Semasa Easter break 2003 kami juga tidak ketinggalan pergi melancong di dalam negeri. Ini merupakan cuti sekolah panjang yang pertama bagi anak-anak saya yang baru mula belajar di UK. Kami mengambil kesempatan ini untuk membawa mereka melihat tempat-tempat baru yang menarik dan terkenal di negara yang mereka hanya kenal dan tahu dari jauh sebelum ini.
Membawa anak-anak bercuti dan melihat tempat-tempat lain adalah sebahagian daripada tarbiah kami kepada mereka. Masa yang terluang bersama mereka dimanfaatkan sepenuhnya. Hubungan erat sesama ahli keluarga dapat dipupuk ..... makan bersama, gelak ketawa bersama, berkemas bersama ..... semuanya dilakukan bersama. Mereka juga diperingatkan supaya berfikir dan meneliti akan ciptaan dan kekuasaan Allah setiap kali menikmati keindahan alam, milik yang Maha Pencipta. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"
Ali-Imran:190
Cuti Easter tahun itu kami menziarah anak saudara saya yang tinggal di Newcastle sambil bercuti. Satu perjalanan yang agak jauh, lebih kurang 350 km dari Loughborough, tempat tinggal kami . Dengan menggunakan kereta lama sudah tentu perjalanannya juga mengambil masa yang lama, di antara 5 hingga 6 jam.
Perjalanan yang hanya mengambil masa 3 jam lebih sedikit..... |
Sunderland sangat dekat di hatiku. Inilah tempat pertama saya tinggal berseorangan dan berjauhan dari keluarga. Banyak kenangan silam dan pengalaman baru yang dilalui selama 2 tahun berada di sana.
Di sinilah berlaku "the turning point in my life" .....
Di sinilah saya mula-mula mendapat pancaran cahaya ilahi yang sebenar-benarnya .....
Di sini jugalah saya diperkenalkan dengan kata-kata azimat ...."Islam as a way of life" ...
...Yang mana sehingga kini saya masih mengamalkannya, alhamdulillah!
Memang sudah lama saya ingin kembali menjejak kaki ke bandar itu setelah meninggalkannya pada tahun 1981. Walaupun saya pernah kembali ke England pada tahun 1990 tetapi saya tidak berkesempatan ke sana. Namun pada kali ini saya tidak melepaskan peluang yang ada ....... so sebelum meneruskan perjalanan pulang kami buat detour ...... From Newcastle to Sunderland.
Kami berada selama 2 malam di Newcastle. Ketika di Newcastle kami hanya sempat berjalan-jalan ke pantai, carboot dan tempat kegemaran anak-anak lelaki ..... stadium bola pasukan Newcastle United, St James Park. Kami tidak berminat ke shopping complex kerana di mana-mana pun di UK suasananya lebih kurang sama. Pada pagi hari yang ketiga sebelum bertolak balik kami melencong ke Sunderland.
St James Park, Newcastle 2003 sempat masuk ke kedainya ..... adik dapat bola sebagai souvenir |
Bergambar bersama anak saudara, cucu saudara, sepupu-sepapat di tepi pantai Newcastle 2003 |
Saturday Carboot in Newcastle, 2003 Jarang2 ada, selalunya Sunday carboot |
Stadium of Light juga terletak di kawasan Monkwearmouth
Pantai yang panjang..... Roker Beach bersambung dengan Seaburn Beach
|
Roker Beach .......... Sunderland 2003 |
Seaburn Seafront, Sunderland 2003 |
Ashraf, Afiq & Afnan ........ and Stadium Of Light 2003 |
The Stadium of Light is the magnificent home of Sunderland AFC, widely regarded as one of the best stadiums in Europe.
Apabila melihat dan melintasi jambatan di atas teringatlah ketika di mana saya dan kawan-kawan sekolej menaiki bas setiap hari melaluinya untuk pergi ke kolej. Setiap pagi saya mengambil bas dari bandar ke kolej yang terletak di kawasan bernama Monkwearmouth di sebalik sana sungai. Ketika melalui bandarnya pula terkenanglah saat-saat saya berada di sana ...... menunggu bas dalam keadaan hujan renyai-renyai berserta salji, kesejukan ditiup angin kencang yang sangat menyukarkan untuk berjalan ...... satu pengalaman yang tidak akan pernah saya lupakan.
Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak dapat meninjau dengan lebih jauh ke dalam bandar. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mengimbau kembali kenangan lama dalam masa yang begitu singkat. Namun terpaksalah berpuas hati dengan lawatan yang singkat dan ringkas ini, sekadar mengembalikan nostalgia yang saya pernah berada di sini 22 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun di zaman yang canggih ini saya dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan mudah melalui google earth. Dengan cara ini saya boleh merayau-rayau dengan sesuka hati mencari tempat-tempat yang familiar dan banyak memberi kenangan. Antara tempat-tempat yang menjadi sebahagian dari kehidupan ketika itu ialah seperti Elmwood street ( tempat tinggal tahun pertama 'A' Level), Salisbury Street (tempat tinggal tahun kedua 'A' Level), Havelock Terrace (rumah rakan-rakan sekolej), Western Hill ( kedai mendapatkan daging halal) dan Mowbray Park (tempat melepaskan tension).
Kedai di atas beralamat di Western Hill. Dulu kami memanggilnya Kedai Paki (ringkas dari Pakistan), tetapi kini kalau dilihat daripada namanya ia dimiliki oleh orang Bangla. Kali terakhir kami meninggalkan UK (2006) perniagaan seperti ini memang banyak dimonopoli oleh orang-orang Bangla. Bangsa mereka sangat menonjol di kalangan masyarakat Islam UK.
Wearmouth Brigde in Winter from Mr Goodle.......merentasi sungai wear ...... satu landmark yang sangat-sangat diingati hingga kini |
Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak dapat meninjau dengan lebih jauh ke dalam bandar. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mengimbau kembali kenangan lama dalam masa yang begitu singkat. Namun terpaksalah berpuas hati dengan lawatan yang singkat dan ringkas ini, sekadar mengembalikan nostalgia yang saya pernah berada di sini 22 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun di zaman yang canggih ini saya dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan mudah melalui google earth. Dengan cara ini saya boleh merayau-rayau dengan sesuka hati mencari tempat-tempat yang familiar dan banyak memberi kenangan. Antara tempat-tempat yang menjadi sebahagian dari kehidupan ketika itu ialah seperti Elmwood street ( tempat tinggal tahun pertama 'A' Level), Salisbury Street (tempat tinggal tahun kedua 'A' Level), Havelock Terrace (rumah rakan-rakan sekolej), Western Hill ( kedai mendapatkan daging halal) dan Mowbray Park (tempat melepaskan tension).
gambar diambil melalui google earth ....... salah sebuah kedai di mana kami selalu mendapatkan bekalan daging dan ayam halal |