Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.
Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!
😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!
Laluan perjalanan balik kami .... destinasi terakhir ... bandar Nicosia di Cyprus Selatan |
Sebenarnya kami boleh masuk terus ke Nicosia utara ini dari sebelah selatan pada keesokan harinya, kerana kami memang akan berada di sebelah selatan bandar ini selama sehari lagi. Walau bagaimanapun kami putuskan untuk melihat bandar ini dengan menaiki kereta terlebih dahulu kerana takut perlu berjalan jauh jika menyeberang dengan berjalan kaki. Tempat yang ingin dituju pada petang itu ialah Masjid Selimiye yang juga asalnya adalah sebuah gereja.
Pembinaan bermula dari 1208 dan siap 1326 |
Nicosia
Akhirnya kami ke Nicosia Utara 2 kali ... pada petang 30 Jun dan pagi I Julai. Ketika kami berada di Nicosia sebelah selatan, kami telah menginap di sebuah apartmen di Jalan Ledra, yang merupakan jantung Nicosia. Sejak hujung 1963 lagi jalan ini telah disekat untuk memisahkan penempatan penduduk Cyprus keturunan Turki dari penempatan penduduk Cyprus keturunan Greek, disebabkan konflik yang timbul antara mereka. "Buffer Zone" yang diselia oleh PBB telah diwujudkan di sini.
Kemudian zon penyangga atau 'buffer zone' ini telah diteruskan apabila negara Turki campur tangan dalam konflik ini dengan menguasai bahagian utara Cyprus pada 1974. Pencerobohan ini bertujuan untuk membantu orang Islam yang menjadi penduduk minoriti di sini daripada ditindas oleh orang keturunan Greek. Namun pada tanggal 3 April 2008 dinding yang selama puluhan tahun telah berdiri di perbatasan antara Republik Cyprus dan zon penyangga (buffer zone) PBB telah dihancurkan. Ini adalah tempat menyeberang yang ke-6 di buka di Cyprus.
Hujung 1963 - di awal pembahagian dengan hanya menggunakan gulongan dawai duri ... sumber foto: CyprusMail.com |
Dinding pembahagi di Ledra Street pada 23 Mac 2008 sebelum ia diroboh ... sumber foto: HomeboyMediaNews |
Ledra Street - pagi 1 Julai 2018 .... kibaran bendera Cyprus Utara dan Turki di hadapan menandakan sempadan sebelah utara |
Sebenarnya tempat yang menjadi tumpuan para pelancong di bahagian utara tidaklah jauh dari pintu sempadan di Ledra Street ini. Apabila masuk sahaja melepasi sempadan sudah kelihatan menara Masjid Selimiye. Di bahagian sebelah Cyprus Selatan tidak ada sebarang pemeriksaan imigrasi dibuat untuk ke sebelah utara tetapi waktu masuk dari utara ke selatan akan ada pemeriksaan identifikasi. Walau bagaimanapun di sebelah sempadan Cyprus Utara masih ada pemeriksaan imigrasi.
Dari jauh sudah kelihatan menara Masjid Selimiye .... pagi 1 Julai 2018 |
Kawasan kota lama yang dikelilingi 'Venetian Wall' |
Di tengah-tengah kota inilah terletaknya Masjid Selimiye yang asalnya adalah Cathedral of Saint Sophia. Masjid ini juga berada di bahagian utara dalam kota lama ini. Masjid ini telah kami lawati pada petang 30 Jun. Pada pagi 1 Julai kami hanya melawat beberapa tempat sahaja di sini terutamanya Buyuk Han, yang menjadi kebanggaan Nicosia kerana ia adalah antara bangunan lama yang dibaikpulih dengan begitu baik sekali.
Jom ke masjid Selimiye
Ia merupakan masjid yang utama di Cyprus Utara. Banyak majlis-majlis agama dan pesta yang besar-besar diadakan di sini. Bangunan ini juga merupakan gereja Gothic terbesar dan tertua yang masih berdiri teguh di Cyprus dan bangunan bersejarah yang paling besar terdapat di Nicosia. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2500 orang jemaah dalam satu masa.
Masjid Selimiye atau Cathedral of Saint Sophia |
Senibina Gothic ... menyerupai gereja-gereja di Peranchis yang se zaman dengannya |
Gereja Gothic selalunya dibina setinggi yang mungkin untuk menggapai 'syurga di atas' |
Struktur di kanan itu berfungsi seperti penyangga kepada masjid ini agar ia tidak mudah runtuh |
Struktur masjid masih berdiri teguh walaupun beberapa kali rosak disebabkan gempabumi yang banyak berlaku |
Lihat betapa tinggi bumbungnya |
Di sinilah Raja-raja Lusignan ditabalkan sebagai Raja Cyprus |
Hiasan dalaman yang sangat sederhana |
Buyuk Han - pusat kebudayaan |
Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan berbentuk lebih kurang 4 segi Di tengah-tengahnya ada halaman terbuka yang dikelilingi oleh bilik-bilik. Ada 68 buah bilik kesemuanya. Di tengah halaman ini juga terdapat sebuah masjid kecil serta sebuah air pancut di bawahnya, sebagai tempat wuduk Bahagian bawah bangunan dan di sekeliling halaman dijadikan sebagai kandang kuda dan lain-lain binatang, manakala bilik-bilik pedagang berada di atas. Di sebelah timur bahagian luar bangunan ini ada lagi 10 buah unit kedai setingkat.
Tingkap-tingkap di bangunan ini kecil sahaja dan dibuat tinggi di atas. Ini bertujuan untuk menghalang perompak-perompak yang sudah pasti sangat tergoda memasuki tempat yang dipenuhi pedagang-pedagang ini. Mungkin juga di buat kecil kerana kaca agak mahal pada zaman itu. Di setiap bilik ada tempat menyala api serta cerobong di atasnya.
Bangunan Han - 2 tingkat serta halaman terbuka di tengah .. |
Salah satu kafe yang terdapat di sini |
Kelihatan tangga untuk naik keatas |
Ini bahagian atas ... kelihatan pintu dan tingkap kecil bilik di sebelah kanan ... mengadap halaman terbuka |
Kelihatan di bawah itu masjid comel .... |
.... inilah masjidnya yang berbentuk hexagon .... |
..... serta tempat wuduk di bawahnya |
Bahagian dalam masjid |
Maklumat sejarah Buyuk Han |
Gambar-gambar lama Buyuk Han ketika berlaku kebakaran dan kerja-kerja membaikpulih |
Kedudukan masjid-masjid di Cyprus pada 1878 |
Kedudukan perkuburan orang Turki pada 1878 |
Ini bahagian luar Buyuk Han ... setiap bilik ada cerobong yang berbentuk hexagon |
Ini bahagian bangunan yang berada di luar mengadap jalan ... |
.... sebahagiannya masih digunakan sebagai kedai-kedai kecil menjual barangan tempatan ... perhatikan bangunan di hujung (yang ada kanopi didepannya) itu adalah Kumarcilar Han |
Kumarcilar Han ... tidak dibenarkan masuk ke dalam |
Selepas ini kami hanya berjalan-jalan di kawasan berdekatan sambil bergambar. Antara objek yang paling unik yang kami jumpa ialah dinding pemisah antara Nicosia utara dan selatan. Di setengah tempat pemisahan hanya berlaku di atas jalan sahaja kerana ia memotong bangunan yang telah ada, tetapi bahagian atas bangunan tidak ada dinding.
Dinding pemisah di bawah di atas jalan .... memotong bangunan sedia ada di kiri dan kanan jalan |
Dinding seperti ini memang banyak terdapat di sini |
Tanda arah .... banyak tempat yang boleh dituju tetapi kami hanya pergi ke arah Buyuk Han dan Kumarcilar Hani |
Kawasan ini tidak jauh dari pintu sempadan |
Ini seperti kawasan "no-man's land" |
Ya ... sekarang sudah berada semula di Nicosia Selatan |
Insya Allah dalam entri yang akan datang saya akan berkongsi tempat-tempat menarik di Nicosia Selatan pula.
Related Posts:
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara
Kembara Cyprus - Kyrenia
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara
Kembara Cyprus - Kyrenia