Lawatan ke sini dibuat ketika transit di Amman selama 17 jam dalam perjalanan ke pulau Cyprus. Penerbangan kami dari Bangkok tiba di QAIA pada jam 5.15 am waktu Jordan. Sebelum memulakan perjalanan ini suami telah membuat temujanji dengan bapa kepada salah seorang pelajar Phdnya yang tinggal di Amman Jordan, Dr Jamaal. Beliau telah menawarkan dirinya untuk membawa kami ke Petra.
Pagi-pagi lagi Dr Jamaal dan seorang anak remajanya telah menjemput kami di airport dan membawa kami terus ke Petra. Boleh dikatakan lawatan ke Petra ini ditanggung semua oleh Dr Jamaal. Alhamdulillah! .... rezeki dari seorang anak murid yang membalas jasa seorang guru😊. Memang menjadi budaya orang Arab menghormati 'Tok Guru' dengan memberi hadiah sekali sekala. Kami tinggalkan airport lebih kurang pukul 7.00 am.
Tempatnya agak jauh juga, 2 jam lebih perjalanan dengan kereta. Cuaca pula sangat panas kerana sekarang musim panas. Sebelum masuk Dr Jamaal menjamu kami sarapan yang dibekalkan oleh isterinya dari rumah, di kawasan letak kereta, di tengah panas😎. Lebih kurang jam 10.00 am kami beli tiket dan terus masuk.
Pintu masuk .... tengahari 24 Jun 2018 .... dinasihatkan pakai topi untuk melindungi dari panas |
Tempat letak keretanya jauh juga dari pintu masuk |
Menceritakan pasal bongkah batu Jin yang banyak terdapat di Petra |
Salah satu bongkah atau blok Jin ... di Bab as-Siq Gambar dari google .... tak terambil pula gambarnya (Sumber foto: wikimedia) |
Ni pula menceritakan pasal 'The siq' - jalan masuk ke kota purba Petra |
The Siq (canyon/ngarai) .. sepanjang 1.2 km ... laluan masuk utama ke kota Petra |
Bersama Dr Jamaal di as-Siq |
(sebuah ngarai dibentuk oleh air), tetapi adalah sebuah bongkah yang terbelah dan terpisah disebabkan kuasa tektonik. Selepas itu baharulah ia menjadi licin kerana hakisan air. Dinding yang mengapit as-Siq ini berdiri setinggi antara 91-182 meter.
Ini saluran air yang dipotong ke dalam dinding untuk membekal air ke Petra |
Lihat saluran air di tepi saya |
Sejak 1985 ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menggapnya sebagai satu yang sangat berharga. Petra juga dipilih oleh British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati"😀.
Bersama Dr Jamaal |
Berbagai bentuk rupa bongkah batu yang terdapat di kota ini |
Al- Khazneh (The Treasury) |
Kawasan yang berdekatan dengan al-Khazneh |
Boleh beli cenderamata di sini atau di pintu masuk |
Sebelum masuk elok baca maklumat ini ... tetapi kami selepas keluar baru terjumpa |
Ada maklumat mengenai penggunaan kereta kuda ini. Namun begitu, maklumat yang diberi berkaitan dengan harga kereta kuda tidak berlaku seperti yang tercatat. Jadikanlah ia sebagai panduan sahaja.
Sejarah PetraKota ini dibangun oleh Raja Aretas IV pada abad ke-6 S.M. dan dihuni oleh suku Nabatea, iaitu suku pedalaman yang memiliki kemahiran yang luar biasa dan kekayaan yang melimpah. Mereka menggunakan bahasa Aramaic untuk berkomunikasi.
Pada abad ke 6-4 sebelum Masehi kaum kuno Arab Nabatea, adalah puak semi-nomad yang menduduki bahagian barat-utara semenanjung Arab. Mereka memasuki kawasan Petra di lembah Jordan ini secara beransur-ansur sebelum menguasainya dari kaum Edomite, yang berkuasa ketika itu. Kaum Edomite adalah dari keturunan Esau (Aysu, عيس), anak sulong Nabi Ishak AS, iaitu saudara kembar Nabi Yakub. Esau juga digelar Edom yang bermaksud merah. Jalur kaum Edomite ini juga merupakan keturunan Nabi Ayyub AS dan Nabi Zulkifli AS. Dalam Injil dikatakan kaum Edomite ini bermusuh dengan Bani Israel walaupun mereka dari keturunan yang sama. Permusuhan ini berasal dari pergaduhan keluarga, antara Nabi Yakub (juga digelar Israel) dengan abangnya Esau. Ini hanyalah cerita dari kitab Injil yang besar kemungkinan tidak benar!
Petra menjadi pusat pemerintahan mereka kerana selain sebagai sebuah kota yang kukuh juga sebagai kawasan yang mendapat bekalan air yang baik dari Wadi Musa, yang berada tidak jauh dari sini. Kawasan yang subur dan tanah pamah yang penting untuk ternakan. Petra juga terletak berhampiran dengan laluan khafilah-khafilah dagang, seperti Laluan Sutera yang terkenal pada masa itu.

Di puncak kegemilangnnya, mereka telah membuka dan mengawal laluan perniagaan di antara China, India, Timor Jauh, Mesir, barat Syria, Greece dan Rom. Mereka juga menambah penguasaan di selatan sehingga ke kawasan yang kini dikenali sebagai Mada'in Saleh atau al-Hijr di Arab Saudi. Dianggarkan jumlah pendudukya di waktu itu seramai 20,000 - 30,000 orang.
Wilayah bangsa Nabatea mencakup Al-Hijr sebagai kota terbesar kedua setelah Petra. Al-Hijr diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008, dan disebut Al-Hijr merupakan peninggalan peradaban Nabatea dari abad ke-1 SM sampai abad ke-1 M.

Kaum Nabatea menetap di utara Jordan, gurun Naqab di Palestin dan utara Arab Saudi |
Namun, di sebalik kemahiran dan kekayaan yang dianugerahkan kepada mereka, kaum Nabatean merasa sombong untuk mengakui kewujudan Allah SWT dan memilih untuk menyembah berhala lainnya, seperti Manat dan Hubal. Akhirnya pada tahun 106 M, Rom menguasai Petra sehingga jalur perdagangan suku Nabatean menjadi lemah. Pada tahun 700 M, sistem hidrolik dan beberapa bangunan utama yang menjadi nadi kehidupan manusia ketika itu hancur-lebur, sehingga Petra pernah hilang dari sejarah selama beratus-ratus tahun, sehingga dijumpai semula oleh dunia luar pada 1812.
Pengajaran
Sejarah kaum Nabatean ini menunjukkan pada kita bahawa tingginya teknologi dan melimpahnya kekayaan suatu kaum tidak menjamin keberlangsungan hidup kaum itu sendiri.
Kaum Tsamud merupakan pendahulu bangsa Nabatea dalam konteks kemampuan memahat dinding batu. Dengan makna lain, Kaum Tsamud jauh lebih tua dibandingkan bangsa Nabatea.
Kaum Tsamud merupakan pendahulu bangsa Nabatea dalam konteks kemampuan memahat dinding batu. Dengan makna lain, Kaum Tsamud jauh lebih tua dibandingkan bangsa Nabatea.
'Mada'in Saleh'' atau kota Nabi Saleh, pernah dihuni oleh kaum Tsamud, iaitu kaum Nabi Saleh. Kaum ini dipercayai hidup pada tahun 715 SM. Namun patut diperhatikan, zaman Nabi Saleh lebih tua dibandingkan Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yakub, Nabi Musa, dan Nabi Isa. Nabi Ibrahim hidup pada peradaban Mesopotamia, ketika pemerintahan Raja Namud, sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM. Sementara, peradaban Nabatea pada abad ke-1 M sekitar masa hidup Nabi Isa AS.
Kemungkinan besar bahagian luar dinding batu telah dipahat berkali-kali dengan bersilih-gantinya peradaban, sehingga pahatan yang kelihatan terkini merupakan yang termuda usianya.
Dalam al-Quran (al-Hijr 15:80-84) diceritakan tentang kehancuran kaum Tsamud disebabkan kesombongan mereka.
"Kerana mereka bagitu bangga dengan tamadun dan harta mereka dengan rumah serta bangunan yang mereka dirikan dari tebukan gunung batu batan yang mereka nyatakan begitu kukuh dan berasa selamat daripada apa juga bencana. Mereka memalingkan muka mereka dari suruhan Nabi yang diutuskan. Kerana sikap sombong mereka, Allah SWT mengegarkan negeri mereka dengan gegaran yang amat dahsyat, tiada apa yang dapat menolong mereka, bangunan kukuh tidak ada ertinya, maka Allah SWT datangkan bencana itu dipagi hari sehingga lenyaplah kaum tersebut"
Allah SWT juga pernah mengingatkan kaum Nabi Shaleh, Tsamud melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerosakan.”
(Q.S. Al-A’raaf 7:74)
Semoga kita dapat merenungi setiap kejadian di muka bumi sebagai suatu pelajaran berharga yang dapat membantu kita menjadi manusia yang selalu bersyukur, tawaduk, dan ingat kepada keagungan Allah SWT.
*********************************************************************************
Urutan 25 Nabi mengikut tahun
1. Nabi Adam - 5872-4942 B.C - Earth ( Wiki Data ) - Contra Dengan Penemuan penemuan tengkorak pra sejarah berumur ribuan tahun sebelum masehi.
2. Nabi Idris - 4533-4188 B.C - Babil Irak
3. Nabi Nuh - 3993-3043 B.C - Selatan Irak modern
4. Nabi Hud - 2450-2320 B.C - Timur Hadhramaut, Yaman
5. Nabi Shaleh - 2150-2080 B.C - Hijaz dan Syam
6. Nabi Ibrahim - 1997-1822 B.C - Irak
7. Nabi Ismail - 1911-1779 B.C - Qabilah Yaman, Mekkah
8. Nabi Luth - 1950-1870 B.C - Sadum, Syam, Palestina
9. Nabi Ishaq - 1761-1638 B.C - Al-Khalil Palestina
10.Nabi Yakub - 1837-1690 B.C - Bani Israil di Syam
11.Nabi Yusuf - 1745-1635 B.C - Mesir
12.Nabi Syu'aib - 1600 - 1500 B.C - Madyan
13.Nabi Ayub - 1540-1420 B.C - Haran, Syam
14.Nabi Zulkifli - 1500-1425 B.C - Damaskus
15.Nabi Musa - 1527-1408 B.C - Yordania modern
16.Nabi Harun - 1531-1408 B.C - Sina, Mesir
17.Nabi Daud - 1010 - 970 B.C - Israel
18.Nabi Sulaiman - 975-935 B.C - Baitul Maqdis-Palestina
19.Nabi Ilyas - 910-850 B.C - Israel, Syam
20.Nabi Ilyasa - 885-795 B.C - Israel, Syam, Palestina
21.Nabi Yunus - 820-750 B.C - Irak
22.Nabi Zakaria - 100-20 B.C - Palestina
23.Nabi Yahya - 31-1 B.C - Israel, Palestina
24.Nabi Isa - 1-32 B.C - Israel, Palestina
25.Nabi Muhamad SAW - 20 Apr 570/571 - 8 Juni 632 - Arab
Sumber :http://linidakwah.blogspot.com
Related Posts:
Gua Ashabul Kahfi
Matahari lewat terbenam kerana Yusyak
Petra vs Mada'in Saleh - Nabatean vs Thamud

Mohon kebenaran share penulisan puan.
ReplyDeleteTerima kasih ✨
Maaf lambat respon ....silakan. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Saya sendiri sudah lama tak masuk blog ni kerana sibuk berpindah rumah dan beraya ... dan mcm2 hal lagi
Delete