Showing posts with label Kaymakli. Show all posts
Showing posts with label Kaymakli. Show all posts

Wednesday, 6 January 2016

Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

Di Cappadocia ada 36 buah "Underground City" atau bandar bawah tanah yang dijumpai secara tidak sengaja. Sepanjang masa ada sahaja bandar baharu yang dijumpai. Terbaru mereka menjumpai sebuah bandar yang dipercayai lebih besar daripada yang sedia ada, pada 2014, di bawah sebuah kubu puncak bukit di Nevşehir. Bandar-bandar ini dibina oleh penduduk awal sebagai tempat persembunyian mereka dari tentera-tentera yang menyerang: penduduk yang mendapati pada bila-bila masa sahaja nyawa mereka terancam oleh penyerang-penyerang  ini.

Underground city yang terbaru ditemui di Nevsehir
Petikan dari  turkeytravelplanner.com

These troglodyte cave-cities were excavated as early as Hittite times, and expanded over the centuries as various marauding armies traversed Central Anatolian in search of captives and plunder.
Stout rolling-stone doors prevented invaders from entering. Deep wells provided water, and tall chimneys ventilation.
Wine presses, oil storage, livestock pens, cooking-places and even elaborate churches were carved out of the rock so that the inhabitants could live for weeks or months underground until it was safe to emerge and return to their ground-level villages.


Penempatan dibina berdekatan dengan lubang udara dan sumber air
15 Februari 2014

Daripada 36 buah 'underground cities' yang ada di Cappadocia, hanya beberapa buah sahaja yang dibuka kepada pelawat. Hanya 2 buah yang sangat menarik dan dramatik untuk dilawati iaitu Kaymakli dan Derinkuyu. Bandar bawah tanah  Kaymakli adalah yang terlebar, manakala, bandar bawah tanah Derinkuyu  adalah yang terdalam buat masa ini.

Hari ini kami dibawa melawat ke .....

Kaymakli underground city

Bandar ini antara bandar bawah tanah yang terbesar. Mengikut maklumat yang diberi oleh pemandu pelancong kami, Mr Burak, bandar ini dianggarkan boleh menampung sehingga 7 ribu orang dalam satu masa.

Pintu masuk ke Kaymakli Underground City .....
 sebahagian dari tapak warisan dunia Unesco

Bahagian luar atau atas bandar bawah tanah
Petikan dari  goreme.com

Kaymakli underground city is built under the hill known as the Citadel of Kaymakli and was opened to visitors in 1964. The people of Kaymakli (Enegup in Greek) village have constructed their houses around nearly one hundred tunnels of the underground city. The inhabitants of the region still use the most convenient places in the tunnels as cellars, storage areas and stables, which they access through their courtyards. The Kaymakli Underground City has low, narrow and sloping passages. While the underground city consists of 8 floors below ground, only 4 of them are open to the public today, in which the spaces are organized around ventilation shafts. 


Cross section of the Kaymakli Underground City
The first floor of the underground city is the stable. The small size of this area suggests that there could be other stables in sections that have not yet been opened. The passage to the left of the stable contains a millstone door and leads into the church. To the right of the corridor are rooms hollowed out as living areas.

The church on the 2nd floor has a single nave and two apses. In front of the apses is an altar, and on the sides are seating platforms. There are also some living areas on this floor.

The most important areas of the underground city are on the 3rd floor. Besides numerous storage places,wineries and kitchen, the block of andesite with relief-texture found on this floor is very interesting. Recent research has proved that this stone was used as a melting pot for copper. The stone was not brought here from outside but was part of the andesite layer unearthened while hollowing. To be able to use it as a melting pot, 57 holes were carved on the surface of the stone. The copper ore, about 10 cm in length, would be put into one of those holes and would be hammered using a hard piece of rock. This technique has been known since the Prehistoric Periods.


The high number of storage rooms and areas for earthenware jars on the fourth floor indicates some economic stability. Kaymaklı is one of the largest underground settlements in the region. The large area reserved for storage in such a limited area appears to indicate the need to support a large population underground. Currently only a fraction of the complex is open to the public.

Jom masuk .....


Inilah bahagian dalam yang kelihatan seperti terowong ....
Ini level 1..... digunakan sebagai kandang ternakan kerana
ketinggiannya yang lebih sesuai umtuk tujuan ini
Lorong menuju ke level 2
Level 2 .....  ini adalah  gereja.
Di tingkat ini juga terdapat ruang kediaman
Ruang seperti bilik tidur yang hanya bertingkap
 ..... mungkin untuk privasi
Pintu batu yang digolek menutupi pembukaan lorong yang sempit.....
tujuan menghalang musuh daripada masuk
Level 3.(tingkat paling penting).......tempat simpanan makanan
yang berdekatan dengan ruang dapur
Batu daripada lapisan andesite ini dipercayai digunakan
sebagai bekas mencairkan tembaga 
Kedudukan batu andesite......dipercayai ini bahagian dapur
Pemandangan yang menunjukkan beberapa tingkat serentak
Foto dari wikipedia
Apabila kita melawat bandar bawah tanah ini, sebaiknya kita pergi bersama dengan seorang pemandu pelancong agar beliau dapat memberi sedikit maklumat mengenai tempat yang dilawati. Ini kerana kebanyakan tempatnya tidak bertanda dan tiada maklumat langsung. Jadi kita tidak dapat membayangkan fungsi sesuatu struktur yang terdapat di dalamnya. Alangkah baiknya jikalau pihak berkuasa dapat meletakkan lebel-lebel di setiap sudut menceritakan aktiviti yang pernah dijalankan di situ.

Kita juga boleh sesat di sini jika tidak berhati-hati kerana lorong-lorong di dalamnya bagaikan mainan 'maze' (lorong keliru). Ini sengaja dibuat sedemikian untuk mengelirukan musuh.

Ini gambaran kemungkinan aktiviti harian yang dijalankan masa lalu
Untuk melihat dengan lebih jelas keadaan di dalam marilah kita tonton video lawatan bintang TV terkenal US Martha Stewart ke sini. Klik video Martha Stewart

Benarkah bandar-bandar bawah tanah ini dijadikan sebagai tempat persembunyian sementara?

Secara rasminya pihak berkuasa mengemukakan teori seperti di atas apabila menjelaskan tentang kewujudan bandar bawah tanah yang begitu banyak. Namun di kalangan para pengkaji sejarah ada yang tidak sependapat dengan teori tersebut. Dari kajian mereka berpendapat bahawa bandar-bandar ini dibina sebagai penempatan kekal, bukannya sementara, iaitu untuk bersembunyi daripada musuh sebagaimana yang lazimnya diceritakan kepada pelawat-pelawat. Mengikut kajian mereka, ia sebenarnya adalah  'lost city of Cappadocia'.

Teori sebagai penempatan kekal ini diperkuatkan lagi dengan penemuan bandar bawah tanah yang terbaru, di mana pihak berkuasa ada menyebut kemungkinan sejarah Cappadocia akan terpaksa ditulis semula kerana wujud fakta-fakta yang bercanggah dari maklumat sejarah yang sedia ada.

Petikan dari   hurriyetdailynews.com
Ancient underground city in Cappadocia will 'rewrite history'
NEVŞEHİR - Anadolu Agency

An underground city found in Turkey’s touristic Cappadocia will “rewrite the history of the city,” according to the mayor in the Central Anatolian Nevşehir province, adding they had discovered people had permanently lived in the underground city, unlike other cities which were mostly carved into rocks for temporary protection.

“This is a real underground city where they resided permanently and not like other underground cities where they had lived temporarily,” said Ünver. “We are definite that we will also reach very important information and discoveries regarding world history.” 


Gua sebagai tempat persembunyian

Teori yang mengatakan bandar bawah tanah ini dijadikan sebagai tempat persembunyian sementara. menarik sebenarnya. Dalam liputan sejarah manusia dari dahulu sehingga sekarang, memang tempat yang seperti gua ini adalah pilihan yang terbaik untuk bersembunyi dari musuh.

Contoh yang terbaik dalam zaman terkini adalah Terowong Cu Chi di Vietnam yang digunakan oleh gerila Viet Cong menentang kuasa Amerika. Peperangan Vietnam bermula dari 1959 - 1975 di mana Negara Vietnam menjadi negara komunis akhirnya. Kemenangan pihak komunis ke atas tentera Amerika adalah dengan teknik menggunakan terowong sebagai pusat operasi mereka. Terowong ini dibina meliputi sebahagian basar negara Vietnam.

Dalam sejarah Islam pula kita lihat banyak peristiwa-peristiwa besar yang melibatkan gua. Sejarah juga menceritakan bagaimana gua-gua ini telah dijadikan sebagai tempat persembunyian samada daripada musuh ataupun orang ramai.

Sepanjang sejarah Islam ada beberapa gua yang mencatat sejarah. Antara gua-gua yang terkenal adalah seperti berikut:

1. Ashabul Kahfi

Legenda gua ini berkaitan dengan kisah tujuh pemuda yang tertidur lelap selama 309 tahun (dalam kiraan hijriah dan 300 tahun dalam kiraan masihi). Mereka melarikan diri dari buruan Raja Dikyanus demi mempertahankan akidah mereka. Menurut ulamak ketujuh pemuda itu ialah:

1. Maxalmena          atau        Maksalmina (مكسلمينا)  
2. Martinus                              Marthunus (مرطونس)
3. Kastunus                              Saryunus (ساريونس)
4. Bairunus                              Nainunus (نىنونس)
5. Danimus                              Zunuwanus (ذونوانس)
6. Yathbunus                            Falyastathyunus (فليستطيونس)
7. Thamlika                             Tamlikha (تمليخا)

Mereka ditemani oleh seekor anjing bernama Qithmir (قطمير)

Kisah mereka terdapat dalam surah al-Kahfi. Mereka telah menjadikan gua sebagai tempat bersembunyi dan berlindung daripada raja yang zalim.

surah Al Kahfi (Gua) : 9 - 11
sebahagian dari ayat al Quran yang menceritakan kisah mereka
2. Tsur - Tempat Bersembunyi

Gua yang terletak di Bukit Tsur, Makkah, ini telah dijadikan sebagai tempat persembunyian  Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar AS, ketika diburu oleh kafir Quraisy. Gua yang berjarak 4 km arah selatan Masjidil Haram ini, telah berjasa menyelamatkan kedua tokoh utama umat Islam dengan bantuan Allah. Peristiwa ini berlaku semasa penghijrahan Nabi  Muhammad dari Mekah ke Madinah dan disebut dalam al Quran di surah At -Taubah:40

At- Taubah:40
3. Hira' -  Turun Wahyu Pertama

Menurut Ibnu Sa‘ad dalam Al-Thabaqat Al-Kubra, ketika Muhammad tengah khusyuk bertafakur di gua ini, ia menerima wahyu pertama, iaitu pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M.

“Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(QS Al-Alaq: 1-5).

Peristiwa ini berlaku di gua Hira' yang terletak di Jabal Nur atau juga dikenali sebagai Jabal Islam, Timur Makkah. Gua kecil yang hanya berada di ketinggian 634 m telah menjadi saksi kepada peristiwa bersejarah di mana Allah secara rasmi telah mengangkat Muhammad sebagai Nabi dan RasulNya . Sebelum wahyu diturunkan Nabi selalu ke sini beruzlah dan merenung tentang hakikat penciptaan manusia dan alam.

Jadi kita tidak dapat menafikan peranan penting yang dimainkan oleh gua dalam mencorak sejarah manusia.