Showing posts with label likas. Show all posts
Showing posts with label likas. Show all posts

Friday, 20 June 2014

Cuti-cuti Sabah - Masjid Terapung Likas

Pada 11 Desember 2012 saya dan suami sekali lagi bercuti ke Sabah tetapi kali ini kami ditemani 2 orang anak lelaki. Bagi kami berdua, ini adalah kali ketiga kami ke sana. Namun bagi anak-anak, inilah julung-julung kalinya mereka ke Sabah. Sepertimana lawatan pertama dan kedua kami ke Sabah, lawatan kali ini juga berbentuk bercuti sambil bekerja. Suami bertugas mengajar pada 15 dan 16 Disember di Kota Kinabalu. Kebetulan tarikh mengajar ini jatuh pada cuti sekolah. Maka kami membuat perancangan dan menjadikannya sebagai percutian keluarga.

Kami merancang untuk bermalam di daerah Ranau pada hari pertama dan kedua. Seterusnya kami akan ke daerah Kudat sebelum berpatah balik ke Kota Kinabalu.

Pada hari pertama setelah tiba di KK kami terus ke Ranau  lebih kurang pukul 3.00  ptg. Dalam perjalanan kami singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung) di Likas untuk menunaikan solat Zohor-Asar. Ini masjid yang kedua terbesar di Sabah. Ia terletak kira-kira 3km daripada pusat bandar.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun peranan Masjid Negeri di Sembulan tetap sebagai masjid utama di Negeri Sabah.

Kedudukan Masjid Bandaraya KK di Teluk Likas
Masjid ini terletak di kawasan yang indah di persisiran  pantai Teluk Likas di Laut China Selatan.  Pada asalnya tapak masjid adalah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas.Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Namun pembinaan masjid telah tergendala beberapa ketika kerana masalah kewangan. Akhirnya masjid telah dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2000. Dewan solat masjid ini besar sehingga boleh memuatkan 12,000 orang jemaah dalam satu masa.

Sebahagian besar dari masjid ini dikelilingi lagun buatan manusia; dari sinilah timbulnya gelaran Masjid Terapung. Manakala senibina masjid pula berasaskan pada Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah.
Oleh kerana itu beberapa bahagian dari masjid ini menyerupai ciri-ciri Masjid Nabawi. Keindahan masjid ini menjadikan ia sebahagian dari destinasi pelancongan di Sabah

                    Pemandangan masjid dari jauh
Gambar masjid yang diambil dari sebuah lukisan yang dijual dalam masjid
Jom masuk dalam masjid



Ruang solat
Sebahagian lantai masjid
Lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid
Seterusnya......di bahagian luar masjid



Lebih kurang pukul 3.40 ptg kami tinggalkan masjid dan meneruskan perjalanan ke Ranau.