Dilema ini hanya berlaku bagi wanita sahaja. Bagi orang lelaki jikalau perlu menggantikan puasa wajib tidak ada yang berselisih pendapat. Puasa wajib mesti digantikan terlebih dahulu sebelum berpuasa enam. Wanita diberikan kelonggaran berdasarkan berbagai halangan kesihatan yang terpaksa mereka lalui dalam melaksanakan ibadah berpuasa. Namun bagi yang berkemampuan boleh saja melangsaikan yang wajib sebelum meneruskan yang sunat.
Diriwayatkan dari Abu Ayyub r.a.
Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa shaum(berpuasa) pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan shaum (sunah) enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia shaum sepanjang tahun.” (HR.Muslim).
Dari hadis ini tidaklah bermakna puasa enam hari itu mesti dilakukan berturut-turut, tetapi ianya boleh dilaksanakan enam hari di sepanjang bulan Syawal.
Saya perhatikan ada di kalangan masyarakat Malaysia yang sudah memulakan berpuasa enam pada hari yang kedua Hari Raya dan melakukannya berturut-turut. Mereka akan menolak sebarang undangan jamuan Hari Raya. Mereka juga tidak pergi menziarahi ahli keluarga yang lain kerana ingin menghabiskan puasa enam itu terlebih dahulu. Ini adalah amalan yang kurang tepat kerana kita digalakkan menerima undangan seperti yang disebut dalam hadis di bawah,
Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya."
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2574,Bab Wajib Memenuhi Jemputan Orang Ke Majlis Kenduri)
Hari ini pun saya masih ada jemputan ke Majlis Hari Raya dan saya masih ada 1 hari lagi untuk menghabiskan puasa enam. Ianya tertangguh disebabkan masalah kesihatan. InsyaAllah saya akan menyambungnya esok untuk menggenapkan 6 hari ...... barulah puasa itu dikira sebagai "Puasa enam".
Bagi yang masih menjalankan ibadah puasa enam ....... selamat berpuasa! Bagi mereka yang masih belum .... selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment