A moving, must-see video that first aired on Channel 4 (UK)’s Dispatches on 15 March. BAFTA-winning filmmaker Jezza Neumann follows the lives of three children for over a year. The children are amazing: well-spoken, reflective, resilient, understandably vengeful and fearful, but very endearing. The toll this inhumanity has taken is also clear.
Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.
Sudah lama Israel ingin menguasai sebidang tanah ini. Bermacam-macam cara serta penindasan yang dibuat agar rakyat Gaza mengalah. Mereka mengadakan sekatan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan mentah. Mereka menyekat pergerakan rakyat Palestin tetapi itu semua tidak melemahkan semangat mereka. Malah mereka bangun dan bangkit menentang puak Zionis ini dengan lebih kuat lagi.
Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka menggugurkan ratusan ton bom dan mengerahkan semua kekuatan tentera termasuk pasukan simpanan. Tentera Israel yang dikenali sebagai pasukan tentera yang terkuat di dunia, walaubagaimanapun gagal mengalahkan para mujahidin Gaza.
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang dibantu tank Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.
Allah maha berkuasa ...... jika Dia ingin sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia tanpa perlu ada sebab-sebab yang logik.
Firman Allah dalam surah Yasin ayat 82,
إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. "
Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Ungkapan ini amat sesuai diletakkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1,412 putera puetrinya, terubat dengan lahirnya 3,700 bayi selama 22 hari di Gaza. Hamam Nisman, seorang pengarah dalam Kementerian Kesihatan Gaza berkata, “Mereka lahir antara 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan meninggalnya 1,412 rakyat Gaza, yang kebanyakannya wanita dan anak-anak,” .
Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi dibanding bulan-bulan sebelumnya. “Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza, dan dalam satu bulan tercatat 3,000 hingga 4,000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3,700 kelahiran dan pada baki bulan Januari tercatat 1,300 kelahiran. Ini bermakna dalam bulan Januari sahaja berlaku peningkatan kelahiran sehingga 1,000 kes.
Nisbah antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu setiap tahun, sedangkan kematian mencapai 5 ribu.
Kini lebih setahun sudah sejak Gaza diserang oleh tentera Israel. Apakah kita sudah lupa kepada mereka yang dizalimi ini? Apakah kita masih terus menerus berbuat sesuatu untuk meringankan beban mereka ..........seperti menderma ke Tabung Palestin dan memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya?
Jika diperhatikan di sekeliling kita, masih ramai orang Islam yang tidak ambil peduli langsung di mana mereka berbelanja dan jenama apa yang mereka guna ....... apakah produk ini diboikot atau tidak ......apakah rangkaian kedai ini diboikot atau tidak? Marilah kita "refresh" balik jenama produk yang perlu kita boikot.
Mungkin kita tidak dapat hendak memboikot kesemua yang disenaraikan tetapi kita boleh terus berusaha sedaya yang mungkin ......... do your best and Allah will do the rest ....
Bagi yang berkemampuan, hulurkan bantuan anda kepada Aqsa Syarif, sebuah badan NGO yang mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Setiap sen yang disumbangkan akan sampai kepada mereka, InsyaAllah. Itulah yang dijanjikan oleh badan ini.......so, ayuh kita beramal sekarang sebelum terlambat!
Ketika menonton video di atas, hati saya begitu tersentuh dan sedih dengan penderitaan yang telah dilalui kanak-kanak di sana. Saya juga bersimpati dengan ibu-bapa yang berasa bersalah kerana begitu lemah, sehingga tidak mampu melindungi dan membantu anak-anak mereka dari kekejaman tentera Israel.
Sungguh terharu apabila mendengar celoteh anak-anak itu yang tidak mengharapkan apa-apa kecuali kebebasan ........ bebas ke laut tanpa ada orang yang memburu ...... bebas dari serangan dari atas ....... bebas di daratan tanpa ada sekatan hendak kemana-mana .......KEBEBASAN ......itulah impian dan harapan mereka.
Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara seislam mereka, membantu membebaskan tanahair mereka dari cengkaman puak Zionis Yahudi. Kehidupan mereka kini bolehlah diibaratkan sebagai berada dalam penjara yang besar.