Afnan (anak saya) and Gang: |
Tahun 2008 - asyik bermain video game di mana saja dia berada.
Tahun 2020 - apakah pula hobinya nanti?
Tahun 2100 - di mana agaknya dia berada, di alam ghaib atau masih di alam nyata?
3 soalan yang perlu ditanya oleh setiap insan yang bergelar manusia:
1. Dari mana saya datang?
2. Ke manakah akhirnya akan saya pergi?
3. Untuk apakah saya hidup di atas bumi ini?
Jikalau ketiga-tiga persoalan ini mampu dijawab oleh anda maka dengan sendirinya anda akan dapat melihat dengan jelas hala tuju dan jalan yang perlu diambil dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang fana ini.
Asal Usul Manusia
Benarkah manusia berasal dari kera? Mengikut teori Darwinisme, nenek-moyang manusia dan kera itu adalah sama. Dengan makna lain, pada satu masa dahulu moyang kita adalah seekor kera dan lama kelamaan melalui proses evolusi kera itu bertukar menjadi manusia hari ini. MasyaAllah! Ini satu andaian yang amat jelek. Tidak tergamak saya menggolongkan nenek- moyang saya sebagai kera.
Darwinisme bersandar pada prasangka dan propaganda sahaja, bukan pada penemuan ilmiah. Bukti terakhir yang meruntuhkan pernyataan teori evolusi tentang asal usul manusia adalah fosil baru Sahelantrophus tchadensis yang digali di kota Chad, Afrika Tengah pada musim panas 2002. Fosil ini seolah-olah ‘meletakkan kucing di antara merpati’ bagi dunia Darwinisme. Dalam sebuah artikel yang memberitakan penemuan ini, jurnal terkemuka Nature mengakui bahawa "Tengkorak yang baru ditemui boleh menenggelamkan gagasan kita selama ini tentang evolusi manusia."
Kenyataan ini dibuat kerana meskipun fosil yang dibicarakan berumur 7 juta tahun, ia memiliki struktur yang lebih "mirip-manusia" (menurut kriteria yang selama ini digunakan evolusionis) dibandingkan dengan spesis kera Australopithecus berumur 5 juta tahun yang dianggap sebagai "nenek- moyang tertua manusia." Ini menunjukkan bahawa hubungan evolusi yang dibina antara spesis kera dan manusia yang didasarkan pada kriteria "kemiripan dengan manusia" musnah, satu hubungan yang sangat subjektif dan penuh perkiraan, dan adalah rekaan belaka.
Manusia Piltdown adalah satu lagi teori rekaan kumpulan Darwinisme.
.
Selama 40 tahun, manusia Piltdown diterima sebagai petunjuk terbesar bagi evolusi manusia. Para pakar fosil evolusionis menyatakan telah menemukan banyak ciri peralihan pada tengkorak ini. Tidak berapa lama kemudian diketahui bahawa fosil itu sebuah pemalsuan.
Dalam analisa teliti oleh Joseph Weiner, pemalsuan ini diungkap ke depan umum pada tahun 1953.
Tengkorak tersebut adalah milik manusia berumur 500 tahun, dan tulang rahangnya berasal dari kera yang baru saja mati! Giginya telah disusun secara khusus dalam susunan tertentu dan ditambahkan pada rahang tersebut, dan permukaan geraham telah dihaluskan supaya menyerupai geraham manusia. Kemudian semua potongan ini diwarnai dengan potasium dikromat untuk memberi kesan tua pada mereka. Warna ini mulai menghilang ketika dimasukkan ke dalam larutan asam.
Islam menolak sama sekali teori evolusi Darwinisme ini. Manusia juga tidak wujud dengan sendirinya seperti yang dicanangkan oleh kumpulan "Naturalis". Siapakah yang mencipta manusia? Namun yang pasti manusia tidak mencipta dirinya sendiri. Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang kejadian manusia yang menjadi dalil bahawa Allahlah pencipta alam ini dan isi kandungannya termasuk manusia.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 11 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud."
Asal manusia adalah daripada Adam dan Hawa. Allah telah mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam sepertimana yang disebut dalam Al-Quran surah An-Nisaa' ayat 1 yang bermaksud:
" Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak..."
Tujuan Hidup dalam Islam
Kenapa kita hidup - satu soalan yang sering kali diajukan oleh manusia kepada diri mereka sendiri ketika bersendirian. Sering kali juga kita dengar manusia bertanya sesama sendiri dua persoalan:
1. Adakah kita makan untuk hidup?
2. Atau, adakah kita hidup untuk makan?
Persoalan ini dijawab dengan jelas dalam Al- Quran, surah Muhammad ayat 12 yang bermaksud,
"Dan (sebaliknya) orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan dan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan dan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."
Selagi manusia tidak mengenal diri mereka sendiri, mereka tidak akan menemui jawapan kepada persoalan itu. Sebagai seorang Islam kita kena faham bahawa manusia dicipta oleh Allah SWT dengan fitrah Islam. Apa yang dimaksudkan di sini ialah setiap perjalanan anggota tubuh badan manusia adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, tidur dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi'i , yakni penentuan Allah SWT. Ini berlaku kepada sesiapa jua pun, tidak kira yang beragama Islam ataupun sebaliknya.
Apabila Allah SWT mencipta manusia, kita juga dibekalkan dengan akal dan fikiran. Berbeza dengan binatang di mana ianya hanya diberi otak tanpa akal. Oleh kerana itu manusia tidak boleh makan dan minum serta menjalani aktiviti kehidupan yang lain sebagaimana seekor binatang. Dengan akal fikiran ini juga manusia diberi kebebasan untuk memilih cara kehidupannya. Namun begitu Allah SWT tidaklah membiarkan manusia membuat pilihan tanpa ada pedoman dan bimbingan.
Allah SWT berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 38 yang bermaksud,
"Kami berfirman: 'Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati' " .
Allah SWT mengutus Ar-Rasul SAW sebagai pembimbing manusia berpandukan Al-Quran Al- Karim.
Terpulanglah kepada manusia itu sendiri samada hendak menerima cara hidup yang ditunjuki Allah SWT melalui Al-Quran dan As- Sunnah ataupun menolaknya sama sekali dan menciptakan satu susunan kehidupan sendiri mengikut tempo kehendak hawa nafsunya sendiri.
Walau bagaimanapun dalam Islam, hidup ini mempunyai tujuan sebagaimana yang disebut dalam Al- Quran surah Adz-Dzariat ayat 45-58 yang bermaksud,
"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku. Aku tidak kehendaki suatu pemberian apapun dari mereka; dan Aku tidak kehendaki mereka memberi makan kepada-Ku; Sesungguhnya Allah, Dialah Pemberi Rezeki, Yang mempunyai kekuasaan, Yang sangat teguh."

Menyembah Allah SWT itulah tujuan hidup. Menyembah Allah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada Allah SWT semata-mata. Apa yang dimaksudkan di sini ialah manusia perlu menjalani kehidupan hariannya samada dalam aspek fizikal atau rohani, individu maupun bermasyarakat, sesuai dengan kehendak Allah. Dalam ertikata lain , di setiap kehidupan seorang hamba Allah itu, baik yang berupa "ibadah" terhadap Ilahi atau yang berupa"mu'amalah" ( amal perbuatan sesama manusia ), semua itu dilakukan dalam rangka penyembahan kepada Allah SWT.
Semuanya dilakukan dengan niat mencari keredhaan Allah SWT semata-mata sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Lail ayat 20-21 yang bermaksud,
"Kerana hendak mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan Tuhannya yang ridha kepadanya."

Kematian dan Peristiwa Selepasnya
Kenapa kita mati- dan apakah yang menantikan kita selepas kematian? Inilah persoalan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan manusia. Manusia merasakan seolah-olah seperti baru kelmarin zaman kanak-kanaknya, dan hari ini dia telah menjadi seorang lelaki atau perempuan dewasa. Besok, dia akan mati dan berpisah dengan isteri, anak-cucu, sahabat, harta, pangkat dan kuasanya. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalangnya daripada berpisah dengan kehidupan ini.
Paling lama manusia hidup di dunia ini pun selama 100 tahun dan selepas itu dia akan berada di alam ghaib (mati) untuk kali kedua sebagaimana 100 tahun sebelumnya dia juga berada di alam ghaib (tidak wujud di dunia). Apakah yang menanti manusia selepas kematiannya? Semua perkara tersebut tidak mungkin diketahui melainkan melalui Penciptanya yang menghidupkannya, mematikannya, menghantarnya ke dunia dan mengeluarkannya dari situ. Kesudahan hidup manusia tidak akan diketahui jika Allah Taala tidak memberi hidayah-Nya kepada kita.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 8 yang bermaksud,
"Katakanlah (wahai Muhammad): ' Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, ia tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang maha mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).' "
Menyembah Allah SWT bukan bererti meninggalkan hidup duniawi. Malah mertabat manusia di dunia adalah "khalifatun fil ardh", yakni khalifah di dunia ini.
Maksud dari Al-Quran surah Al-Qasyasy:77
"Dan carilah dalam (kurnia) yang Allah beri kepada kamu itu (kejayaan) negeri akhirat, tetapi janganlah engkau lupakan bahagianmu dari dunia ini; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah engkau membuat bencana di bumi ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat bencana."
Walau bagaimanapun nikmat kehidupan duniawi bukanlah tujuan hidup ini.
Al-Quran surah Al-Angkabut ayat 64 mengatakan, yang bermaksud,
" Dan hidup di atas dunia ini, tidak lain melainkan gurau dan permainan; tetapi sesungguhnya hidup akhirat itulah hidup sebenar hidup, kalau mereka mengetahui."
Jadi hasil-hasil dari kegiatan di bumi ini bukanlah tujuan yang hakiki. Ianya hanyalah ibarat tanah tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya dituai kemudian hari untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti . . . . . . menuju ke kehidupan yang sebenar-benarnya, iaitu kehidupan akhirat.
Hidup "immaterial" adalah kelanjutan dari hidup "material" ini; hidup yang puncak kebahagiaannya terletak dalam "pertemuan" dengan Allah Azza wa Jalla.