Pada 10 May 2019 kami mengikuti aktiviti menaiki kapal pesiar menyusuri Sungai Qinhuai, iaitu salah satu cabang dari sungai besar Yangtze. Hari ini 12 May kami melawat Sungai Yangtze pula. Destinasi sebenar kami adalah jambatan di atasnya.
As the largest water system in China, Yangtze River is historically, economically and culturally important to the country. It has numerous tributaries including Min River, Han River, Jialing River, Gan River, and Huangpu River. The Three Gorges Dam on the river is the largest dam project and hydropower station in the world. Generally, people consider the river a dividing line between North China and South China. Areas to the north and the south of the river have many differences in climate, scenery, economics, culture and folk customs.
Jambatan Nanjing Yangtze adalah jambatan yang paling terkenal yang merentasi Sungai Yangtze. Ia adalah jambatan kekuda berlantai dua yang menampung kenderaan, kereta api, dan pejalan kaki. Nanjing selamanya telah menjadi bandar yang sibuk dan penting untuk China. Sungai Yangtze menyukarkan penyeberangan, maka jambatan ini telah dibina untuk memudahkan laluan dan kehidupan bagi mereka yang tinggal di sana. Jambatan ini menghubungkan dua tempat yang tumbuh melata di kedua belah Sungai Yangtze, dan kini ia menjadi tempat untuk melihat keindahan alam semulajadi. .
Jambatan Sungai Yangtze Nanjing dikatakan hasil keindahan kejuruteraan dan senibina. Ia merupakan jalan masuk ke salah satu bandar paling menarik di China. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1960-an dan siap lapan tahun kemudian. Kesatuan Soviet telah terlibat di awal pembinaan tetapi menarik diri kemudiannya, meninggalkan orang Cina bersendirian bersusah payah mencari bekalan besi. Akhirnya mereka berjaya mengatasi halangan ini dan hasilnya terbinalah jambatan dua tingkat yang mengagumkan.
Jambatan ini sangat bermakna bagi negara China kerana ia merupakan jambatan dua lapis menggabungkan lebuhraya-keretapi yang pertama, dan dibina oleh orang China. Kepala jambatan yang direka oleh ahli akademik Zhong Xunzheng pada akhir 1960-an diperakui sebagai karya klasik dalam sejarah senibina moden China.
Jambatan Sungai Yangtze Nanjing |
Di bawah jambatan ini terdapat berberapa buah taman yang terletak di bawah kepala jambatan di sebelah utara dan selatan, serta kawasan hijau jambatan. Dengan menaiki lif jambatan di South Bridgehead Park (taman di sebelah selatan kepala jambatan), pengunjung boleh sampai di dek jambatan Sungai Yangtze, dan kemudian pergi ke 'sightseeing platform' di kepala jambatan. Dari sini kita boleh melihat dan menikmati pemandangan jambatan yang menakjubkan serta Sungai Yangtze yang begitu luas.
Sebelum menaiki lif pengunjung berpeluang melihat pameran berkenaan sejarah pembinaan jambatan ini di "The Nanjing Yangtze Bridge memorial hall", yang juga terletak di aras bawah ini. Setiap orang dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16 yuan untuk masuk ke sini. Lif dari sini akan terus ke "observation deck" yang terletak di aras ke-4.
Jom masuk ke memorial hall .....
Patung Mao Zedung ... pengerusi Parti Komunis dari 1945-1976 |
Maklumat mengenai struktur jambatan serta gambarnya |
Antara bahan-bahan yang dipamerkan |
Jom naik atas pulak!
Pemandangan Sungai Yangtze dari atas .... keadaan seperti berjerebu kerana pencemaran udara yang agak teruk di China |
Ini viewing platform yang berada di aras 4 |
Patung manusia yang berada di kiri-kanan jalan berada di aras 3 ada kemudahan bilik air dan tangga untuk turun ke sini Foto di sebelah kanan pula ... pemandangan dari bawah jambatan |
Pemandangan ke arah sungai dan daratan di seberang sungai |
Setiap hujung minggu sejak 19 September 2003, Chen Si menempuh perjalanan sejauh 25km dari rumahnya ke jambatan. Dari jam 7:30 pagi hingga matahari terbenam, dia mencari dan mendekati mereka yang akan bunuh diri, sebelum mereka berpeluang terjun 70m ke Sungai Yangtze. Kadang-kadang dia terpaksa menyeret mereka, sambil menendang dan menjerit, kembali ke atas penghalang dengan selamat, dan ramai juga yang tidak sempat diselamatkan.
Lawatan ke jambatan Sungai Yangtze ini adalah lawatan terakhir kami di Nanjing. Selepas lawatan ini kami terus balik ke Shanghai dengan keretapi laju. Penerbangan balik ke Malaysia dijadualkan pada 1.30 pagi esoknya. Kami tiba di Shanghai pukul 6 petang dan kami bercadang naik keretapi sahaja untuk ke airport. Jadi kami perlu mencari stesen metro untuk ke sana, tetapi sebelum itu kami harus berbuka dahulu kerana kami tetap berpuasa Ramadhan walaupun sedang bermusafir.
Perjalanan ke airport dengan keretapi agak memenatkan terutama bagi saya yang terpaksa berjalan dengan bertongkat, kerana kita terpaksa menukar keretapi sekali sebelum terus ke airport. Ketika berada di stesen ini kami telah didekati seorang pemandu teksi menawarkan khidmatnya untuk bawa kami ke airport. Apabila kami menolaknya, dia ketawakan kami dengan berkata agak mustahil kami boleh pergi ke airport dengan keretapi dalam keadaan saya yang bertongkat. Sebenarnya kami sudah serik naik teksi kerana telah tertipu sekali ketika baharu sampai di Shanghai, juga dari airport.
Ini di lapangan terbang Shanghai .... ada restoran halal di tingkat atas |
No comments:
Post a Comment