelik yang menjadi kepercayaan dan amalan tradisi orang Turki yang juga dibuat dalam masjid ini. Mereka menggantungkan telur burung unta bersama lampu-lampu di candelier bagi tujuan menghalau labah-labah daripada membuat sarang dalam masjid. 

Mengikut tradisinya, mereka akan ambil sebiji telur burung unta itu dan mencucuknya untuk dibuat lubang sebesar jarum sebelum menggantungkannya. Bahagian dalam telur akan membusuk secara perlahan dan mengeluarkan bau yang sangat busuk yang tidak dapat dihidu oleh manusia kerana hidung kita tidak cukup sensitif, tetapi serangga dan labah-labah tidak tahan baunya sehingga menjauhinya. Mengikut kepercayaan mereka ia berkesan sehingga 100 tahun.
;
Di penghujung hari (sebelum gelap) kami dibawa melawat Masjid Sultan Suleiman 'The Magnificent'. Jalan ke masjid ini ada masalah untuk dilalui oleh bas kami. Jadi bas terpaksa parking agak jauh dari masjid dan kami kena berjalan ke situ. Ramai juga yang tidak ikut sekali melawat masjid kerana  keletihan termasuklah saya. 

Dalam masjid ini mereka juga ada menggantungkan telor burung unta di candelier bersama lampu-lampunya. bagi tujuan yang sama.

Ada beberapa biji telor burung unta bergantungan di candelier
Ini di 
Masjid Süleymaniye
Gambar telor yang lebih jelas ....
tidak seperti di Masjid Biru
Saya tidak pergi melawat masjid ini. Gambar-gambar telor ini diambil oleh suami. Jadi saya tidak mahu menulis lebih-lebih tentangnya .... cukup sekadar mengatakan bahawa masjid ini adalah yang kedua terbesar di Turki buat masa ini, tetapi kalau mahu tahu cerita lebih, boleh lawat link Masjid Sultan Sulaiman.