Bandung terletak dalam wilayah Jawa Barat dan ia juga adalah ibukota wilayah ini. Kota kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, kerana pada zaman dahulu ia dianggap sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sini. Selain itu Bandung dahulunya juga digelar sebagai Parijs van Java iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda kerana keindahannya dan suhunya yang nyaman.
Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya (yang tingginya lebih kurang 1050 m) adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan (yang tingginya lebih kurang 675 m). Kota Bandung dikelilingi oleh pergunungan, sehingga bentuk fizikal buminya bagaikan sebuah mangkok gergasi. Kedudukan ini memberikan udara sejuk yang segar bagi kota ini di samping pemandangan yang indah.
Pemandangan dalam perjalanan ke Gunung Tangkuban Perahu |
Hari pertama di kota Bandung kami berjalan-jalan ke pergunungan di utara. Destinasi pertama kami di sini sudah tentulah Gunung Tangkuban Perahu, diikuti berberapa tempat menarik yang lain.
1. Gunung Tangkuban Perahu
Kata orang, tidak sah ke Bandung kalau tidak sampai ke gunung ini. Gunung Tangkuban Perahu mempunyai ketinggian 2.084 m atas paras laut. Ia terletak di kawasan Lembang, sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung. Gunung Tangkuban Perahu juga merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif. Ini dapat dilihat di beberapa kawahnya yang masih mengeluarkan gas belerang hingga ke hari ini.
Cuaca di atas gunung agak sejuk terutama jika hari hujan seperti pada hari kami melawatnya. Kawasan di sekitar gunung ini juga ditumbuhi subur dengan pohon-pohon pine dan kebun-kebun teh yang membuat pemandangan di sekitar gunung Tangkuban Perahu begitu indah.
Mengapa gunung ini dinamakan Tangkuban Perahu? Jika dilihat dari jauh, gunung ini memang berbentuk seperti perahu yang terbalik. Menurut pakar geografi, gunung tersebut terlihat bentuknya seperti perahu terbalik kerana ada dua kawah yang berdampingan antara arah barat dan timur. Maksudnya, gunung tersebut hanya terlihat seperti perahu terbalik dari arah selatan (Lembang) sahaja. Jika dilihat dari arah timur, barat dan utara, sama sekali gunung tersebut tidak terlihat seperti perahu terbalik, melainkan gunung biasa sahaja..
Gunung dengan pesona alam yang indah ini diseliputi dengan cerita rakyat atau lagenda hingga kini, iaitu legenda Sangkuriang. Di akhir cerita, oleh kerana terlalu marah, Sangkuriang menendang dengan kuat perahu yang hampir siap dibuat itu, hingga terbang melayang dan terjatuh terbalik dan dimitoskan inilah perahu yang menjadi Gunung Tangkuban Parahu. Jika hanya dari selatan sahaja gunung ini kelihatan seperti perahu terbalik, bermakna mereka yang dari selatanlah yang mencipta dan menyebarluaskan lagenda ini.
Harga tiket masuk ke tempat ini agak mahal juga - 200,000 Rupiah seorang bagi orang asing tetapi hanya 25,000 Rupiah bagi warga tempatan.
Lawatan pada 29 September 2016 |
Kawah Ratu .... salah satu dari beberapa kawah yang terdapat di gunung ini |
Bersama Pak Tatang yang pernah mengajar di UTHM |
Pemandangan ke bawah di kawasan parkir |
Pokok Manarasa (di belakang) hanya tumbuh di kawasan ini ..... di percayai daunnya boleh mengubat cirit-birit dan membuat awet muda |
Peniaga berkeliaran mencari pelanggan |
Berhati-hati dengan peniaga-peniaga yang menjual berbagai jenis barangan hasil produk tempatan kerana harga yang ditawar terlalu tinggi. Ada di kalangan mereka itu yang akan mengikut kita sampai ke atas puncak untuk meyakinkan kita agar membeli sesuatu dari mereka .... satu keadaan yang agak merimaskan. Kebanyakan barang-barang yang dijual boleh didapati di bawah dengan harga yang jauh lebih murah.
2. Sari Ater hotsprings Park
Sebelum turun kami singgah di sebuah kolam air panas semulajadi yang terbesar di Jawa Barat. Ia terletak di lereng Gunung Tangkuban Perahu dalam persekitaran hutan hijau dan kebun teh yang subur. Taman ini sangat cantik. Jika ada masa yang banyak memang enak berlama-lama di sini tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan.
Ketinggian di sini 987 mdpl dan suhu antara (17 - 23) darjah celcius |
Berbagai-bagai kemudahan terdapat di sini termasuk masjid |
Sempat merendam kaki dalam air panas .... percuma |
Panorama kebun teh yang indah |
Kebun teh di tepi jalan dalam perjalanan turun |
3. Makan tengahari di restoran Sunda
Ketika di Malaysia, saya selalu terjumpa orang Indonesia dari Pulau Jawa tetapi tidak boleh berbahasa Jawa. Saya jadi pelik, lalu bertanya kenapa. Rupanya mereka adalah dari suku bangsa Sunda yang menggunakan bahasa Sunda dan kedua bahasa ini sangatlah berbeza. Masyarakat Sunda merupakan majoriti penduduk Jawa Barat.
Secara fizikal agak sukar membezakan antara orang Sunda dan orang Jawa yang sama-sama menduduki Pulau Jawa. Perbezaan yang boleh dilihat dengan jelas mungkin dari segi kebudayaannya, termasuk bahasa, jenis makanan yang disukai dan kesenian yang dimiliki.
Contoh perbezaan antara suku Sunda dan suku Jawa, boleh dilihat dalam pemberian nama orang atau nama tempat, seperti Sukarno, Suharto, Yudhoyono, Purwokerto, Solo dan Ponorogo, di mana penggunaan vokal 'o' sangat ketara. Sementara bahasa Sunda lebih ketara berakhiran huruf ‘A’ seperti Nana Sutresna, Wiranata, Iskandar Dinata, Purwakarta dan Majalaya.
Kedai makan ini sudah wujud sejak 1978 |
Kalau di Parit Raja, (Batu Pahat Johor) kami memang sudah biasa dengan masakan orang Jawa kerana di sini masyarakat Jawa sangat menonjol 😃 Jadi hari ini kami ingin mencuba masakan asli khas Sunda.
Menu: ikan gurame asam manis, sayur asam, sambal serta ulam-ulaman dan goreng-gorengan tahu, tempe, ayam dan ikan masin |
4. Taman Begonia Lembang
Taman Begonia berada di dataran tinggi Lembang pada ketinggian 1200 m di atas permukaan air laut. Kehadiran taman ini sangat bertepatan dengan gelaran Bandung sebagai Kota Kembang dan Parijs Van Java. Taman ini ditanam dengan berbagai jenis bunga dan terdapat taman-taman buatan yang sangat indah dilihat.
Diberi nama Taman Begonia kerana di taman bunga ini didominasi oleh bunga Balinea, sejenis bunga begonia yang berasal dari Bali. Nama Balinea adalah ringkasan dari Bunga Begonia Bali. Mengapa bunga Balinea sangat banyak terdapat di taman ini? Ada beberapa faktor penyebab:
1. Bunga ini dapat tumbuh dengan baik samada di kawasan dataran tinggi ataupun rendah,
2. Ia berbunga dengan lebat di sepanjang musim,
3. Bunga ini sangat tahan dengan cuaca ekstrim, samada musim hujan ataupun panas.
4. Ia juga sangat mudah untuk dijaga.
2. Ia berbunga dengan lebat di sepanjang musim,
3. Bunga ini sangat tahan dengan cuaca ekstrim, samada musim hujan ataupun panas.
4. Ia juga sangat mudah untuk dijaga.
Oleh kerana itu Bunga Balinea ini sangat sesuai ditanam di berbagai kontur tanah serta berbagai tempat tanaman seperti di kebun, pekarangan rumah, tepi jalanraya dan jalan perumahan.
Konsep Lembang Floating Market adalah pasar harian yang dijual dari perahu-perahu buatan yang disusun atur di sekeliling tasik buatan. Di sini kita dapat menikmati berbagai jenis makanan tradisional Indonesia, sayur-mayur, ikan segar dan lain-lain.
Floating Market Lembang menyajikan konsep pelancongan yang menggabungkan antara penyatuan alam semulajadi Lembang yang mempesona dengan pasar terapung tradisional seperti yang ada di Bangkok Thailand. Selain itu, Floating market Lembang juga menyediakan berbagai macam permainan anak-anak dan dewasa seperti perahu air, kereta air dan aktiviti outbound yang tentunya akan semakin menggairahkan para pelancong.
Keindahan alam yang mempesonakan ..... pemandangan dalam perjalanan ke Floating market |
Gerai-gerai makan dalam perahu di pinggir tasik dan bersiar-siar di tasik dengan menaiki kereta air |
Lanskap menarik yang terdapat dalam kawasan pasar |
Tema yang sama digunakan di tempat makan |
Ikan dalam tasik ...... |
...... angsa di tepi tasik .... |
.... bersepadu dengan alam sekeliling... sangat menenangkan berjalan-jalan di sekitar pasar terapung ini |
Bayaran masuk - diberi voucher susu atau makanan |
Tempat ini dibuka pada awal Disember 2015 dengan berkonsepkan suasana penternakan. kawasan perkebunan dan kampung orang kerdil atau Hobbit. Tempat ini sangat sesuai untuk berfoto kerana lanskap yang menarik dan juga untuk menikmati keindahan alamnya. Disarankan datang pada hari biasa kerana kalau di hujung minggu atau hari cuti umum terlalu ramai pengunjung, mengikut testimoni mereka yang telah melaluinya. Kebetulan kami datang pada hari Khamis, memang tidak ramai orang.
Ya .... hanya kami sahaja yang menukar voucher susu |
Orang Belanda memang suka naik basikal |
Lanskap yang menarik |
Macam berada di negara Eropah😊...kaan? |
Ini kawasan perkebunan .... kalau tak silap.. |
Spot 'Love lock' atau mangga cinta |
Trend 'love lock' ini hanyalah khayalan orang-orang muda. Tidak perlu hendak mengunci cinta itu di mana-mana. Lebik baik mengunci ia di pagar iman dan menjaganya sepanjang hayat agar tidak diceroboh oleh orang lain 😂
Kampung Hobbit |
Jom ke ladang ternak pulak ... |
Memberi susu botol kepada anak-anak lembu .... antara aktiviti yang boleh dibuat anak-anak |
Pertama kali melihat kambing pakai lampin |
Rumah kambing pun cantik |
Salah satu bangunan yang terdapat di sini |
Berihat sebentar .... jemputan ke Octoberfest pada 9 Okt 2016 German's Famous Festival |
Related Posts:
1. Nyamannya Bandung - Pergunungan Selatan
2. Nyamannya Bandung - Berjalan-jalan di Kota
3. DKI Jakarta - The Big Durian