Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya - termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.
Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.
Post ini telah diterbitkan pada Julai 2009. Hari ini bulan April 2026 saya menulisnya semula. Tujuannya untuk menambahbaik artikel ini dengan menambah maklumat dan mengganti semula gambar-gambar yang telah hilang dari post asal.
![]() |
| Ini antara negara-negara yang kami lalu semasa Kembara Eropah yang pertama |
Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan yang bermula dari Harwich UK ke Hook of Holland - Rotterdam, Netherland.
![]() |
| Ini perjalanan feri ketika pergi ke Eropah |
![]() |
| Ini perjalanan balik feri dari Eropah |
Masa perjalanan yang diambil tidaklah sama seperti yang tercatit di peta. Ini adalah masa untuk menyeberang yang diambil feri sekarang. Masa zaman dahulu masa yang diambil lebih kurang dua kali ganda lamanya.
![]() |
| Inii tiket pergi balik yang ditempah melalui syarikat Sealink |
![]() |
| Syarikat ini pun sudah tidak wujud lagi |
![]() |
| Cap paspot ketika keluar dan masuk semula UK ....cukup-cukup 2 minggu |
Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone - Dover, UK ke Calais Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Eurotunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke Peranchis. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat
![]() |
| Atas dek feri ....11 September 1990 Bosan dah semua sementara menunggu feri bergerak |
Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Eurotunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!......Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.
Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Eurotunnel!
Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Eurotunnel!
Oleh kerana semua tiket perjalanan dbuat secara online maka tiadalah tiket hard copy yang boleh ditunjuk seperti perjalanan yang pertama. Gambar sahajalah yang dapat dikongsikan. Perjalanan bermula dari 7 April 2006 malam atau petang? (naik keretapi 8 Apr 2006) sehingga pagi 22 April 2006.
Kedua-dua perjalanan keretapi bertolak lebih kurang tengah malam.
![]() |
| Pas boarding Eurotunnel Train semasa balik ke UK (22 Apr 2006) ....juga tercatat di situ maklumat berlepas dari UK (8 Apr 2006) Boarding pas perlu digantung di skrin kereta |
| Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada 7 April 2006 - dari UK ke France |
| Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka |
| ... parking dalam keretapi ini mengikut susunan yang telah ditetapkan |
| Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel - ini waktu balik dari France ke UK pada 22 Apr 2006 |
| Excited sangat .. dapat keluar dari kereta ,.. satu pengalaman baru Ini ketika waktu pergi ... masih bertenaga |
| .... dan. berada dalam kereta sendiri sementara keretapi meluncur menuju ke UK melalui tunnel bawah laut ...waktu balik |
Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa.....Percutian ke Eropah.
Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada "thrill" ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini.....cuma risikonya banyaklah.
Insya Allah kalau ada rezeki akan update lagi kisah kembara kami ini ...👋sehingga berjumpa lagi.











No comments:
Post a Comment