Showing posts with label lawas. Show all posts
Showing posts with label lawas. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Kembara Borneo - Jom ke Menumbok


Dari Limbang kami berhenti di Lawas dan Sipitang sebelum ke Labuan

15 Feb 2012
Pada hari ini kami tinggalkan Limbang dan meneruskan perjalanan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam perjalanan ini kami sempat berhenti di Lawas dan juga Sipitang. Walaupun di awal pengembaraan ini kami sudah bermalam di Lawas, namun kali ini kami ingin ke pasar tamunya untuk mencari durian merah. Nasib kami sangat baik hari itu kerana masih ada beberapa biji lagi yang belum terjual semasa kami ke sana. Maka berjayalah misi  kami hari itu.!

Ni dia .....durian yang dicari
Di Sipitang pula kami hanya berhenti untuk solat Zohor dan Asar. Kemudian kami berpusing-pusing melihat pekan sambil mengambil foto sebagai kenangan. Sebenarnya Sipitang adalah daerah di bawah jajahan Sultan Brunei sebelum 1884, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak British. Sipitang juga bandar di Sabah yang paling hampir dengan sempadan Sarawak, hanya sekitar 30 km.

Di belakang......dewan serbaguna Sipitang

Sipitang 'waterfront' mengadap Laut China Selatan ......pemandangan dari jeti 

Esplanad Sipitang...........tempat rekreasi bagi warga  Sipitang
Di jeti........kelihatan masjid di belakang
Dari Sipitang kami lalu bandar Buefort, kemudian ke arah Kuala Penyu sebelum membelok ke Menumbok di persimpangan. Kami akan naik bot laju dari Jeti Menumbok ke Pulau Labuan. Kami tiba di jeti agak lewat petang. Nasib baik masih ada lagi bot yang akan ke sana. Kami tiba di Labuan hampir waktu maghrib.

Gambar ini diambil dpd Mr Google kerana kami tidak sempat berhenti 'mengelik'........inilah simpang yang membelok ke Menumbok di kiri
Terminal Jeti Menumbok

Menunggu bot di jeti.......satu penantian yang agak lama!

At last...........botnya tiba
Ok sekarang kita naik bot......Jom ke Labuan!

Related post:

Kembara Borneo:
Jom ke Limbang
Driving from KK to Seria
Driving from KK to BSB
Driving from KK to Lawas
KK to Brunei by land
Kampong Ayer Brunei

Saturday, 1 December 2012

Kembara Borneo - KK To Brunei by Land

10 Feb 2012
Hari ini saya dan suami sekali lagi ke Sabah, negeri di bawah bayu. Lawatan kali ini juga adalah atas urusan kerja. Sepertimana biasa kami mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti dan melancong. Kami telah lama merancang untuk ke Brunei melalui jalan darat daripada Kota Kinabalu. Alhamdulillah hasrat kami  tercapai pada kali ini. Kami memandu Avanza yang disewa selama 4 hari melalui Lebuhraya Pan Borneo, yang juga dikenali sebagai Trans Borneo. Lebuhraya ini adalah sebahagian daripada " Borneo Overland Trail" yang menghubungkan 4 negeri ( dari 3 buah negara) yang terdapat di pulau ini; Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan (Indonesia).

Pan Borneo Highway is a federal road that links Sarawak to Sabah, through Brunei. Construction began in 1932, when Sabah and Sarawak joined the federation of Malaysia. It is planned for a total length of 1048 kilometers, and is said to be 95% completed.
The route of the Pan Borneo Highway starts at Sematan on the western end of Sarawak, and pass through LunduKuchingSerianSri AmanSarikeiSibuBintuluMirienters BruneiKuala BelaitSeriaLumutSungai LiangTutongBandar Seri Begawanreenters SarawakLimbangLawasenters SabahSinduminSipitangWestonBeaufortPaparKota KinabaluKota BeludSandakanLahad DatuTawau, to end in Serudong at the border with Kalimantan, Indonesia.

12 Feb 2012
Pada hari ini setelah selesai urusan resmi suami di KK selama 2 hari, kami pun meneruskan pengembaraan selama 4 hari merentasi 3 buah negeri. Perjalanan kami bermula dari Kota Kinabalu, Sabah sehingga ke Brunei yang  menjadi destinasi utama kami. Sebenarnya ini adalah pengalaman kali yang ke-4 kami memandu melalui laluan Borneo Overland Trail ini. Pengembaraan kami yang sebelum  ini dan termasuk hari ini:
1. 1992 - dari Kuching , Sarawak ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
2. 1993 - dari Kuching, Sarawak ke Seria, Brunei
3. 2011 - dari Kuching ke Bintulu, Sarawak
4. 2012 - dari Kota Kinabalu, Sabah ke Bandar Seri Begawan, Brunei

Laluan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tetapi terpaksa melalui negara Brunei
Ini laluan sebahagian dari Borneo Overland Trail yang menghubungkan Sarawak dan Kalimantan Barat atau West Borneo, Indonesia
Kami bertolak dari KK lebih kurang pukul 3.00 petang. Sebelum bertolak kami singgah di Masjid Negeri Sabah untuk menunaikan solat zohor dan asar.
    
Masjid Negeri Sabah - Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah
Oleh kerana perjalanan ini agak jauh kami merancang bermalam di Lawas, Sarawak sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan paginya. Jarak KK dari Lawas lebih kurang 180 km dan mengambil masa antara 3-3 1/2 jam untuk sampai ke sana.

Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan kami telah tiba di sempadan Sarawak-Sabah. Walaupun kedua-dua negeri ini berada dalam Malaysia, kami tidak boleh memandu terus  seperti yang kita buat di semenanjung. Di sini sempadannya seperti sempadan antarabangsa yang memerlukan dokumen perjalanan seperti paspot untuk melepasinya. Ada 2 tempat pemeriksaan di sempadan ini; Sindumin di sebelah Sabah dan Merapok sebelah Sarawak. Di sini paspot antarabangsa kami dicop keluar dan masuk .......ha ha ha .....sungguh menghairankan!

Pintu sempadan pertama Sabah-Sarawak ...... jom ke Lawas!
Beginilah keadaannya setiap kali kami masuk dan keluar sempadan. Ada 8 tempat pemeriksaan kesemuanya sebelum kami sampai ke Bandar Seri Begawan Brunei.


13/2/2012

Lebih kurang pukul 10 pagi kami meninggalkan Lawas dan menyambung balik pengembaraan kami. Selepas ini kami terpaksa masuk Brunei. Sekali lagi kami melalui 2 tempat pemeriksaan sempadan; Mengkolap di Malaysia dan Labu,Temburung di Brunei. Dari Labu kami ke Bangar, pusat pentadbiran daerah Temburung, kira-kira 23 km jauhnya. Lawas ke Bangar 48 km.

Destinasi kami seterusnya ialah Limbang, Sarawak yang terletak hanya 20 km dari  Bangar. Seperti sebelum ini kami kena mngecop paspot untuk keluar dari Brunei dan masuk semula ke Malaysia; Kampung Puni sebelah Brunei dan Pandaruan sebelah Malaysia. Menariknya kali ini kami kena naik Feri menyeberangi Sungai Pandaruan untuk sampai ke sempadan sebelah Sarawak. Setiap kereta dikenakan bayaran RM8 atau B$4 untuk satu perjalanan yang sangat pendek ....  feri itu pusing.... dah pun sampai ke sebelah tebing sana sungai.

Ini tiket feri untuk satu perjalanan

Lihat betapa dekatnya perjalanan feri itu ........ I wonder why no bridge??
Pandaruan ke Limbang hanya 15 km jauhnya. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami telah pun sampai ke Pekan Limbang. Dalam perjalanan ke sini suami saya mendapat panggilan dari pejabatnya yang meminta dia memfakskan dokumen yang diperlukan daripada dia dengan kadar segera. Oleh kerana itu Kami terpaksa singgah di pekan Limbang mencari kedai yang ada mesin faks. Mengikut perancangan asalnya kami akan lalu sahaja di Limbang sewaktu perjalanan pergi tetapi akan bermalam di sini semasa pulang nanti. Walau bagaimanapun kami terpaksa berhenti di sini selama sejam hari itu kerana urusan kerja. Lebih kurang pukul 12.45 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Brunei.

Sebelum tiba di sempadan kami singgah sebentar di pasar Fama di tepi jalan. Kami menjamu selera di salah sebuah gerai di situ kerana waktu itu sudah hampir pukul 2 tengahari.
Gerai - gerai Fama yang menjual berbagai-bagai produk tani dan juga makanan
Pukul 2.15 tengahari kami tiba sekali lagi di sempadan Sarawak-Brunei. Sekali lagi paspot dicop keluar di Tedungan, Sarawak dan dicop masuk di Kuala Lurah Brunei. Ini adalah tempat pemeriksaan yang terakhir sebelum sampai ke Bandar Seri Begawan. Setelah memasuki Brunei semula kami berhenti  sebentar menunaikan solat Zohor-Asar di sebuah masjid di tepi jalan ...... Masjid  Kg Limau Manis, walaupun kecil, sunyi seperti tidak ada sebarang aktiviti berlaku tetapi ketika memasukinya terasa nyaman sekali kerana air-condnya sudah siap terpasang ....... urghhh.....untungnya orang Brunei!


Masjid Kg Limau Manis Brunei
Akhirnya dalam pukul 3.30 petang kami tiba di Bandar Seri Begawan,  Brunei Darussalam. Selama sejam lebih kami berpusing-pusing di bandar ini mencari hotel atau tempat penginapan. Rupa-rupanya kebanyakan hotel di sini berada dalam bangunan ..... jadi agak sukar melihat papan tandanya dari luar seperti kebanyakan hotel di Malaysia.

Pada malam itu kami menginap di Abdul Razak Hotel Apartment. Hotel ini terletak dalam kompleks membeli-belah Plaza Abdul Razak. Sebuah  hotel bajet yang bertaraf 3 bintang tetapi tidak sama nilainya dengan yang terdapat di Malaysia. Harga semalam ialah B$69 (RM 170) ..... untuk nilai wang sebanyak ini kita boleh dapat perkhidmatan jauh lebih baik jika berada di Malaysiai. Keadaan bilik yang agak kotor, perabot yang sudah tua, ada cerek letrik dan cawan serta piring tetapi tidak pula disediakan teh atau kopi. Walau bagaimanapun katil dan tilamnya sangat selesa...... alhamdulillah....
Pada sebelah malamnya kami keluar mencari makan. Tidak sukar mencari kedai makan di sini. Kami makan di Restoran Aminah Arif, yang mengikut maklumat dalam brosur untuk pelancung, salah sebuah kedai makan yang ternama di Brunei.

Inilah restoran yang famous tu ...... especially for its delicious ambuyat
Sebelum keluar makan saya sempat berFb dengan anak kami yang pernah ke Brunei. Dia berpesan pada kami supaya mencuba makan "ambuyat". Kebetulan  di restoran yang kami pergi ini ada menu ambuyat. Kami pun bertanya serba sedikit tentang makanan istimewa orang Brunei ini, lalu memesannya berserta nasi sekali kerana kuatir ia tidak dapat memenuhi selera kami.


Ambuyat yang diiringi oleh lauk-pauknya ....... sayur goreng, ikan asam pedas, daging rendang, sambal asam berserta ulam ....... suasana romantik dalam restoran menjejaskan kualiti gambar
  Set makanan ini + nasi dan air   minuman
 untuk 2 orang berharga B$19.20
Tepat sekali seperti yang dijangka, kami tidak mampu
menghabiskan semangkuk besar ambuyat yang
dipesan. Selepas makan beberapa suap menggunakan alat seperti copstik, kami menggantikannya dengan nasi, menggunakan sudu dan garpu pula. Lauk-pauknya sama ...... yang beza cara makannya.
Ambuyat merupakan makanan tradisional kaum Bisaya di Brunei dan Sabah. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam, Ambuyat menjadi makanan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisayuh. Ia diperbuat daripada sagu pokok rumbia yang telah diproses.

14/2/2012

 Pada hari ini kami melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawaan.


Pada sebelah petangnya kami ke Pekan Seria. Lebih kurang 19 tahun yang lalu kami juga pernah ke sini tetapi datang daripada Miri Sarawak. Daripada sini kami memulakan perjalanan balik ....... tetapi sebelum balik ke KK kami menyimpang pula ke Labuan! Kita jumpa di lain entri.

Tuesday, 16 October 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas

12/2/2012

It took us only 3 hours driving from Kota Kinabalu to Lawas, Sarawak. We stayed overnight here and continued our journey to Brunei the next morning.

Lawas

Lawas is a small frontier town in the northeastern corner of Sarawak  state in Malaysian Borneo. The town is located in a strip of Sarawak territory sandwiched between the Temburong district of  Brunei and Malaysia's Sabah state. It is cut off from the rest of Sarawak and is more easily accessed from Sabah.

The town does not have many attractions to interest the traveller but you may find yourself here if you are travelling overland between Sabah and Sarawak. Quiet and peaceful, Lawas is quite pleasant if you have to stop for a day or two.

Lawas is also the starting point for the logging road to Ba Kelalan in the Sarawak Highlands.

Malam itu kami menginap di Hotel Seri Malaysia yang pertama di Sarawak.

Lawas town, Sarawak.......13 Feb 2012
Hotel Seri Malaysia Lawas ...... baru setahun beroperasi ketika kami menginap di sini pada 12 Feb 2012
Tidak ada banyak aktiviti di pekan ini terutama pada sebelah malam. Kami menghadapi kesukaran  mencari kedai makan  pada malam itu ..... hanya menemui kedai makanan segera SugarBun yang kecil, di mana menunya juga terhad, jadi  tidak ada banyak pilihan. Rangkaian makanan segera  ini boleh didapati di kebanyakan tempat di rantau sini kerana ia berasal dari Sarawak.

Esoknya selepas bersarapan di hotel, kami bersiar-siar sambil bergambar di beberapa lokasi menarik berhampiran dengan hotel sebagai kenang-kenangan.

 Kedudukan Hotel Seri Malaysia betul-betul berhadapan dengan  Lawas Waterfront atau Tebingan Sungai Lawas. Kawasan di persekitaran ini dihias dengan lanskap  yang cantik dan menarik. Ia menjadi tarikan baru kepada pengunjung luar seperti kami bersiar-siar sambil bergambar di sini.

Sungai Lawas ....... bangunan yang berkubah hijau dalam background ..... itulah Hotel Seri Malaysia

Lawas Waterfront ........ cantik dan masih baru

Pejalan kaki sepanjang tebing memudahkan kita menikmati keindahan semulajadi Sungai Lawas



cantik struktur seperti kemah ini ...... matahari terik di kawasan ini walaupun sebelah pagi

Mercu tanda pekan Lawas......kerbau putih ........ bangunan belakang itu adalah Hotel Seri Malaysia

 15/2/2012

Ketika dalam perjalanan balik dari Limbang, kami singgah
sekali lagi di Pekan Lawas, Kebetulan hari itu
ada pasar Tamu dan kami ingin mencuba mencari durian merah yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak sahaja. Mengikut cerita orang, buah durian hutan ini banyak terdapat di Lawas. Nasib kami sangat baik pada hari itu. Kami sempat membeli buah yang terakhir ...... hanya beberapa minit awal daripada pembeli yang bertanya selepas kami!

Durian merah ini termasuk spesis durian hutan yang mempunyai berbagai warna. Kami membeli 4 bji yang sudah siap diikat dengan harga RM30 dan terdapat 2 jenis isi ...... isi kuning dan isi oren-kemerahan. Saiz buahnya kecil sahaja.

Rasa buah ini tidaklah sedap sangat, isinya nipis tapi warnanya yang lebih menarik dan sudah pasti ia mempunyai rasa unik yang tersendiri yang tidak mungkin terdapat pada durian biasa. Mengikut mereka yang "expert" rasanya seakan-akan lobak merah dan mempunyai bau yang kuat seperti kebanyakan durian.

Durian hutan kami ........ warna isi yang sangat menarik
Durian ni agak susah nak dimakan ....... teksturnya seperti coklat yang akan cair apabila dipegang ...... lihat jari saya yang begitu comot sekali!


........ini pula yang warna kuning



Related Post:
Kembara Borneo - Driving from KK to Seria














Kembara Borneo - Driving from KK to BSB





Kembara Borneo - KK to Brunei by land