Showing posts with label senibina. Show all posts
Showing posts with label senibina. Show all posts

Saturday, 15 August 2020

Jalan-jalan di China - Masjid Jingjue Nanjing

Masjid Jingjue
Tarikh lawatan - 10 May 2019
Meskipun sebahagian besar rakyat China menganut samada fahaman Buddhisma,Taoisma atau Konfusianisma, namun terdapat sebuah masjid tua di Kota Nanjing iaitu Masjid Jingjue. Ia terletak di Sanshan Street, di bahagian selatan kota Nanjing dan merupakan peninggalan Dinasti Ming. Berdasarkan sejarah, masjid ini didirikan pada 1388 Masihi oleh Yuanzhang yang merupakan maharaja pertama Dinasti Ming. Ia termasuk 10 masjid besar di China dan masjid yang terbesar dan paling lama di seluruh kota Nanjing. 

Pada tahun 1430 Masihi, Masjid Jingjue telah musnah akibat kebakaran. Atas permintaan Laksamana Cheng Ho sebelum beliau belayar kali ke 7 ke Asia Tenggara, Masjid Jingjue telah dibina semula pada tahun 1492. Inilah satu-satunya masjid lama yang terpelihara dengan baik yang ada kaitan rapat dengan Laksamana Cheng Ho. Ia merupakan masjid yang terkenal kaya dengan sejarah di Nanjing. Nama masjid ini juga telah diberikan oleh maharaja  Dinasti Ming.

Pada zaman Dinasti Ming, Masjid Jingjue agak besar dan luasnya mencatat sekurang-kurangnya 264 ekar.  Menjelang akhir abad ke-19 keluasannya tinggal hanya kira-kira 0.4 ekar, akibat dari  peristiwa Pemberontakan Taiping dan untuk mengurangkan cukai yang harus dibayar oleh masjid. Pada tahun 2014 pemerintah telah menambahkan sekolah rendah yang berdekatan sebagai hak milik masjid secara resmi, sehingga  menggandakan kawasannya (mengikut catatan dalam maklumat di bawah).

Senibina masjid digayakan dengan gaya Sino-Islam. Ruang sembahyang bercirikan seni bina balairung seri tradisional Cina, dapat menampung lebih dari 400 orang solat berjemaah. Masjid ini menjadi pusat orang-orang Nanjing Hui mengadakan kegiatan mengenai hal ehwal politik Islam, agama, budaya dan urusan luar negara. Dalam perayaan-perayaan besar yang disambut di sini, kehadiran orang Islam dari China dan luar negara boleh mencecah lebih dari 3000 orang.
Kata-kata hikmah dan doa
Maklumat mengenai NIA (Nanjing Islamic Association)
Maklumat mengenai masjid ...
berbagai anugerah telah diberi kepada masid ini
Projek jualan masjid di halaman masjid
Lawatan kami ke Nanjing berlaku pada minggu pertama bulan Ramadan tahun lepas. Ketika berkunjung ke masjid ini, mereka sedang sibuk mengurus untuk iftar di masjid kerana waktu itu sudah petang. Kami berkesempatan membeli beberapa biji ketupat pulut dan sebekas "noodle" (hanya tinggal sebekas)😢dari gerai masjid sebagai bekalan berbuka puasa kami nanti.
Juadah berbuka puasa kami ... pulut bungkus 
dan 'kuey teow goreng'
Di hadapan pintu masuk utama masjid

Jom masuk!
Dewan solat dengan hiasan yang menarik ....
bercirikan seni bina balairung seri tradisional Cina
..... boleh menampung sehingga 400 orang jemaah
Ini imam masjid
Mimbar masjid

Mihrab masjid dengan hiasan yang indah
 Selepas melihat suasana dalam masjid kami berjalan-jalan pula di bahagian luar iaitu  kawasan masjid sebelum meninggalkannya, sambil bergambar sebagai kenangan. Masjid ini ada beberapa buah halaman. Selain dari bangunan masjid, struktur yang menonjol di sini ialah pintu gerbang masjid yang bercirikan senibina tradisional China yang dikenali sebagai paifang atau pailou.

Petikan dari Wikipedia:
A paifang, also known as a pailou, is a traditional style of Chinese architectural arch or gateway structure. Evolved from the Indian subcontinent's torana through the introduction of Buddhism to China, it has developed many styles and has been introduced to other East Asian countries, such as Korea, Japan, and Vietnam.

Jinjue Mosque is elaborately styled in a Sino-Islamic fashion. The three-entry gate has an imitation imperial tablet in the top center that reads "bestowed by imperial order" and below that it reads "Jingjuesi" (the name of the mosque).

Bangunan masjid

Pintu gerbang kedua  masjid .... gaya senibina tradisional China 
yang dikenali sebagai paifang atau pailou
Kain rentang mengucapkan Happy Ramadhan
Kiri atas: berada di bawah pintu gerbang ke-2 masjid
Kiri atas: pintu pagar/gerbang pertama masjid
Alhamdulillah .... kami berkesempatan menziarahi masjid ini yang sudah berumur lebih dari 600 tahun dan mempunyai kaitan rapat dengan Laksamana Cheng Ho. Tidak pernah menyangka negara China yang penduduk Islam sebagai minoriti mempunyai begitu banyak masjid-masjid lama.



Monday, 10 July 2017

Saigon - The Paris of the East

Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.

"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.

Antara aktiviti pelancong ketika melawat Saigon ialah berjalan-jalan di pusat bandaraya sambil menikmati keindahan senibina beberapa bangunan lama tinggalan penjajah Perancis.

Kolonialisme Perancis ke atas Vietnam bermula pada 1885 telah mengubah sistem beraja kerajaan tersebut setelah dua abad ia diamalkan. Sebelum kehadiran Perancis, kekuasaan maharaja Vietnam meliputi hampir keseluruhan aspek politik, sosial dan ekonomi. Agama Buddha turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur agama ini telah memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya. Namun begitu, selepas penjajahan Perancis ke atas Vietnam, sistem feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Antara aktiviti pelancong ketika melawat Saigon ialah berjalan-jalan di pusat bandaraya sambil menikmati keindahan senibina beberapa bangunan lama tinggalan penjajah Perancis.

Setiap konflik membawa perubahan dan bandar HCM telah dapat menyesuaikannya dengan baik sekali. Di beberapa bandar, setiap penjelmaan baru membawa kemusnahan kepada yang sedia ada. Namun HCMC telah memilih yang terbaik dari setiap era dan dipelihara ia untuk generasi yang akan datang. Bandar ini telah menjadi percantuman sejarah dan kemodenan - merangkumi masa ketika ia dikenali sebagai Saigon sejak perang berakhir, termasuk keseluruhan pengaruh antarabangsa dari China ke Peranchis,

Pengaruh yang jelas kelihatan terdapat pada rekaan dan senibina bangunannya. Pemerintah Perancis telah membawa bersama mereka vila-vila yang elegan dan kecanggihan kota Paris. Antara contoh bangunan kolonial terbaik adalah Notre Dame Cathedral, Central Post Office dan People's Committee Building (Ho Chi Minh City Hall).

Jom kita pusing-pusing kota Saigon!



Ho Chi Minh City Hall, built in French colonial style for Saigon
Di belakang adalah patung Chu Tich Ho Chi Minh (1890 - 1969)
Notre Dame Cathedral - the late 19th century cathedral
 has a neo-Romanesque facade with twin towers
Bangunan di belakang - Central Post Office

.... pengaruh senibina Gothic, Renaissance dan Perancis
Bahagian dalam bangunan pejabat pos ...
 kelihatan lama tetapi masih berfungsi
Petikan daripada  http://www.vietnam-guide.com

The Central Post Office in Ho Chi Minh was constructed between 1886 and 1891 and once inside, the looping arches, intricately designed marble floors and antiquated telephone boxes all serve as a reminder of the importance the post office played in days before email and mobile phones. Although the architecture is distinctly French, the large portrait of Ho Chi Minh hanging high above everyone at the far end of the building reminds everyone we are definitely in Vietnam. Painted onto walls overhead are two maps of the region; one of them showing the telegraph lines that crisscross Vietnam and Cambodia and the other displaying a map of the Saigon region in 1892.


Lantai marble dengan rekabentuk yang rumit
dan pondok talipon yang antik sebagai hiasan dalaman

serta peta vietnam yang dilukis di dinding di atasnya
Gambar Ho chi Minh tergantung di hujung bangunan
Kuih yang kelihatan seperti donat ini juga adalah
 tinggalan pengaruh penjajah  
Selain dari mempunyai kemahiran 'balancing' penjaja lelaki ini juga cekap mengambil kesempatan. Sesiapa yang ingin bergambar dengannya dikenakan bayaran! Ini kawasan lapang di hadapan pejabat pos dan terdapat ramai pelancong bersantai di situ. Orang Vietnam sangat rajin dan sangat kreatif dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Ramai pelancong yang terpesona dengan kemahirannya dan ingin bergambar disisinya sebagai kenang-kenangan.