Penyelidikan Psikologi Kanada: Bersedekah Membuat Bahagia ! 
  Penyelidikan psikologi Kanada terbaru menunjukkan, makin banyak wang yang  anda sumbangkan  menolong sesama insan , atau dalam bentuk memberi hadiah kepada orang lain, maka anda  makin bahagia! 
   Demikian hasil kajian Elizabeth Dunn, pakar psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada.  Rencana penyelidikan ini diterbitkan baru – baru  ini di jurnal ilmiah terkemuka  dunia, Science, volume 319, tanggal 21 Mac 2008. Di muat di halaman 1687 -688, karya ilmiah yang mengejutkan itu terpampang dengan  tajuk "Spending Money on Others Promotes Happiness"  (Membelanjakan Wang untuk orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan). 
 Penyelidikan terkini tersebut menunggangbalikkan ilmu ekonomi selama  ini diajarkan  turun-temurun  bahawa makin banyak  wang yang dimiliki makin bahagia kehidupan seseorang dan berbelanja untuk diri sendiri adalah yag paling membahagiakan. Penemuan itu menunjukkan,  yang terpenting  bukanlah  jumlah wang yang kita punya,  tetapi  bagaimana  kita membelanjakannya! Orang yang menyedekahkan wangnya  untuk  membantu mereka yang memerlukannya, atau membeli hadiah untuk diberikan  kepada  orang lain ternyata lebih bahagia daripada mereka yang menghamburkan wang untuk  kepuasan  diri sendiri. Penyelidikan sama, sekitar  3 tahun  sebelumnya  menunjukkan  bahawa golongan kaya  lebih sedikit bahagia  daripada golongan  miskin. Akan tetapi  kaitan  antara kekayaan dan kebahagiaan tersebut lemah,  dan pakar ekonomi berusaha keras mencari penjelasan atas  pertanyaan,  misalnya, mengapa di Amerika Syarikat warganya  tidak menjadi  lebih bahagia  ketika harta  benda  mereka semakin berlimpah. 
   Pakar psikologi sosial, Elizabeth Dunn, dalam kajiannya  ingin menemukan  jenis  pembelanjaan  wang seperti apa yang sebenarnya membuat orang  bahagia.  Ia dan  rakannya meneliti 109 mahasiswa universitinya. Tidak hairan, kebanyakan  berkata  bahawa  mereka  lebih bahagia dengan wang 20 dolar  sehingga  hanya 5 dolar.  Para  mahasiswa itu menambah bahawa mereka akan  membelanjakannya  untuk diri sendiri  sehingga ke jawapan  untuk  orang lain. Dalam kajian yang lain, Dunn dan  kumpulannya  memberi  46 mahasiswa  lain dengan sampul surat berisi wang  5 dolar  atau 20 dolar, tetapi tidak  membiarkan mereka bebas memilih untuk apa wang  tersebut  akan  dibelanjakan tetapi sebaliknya  menyuruh mereka membelanjakan  wang itu  untuk hal-hal tertentu. Menariknya, mahasiswa yang  mengeluarkan  wang untuk amal  kemanusiaan  atau membeli hadiah untuk orang lain pada  akhirnya  lebih bahagia  dibandingkan mereka yang membelanjakannya  untuk  kepentingan  peribadi , seperti melunasi hutang  atau bersenang-senang.  Ternyata  fenomena ini tidak berlaku  untuk kalangan  mahasiswa  saja . Kelompok kaji-selidik Dunn juga dilakukan di kalangan penduduk serantau Amerika Syarikat . Dia dan  rekannya mengumpulkan  data  tentang gaji,  pengeluaran,  dan tingkat kebahagiaan  dari 632 orang. Kesimpulannya  sungguh  menarik. Di kelompok   tersebut,  kebahagiaan ternyata ada  hubungannya dengan  jumlah wang  yang dikeluarkan untuk orang lain daripada  jumlah  bersih bonus atau gaji. Hasil penemuan ini  "membenarkan  dugaan  kami lebih kuat daripada yang berani kami  impikan," kata Dunn. 
  Sekali memberi mungkin menjadikan  seseorang  bahagia  dalam sehari, tetapi ketika kebiasaan  memberi ini menjadi  satu cara hidup,  kelihatan kebahagiaan itu mampu  bertahan  lama, jelas Dunn. Beliau berharap penemuan ini pada masa akan datang boleh dijadikan faktor pertimbangan bagi mereka yang ingin membuat kebajikan. Pemerintah harus memanfaatkan sikap positif ini  dalam rangka mewujudkan  masyarakat yang cenderung memberikan harta mereka untuk kebaikan  orang lain,  sehingga  bertambahnya kekayaan penduduk beriringan dengan semakin  meningkatnya  kebahagiaan  mereka.


No comments:
Post a Comment