Pada pagi 1 September 2019 kami melawat Masjid Huaisheng. Selepas menziarahi masjid ini kami ke Shamian Island pula, lagi satu lokasi yang terkenal di kalangan pelancong
Pulau ini asalnya merupakan beting pasir. Shamian bererti "permukaan berpasir" dalam bahasa Cina. Kerajaan Qing menyerahkannya kepada Perancis dan Inggeris. Pada tahun 1859 kerja-kerja mengubah beting pasir ini menjadi pulau dimulakan.Tanah ini berada di Sungai Mutiara, dan di bahagian gelongsoran tanah, terusan digali untuk memisahkannya dari daratan, serta mengubahnya menjadi kawasan perdagangan.
Peta Pulau Shamian |
Pulau ini telah diwartakan sebagai kawasan bersejarah yang mampu mengembalikan semula ingatan kita pada zaman penjajahan Eropah, dengan jalan pejalan kaki yang tenang dan nyaman, diapit oleh pokok-pokok dan dilapisi oleh bangunan bersejarah. Dianggarkan lebih daripada satu pertiga bangunan yang terdapat di pulau ini dibina pada zaman penjajahan abad ke-19. Oleh kerana itu tarikan atau aktiviti utama di sini adalah bersiar-siar di jalan-jalan sambil menikmati suasana yang tenang. Pulau ini hanya 900 m panjangnya, dari timur ke barat, dan 300 m dari utara ke selatan, menjadikannya tempat yang mudah untuk dijelajahi dan dinikmati dengan berjalan kaki.
Jom kita bersiar-siar!
Ketika kami di sini, banyak sekali kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung. Banyak juga tempat yang tidak dibenarkan lalu dan bersiar-siar. Lawatan kami banyak tertumpu di taman di tepi Sungai Mutiara kerana keadaan saya yang tidak mampu berjalan terlalu jauh.
Taman di tepi sungai yang cantik dan tenang |
Pemandangan di seberang Sungai Mutiara |
Sungai Mutiara .... lagi pemandangan dari pulau |
Banyak sekali kerja-kerja pembinaan di kawasan berdekatan |
Bangunan Shamian Sports Club |
Kami datang sebentar sahaja ke sini. Kalau duduk lama sedikit, mungkin boleh meninjau lebih jauh dan menikmati lebih lama keindahan suasana pulau.
Related posts:
Jalan-jalan di China 2 - Masjid Huaisheng Guangzhou
No comments:
Post a Comment