`12 Dec 2012
Selepas bermain-main dengan ikan di Tagal Moroli kami terus ke Kundasang mencari tempat penginapan untuk malam itu, Namun sebelum ke sana kami singgah terlebih dahulu di Taman Kinabalu untuk melihat puncak Kinabalu dengan lebih dekat lagi.
Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah. Ianya dihiasi dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,085 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara dan tertinggi di Borneo.
Taman Kinabalu juga merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika; dan hutan separa alpine sehingga tumbuhan renek pada aras tinggi. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Kemungkinan taman ini mempunyai koleksi flora yang terkaya di dunia.
Para pendaki yang menuju ke Gunung Kinabalu pula memulakan perjalanan mereka di Kinabalu Park Headquarters yang juga merupakan pintu masuk ke dalam taman ini. Walaupun tarikan utama taman ini ialah Gunung Kinabalu, tetapi hanya 20% dari pengunjungnya yang betul-betul mendaki sehingga ke puncak. Manakala yang bakinya datang ke sini hanya untuk menikmati keindahan taman dan ketenangannya.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 3.00, yang disebut sebagai Conservation Fee.. Tiket ini juga boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hotspring. Ketika kami di sini hari sudah petang, dalam pukul 5, Oleh kerana itu cuacanya agak sejuk tetapi menyegarkan dan terasa nyaman sekali. Kami mendaki gunung dengan kereta saja......haha! Bagi mereka yang menginap di sini dan mempunyai masa yang banyak bolehlah mendaki dengan berjalan mengikut laluan-laluan yang telah disediakan sambil menikmati pemandangan dan udara segar gunung.
Di taman ini memang disediakan beberapa lokasi menarik untuk bergambar, berlatarbelakangkan puncak Gunung Kinabalu.
Selepas dataran ini kami menyambung "mendaki" lagi sehngga ke tempat permulaan pendaki-pendaki yang sebenar yang akan ke puncak. Di sini juga di sediakan kawasan berihat sambil menikmati pemandangan gunung.
Kami berada di sini selama sejam lebih sedikit. Kemudian kami ke Kundasang mencari tempat bermalam. Jom ke Kundasang!

Dataran khas untuk bergamabar dan berihat sambil menjamu mata melihat keindahan puncak Kinabalu |
Puncak Kinabalu yang berkabus....... |
Selepas dataran ini kami menyambung "mendaki" lagi sehngga ke tempat permulaan pendaki-pendaki yang sebenar yang akan ke puncak. Di sini juga di sediakan kawasan berihat sambil menikmati pemandangan gunung.
Peta pendakian |
Notis untuk para pendaki |
Aaahh.....sungguh nyaman berihat di sini |
Puncak gunung kelihatan lebih jelas dari sini.....tersergam indah |
Kami berada di sini selama sejam lebih sedikit. Kemudian kami ke Kundasang mencari tempat bermalam. Jom ke Kundasang!
Related Posts:
Cuti-cuti Sabah (1) - Masjid Terapung Likas
Cuti-cuti Sabah (3) - Ranau (Ladang Teh Sabah)
Cuti-cuti Sabah (4) - Ranau ("Tagal" Sg Moroli )
Cuti-cuti Sabah (7) - Kota Belud
Cuti-cuti Sabah (6) - Semalam di Kundasang
Cuti-cuti Sabah (2) - Ranau (Poring Hotspring)
Cuti-cuti Sabah (10) - Rumah Terbalik Tamparuli Tuaran
Cuti-cuti Sabah (11) - Kota Kinabalu
Cuti-cuti Sabah (9) - Kudat