Wednesday, 18 September 2019

Gua Ashabul Kahfi

Gua Ashabul Kahfi Jordan - 1 Julai 2018

Ini adalah kali kedua kami melawat Jordan dalam masa seminggu .... hebat kaann....😀? Ia bukanlah suatu yang mustahil kerana lawatan yang kedua ini adalah ketika perjalanan pulang dari Cyprus, di mana kami perlu transit di Amman airport sekali lagi selama 11 jam. Jika lawatan ke Petra ( transit ketika waktu pergi ke Cyprus ) kami dijemput oleh seseorang untuk ke sana, namun kali ini kami meminta tolong daripada salah seorang staf hotel mencarikan teksi untuk membawa kami ke sini. Kami dikenakan tambang sebanyak 60 DOJ untuk perjalanan pergi dan balik.

Ashabul bermakna ahli-ahli dan Kahfi pula bermakna gua, atau Kahf Ahlil Kahf dalam bahasa Arabnya. Kalau dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Cave of the seven sleepers'. Ada beberapa tempat di pelbagai negara yang didakwa sebagai lokasi gua ini. Antaranya di Turki, Sepanyol, Yaman, Syria dan Jordan. Namun Gua Ashabul Kahfi  yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran. 

Ashabul Kahfi adalah sebuah gua yang berada di atas bukit tinggi berdekatan kawasan kilang.
Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam al-Quran dan ianya ditafsirkan sebagai nama anjing dan ada yang menyatakannya sebagai batu bersurat.
Di atas bukit yang terdapat Gua Ashabul Kahfi
.... pada petang 1 Julai 2018
Namun begitu pengkaji sejarah masa kini telah menemui maklumat-maklumat baharu yang mengukuhkan dakwaan bahawa gua Ashabul Kahfi ini adalah gua yang disebut dalam al-Quran. Seorang ahli arkeologi yang bernama Rafiq Dajani merumuskan, setelah mengkaji secara mendalam selama beberapa tahun, bahawa gua di Jordan ini sebenarnya adalah Gua Ashabul Kahf.

Pada tahun 1961, mereka telah memulakan penggalian dan kajian di kawasan ini dan menemui beberapa bukti yang telah mengesahkan rumusan yang dibuat. Antara bukti yang dijumpai adalah seperti dalam petikan di bawah.

Petikan dari https://www.ilmgate.org

1. The opening of this cave is in the south, and the following ayah justifies this:

You would see the sun, when it rose, turning away from their Cave towards the right; and when it set, it bypassed them towards the left, and they were (lying) in the hollow thereof. (Qur’an, 18:17)

The location of this cave is such that the sunshine never enters it at any time, but passes from the left and right when the sun sets and rises. And there is a spacious hollow inside the cave where the wind and light easily reach.

2. It has also been mentioned in the Qur’an that the villagers had in mind to construct a mosque on top of this cave. Accordingly, after removing the debris and rocks, a mosque was discovered directly above the cave, which had been constructed from old Roman style stone. Archaeologists have said that the mosque was made from stone and originally a place of worship in a Byzantine form, and was later converted into a mosque during the time of Abd al-Malik ibn Marwan.

The polytheist king due to whose tyranny and oppression the Ashab al-Kahf sought shelter in the cave was, according to the theory of modern day researchers, the Roman emperor Trajan, who remained ruler from 98 AD till 117 AD. It is a well known fact that he used to subject rejectors of idolatry to severe hardships. It has been historically authenticated that in 106 AD, Trajan conquered the region of east Jordan and constructed the stadium of Amman.

According to modern day researchers, the king during whose reign the Ashab al-Kahf stirred was called Theodosius II and he lived in the beginning of the 5th century.

Upon the initial discovery of the cave, many coins were found scattered within, of which several are indeed from Trajan’s era which greatly supports the belief that this is the very cave of the Ashab al-Kahf.
What is “Raqeem”? Various opinions have been stated in its commentary, but the opinion of modern day researchers is that “Raqeem” is the name of the village in which these people originally resided. The cave is situated at a 100 meters distance from this point in a small village called Rajeeb. It is the opinion of Rafiq Dajani that this is an altered form of the name Raqeem, because the Bedouins of this area pronounce the  ق  as  ج  and the  م  as  ب .  Therefore, the ruling body of Jordan later officially titled this village as Raqeem

Firman Allah SWT


 وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِۗ مَن يَهْدِ اللَّـهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا ﴿١٧

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” 
 (al-Kahfi: 17)
Pintu Gua Ashabul Kahfi Amman Jordan
Kisah Ashabul Kahfi  merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang pemuda yang hidup pada zaman yang dikelilingi orang kafir. Mereka melarikan diri daripada raja yang zalim lalu ditidurkan Allah SWT di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26 Surah al-Kahfi, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah SWT tidurkan mereka selama 309 tahun.

Sepanjang mereka tidur, Allah SWT menjaga mereka dengan matahari tidak merosakkan kulit mereka, badan tidak tertimbus dengan tanah, umur tidak tua dan haiwan berbisa juga tidak mengganggu mereka, Mengikut logik akal, mustahil berlakunya peristiwa ini. Namun bagi orang yang beriman, tiada yang mustahil bagi Allah; jika Allah  mengkehendaki sesuatu berlaku, maka jadilah ia.
Ini lubang luar terowong dalam gua
Terowong dalam gua yang mungkin
 berfungsi sebagai lubang udara dan cahaya
Ini pula lubang terowong yang berada dalam gua
... seperti cerobong kedukukannya
 Mengikut tafsiran al-Quran pintu gua  mengadap ke arah selatan. Kawasan gua ini dibahagi kepada tiga. Satu bahagian daripada gua, yang bermula dari pintu masuk terus ke arah utara, sebahagian lagi berada di sebelah kanan pintu masuk ke arah timur dan bahagian yang ketiga di sebelah kiri pintu masuk ke arah barat.
Bahagian gua sebelah barat - terdapat 3 buah keranda batu
Bahagian gua sebelah timur - terdapat 4 keranda batu
Keranda batu ( sebelah kiri gambar) terdapat lubang kecil yang membolehkan kita melihat ke dalam keranda ... jelas kelihatan tulang manusia (tidak pasti tulang siapa dan dari mana). Keranda batu ini dipanggil 'sarcophagus' (sarcophagi - jamak) dalam bahasa Inggeris, iaitu kotak khas untuk menyimpan mayat. Cara ini adalah amalan biasa bagi masyarakat Rom-Byzantin zaman itu menguruskan mayat mereka.
Kabinet mempamerkan barang-barang tinggalan
 yang dijumpai dalam gua dan sekitarnya
Koleksi barang yang dijumpai dalam gua dan sekitarnya seperti duit syiling  dari pelbagai zaman (Rom, Islam, Usmaniah), barangan tembikar, rantai leher mutiara, sikat tembaga dan beberapa cincin dipamerkan dalam kabinet. Kabinet ini diletakkan di bahagian dinding sebelah utara. Ia membawa maksud bahawa tempat ini telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu. Manakala lantai bahagian utara ini pula agak rata dan dipercayai di sinilah yang disebut sebagai 'fajwah' dalam al-Quran (al-Kahfi:17)

وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ .... sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu

Tapak runtuhan masjid di atas gua

Saki-baki runtuhan dari zaman Rom dan Byzantin di atas gua
Masjid baharu di sebelah kiri gua
Masjid ini berada dalam sebuah kompleks
مسجد كهف اهل الكهف 


Dalam kawasan kompleks masjid
Dalam masjid
Tidaklah diketahui samada gua ini adalah benar-benar gua yang disebut dalam al-Quran atau tidak, hanya Allah yang mengetahui. Namun yang pasti kisah 7 orang pemuda ini adalah satu kisah yang benar-benar berlaku dan bukan satu dongengan, walaupun mengikut logik akal ia suatu yang mustahil. Bilangan mereka juga tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Semua fakta yang tiada kepastian itu kurang penting. Apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi mempertahankan keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Juga kesanggupan mereka meninggalkan kemewahan, kesenangan dan sanak-saudara semata-mata kerana Allah SWT. Dalam kitab tafsir Imam Ibn Kathir ada menyebut mereka ini daripada kalangan anak-anak pembesar dan dikatakan juga bahawa mereka daripada kalangan anak-anak kepada raja-raja pada waktu itu.

Semoga kita juga diberi kesabaran dan keimanan setinggi ini insya Allah.


Related Posts:

Rose City of Petra Jordan
Matahari lewat terbenam kerana Yusyak

No comments:

Post a Comment