Pada sebelah pagi 21 Ogos kami berjalan-jalan di Sungai Rengit dan Tanjung Pengelih, dan kami makan tengahari di Bandar Penawar. Pada sebelah petang pula kami melawat Desaru Fruit Farm.
22/8/2020
Ini adalah hari terakhir percutian kami. Pada malam 21 Ogos kami telah merancang untuk makan malam di Restoran Terapung Firefly dan seterusnya pergi melihat klip-klip. Namun kami telah membatalkan niat ini apabila melihat keadaan tempat yang terlalu ramai orang. Kami balik terus walaupun telah sampai ke destinasinya. Kami tidak ingin mengambil risiko dijangkiti covid-19
pula The Wetlands Kampung Belukar Durian. Berpusing-pusing jugalah kami mencari lokasinya. Tujuan ke sini hanyalah untuk melihat kawasan ini dan mencari maklumat mengenainya.
Jumpa pintu gerbang ke Kg Belukar durian tetapi lokasi 'wetland' agak sukar mencarinya |
Akhirnya berjumpa juga setelah keluar-masuk jalan salah beberapa kali mencari jalan sebenar yang menuju ke lokasi |
Senarai harga penginapan mengikut jenis bilik :
Chalet A : RM 120
Chalet B : RM 150
Chalet C : RM 100
Chalet A : RM 120
Chalet B : RM 150
Chalet C : RM 100
Jambatan Sungai Johor ..... juga digelar Jambatan A |
Jambatan Sungai Johor merupakan sebatang jambatan lebuh raya yang merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru di Johor, Malaysia. Jambatan kabel penahan ini menghubungkan Pulau Juling berhampiran Kong Kong di sebelah barat ke Tanjung Penyabong di sebelah timur. Dibuka pada 10 Jun 2011, ia merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia dan diikuti Jambatan Raja Pemaisuri Bainun (Jambatan Sungai Dinding) di Perak, sebagai kedua terpanjang, buat masa ini.
Beginilah berakhirnya lawatan pertama kami. Pada 26 Dec 2021 sekali lagi kami bercuti ke daerah ini (Sg Rengit) bersama keluarga, anak-anak dan cucu-cucu.
Related Posts:
No comments:
Post a Comment