Cyprus atau dalam bahasa tempatan Kypros (bahasa Greek) dan Kıbrıs (bahasa Turki) ialah sebuah pulau di laut Mediteranean yang terletak hanya 75 km di selatan Turki, di sebelah barat Syria dan Lebanon dan barat-laut Israel. Nama "Cyprus" diambil daripada perkataan kuprum (tembaga) dalam bahasa Greek yang telah dilatinkan memandangkan galian kuprum banyak dijumpai di Cyprus.
Kedudukan Pulau Cyprus di peta dunia |
Pulau ini dapat dibahagi kepada tiga daerah utama, iaitu Pergunungan Kyrenia dekat pantai utara, Pergunungan Troodos di bahagian barat daya, dan Dataran Mesaoria di antara kedua pergunungan tersebut.
Sejarah Cyprus
Secara sejarah, Cyprus pernah didatangi oleh orang-orang dari Yunani (Greece), Asyria, Mesir, Rom dan Turki. Ketika kekuasaan Byzantium runtuh, datanglah kekhalifahan Othmaniah yang datang membawa ajaran agama Islam pada pertengahan abad ke-16, dan kepemimpinan Othmaniah ini telah memberi keizinan tinggal kepada 20.000 penduduk muslim.
Sebahagian besar penduduk Cyprus menganut agama Ortodoks Yunani dan Islam. Sekitar tiga perempat penduduk pulau ini terdiri dari orang Cyprus-Yunani, manakala orang Cyprus-Turki, keturunan pendatang dari Turki yang memasuki negeri ini mulai tahun 1571, meliputi sekitar 22 % dari seluruh penduduk.
Cyprus, ketika masih merupakan jajahan British, akan diberikan kepada Greece, tetapi minoriti keturunan Turki menolak. Akhirnya persepakatan dicapai dan pada tahun 1959 dibentuk negara Cyprus merdeka tetapi kedua belah pihak tidak puas hati dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kelompok yang menginginkan persatuan dengan Greece merampas kuasa yang dibalas dengan serangan Turki. Semenjak itu Turki menduduki sepertiga utara pulau. Kini pulau ini dibahagi kepada Republik Cyprus dan Republik Turki Cyprus Utara, yang hanya diiktiraf oleh negara Turki.
Sesudah Republik Cyprus-Turki diisytiharkan, bahasa Turki, di samping bahasa Yunaní, tetap diakui sebagai bahasa resmi di Republik Cyprus, sedang di Republik Cyprus-Turki hanya diakui bahasa Turki. Bahasa Inggris dipakai secara luas di semua kelompok masyarakat.
Pulau dibahagi 2 sejak 1974 - Turki mengumumkan kuasanya secara resmi 1983 dan dipisahkan oleh "Garis Hijau" |
Nicosia adalah ibu negaranya. Ia juga dibahagi dua oleh garis hijau (green line), sama sepertimana tembok Berlin yang telah membahagikan bandar itu pada satu ketika dahulu. Bandar-bandar besar yang lain - Famagusta, Larnaca, Paphos, Limassol, Kyrenia.
Pada 1 Mei 2004, Cyprus menjadi anggota Kesatuan Eropah, tetapi hanya wilayah selatan sahaja yang dibenarkan bersama. Oleh kerana itu Republik Cyprus Selatan mengguna matawang Euro sementara wilayah utara, Lira Turki.
Mengikut cerita rakan suami, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di METU atau Middle East Technical University yg terletak di Cyprus Utara, telah berlaku genosid di sini pada tahun 1974 oleh tentera Greek terhadap orang Islam sebelum campur tangan Turki. Setelah tentera Turki masuk, barulah pembunuhan beramai-ramai ini diberhentikan. Pihak PBB telah menjumpai kawasan perkuburan berama-ramai tetapi perkara ini telah disenyapkan sahaja dari pengetahuan dunia.
Sehingga kini ada di kalangan penduduk Cyprus Utara yang masih rasa takut-takut untuk berjalan-jalan ke selatan, mengikut kata beliau. Ini tidak menghairankan kerana sikap bermusuh itu masih wujud sehingga ke hari ini. Beliau bagi contoh di mana ketika beliau belajar di USA dan telah mengepos barang ke keluarganya, tetapi tidak pernah sampai. Apabila bertanya kepada pekerja pos mereka mengatakan jika alamat yang ditulis adalah Cyprus ia mungkin hanya sampai ke Cyprus Selatan, kerana pekerja-pekerja pos di sana tidak mahu menghantarnya ke Cyprus Utara. Alamat surat menyurat untuk Cyprus Utara perlu dihantar ke Turki dahulu sebelum dihantar ke Cyprus.
Jom kenali Cyprus
Jika kita ingin melawat ke seluruh pulau Cyprus, lebih baik masuk melalui Republik Cyprus kerana paspot akan dicop, tetapi jikalau masuk dari Cyprus-Turki paspot tidak akan dicop kerana ia tidak diiktiraf oleh dunia. Lebih elok juga jika tinggal di sini terlebih dahulu kerana ia memudahkan banyak urusan-urusan lain seperti menyewa kereta tanpa perlu banyak soalan jika kita bagi alamat tinggal di Republik Cyprus. Mereka sangat-sangat berasa curiga jika destinasi kita ke Cyprus Utara tetapi masuk melalui Cyprus Selatan ..... sikap bermusuhan itu masih menebal. Itu sebabnya sehingga ke hari ini usaha dari pihak PBB untuk menyatukan utara-selatan masih belum berjaya.
Lapangan terbang utama di sini - Larnaca, Paphos dan Ercan (Cyprus Utara). Sebelum berlaku peperangan saudara 1974, lapangan terbang utamanya terletak di Nicosia tetapi kini ia berada dalam "buffer zone" (garisan hijau) yang dikawal oleh PBB. Selama 44 tahun ia telah ditinggalkan begitu sahaja dan menjadi kawasan larangan kepada orang awam, kerana ia telah menjadi sebahagian dari kompleks yang menempatkan ibu pejabat pasukan pengaman PBB di pulau ini
Cyprus adalah antara pulau terindah di Eropah - bukit-bukau, flora dan fauna yang berbagai di daratan serta lautan yang luas terbentang mengelilinginya, menghasilkan panorama yang indah. Cyprus juga mempunyai iklim yang sederhana. Musim dinginnya tidak terlalu sejuk dan lembab, sedang musim panas bersuhu tinggí dan kering. Musim panas di Cyprus sangat lama sehingga lapan bulan, dari bulan April sampai November dengan suhu mencapai 75 derajah Fahrenheit. Musim panas biasanya hanya berlangsung selama empat bulan. Pegunungan Troodos diselimuti salji selama kira-kira 10 minggu setiap tahun. Faktor-faktor ini menjadi sebahagian daripada tarikan ramai pelancong ke pulau ini.
Negara ini mempunyai banyak tapak arkeologi tersebar di seluruh pulaunya, mulai dari zaman batu hingga masa kerajaan Rom kuno. Pulau ini juga masih memiliki banyak kawasan perairan yang hampir belum disentuh, yang sangat indah untuk dijelajah.
Jom kita jelajah Cyprus! ..... tunggu entri saya yang seterusnya insya Allah ....
Sehingga kini ada di kalangan penduduk Cyprus Utara yang masih rasa takut-takut untuk berjalan-jalan ke selatan, mengikut kata beliau. Ini tidak menghairankan kerana sikap bermusuh itu masih wujud sehingga ke hari ini. Beliau bagi contoh di mana ketika beliau belajar di USA dan telah mengepos barang ke keluarganya, tetapi tidak pernah sampai. Apabila bertanya kepada pekerja pos mereka mengatakan jika alamat yang ditulis adalah Cyprus ia mungkin hanya sampai ke Cyprus Selatan, kerana pekerja-pekerja pos di sana tidak mahu menghantarnya ke Cyprus Utara. Alamat surat menyurat untuk Cyprus Utara perlu dihantar ke Turki dahulu sebelum dihantar ke Cyprus.
Jom kenali Cyprus
Jika kita ingin melawat ke seluruh pulau Cyprus, lebih baik masuk melalui Republik Cyprus kerana paspot akan dicop, tetapi jikalau masuk dari Cyprus-Turki paspot tidak akan dicop kerana ia tidak diiktiraf oleh dunia. Lebih elok juga jika tinggal di sini terlebih dahulu kerana ia memudahkan banyak urusan-urusan lain seperti menyewa kereta tanpa perlu banyak soalan jika kita bagi alamat tinggal di Republik Cyprus. Mereka sangat-sangat berasa curiga jika destinasi kita ke Cyprus Utara tetapi masuk melalui Cyprus Selatan ..... sikap bermusuhan itu masih menebal. Itu sebabnya sehingga ke hari ini usaha dari pihak PBB untuk menyatukan utara-selatan masih belum berjaya.
Nicosia International Airport abandoned since summer 1974...... was once a bustling, state-of-the-art transport hub sumber foto: CNN travel |
Larnaca Airport - 2 July 2018 |
Petra tou Romiou, Kouklia ..... 27 Jun 2018 |
Pergunungan Troodos ..... 28 Jun 2018 |
Jom kita jelajah Cyprus! ..... tunggu entri saya yang seterusnya insya Allah ....