Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini adalah sebahagian daripada Bumi (tanah), akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Apabila sungai-sungai mengalir di atas batu-batan di permukaan bumi, bahan mineral ini larut di dalam air sungai, lalu menjadi mendapan di dasar laut , dibawa sungai yang mengalir ke laut. Jenis mineral yang paling banyak terdapat dalam laut sudah semestinya sodium klorida, atau pun garam biasa. Itulah sebabnya kenapa air laut masin. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram,
kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.
Air begitu banyak di atas bumi. Banyaknya seperti 326,000,000,000,000,000,000 gallons (326 million trillion gallons) atau pun (lebih kurang 1,260,000,000,000,000,000,000 liters) . Air ini sentiasa berada dalam satu pusingan yang tetap (constant cycle). Ia menyejat daripada laut, bergerak di udara, jatuh ke bumi sebagai air hujan dan mengalir semula ke laut.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete