Wednesday 18 September 2019

Transit Tour - Jordan

Ini iklan di airport Amman Jordan
Bagi sesetengah perjalanan udara yang jauh, ia memerlukan kita untuk membuat 'transit' sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Transit adalah perhentian sementara samada untuk menukar pesawat atau masih pesawat yang sama, tetapi menurunkan sebahagian penumpang dan mengambil penumpang yang baharu, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.

Ada kalanya transit ini mengambil masa yang sangat lama sehingga kita sempat keluar dari airport dan berjalan-jalan sebelum menyambung perjalanan. Kebiasaannya transit yang melebihi 6 jam sahaja yang dibenarkan keluar dan diberi visa percuma. Itu pun kena lihat kesesuaian masanya kerana jika masa menunggu itu sebahagian besarnya berada pada sebelah malam, agak sukar kita hendak keluar.

Waktu transit inilah yang digunakan oleh agen pelancongan menawarkan 'Transit Tour' kepada para penumpang yang dalam transit. Sesetengah lapangan terbang menawarkan lawatan (tour) dan lain-lain hiburan seperti pawagam, muzium, persembahan muzik, dan taman tropika di lapangan terbang. Semua ini boleh didapati secara percuma, dan tiada visa diperlukan kerana kita dianggap sebagai penumpang "dalam transit". Pastikan semua dokumen perjalanan ada bersama dengan kjta.

Ada 7 buah lapangan terbang yang memberi lawatan dan aktiviti percuma. Boleh rujuk di sini.

Sebenarnya masa transit ini boleh dijadikan satu pengalaman melancong secara berjimat kerana ia merupakan satu aktiviti sampingan, mengambil peluang keberadaan kita di tempat tersebut. Kalau kita rajin, kita boleh mencari penerbangan yang ada transit yang lama untuk membolehkan kita 'keluar' sebentar untuk tujuan melancong. Kita juga boleh merancang dan mengatur penerbangan agar dapat berhenti beberapa hari dengan penambahan kos yang sedikit atau kadang-kadang tiada lansung.

Ada beberapa kali saya dan suami menggunakan cara ini untuk melancong semasa transit. Kali pertama ialah semasa perjalanan balik dari Morocco dan transit di Dubai, kemudian transit di Jordan sewaktu pergi dan balik dari Cyprus. Alhamdulillah kami berjaya melawat Burj Khalifa di Dubai, Petra dan al Kahfi di Jordan.

1. Petra Jordan - 24 Jun 2018

Lawatan ke sini dibuat ketika transit di Amman selama 17 jam dalam perjalanan ke pulau Cyprus. Penerbangan kami dari Bangkok tiba di QAIA pada jam 5.15 am waktu Jordan. Sebelum memulakan perjalanan ini suami telah membuat temujamji dengan bapa kepada salah seorang pelajar Phdnya yang tinggal di Amman Jordan, Dr Jamaal. Beliau telah menawarkan dirinya untuk membawa kami ke Petra.

Pagi-pagi lagi Dr Jamaal dan seorang  anak remajanya telah menjemput kami di airport dan membawa kami terus ke Petra. Boleh dikatakan lawatan ke Petra ini ditanggung semua oleh Dr Jamaal. Alhamdulillah! .... rezeki dari seorang anak murid yang membalas jasa seorang guru๐Ÿ˜Š. Memang menjadi budaya orang Arab menghormati 'Tok Guru' dengan memberi hadiah sekali sekala. Kami tinggalkan airport lebih kurang pukul 7.00 am.

Tempatnya agak jauh juga, 2 jam lebih perjalanan dengan kereta. Cuaca pula sangat panas kerana sekarang musim panas. Sebelum masuk Dr Jamaal menjamu kami sarapan yang dibekalkan oleh isterinya dari rumah, di kawasan letak kereta, di tengah panas๐Ÿ˜Ž. Lebih kurang jam 10.00 am kami beli tiket dan terus masuk.

Cerita seterusnya di SINI
The Siq (canyon/ngarai) .. sepanjang 1.2 km
... laluan masuk utama ke kota Petra
2. Makam Nabi Yusyak bin Nun (ูŠูˆุดุน ุจู† ู†ูˆู†)

Kami keluar dari Petra lebih kurang pukul 12 pm dan terus bertolak ke Amman di mana Dr Jamaal tinggal. Di sinilah kami solat, makan dan berihat sebelum bertolak ke airport. Dari Petra ke Amman hampir 3 jam perjalanan.

Makan petang yang besar๐Ÿ˜€
.... sepatutnya makan tengahari
Bersama isteri Dr Jamaal yang
menyediakan semua menu atas meja
Bergambar bersama tuan rumah sebagai kenangan ...
orang Jordan ni dalam rumah pun pakai kasut ...
terasa janggallah pulak kita dibuatnya
Sebelum dihantar ke airport Dr Jamaal membawa kami pergi menziarah makam  Nabi Yusyak (Joshua- bahasa Ibrani) bin Nun terlebih dahulu.  Makam ini terletak  di sebelah barat laut kota as-Salt, sekitar 25 km arah barat dari kota Amman. Ia berada di atas sebuah bukit yang dikenali oleh penduduk Salt sebagai Bukit Yusyak, yang tingginya 1130 meter di atas permukaan laut.

Walaupun nama Yusyak bin Nun tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran, tetapi al-Quran ada menyebutnya bersama dengan kisah Nabi Musa AS di dalam surah al-Maidah dan al-Kahfi.

Dari surah al-Kahfi,

“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada pemuda yang bersamanya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun." (QS. 18:60)
Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada pemuda yang bersamanya: "Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini." (QS. 18:62) 

  Cerita seterusnya di SINI
Didakwa  sebagai makam Nabi Yusyak bin Nun
... ukuran makamnya sangat panjang!

3. Gua Ashabul Kahfi Jordan - 1 Julai 2018

Ini adalah kali kedua kami melawat Jordan dalam masa seminggu .... hebat kaann....๐Ÿ˜€? Ia bukanlah suatu yang mustahil kerana lawatan yang kedua ini adalah ketika perjalanan pulang dari Cyprus, di mana kami perlu transit di Amman airport sekali lagi selama 11 jam. Jika lawatan ke Petra ( transit ketika waktu pergi ke Cyprus ) kami dijemput oleh seseorang untuk ke sana, namun kali ini kami meminta tolong daripada salah seorang staf hotel mencarikan teksi untuk membawa kami ke sini. Kami dikenakan tambang sebanyak 60 DOJ untuk perjalanan pergi dan balik.

Ashabul bermakna ahli-ahli dan Kahfi pula bermakna gua, atau Kahf Ahlil Kahf dalam bahasa Arabnya. Kalau dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Cave of the seven sleepers'. Ada beberapa tempat di pelbagai negara yang didakwa sebagai lokasi gua ini. Antaranya di Turki, Sepanyol, Yaman, Syria dan Jordan. Namun Gua Ashabul Kahfi  yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran. 

Ashabul Kahfi adalah sebuah gua yang berada di atas bukit tinggi berdekatan kawasan kilang.

Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam al-Quran dan ianya ditafsirkan sebagai nama anjing dan ada yang menyatakannya sebagai batu bersurat.

Cerita seterusnya di SINI
Pintu Gua Ashabul Kahfi Amman Jordan


Related post:

       



Transit Tour - Dubai

No comments:

Post a Comment