Showing posts with label eropah. Show all posts
Showing posts with label eropah. Show all posts

Tuesday, 28 April 2026

Kembara Eropah - Andalusia di Hatiku


Ini adalah antara bandar yang dilalui semasa Kembara Eropah 2006
Ada yang lalu sahaja, ada yang singgah sebentar dan ada yang bermalam
INI adalah satu catatan perjalanan yang dibuat 20 tahun yang lalu. Kemungkinan ada fakta-fakta yang kurang tepat kerana kebanyakan yang tercatat hanyalah melalui ingatan dan gambar-gambar kenangan sahaja. Tidak terfikir ketika itu untuk mencatat dengan baik supaya boleh dijadikan bahan rujukan di kemudian hari. Ketika itu blog ini pun masih belum wujud.

Pengembaraan ini bermula dari Loughborough UK ke Andalusia Sepanyol, yang dibuat pada April 2006.  Kami (saya, suami dan 5 orang anak) mengembara selama 2 minggu dengan memandu sendiri dari UK, melalui Peranchis dan terus ke Sepanyol.

Tahun 2006 mempunyai aura yang tersendiri -- zaman di mana peta kertas masih menjadi teman setia dan memori kamera digital perlu dijimatkan sebaik mungkin. 

Mengimbas kembali lipatan tahun 2006, segalanya terasa lebih ringkas. Tanpa bantuan aplikasi navigasi yang canggih atau hantaran 'story' di media sosial, perjalanan kami kali ini adalah tentang tersesat di lorong yang asing dan menemui keindahan dalam ketidaktahuan. Ini bukan sekadar catatan tentang destinasi, tetapi sebuah kapsul masa tentang sebuah pengembaraan yang membentuk keluarga saya hari ini.

Sejarah jadual perjalanan
2006 adalah tahun terakhir kami berada di Loughborough UK. Selama 4 tahun berada di sana memang menjadi kebiasaan bagi kami untuk pergi "makan angin" setiap kali cuti sekolah. Pada bulan April ada Easter break bagi sekolah-sekolah di UK selama 2 minggu. Memikirkan ini merupakan tahun terakhir kami di sini, maka saya dan suami merancang bercuti ke Paris dan Andalusia Sepanyol melalui jalan darat. 

Jadual perjalanan pergi dan balik kami yang bermula dan berakhir di Loughborough UK lebih kurang seperti yang ditulis di bawah ini:

7 April 2006 Jumaat bertolak
Perjalanan bermula pada petang hari ini sebaik saja anak-anak balik dari sekolah sebelum cuti bermula. Kami telah menempah tiket keretapi Eurotrain yang akan bertolak pada tengah malam ini dari Folkestone Devon UK ke Calais Peranchis. Waktu bertolak ini menawarkan harga tiket yang paling murah. Perjalanan merentasi laut English Channel hanya mengambil masa 35 minit.

( 8 - 11 ) April - Paris
Kami berada selama 4 hari 4 malam di sini, melawat Disney Land, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Grand mosque Paris dan merayau-rayau di kota Paris sedaya yang mampu dengan menaiki metro. Ketka di sini kami ada membeli kad Formule 1 yang membolehkan kami naik tren ke mana sahaja dalam kota Paris.

11 April - bertolak ke Spain
Perjalanan bermula dari kota Paris ke Bordeaux selama 6 jam. Di sini kami berhenti sekejap untuk solat dan kebetulan kami terjumpa masjid dan solat berjemaah di situ. Kami juga membeli sedikit bekalan makanan sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh. Malam ini kami hanya tidor dalam kereta di sebuah kawasan parking RnR di Sepanyol .... membersihkan diri dan solat Subuh juga di sini.

(12 - 13) April - Bilbao
Kami ada menempah hotel F1 di sini dan  menyinggah hanya untuk satu malam sahaja. Kami sempat juga bersiar-siar di bandarnya bagi mengisi masa yang terluang. Pada keesokan harinya kami menyambung perjalanan ke Madrid.

(13 - 14) April - Madrid
Di sini juga kami bermalam untuk  satu malam sahaja, juga di hotel bajet F1. Walaupun duduk sekejap sahaja, kami sempat juga meronda ke beberapa tempat menarik di kota Madrid seperti stadium Realmadrid. Sepertimana di Paris kami berjalan-jalan di sini dengan menaiki metro.

(14 - 16) April - Cordoba
Kami tiba di sini waktu petang dan telah memasang khemah untuk tinggal di sini selama 2 malam. Malangnya khemah kami telah terbakar semasa menyediakan makan malam. Kejadian ini berlaku
 pada hari Jumaat disebabkan kelalaian kami. Pada malam itu kami hanya tidur dalam kereta kerana tidak sempat mencari hotel yang murah kerana hari sudah gelap dan tidaklah mudah ketika itu mencari sesuatu  tempat seperti zaman sekarang. Alhamdulillah pada keesokan harinya kami berjaya jumpa hotel bajet. Di sini kami melawat tapak arkeologi Madinat al Zahra, Mosque Cathedral of Cordoba, serta bersiar-siar di bandarnya.

( 16-17) April - Sevilla
 Di sini kami tidor hanya semalam. Sepertimana biasa kami meluangkan masa untuk berjalan-jalan melihat tempat menarik di bandar ini. Antara yang sempat dilawati adalah Plaza de Espana, di mana ia  pernah menjadi lokasi pengambaran filem Star Wars. Tidak lupa juga aktiviti bersiar-siar di kawasan sekitar.

17 April - Gibraltar 
Sebelum meneruskan perjalanan ke Granada, kami menyimpang ke negara Gibraltar. Ia tidak termasuk dalam negara Sepanyol tetapi milik negara UK. Oleh kerana ia sudah sangat dekat, terasa rugi pula kalau tidak  ke sana. Sempatlah anak-anak bermain laut sementara kami memasak makan tengahari di tepi pantai .... gembira semua masa itu😊Dari sini barulah kami menyambung perjalanan semula ke Granada.

(17 -21) April  - Granada
Kami berada di sini selama 4 hari 4 malam kerana inilah destinasi utama kami. Di sinilah terletaknya  Al Hambra, yang menjadi tarikan utama kami mengembara ke Andalusia. Dalam kompleks Alhambra ini juga terletak Nasrid Palaces. Tiket masuk ke sini telah dibeli lebih awal sebelum datang ke sini. Uniknya di Granada ini, jika datang waktu seperti sekarang, kita boleh menikmati 2 jenis cuaca serentak. Kami naik ke pergunungan Sierra Nevada dan bermain salji di sana sebelah pagi. Waktu tengahari kami turun semula ke pusat bandar dan menikmati cuaca panas pula😎sambil berjalan-jalan melihat kota seperti biasa, tetapi kali ini kami meronda dengan kereta. Kami ada juga  cuba mencari Pusat Islam Granada berpandukan peta kertas tetapi sampai kesudah tidak menjumpainya.

21 April (Jumaat) - Barcelona
Kami  hanya menyinggah sebentar sahaja di sini dalam perjalanan balik semula ke sempadan Spain-France. Malang menimpa kami sekali lagi pada hari Jumaat apabila salah satu beg kami yang ditinggalkan dalam kereta telah dicuri.😞Beberapa orang pemuda telah menyibukkan kami sekeluarga, sementara kawannya mencuri beg dalam kereta yang belum sempat dikunci. Nasib baik paspot dan duit sentiasa ada pada badan kami😱Tiadalah barang berharga sangat dalam beg itu. Sejak dari 2 peristiwa malang yang menimpa kami, pada 2 kali Jumaat, dalam pengembaraan ini, suami saya (kalau boleh) tidak mahu meningglkan solat Jumaat ketika bermusafir.

(21- 22) April - sempadan France 
Dari Barcelona kami terus ke sempadan dan bermalam di hotel F1 sekali lagi. Kami tidak ingat hotel ini berada di sebelah negara mana, cuma ingat bandar itu sangat hampir dengan sempadan. Bila dicari tempat ini dengan bantuan AI, ia menunjuk kepada sebuah bandar yang bernama Perpignan di sebelah Peranchis yang hanya 45 minit dari sempadan. Esok paginya kami terus bertolak ke Paris. 

22 April - Paris -Calais
Inilah hari terakhir kami di dalam siri kembara ini. Ada satu lagi  landmark baru ketika itu yang kami ingin pergi, iaitu Jambatan Millau. Ia baru dibuka pada 2004 dan mendapat gelaran sebagai jambatan tertinggi di dunia. Inilah sebabnya mengapa kami memilih jalan ini untuk kembali ke Paris., kerana jambatan ini berada dalam laluan lebuh raya dari Barcelona ke Paris. Destinasi terakhir di Peranchis ialah Calais di mana kami akan menaiki keretapi jam 21:51 ke Folkestone UK. Dari sini kami terus balik ke rumah di Loughborough yang jaraknya lebih kurang 3 jam setengah dari sini.... alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sebarang kesulitan.

23 April - berihat di rumah
24 April -  sekolah dibuka selepas 2 minggu bercuti 

Dalam pengembaraan ini detik-detik hitam yang dilalui tidak pernah saya lupakan. Namun begitu keseronokan berpeluang melihat negara orang sedikit sebanyak menutupi kesedihan kami sekeluarga ketika itu. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran pada kami sekeluarga terutama bagi saya dan suami. Saya sangat bersyukur selepas 2 musibah yang menimpa kami itu,  Allah telah permudahkan semua baki perjalanan sehingga kami sampai dengan selamat ke rumah.

Entri kali ini saya sengaja tidak berkongsi apa-apa gambar pun kerana hendak fokus pada jadual perjalanan serta cerita-cerita di sebaliknya. Selepas ini akan ada sambungannya insya Allah, menceritakan dengan lebih terperinci setiap tempat  yang dilawati.

Related posts:
Kembara Eropah - Merentasi English Channel di Dua Zaman Kembara Eropah - Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)
Kembara Eropah - Granada di kaki Gunung Sierra Nevada

Sunday, 26 April 2026

Kembara Eropah - Hujung Dunia - Europa Point Gibraltar ( جبل طارق)

ADA beberapa tempat di dunia ini yang digelar sebagai tanah  hujung dunia atau dalam bahasa Inggerisnya "end of land or end of the world". Tempat-tempat sebegini agak menarik untuk dikunjungi kerana ia membuat kita berasa seolah-olah berada di penghujung dunia, di samping menikmati pemandangan-pemandangan yang menarik. Biasanya tanah hujung ini, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut luas sejauh mata memandang. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,

Firman Allah




Tanah hujung kedua yang kami lawati ialah Europa Point di Gibraltar pada April 2006, lebih kurang setahun selepas lawatan kami ke Land's End. Setiap kali cuti Easter kami akan membawa anak-anak melancong kerana waktu itu cuaca sudah mula panas dan sekolah pula bercuti panjang. 2006 adalah tahun terakhir kami  berada di England UK. Oleh kerana itu kami telah melakukan pengembaraan selama dua minggu ke Sepanyol dengan menaiki kereta dari UK, sebelum balik ke Malaysia "for good".

Perjalanan dengan kereta dari Granada di Sepanyol ke Gibraltar (A) 
 Gibraltar adalah sebuah negara kecil yang bersempadan dengan negara Sepanyol. Ia sebuah negara yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi masih termasuk dalam "British Overseas Territories". Matawangnya juga menggunakan pound sterling seperti matawang UK. 

Oleh kerana Europa Point ini terletak di Gibraltar dan tidak jauh dari Granada, maka kami mengambil kesempatan ini untuk pergi ke sana. Granada adalah salah sebuah bandar di Sepanyol yang menjadi tempat persinggahan kami dalam misi Kembara Eropah kami yang kedua. Kami berada di sana untuk beberapa hari dalam pengembaraan kami itu.
Jabal Thaariq atau Rock of Gibraltar......landmark negara



Tower of Homage di Moorish Castle. dibangun pada abad ke-14, Moorish Castle merupakan satu-satunya bangunan (senibina) Marinid di luar Afrika - sentiasa mengibarkan bendera Union Jack

Europa Point

Petikan dari wikipedia;

Europa Point is the southernmost point of Gibraltar. At the end of the Rock of Gibraltar, the area is flat and occupied by such features as a playing field and a few buildings. On a clear day, views of North Africa can be seen across the Strait of Gibraltar including Ceuta and the Rif Mountains of Morocco; as well as the Bay of Gibraltar and the Spanish towns along its shores.

There are five notable buildings, Harding's Battery, the Ibrahim-al-Ibrahim Mosque, the Roman Catholic Shrine of Our Lady of Europe, the Europa Point Lighthouse and the Nun's Well.

Europa Point - masjid, church, lighthouse ......... antara bangunan yg menonjol 

Di hari yang cerah kita dapat melihat Afrika di seberang sana selat atau lautan

Nama Gibraltar adalah kata berbahasa Sepanyol yang diambil dari nama Arab Jabal-ı-Tārıq (جبل طارق), bererti "pergunungan Tariq." Nama tersebut merujuk pada formasi geologi Batu Gibraltar yang diberi nama sesuai nama Jenderal Umayyah Berber,Tariq ibn-Ziyad, yang memimpin serbuan pertama ke Iberia mendahului pasukan Moor utama pada tahun 711 di bawah pimpinan Khalifah Umayyah Al-Walid I. Sebelumnya, pergunungan ini bernama Mons Calpe, salah satu Pilar-Pilar Herkules (mengikut cerita lagenda Greek atau Yunani)

Ibrahim-al-Ibrahim Mosque

The mosque, also known as the King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque or theMosque of the Custodian of the Two Holy Mosques, is a mosque located at Europa Point. The building was a gift from King Fahd of Saudi Arabia and took two years to build at a cost of around £5 million. It was officially inaugurated on 8 August 1997. The mosque complex also contains a school, library, and lecture hall. It is the only purpose-built mosque in Gibraltar to serve the Muslims in the territory who number over 2,000.

Kami ke masjid ini dan cuba memasukinya tetapi malang ianya berkunci. Niat di hati ingin menunaikan solat zohor dan asar di situ.

Masjid paling selatan di Eropah

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Walaupun  begitu kami  hanya berjalan-jalan di Europa Point ini sambil menikmati keindahan laut  dan pemandangan Jabal Taariq yang tersergam indah. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang cukup. Lawatan kami hanya untuk separuh hari sahaja. Oleh kerana Gibraltar terletak di Semenanjung, ia mempunyai pantai-pantai yang cantik untuk aktiviti bermain air. Anak-anak kami tidak melepaskan peluang bermandi-manda di laut kerana cuaca yang sangat baik. Kami  juga telah berkelah  dengan memasak makanan tengahari pada hari itu, di pantai
Abang Ngah tolong masak nasi untuk lunch
Adik dan abang bermain pasir di pantai
Uda menikmati keindahan laut ciptaan Allah
3 beradik riang bermain air
Catalan Bay Beach Gibraltar
Tanah hujung yang seterusnya yang dilawati ialah The Tip of Borneo, Kudat Sabah.

Related Posts:

1. Land's End Cornwall UK,
2. KM-0 Sabang, Aceh
3. Tip of Borneo, Sabah

Monday, 20 April 2026

Kembara Eropah - Merentasi English Channel di Dua Zaman

Saya dan suami pernah pergi ke tanah besar Eropah dari England dengan menaiki kereta menyeberangi English Channel 2 kali. Pertama kali kami pergi pada tahun 1990 dan kali kedua pula  pada tahun 2006.

Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya - termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.

Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara  selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.

Post ini telah diterbitkan pada Julai 2009. Hari ini bulan April 2026 saya menulisnya semula. Tujuannya untuk menambahbaik artikel ini dengan menambah maklumat dan mengganti semula  gambar-gambar yang telah hilang dari post asal. 
Ini antara negara-negara yang kami lalu
semasa Kembara Eropah yang pertama 
Dalam peta di atas, pin merah itu adalah negara Liechtenstetn yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak sepenuhnya di kawasan pergunungan Alp, Eropah Tengah, di antara Switzerland dan Austria. Negara ini terkenal sebagai salah satu negara terkecil dan terkaya di dunia. Ia juga  merupakan satu daripada dua negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai doubly landlocked—iaitu negara yang dikelilingi oleh negara-negara yang juga tidak mempunyai akses ke laut

Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk  sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan  yang bermula dari Harwich UK ke Hook of Holland - Rotterdam, Netherland. 
Ini perjalanan feri ketika pergi ke Eropah
Untuk perjalanan balik pula kami menempah tiket dari Dieppe Perancis ke Newhaven  UK, sesuai dengan laluan kembara yang kami ambil.
Ini perjalanan balik feri dari Eropah
Masa perjalanan yang diambil tidaklah sama seperti yang tercatit di peta. Ini adalah masa untuk menyeberang yang diambil feri sekarang. Masa zaman dahulu masa yang diambil lebih kurang dua kali ganda lamanya.
Inii tiket pergi balik yang ditempah 
melalui syarikat Sealink
Syarikat ini pun sudah tidak wujud lagi
Boarding pas pergi dan balik
Cap paspot ketika keluar dan masuk semula UK
....cukup-cukup 2 minggu
Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone - Dover, UK  ke Calais  Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Eurotunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke Peranchis. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat


Atas dek feri ....11 September 1990
Bosan dah semua sementara menunggu feri bergerak
Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Eurotunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!......Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.

Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah  zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Eurotunnel!

Oleh kerana semua tiket perjalanan dbuat secara online maka tiadalah tiket hard copy yang boleh ditunjuk seperti perjalanan yang pertama. Gambar sahajalah yang dapat dikongsikan. Perjalanan bermula dari 7 April 2006 malam atau petang? (naik keretapi 8 Apr 2006) sehingga pagi 22 April 2006.
Kedua-dua perjalanan keretapi bertolak lebih kurang tengah malam.
Pas boarding Eurotunnel Train semasa balik ke UK (22 Apr 2006)
....juga tercatat di situ maklumat berlepas dari UK (8 Apr 2006)
Boarding pas perlu digantung di skrin kereta
Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada
 7 April 2006 - dari UK ke France

Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah
kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka
... parking dalam keretapi ini mengikut susunan yang telah ditetapkan
Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel
- ini waktu balik 
dari France ke UK  pada 22 Apr 2006
Excited sangat .. dapat keluar dari kereta ,.. satu pengalaman baru
Ini ketika waktu pergi ... masih bertenaga
 .... dan. berada dalam kereta sendiri sementara keretapi
meluncur menuju ke UK 
melalui tunnel bawah laut ...waktu balik
Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa.....Percutian ke Eropah.

Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada "thrill" ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini.....cuma risikonya banyaklah.

Insya Allah kalau ada rezeki akan update lagi kisah kembara kami ini ...👋sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, 26 September 2018

Kembara Tanah Tinggi (luar negara) - Nyaman dan Memuaskan (part 2)

APA perasaan kita ketika berada di tanah tinggi dan melihat pemandangan di bawah? Bagi saya ia satu kepuasan kerana saya berjaya akhirnya sampai di atas walaupun mendaki dengan menaiki kenderaan 😄. Lebih-lebih lagi apabila melihat panorama yang indah nun jauh di bawah. Terasa sangat nyaman dan puas!

Dalam post sebelum ini (part 1) saya telah menceritakan pengembaraan kami ke beberapa tanah tinggi di dalam negara, tetapi kali ini saya ingin berkongsi pengalaman melawat tanah-tanah tinggi di luar negara pula.

1. Banjaran Alps Switzerland

Switzerland merupakan salah satu negara yang disinggah semasa 'Kembara Eropah' kami yang pertama pada tahun 1990. Kami menaiki kereta dari UK dan ada lebih kurang 10 buah negara yang kami masuk atau lalu selama 2 minggu mengembara. Dari dahulu sampai sekarang jika tempat yang dituju itu ada tanah tinggi yang menarik, kami akan cuba ke sana.

Banjaran Alps sangat terkenal di Eropah kerana ia merentas sepanjang 1,200 km melalui 8 buah
negara Alps - (dari barat ke timur): France, Switzerland, Italy, Monaco, Liechtenstein, Austria, Germany dan Slovenia. Ia juga adalah banjaran yang paling tinggi di Eropah dan kebanyakan dari kawasan Alps ini kekal bersalji dan berais tanpa mengira musim. Itulah sebabnya mereka yang ingin bermain sukan salji seperti ski akan datang ke sini. Banjaran Alps di Switzerland merupakan tempat yang paling terkenal di dunia.

Kedudukan banjaran Alps di peta dunia
Peta maklumat gunung-gunung yang terdapat di atas puncak banjaran
 yang ingin dinaiki ... gambar diambil pada Sept 1990
Kami ke Banjaran Alps bukanlah untuk bermain ski atau beraktiviti lasak, tetapi lebih kepada melihat dengan  mata kepala sendiri akan keindahan alam ciptaan Allah yang tidak ada di negara kita. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk berada di sini, yang selama ini kami hanya melihat keindahan pergunungan Alps melalui gambarnya sahaja.

Ada dua cara untuk naik ke atas banjaran ini iaitu dengan menaiki keretapi bukit dan kereta gantung atau cable car. Kami ke sini sebagai pengembara yang 'low budget' yang bersama dengan 4 orang anak kecil, jadi kami putuskan untuk naik keretapi sahaja tanpa meneruskan perjalanan dengan cable car untuk sampai ke puncak yang lebih tinggi. Sebenarnya naik 'cable car' lebih teruja dengan pemandangan yang cantik di bawah dan boleh ke puncak yang lebih tinggi tetapi harga tiketnya sangat mahal.

Bagi mereka yang bertenaga dan mempunyai banyak masa boleh di selang-seli perjalanan ini dengan berjalan kaki. Ada beberapa tempat yang keretapi ini berhenti bagi mereka yang hendak turun dan menyambung berjalan kaki ke puncak atau sebaliknya. Ada juga di kalangan pengunjung yang naik dengan keretapi tetapi turun berjalan kaki yang mengambil masa lebih kurang 3 jam, dibandingkan dengan keretapi hanya setengah jam, tetapi sangat menjimatkan kos.

Tiket keretapi dari Tasch ke Gornergrat
melalui Zermatt ... 20 Sept 1990
Harga tiket ini untuk pergi balik. Untuk seorang dewasa kami kena berbelanja sebanyak Fr 55. Kalau nilai sekarang lebih kurang Rm 240 seorang. Tasch stesen keretapi sebelum Zermatt yang menggunakan keretapi biasa tetapi akan bertukar menaiki keretapi bukit di Zermatt untuk meneruskan perjalanan ke Gornergrat yang menjanjikan panorama yang mempesonakan kepada para pengunjung. Dari sini juga gunung Matterhorn yang sangat terkenal itu boleh dilihat dengan jelas sekali.

Petikan dari  https://en.wikipedia.org/wiki/Gornergrat

The Gornergrat (English: Gorner Ridge; 3,135 m (10,285 ft)) is a rocky ridge of the Pennine Alps, overlooking the Gorner Glacier south-east of Zermatt in Switzerland. It can be reached from Zermatt by the Gornergrat rack railway (GGB), the highest open-air railway in Europe. Between the Gornergrat railway station (3,090 m (10,140 ft)) and the summit is the Kulm Hotel (3,120 m (10,240 ft)) hosting the new Project "Stellarium Gornergrat" and until 2010 the Kölner Observatorium für SubMillimeter Astronomie KOSMA and before that (until 2005) the Gornergrat Infrared Telescope.

It is located about three kilometers east of Zermatt in the Swiss canton of Valais. The Gornergrat is located between the Gornergletscher and Findelgletscher and offers a view of more than 20 four-thousand metre peaks, whose highest are Dufourspitze (Monte Rosa massif), Liskamm, Matterhorn, Dom and Weisshorn.

This is the last stop of the Gornergrat train, opened in 1898, which climbs almost 1,500 m (4,900 ft) through Riffelalp and Riffelberg. At the terminus on the south-western tip of the ridge is a hotel. The station forms part of the Zermatt ski area. From 1958 to 2007 there was a cable car from Gornergrat over the Hohtälli (3,275 m (10,745 ft)) to the Stockhorn (3,405 m (11,171 ft)) which, until the construction of the .Klein Matterhorn cable car, was the highest mountain station in Zermatt. At the west side of the Gorner Ridge, nearby the Rotenboden railway station is the peak Riffelhorn (2,928 m (9,606 ft)

Kedudukan stesen Tasch, Zermatt GGB, Gornergrat dan Hohtalli
Jom naik!

Nostalgia sungguh apabila mencari balik gambar-gambar lama kami ke sini. Rindu pula pada zaman  ini, apabila melihat telatah anak-anak semasa kecil. Gambar-gambar yang dipaparkan sudah berumur hampir 30 tahun dan kurang berkualiti.

Inilah jenis keretapi bukit yang telah  membawa kami ke puncak 
Tak pasti stesen mana tetapi rasanya macam di Gornergrat ..
lihatlat aksi budak berdua ni ... anak yang kedua dan ketiga
Teruja sangat dapat naik keretapi



Tak pasti gunung apa .... mungkin Matterhorn?
..... pemandangan ini semua dilihat dari dalam keretapi
Seronok dapat tengok salji
 Matterhorn, viewed from Gornergrat railway station ...June 2006
sumber foto: 
https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Gornergrat02.jpg

Salah satu nama di papan tanda tunjuk arah itu adalah
Stockhorn yang hanya boleh dilawati dengan menaiki cable car
dan merupakan stesen gunung yang paling tinggi ketika itu
Ini keluarga kami sepenuhnya
Kulm Hotel Gornergrat (3,120 m )
Satu pengalaman yang sangat indah dan bermakna terutama apabila berjalan dengan budak-budak kecil ini. Walaupun kadang-kadang terasa begitu susah menguruskan mereka tetapi kini terasa rindu akan masa-masa yang sebegini.

2. Beacon Hill, Loughborough, England

Kami sekeluarga telah datang dan bermastautin sekejap ke Loughborough sebanyak 2 kali. Pertama kali ketika suami menyambung belajar buat  degree Master dari 1989-1990. Kali kedua pula ketika suami buat PhD dari 2002-2006. Suami juga mengambil 'A' Level di sini. Jadi boleh dikatakan kami macam 'balik kampung' jugalah bila pergi kali keduanya. Apabila berurusan dengan pihak kesihatan (NHS), nama pun sudah ada dalam sistem.

Kami suka bandar ini. Ia sebuah bandar 'universiti' yang berkembang kerana terdapat ramainya warga universiti. Bandarnya kecil dan tenang, tidak sibuk dan tidak begitu jauh dari kota London. Perjalanan ke London mengambil masa dalam 2 1/2 hingga 3 jam sahaja. Kami biasa sahaja pergi berjalan-jalan 'day return' ke London untuk mengelak kos yang tinggi jika bermalam di sana.

Salah satu kegemaran kami ketika tinggal di sana ialah menaiki bukit Beacon atau Beacon Hill, walaupun  tingginya hanya  248 meter. Kami sekeluarga selalu ke sana waktu musim sejuk atau musim panas. Apabila salji turun di tanah rendah sewaktu musim dingin kami akan naik ke Beacon Hill untuk bermain-main dengan salji kerana salji di atas lebih banyak dan bersih daripada yang di bawah. Manakala ketika musim panas pula kami naik untuk menikmati pemandangan alam yang cantik dan udara yang nyaman.

Petikan daripada: https://en.wikipedia.org/wiki/Beacon_Hill,_Leicestershire
Beacon Hill, near Loughborough, in Leicestershire, England, is a popular country park. It is one of several beacon hills in the United Kingdom. It is part of Beacon Hill, Hangingstone and Outwoods Site of Special Scientific Interest.

The park consists of over 135 hectares (330 acres) of grassland and woodland and offers recreational walking, and some short climbs. With a maximum height of 248 metres (814 ft), it is the second highest point in Leicestershire after Bardon Hill[1], although the OS map shows Birch Hill, which is near Copt Oak to be 254m.

An extinct volcano, in Whitwick, 4 miles (6 km) to the west, was responsible for the fine-grained igneous rocks that the hill consists of. Beacon Hill was the site of a Bronze Age hill fort. Today a toposcope indicates landmarks which can be seen from the summit. These include Lincoln Cathedral and the hills of the Peak District.

Ratcliffe-on-Soar Power Station is aligned so that, seen from the summit, only two of its eight cooling towers are visible.

On a clear day Belvoir Castle can be seen as well as the hills in the Peak District. Derby, Nottingham, and the tower of Lincoln Cathedral can be seen with a pair of binoculars. Loughborough is seen below the hill as is Beaumanor Hall. You can also hear and see steam trains on the Great Central Railway which has stations at Loughborough, Quorn and Woodhouse.

It was featured on the 2005 TV programme Seven Natural Wonders as one of the wonders of the Midlands. There are some very interesting rocks on the summit.


Jom tengok apa ada di atas!


Puncak Beacon Hill ...... spring/summer 1990
Merayau sambil memanjat batu-batan di atas bukit .....
 pemandangan menghijau yang cantik di bawah
Puncak Beacon Hill ....... spring/summer ( 2003-2006)


Salah satu tanda di atas bukit - Toposcope
... indicates landmarks which can be seen from the summit
Bahagian atas toposcope
sumber foto:https://commons.wikimedia.org/wiki/File:
Beacon_Hill,_Leicestershire_-_toposcope_plate.jpg
Musim dingin antara 2003 - 2006
Anak yang ke-5 dan ke-6
Waktu musim sejuk kami selalu ke sini biasanya di sebelah petang selepas budak-budak balik dari sekolah, jika salji turun di pagi hari tersebut. Oleh kerana hari sangat cepat gelap, keadaan di atas bukit ini juga gelap dan pemandangan di bawah tidak kelihatan langsung kecuali kerdipan lampu-lampu jalan dan rumah.

Kehidupan di sini juga menjadi sebahagian daripada pengalaman  berharga yang kami kongsikan bersama dengan anak-anak, dan dirindui. Semoga ia juga menjadi pengalaman yang tidak ternilai bagi mereka insya Allah.


3. Gunung Snowdon Wales UK

Trip ke sini adalah salah satu daripada 'summer holidays' kami, kalau tidak silap pada tahun 2005. Setiap kali cuti sekolah yang panjang kami akan membawa anak-anak makan angin sebagaimana kebiasaan orang-orang di sini lakukan. Gunung Snowdon ini sebenarnya terletak di Wales Utara dan ia merupakan puncak yang tertinggi di Wales dengan ketinggian 1,085 meter atas paras laut.

Sememangnya semasa membuat perancangan untuk bercuti ke Wales Utara kami telah memasukkan gunung ini sebagai destinasi utama kami. Jika kita bercuti ke Wales salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi dan dicuba ialah ' Snowdon Mountain Railway'. Tiket menaiki keretapi ini sangatlah mahal. Jadi untuk kurangkan kos perbelanjaan, kami telah membuat 'booking online' jenis tiket 'early bird' yang harganya lebih murah sedikit. Seperti namanya, tiket ini adalah untuk perjalanan yang paling awal iaitu jam 9.00 pg dan kami perlu berada di stesen seawal 8.30 pg.

Tiket 'early bird' ini hanya untuk perjalanan pergi dan balik. Kita hanya dibenarkan berada di puncak selama setengah jam sahaja. Manakala perjalanan ke puncak pula mengambil masa sejam. Jadinya kebanyakan masa kita akan berada dalam keretapi menikmati keindahan pemandangan di luar tingkap. Lagi satu 'karakter' tiket murah ini ialah gerabaknya ditarik oleh enjin disel. Untuk keretapi yang guna stim, tiketnya lebih mahal.

Petikan dari https://en.wikipedia.org/wiki/Snowdon
Snowdon is the highest mountain in Wales, at an elevation of 1,085 metres (3,560 ft) above sea level, and the highest point in the British Isles outside the Scottish Highlands. It is located in Snowdonia National Park (Parc Cenedlaethol Eryri) in Gwynedd. It is the busiest mountain in the United Kingdom and the third most visited attraction in Wales, with 582,000 people visiting annually.It is designated as a national nature reserve for its rare flora and fauna.

The summit can be reached by a number of paths, and by the Snowdon Mountain Railway, a rack railway opened in 1896 which carries passengers the 4.7 miles (7.6 km) from Llanberis to the summit station. The summit also houses a cafe called Hafod Eryri, open only when the railway is operating; it opened in 2009 to replace one built in the 1930s. The railway generally operates to the summit station from Whitsun to October. The daily running schedule depends on weather and customer demand.

Untuk membolehkan kami sampai ke stesen ini awal pagi, kami mestilah kena bermalam
 di kawasan berhampiran. Di kaki gunung Snowdon ini ada banyak tapak perkhemahan. Jadi kami bermalam di salah satu daripadanya. Keretapi ini naik dari stesen Llanberis yang juga terletak di kaki gunung ini. Kawasan ini mempunyai panorama yang sangat cantik.



Inilah rupa Llanberis station 


Ini pula di tapak perkhemahan kami
Jom naik!

Cuaca di atas gunung ini tidak menentu. Pada pagi hari yang kami naik ke sini, cuaca di atas berangin dan sangat sejuk serta berkabus. Jadi tidak banyak tempat yang dapat kami tinjau kerana keadaan yang tidak berapa selesa ..... sejuk dan berkabus. Namun begitu ketika dalam perjalanan ke atas dan ke bawah cuacanya agak baik dan membolehkan kami menikmati keindahan alamnya.


Kepala keretapi  sudah bersedia ......
Dalam keretapi bukit berenjin disel
Salah satu pemandangan yang unik ..... nuun jauh ke bawah
kenderaan di atas jalan bagaikan semut
Batu-batan yang terdapat di atas gunung ini
Seolah-olah gunung menggapai awan
Cuba lihat video di bawah .... sangat cantik pemandangan alam ciptaan Allah ini ...



Sejuk, berangin dan berkabus .... di puncak

Jalan-jalan di Caernarfon dan pulau  Anglesey

Sehari sebelum kami naik keretapi bukit ini, kami telah berjalan-jalan ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi pelancong, berhampiran dengan kawasan ini.

Kedudukan Caernarfon, pulau Anglesey dan gunung Snowdon
Antara  yang sempat dilawati dan paling menarik ialah sebuah tempat yang mempunyai nama yang paling panjang di Eropah iaitu Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch. Dalam bahasa Inggeris ia bermakna "Saint Mary's Church in a hollow of white hazel near the swirling whirlpool of the church of Saint Tysilio with a red cave." Tempat ini terletak di pulau Anglesey.
Nama tempat paling panjang di Eropah
Lagi satu tempat yang kami sempat kunjungi ialah  Caernarfon sebuah bandar di tepi laut Di bandar ini juga terletaknya sebuah istana lama yang telah diberi status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kami tidak masuk ke dalam istana ini, hanya melihatnya dari luar. Saya dan suami pernah masuk ke dalam istana ini semasa zaman bujang kami.

Sebahagian dari struktur Caernarfon castle
yang dibina oleh 'King Edward of England'



Berjalan-jalan di sekitar bandar
4.  Banjaran Sierra Nevada Sepanyol

Kami ke sini pada cuti panjang spring 2006 dan ia merupakan percutian terakhir kami semasa berada di Uk untuk kali kedua bagi anak-anak dan kali ketiga bagi kami berdua. Lawatan ke sini juga merupakan sebahagian dari perjalanan 'Kembara Eropah' kami yang kali kedua.

Dalam perjalanan ke puncak ......
Cerita pengalaman sepenuhnya di sini


Petikan dari https://en.wikipedia.org/wiki/Sierra_Nevada_(Spain)

Sierra Nevada (meaning "mountain range covered in snow" in Spanish) is a mountain range in the region of Andalucia, in the province of Granada and, a little further, Málaga and Almería in Spain. It contains the highest point of continental Spain the third highest in Europe, after the Caucasus Mountains and the Alps, Mulhacén at 3,479 metres (11,414 ft) above sea level.
It is a popular tourist destination, as its high peaks make skiing possible in one of Europe's most southerly ski resorts, in an area along the Mediterranean Sea predominantly known for its warm temperatures and abundant sunshine. At its foothills is found the city of Granada and, a little further, Almería and Málaga.
Satu fakta menarik mengenai puncak Mulhacen - ia dinamakan sempena seorang yang bernama Abu I-Hassan Ali. Beliau adalah Raja Muslim Granada yang kedua terakhir dalam kurun ke-15, yang diceritakan kononnya jasadnya ditanam di puncak gunung ini. Orang Sepanyol mengenalinya sebagai Muley Hacen .... Maula Hassan rasanya dalam bahasa kita.

5. Gunung Hallsan Jeju Korea Selatan
Ini adalah gunung yang tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1,950 m atas paras laut dan merupakan sejenis gunung berapi yang tidak lagi aktif yang mempunyai tasik kawah di puncaknya. Ia  juga dikenali dengan berbagai nama termasuk Gunung Halla. Ia terletak di Pulau Jeju. Kami ke Korea Selatan pada Disember 2011, bermakna dalam musim sejuk.

Pulau Jeju - terletak di bahagian paling selatan Korea ... perlu
naik kapalterbang atau kapal laut dari tanah besar
Pemandangan dari Mt Halla
Cerita pengalaman sepenuhnya di sini

6. Millau Viaduct Peranchis

Kami ke sini pada bulan April 2006, dalam perjalanan pulang ke Uk dari 'Kembara Eropah' kami yang kedua. Satu pengalaman yang sangat mengujakan .... melalui jambatan yang tertinggi di dunia. Jambatan ini merentangi sebuah lembah dengan menghubungkan dua bukit, sebagai satu penyelesaian kepada masalah kesesakan yang teruk berlaku di kampung berdekatan iaitu Millau, setiap kali musim panas. Tingginya 343m dan ia 23 m lebih tinggi daeipada Eiffel Tower.

Millau Bridge
 Cerita pengalaman sepenuhnya di sini

Petikan dari https://en.wikipedia.org/wiki/Millau_Viaduct
The Millau Viaduct  is a cable-stayed bridge that spans the gorge valley of the Tarn near Millau in southern France. In a Franco-British partnership, it was designed by the English architect Lord Norman Foster and French structural engineer Michel Virlogeux. As of September 2018, it is the tallest bridge in the world, having a structural height of 343 metres (1,125 ft).

The Millau Viaduct is part of the A75-A71 autoroute axis from Paris to Béziers and Montpellier. The cost of construction was approximately 394 million. It was built over three years, formally inaugurated on 14 December 2004, and opened to traffic two days later on 16 December. The bridge has been consistently ranked as one of the great engineering achievements of all time, and received the 2006 Outstanding Structure Award from the International Association for Bridge and Structural Engineering.

7. Banjaran Atlas Morocco
Banjaran ini kami lalu ketika dalam perjalanan dari Marrakesh ke Quarzazate. Ia merupakan banjaran yang tetinggi di Afrika Utara. Di sini terdapat sebuah genting yang dipanggil Tizi n' Ticka yang menghubungkan tenggara Marrakesh ke bandar Quarzazate. Genting ini berada pada aras 2260 m atas paras laut, menjadikannya laluan gunung yang paling tinggi di Afrika Utara. Perjalanan ini merupakan sebahagian daripada trip jalan-jalan ke Morocco pada Mac 2017. 

Banjaran Atlas yang menjadi tulang belakang Morocco
Banjaran Atlas ... puncak yang tertinggi di sini ialah
Gunung Toubkal dengan ketinggian 4167 m 
 Cerita pengalaman sepenuhnya di sini

Ini adalah sebahagian dari tanah-tanah tinggi yang kami lawat di luar negara. Masih ada beberapa lagi yang belum sempat dicatit. Insya Allah akan disambung coretannya dalam post (part3)