Showing posts with label BSB. Show all posts
Showing posts with label BSB. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

Kembara Borneo - KK To Brunei by Land

10 Feb 2012
Hari ini saya dan suami sekali lagi ke Sabah, negeri di bawah bayu. Lawatan kali ini juga adalah atas urusan kerja. Sepertimana biasa kami mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti dan melancong. Kami telah lama merancang untuk ke Brunei melalui jalan darat daripada Kota Kinabalu. Alhamdulillah hasrat kami  tercapai pada kali ini. Kami memandu Avanza yang disewa selama 4 hari melalui Lebuhraya Pan Borneo, yang juga dikenali sebagai Trans Borneo. Lebuhraya ini adalah sebahagian daripada " Borneo Overland Trail" yang menghubungkan 4 negeri ( dari 3 buah negara) yang terdapat di pulau ini; Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan (Indonesia).

Pan Borneo Highway is a federal road that links Sarawak to Sabah, through Brunei. Construction began in 1932, when Sabah and Sarawak joined the federation of Malaysia. It is planned for a total length of 1048 kilometers, and is said to be 95% completed.
The route of the Pan Borneo Highway starts at Sematan on the western end of Sarawak, and pass through LunduKuchingSerianSri AmanSarikeiSibuBintuluMirienters BruneiKuala BelaitSeriaLumutSungai LiangTutongBandar Seri Begawanreenters SarawakLimbangLawasenters SabahSinduminSipitangWestonBeaufortPaparKota KinabaluKota BeludSandakanLahad DatuTawau, to end in Serudong at the border with Kalimantan, Indonesia.

12 Feb 2012
Pada hari ini setelah selesai urusan resmi suami di KK selama 2 hari, kami pun meneruskan pengembaraan selama 4 hari merentasi 3 buah negeri. Perjalanan kami bermula dari Kota Kinabalu, Sabah sehingga ke Brunei yang  menjadi destinasi utama kami. Sebenarnya ini adalah pengalaman kali yang ke-4 kami memandu melalui laluan Borneo Overland Trail ini. Pengembaraan kami yang sebelum  ini dan termasuk hari ini:
1. 1992 - dari Kuching , Sarawak ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
2. 1993 - dari Kuching, Sarawak ke Seria, Brunei
3. 2011 - dari Kuching ke Bintulu, Sarawak
4. 2012 - dari Kota Kinabalu, Sabah ke Bandar Seri Begawan, Brunei

Laluan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tetapi terpaksa melalui negara Brunei
Ini laluan sebahagian dari Borneo Overland Trail yang menghubungkan Sarawak dan Kalimantan Barat atau West Borneo, Indonesia
Kami bertolak dari KK lebih kurang pukul 3.00 petang. Sebelum bertolak kami singgah di Masjid Negeri Sabah untuk menunaikan solat zohor dan asar.
    
Masjid Negeri Sabah - Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah
Oleh kerana perjalanan ini agak jauh kami merancang bermalam di Lawas, Sarawak sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan paginya. Jarak KK dari Lawas lebih kurang 180 km dan mengambil masa antara 3-3 1/2 jam untuk sampai ke sana.

Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan kami telah tiba di sempadan Sarawak-Sabah. Walaupun kedua-dua negeri ini berada dalam Malaysia, kami tidak boleh memandu terus  seperti yang kita buat di semenanjung. Di sini sempadannya seperti sempadan antarabangsa yang memerlukan dokumen perjalanan seperti paspot untuk melepasinya. Ada 2 tempat pemeriksaan di sempadan ini; Sindumin di sebelah Sabah dan Merapok sebelah Sarawak. Di sini paspot antarabangsa kami dicop keluar dan masuk .......ha ha ha .....sungguh menghairankan!

Pintu sempadan pertama Sabah-Sarawak ...... jom ke Lawas!
Beginilah keadaannya setiap kali kami masuk dan keluar sempadan. Ada 8 tempat pemeriksaan kesemuanya sebelum kami sampai ke Bandar Seri Begawan Brunei.


13/2/2012

Lebih kurang pukul 10 pagi kami meninggalkan Lawas dan menyambung balik pengembaraan kami. Selepas ini kami terpaksa masuk Brunei. Sekali lagi kami melalui 2 tempat pemeriksaan sempadan; Mengkolap di Malaysia dan Labu,Temburung di Brunei. Dari Labu kami ke Bangar, pusat pentadbiran daerah Temburung, kira-kira 23 km jauhnya. Lawas ke Bangar 48 km.

Destinasi kami seterusnya ialah Limbang, Sarawak yang terletak hanya 20 km dari  Bangar. Seperti sebelum ini kami kena mngecop paspot untuk keluar dari Brunei dan masuk semula ke Malaysia; Kampung Puni sebelah Brunei dan Pandaruan sebelah Malaysia. Menariknya kali ini kami kena naik Feri menyeberangi Sungai Pandaruan untuk sampai ke sempadan sebelah Sarawak. Setiap kereta dikenakan bayaran RM8 atau B$4 untuk satu perjalanan yang sangat pendek ....  feri itu pusing.... dah pun sampai ke sebelah tebing sana sungai.

Ini tiket feri untuk satu perjalanan

Lihat betapa dekatnya perjalanan feri itu ........ I wonder why no bridge??
Pandaruan ke Limbang hanya 15 km jauhnya. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami telah pun sampai ke Pekan Limbang. Dalam perjalanan ke sini suami saya mendapat panggilan dari pejabatnya yang meminta dia memfakskan dokumen yang diperlukan daripada dia dengan kadar segera. Oleh kerana itu Kami terpaksa singgah di pekan Limbang mencari kedai yang ada mesin faks. Mengikut perancangan asalnya kami akan lalu sahaja di Limbang sewaktu perjalanan pergi tetapi akan bermalam di sini semasa pulang nanti. Walau bagaimanapun kami terpaksa berhenti di sini selama sejam hari itu kerana urusan kerja. Lebih kurang pukul 12.45 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Brunei.

Sebelum tiba di sempadan kami singgah sebentar di pasar Fama di tepi jalan. Kami menjamu selera di salah sebuah gerai di situ kerana waktu itu sudah hampir pukul 2 tengahari.
Gerai - gerai Fama yang menjual berbagai-bagai produk tani dan juga makanan
Pukul 2.15 tengahari kami tiba sekali lagi di sempadan Sarawak-Brunei. Sekali lagi paspot dicop keluar di Tedungan, Sarawak dan dicop masuk di Kuala Lurah Brunei. Ini adalah tempat pemeriksaan yang terakhir sebelum sampai ke Bandar Seri Begawan. Setelah memasuki Brunei semula kami berhenti  sebentar menunaikan solat Zohor-Asar di sebuah masjid di tepi jalan ...... Masjid  Kg Limau Manis, walaupun kecil, sunyi seperti tidak ada sebarang aktiviti berlaku tetapi ketika memasukinya terasa nyaman sekali kerana air-condnya sudah siap terpasang ....... urghhh.....untungnya orang Brunei!


Masjid Kg Limau Manis Brunei
Akhirnya dalam pukul 3.30 petang kami tiba di Bandar Seri Begawan,  Brunei Darussalam. Selama sejam lebih kami berpusing-pusing di bandar ini mencari hotel atau tempat penginapan. Rupa-rupanya kebanyakan hotel di sini berada dalam bangunan ..... jadi agak sukar melihat papan tandanya dari luar seperti kebanyakan hotel di Malaysia.

Pada malam itu kami menginap di Abdul Razak Hotel Apartment. Hotel ini terletak dalam kompleks membeli-belah Plaza Abdul Razak. Sebuah  hotel bajet yang bertaraf 3 bintang tetapi tidak sama nilainya dengan yang terdapat di Malaysia. Harga semalam ialah B$69 (RM 170) ..... untuk nilai wang sebanyak ini kita boleh dapat perkhidmatan jauh lebih baik jika berada di Malaysiai. Keadaan bilik yang agak kotor, perabot yang sudah tua, ada cerek letrik dan cawan serta piring tetapi tidak pula disediakan teh atau kopi. Walau bagaimanapun katil dan tilamnya sangat selesa...... alhamdulillah....
Pada sebelah malamnya kami keluar mencari makan. Tidak sukar mencari kedai makan di sini. Kami makan di Restoran Aminah Arif, yang mengikut maklumat dalam brosur untuk pelancung, salah sebuah kedai makan yang ternama di Brunei.

Inilah restoran yang famous tu ...... especially for its delicious ambuyat
Sebelum keluar makan saya sempat berFb dengan anak kami yang pernah ke Brunei. Dia berpesan pada kami supaya mencuba makan "ambuyat". Kebetulan  di restoran yang kami pergi ini ada menu ambuyat. Kami pun bertanya serba sedikit tentang makanan istimewa orang Brunei ini, lalu memesannya berserta nasi sekali kerana kuatir ia tidak dapat memenuhi selera kami.


Ambuyat yang diiringi oleh lauk-pauknya ....... sayur goreng, ikan asam pedas, daging rendang, sambal asam berserta ulam ....... suasana romantik dalam restoran menjejaskan kualiti gambar
  Set makanan ini + nasi dan air   minuman
 untuk 2 orang berharga B$19.20
Tepat sekali seperti yang dijangka, kami tidak mampu
menghabiskan semangkuk besar ambuyat yang
dipesan. Selepas makan beberapa suap menggunakan alat seperti copstik, kami menggantikannya dengan nasi, menggunakan sudu dan garpu pula. Lauk-pauknya sama ...... yang beza cara makannya.
Ambuyat merupakan makanan tradisional kaum Bisaya di Brunei dan Sabah. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam, Ambuyat menjadi makanan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisayuh. Ia diperbuat daripada sagu pokok rumbia yang telah diproses.

14/2/2012

 Pada hari ini kami melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawaan.


Pada sebelah petangnya kami ke Pekan Seria. Lebih kurang 19 tahun yang lalu kami juga pernah ke sini tetapi datang daripada Miri Sarawak. Daripada sini kami memulakan perjalanan balik ....... tetapi sebelum balik ke KK kami menyimpang pula ke Labuan! Kita jumpa di lain entri.

Monday, 22 October 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to BSB Brunei


 Kami tiba di Bandar Seri Begawan pada petang Isnin 13 Feb 2012 setelah memandu lebih kurang 5 jam dari Lawas. Kami merancang untuk berada di Brunei Darussalam selama dua hari, satu malam sahaja kerana kos perbelanjaan yang agak mahal di sini. Kami akan bermalam di Pekan Limbang pada keesokan malamnya untuk menjimatkan bajet.


   14/2/2012                                                                                                                                                                                    

Hari ini kami memulakan lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawan. Tempat yang pertama sekali kami pergi ialah Istana Nurul Iman tetapi malangnya kami tidak terjumpa pintu masuk utama ......jadinya, nak bergambar depan pintu pagar Istana pun tak dapat. Kami jumpa kawasan Istana tetapi hanya nampak kawasan berpagar sahaja. Istana ini dikatakan yang terbesar di dunia. Istana ini memang tidak boleh dimasuki oleh pelawat kecuali pada masa-masa tertentu. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, kami tidak meneruskan pencarian; sebaliknya kami ke tempat lain.

Istana Nurul Iman ......gambar diambil dari atas bot ketika melawat Kg Ayaer

Tempat yang kedua kami tuju ialah Kampung Ayer dan ini adalah kampung air yang terbesar di dunia. Ini adalah kampung air yang kedua kami pernah lawati ..... yang pertama di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Saya akan bercerita panjang lebar pasal kampung yang unik ini di  entri saya yang lain.

                Kg Ayer .... dilihat dari atas waterfront

Selepas sejam kami meronda di Kampong Ayer kami kembali ke jeti atau waterfront. Kami berjaaln-jalan sebentar di sini sebelum masuk ke Waterfront Galeri. Ada pameran di dalamnya .

Brunei Waterfront

         Salah satu bahan pameran di galeri waterfront

dalam galeri......berlatarbelakangkan beberapa landmark utama di BSB
Kg Ayer.......Sungai Brunei ....... BSB
Pameran ini ada menceritakan dengan panjang lebar sejarah Kampong Ayer yang diberi jolokan ' Venice of the East' serta perkembangannya sehingga kini......sangat menarik.

Seterusnya  kami ke Muzium Adat Istiadat Diraja atau juga dikenali sebagai Bangunan Alat Kebesaran Diraja.  Bangunan ini sebahagian besarnya mempamerkan Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun- temurun  zaman- berzaman sebagai lambang kebesaran kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Selain daripada menyimpan koleksi di Raja yang begitu banyak, pameran juga turut diadakan di sini. Pamerannya banyak memberi maklumat tentang sejarah pemerintahan Brunei dari awal sehingga sekarang. Muzium ini terletak di tengah-tengah bandar dan dibina pada tahun 1992 sempena meraikan ulangtahun ke-25 pemerintahan di Raja Brunei.

The Royal Regalia Building atau Muzium Adat Istiadat Diraja Brunei
 Dalam muzium kebanyakan ruangnya dilarang bergambar...... dibenarkan bergambar hanya di kawasan lobinya. Jadi tidak banyak gambar yang boleh dirakam di sini.

Dalam muzium di ruangan lobi.......yang di belakang tu ialah Usongan Diraja ...... kenaikan yang membawa Raja semasa Istiadat Perarakan Diraja mengelilingi Bandar Brunei
40 Payong Kawan ..... salah satu daripada Alat-alat Kebesaran Diraja yang mengiringi Usongan Diraja


Potret Raja Brunei.......sepatutnya tidak boleh bergambar di sini kerana ia termasuk kawasan larangan.......kami tidak perasan sehinggalah ditegur
Dalam muzium ini terdapat beberapa kedai yang menjual barang-barang sovenir seperti T-shirt Brunei, key chain dan fridge magnet. Sebelum keluar kami menyinggah di sini sebentar membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Selepas lawatan ini kami pusing-pusing bandar mencari kedai makan untuk makan tengahari. Akhirnya kami makan di restoran Mamak sahaja.
Apabila selesai makan, jam menunjukkan sudah masuk waktu solat zohor. Kami pun ke masjid yang terulung di Brunei untuk menunaikan solat Zohor dan Asar iaitu Masjid Omar Ali Saifuddein.

Masjid Omar Ali Saifuddien ..... pemandangan dari Kg, Ayer di Sungai Brunei
One of the amazing attractions of Brunei is Omar Ali Saifuddin Mosque, the royal Islamic mosque. 

The Omar Ali Saifuddin Mosque is a real treat to the eye of the visitor. The architecture of this mosque is outstanding in a word. Located on an artificial lagoon, this mosque is the sign of the tremendous architectural achievement of the country. It is situated near the Brunei River in Kampong Ayer. It is considered to be the largest mosque of the Far East. 

Omar Ali Saifuddin Mosque of Brunei is one of the most renowned mosques of the South East Asia. It is known worldwide for its beauty. The height of this mosque is 52 meters. The walls are made of Italian marble. The arches, columns and towers are made of the same marble. The walls support the gold dome on the top of the mosque. The carpets are made in Saudi Arabia. The hand made stained glass, that were brought from England add more charm to the beauty of this Mosque. 

Omar Ali Saifuddin Mosque in Brunei is named after the 28th Sultan of this country. This magnificent mosque is considered as the symbol of the Islamic faith in Brunei.


Ini pintu masuknya......

Dinding dan tiang yang dibuat daripada Marmar Itali, karpet daripada Arab Saudi dan kaca berwarna buatan tangan daripada England

Ini pemandangan dari luar kawasan masjid

Selepas lawatan ke masjid ini kami ke masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah . Kami hanya melihatnya dari luar sahaja ...... satu struktur yang sangat cantik dan menarik.

Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque is located in Kampong Kiarong which lies close to the capital of Brunei, Bandar Seri Begawan. Built to celebrate and mark the silver anniversary of the reign of the sultan of the country, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque of Brunei narrates the story of the royal dynasty. 

A place of worship as well as an architectural masterpiece, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque in Brunei is popularly called Kiarong Mosque by the local people. The shining gold domes of the mosque overlook a landscape of attractive gardens and fountains. Along with them are the ornamented towers that can be seen from the main road. The interiors of the mosque combine the profoundness of art and the religious significance of Islam. 


Tidak dinafikan kecantikan masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

 Ini adalah tempat terakhir yang kami lawat. Lebih kurang pukul 4.15 petang kami meninggalkan masjid dan juga BSB, terus menuju ke Pekan Seria.

Jom ke Pekan Seria


 Related Post:




Kembara Borneo - KK to Brunei by land




 Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas





Kembara Borneo - Kampong Ayer Brunei

Related post:

Kembara Borneo:
Jom ke Menumbok
Jom ke Limbang
Driving from KK to Seria
Driving from KK to Lawas
KK to Brunei by land
Jom ke Labuan