Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.
Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.
Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!
😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!
Pada awal pagi 2 Julai kami sudah bertolak ke Larnaka atau Larnaca, supaya kami sempat singgah di bandar ini sebelum ke airportnya. Penerbangan balik kami dijadualkan pada jam 2.00 pm. Jarak dari Nicosia ke Larnaka lebih kurang 55 km sahaja. Dalam pukul 8.30 am kami sudah berada di bandar Larnaka.
|
Laluan perjalanan kembara ini |
Larnaka merupakan bandar yang ketiga terbesar di Pulau Cyprus, selepas Nicosia dan Limassol. Ia sebuah bandar di tepi laut dan memang terkenal dengan pohon palma di sepanjang jalan pesisir. Salah satu tempat yang kami singgah ialah
Sesiaran Finikoudes.
Finikoudes (palm trees) Promenade
Ini jalan yang paling terkenal di Larnaka. Kawasan ini sangat cantik. Ia dibarisi dengan pohon-pohon palma yang tinggi. Pantai Finikoudes pula adalah pantai terbaik untuk dikunjungi pada musim panas.
|
Finikoudes Promenade .... |
|
.... dengan pokok-pokok palma membarisi jalan pesisir |
|
Ramai warga kota bersiar-siar di sini ... malam dan siang |
|
Finikoudes beach ... littered with sunbeds |
Jalan yang selari dengan pantai yang cantik ini juga menempatkan banyak hotel, kafe, kelab, bar dan restoran. Kawasan ini dipenuhi pelancong dan orang tempatan, tidak kira siang atau malam dan sepanjang tahun tanpa mengira musim. Ia dianggap sebagai tempat hiburan di tepi laut yang paling nyaman di seluruh Cyprus.
Tidak ketinggalan kami juga ke
Masjid Besar Larnaka yang terletak berhampiran dengan kawasan ini.
Buyuk Camii atau Kebir (Great) Mosque
Masjid yang ada pada hari ini dibina sekitar 1835-1836 oleh Seyit Elhac Mehmet Agha, seorang Gabenor Turki. Kemungkinan tapak masjid ini adalah masjid Usmaniyyah yang pertama di Cyprus. Masjid ini dibina di atas tapak sebuah masjid lama yang asalnya adalah sebuah gereja kecil katolik abad ke 13-14. Masjid lama ini telah dirobohkan sekitar antara Februari 1835 - April 1836 sebelum dibina masjid yang baharu.
Kedudukan masjid ini berdekatan dengan sebuah lagi binaan lama iaitu
Kubu Larnaka atau
Larnaka Castle (Fort). Kubu ini terletak di pantai selatan Cyprus. Ia dibina bagi tujuan untuk melindungi bahagian pantai selatan pulau ini dan bandar pelabuhan Larnaka. Kemudian ia digunakan sebagai stesen artileri, penjara dan yang terkini muzium. Bahagian dalam dipamerkan bahan-bahan sejarah, manakala halaman luarnya ditukar menjadi teater terbuka yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang.
,
|
Pintu masuk Larnaka Castle ... kami tidak masuk |
|
Kawasan berhampiran yang sangat cantik |
|
Larnaka Grand mosque ... bangunan 2 tingkat dengan tingkap-tingkap yang besar |
|
Bahagian serambi anjung msjid |
|
Serambi anjung yang menghala ke laut |
|
Pemandangan Laut Mediterranean yang mempesonakan dari atas masjid |
|
Kawasan berdekatan hadapan masjid |
|
Tulisan di atas pintu ... mungkin kata-kata penghargaan kepada Seyit Elhac Mehmet Agha |
|
Bahagian tepi masjid .... bangunan masjid di perkukuhkan
dengan membina sangga di tepi dinding luarnya |
|
Air Pancut (tempat wuduk) yang mendapat bekalan air dari akueduk di awal pembinaannya |
Air pancut yang berbentuk octagonal ini dibina pada 1748 oleh Ebubekir Pasha, gabenor Cyprus ketika itu. Beliau juga yang membina rantaian perigi dan akueduk di daerah Arpera yang terletak 8 batu ke arah timur dari bandar untuk membekalkan air minuman segar ke Larnaka. Akueduk ialah saluran air buatan yang ditinggikan untuk menyalirkan air ke seluruh negara.
|
sumber foto:Wikipedia Akueduk di Larnaka .... dikenali sebagai kamares |
Dari sini kami terus menuju ke airport, tetapi sebelum sampai kami belok dahulu ke arah
tasik garam dan
Masjid Hala Sultan Tekke.
Salt Lake of Larnaca, a magnificent nature place. The total surface area of the Larnaca Salt Lake is 2.2 Km² and it is considered one of the most important wetlands in Cyprus with an array of plants, birds and wildlife. It has a history as a natural habitat of sea life that can be traced as far back as 3 to 5 million years ago. Indeed, fossil life of this age can be found in the surrounding hills. During the prehistoric age the Salt Lake was a gulf. From 17th century B.C. onwards it was a natural port for the prehistoric town next to Hala Sultan Tekke, but was then abandoned by the inhabitants during the 11th century B.C. The natural port became destroyed roughly the same time as when the gulf was closed, and the central Salt Lake was thus formed. Excavations in the region reveal that this could have been one of the first natural ports that facilitated trade between Cyprus and the great civilizations of the area at the time when international seafaring exchanges was just commencing. One of the more important and costly exports of this prehistoric town and of the neighbouring town of Kition that was booming, was porphyry-red dies, made from the juices of murex-shells. These shells were abundant in the gulf and until now in the Larnaca bay, where you can see the water in the salt lake often having a reddish colour. As can be deduced by the lake’s name, salt was another valuable prehistoric product of the lake which was greatly exploited throughout the centuries until recently. Many historians dating back from Before Christ, reported on the great quality of the salt here and the large income it gave from exports.
|
Larnaka Salt Lake .... pagi 2 julai 2018 |
|
Larangan memandu atau berjalan dalam tasik ... pesalah boleh didenda |
Tasik ini dipenuhi air ketika musim sejuk dan dikunjungi kawanan burung-burung flamingo yang duduk di situ dari bulan November hingga ke hujung Mac. Pada masa lampau tasik ini menghasilkan garam yang berkualiti, yang diambil dari permukaan yang kering. Namun kini garam dari tasik ini tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Bersebelahan tasik ini adalah
Masjid Umm Haram atau
Hala Sultan Tekke, yang dibina di antara kurun ke-18 dan ke-19. Ia melibatkan beberapa fasa pembinaan yang bermula dari 1760 dan selesai pada 1816. Ia sebenarnya sebuah kompleks yang mengandungi sebuah masjid serta menaranya, makam, kubur dan tempat tinggal untuk lelaki dan perempuan. Istilah
tekke (Turki) atau
convent (Inggeris) merujuk pada satu bangunan khusus yang digunakan oleh kumpulan ahli sufi atau tariqat pada zaman dahulu, tetapi kini sudah tiada lagi.
Petikan dari https://www.visitcyprus.com
The Muslim mosque of Hala Sultan is located in the centre of a spectacular garden on the west bank of the Salt Lake, approximately 6 km southwest of Larnaka. It is the main Muslim pilgrimage site of Cyprus and among the most important holy places of Islam.
The mosque was built over a tomb which, according to tradition, belongs to Umm Haram, foster-mother of the Prophet Mohammed and wife of one of the most high ranking officers of Moawia, who led two disastrous raids against Cyprus in 649 and 650 AD. Umm Haram died as a result of an accident as soon as she arrived on the island. The mosque was built much later, just before 1787, along with dwellings and water-cisterns, which contributed to the shrine's fame. The mosque's present plan was completed in 1816.
|
Pintu masuk ke kompleks |
|
Pintu Gerbang kompleks |
Baru-baru ini bangunan di kompleks ini telah dibaikpulih agar ia dapat diguna seperti dahulu kerana bagi orang Islam Cyprus, Hala Sultan Tekke adalah tempat ibadah yang ke-4 terpenting, selepas Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis. Di bahagian dalam Hala Sultan Tekke terdapat makam Ummu Haram.
Namun pada hari ini tempat ini telah disenaraikan sebagai binaan purba dan ia diketegorikan sebagai sebuah muzium. Oleh kerana itu masa lawatannya tertakluk pada lawatan ke muzium, menyebabkan orang Islam tidak dapat melawat dan beribadah di dalamnya di luar waktu lawatan. Masjid ini terletak di Cyprus selatan yang diperintah oleh orang Greek- Cyprus. Selama berpuluh tahun orang Islam yang berada di Cyprus utara tidak boleh melawat masjid ini disebabkan perpisahan pada 1974, sehingga baru-baru ini apabila sempadan dibuka selepas kejayaan dicapai dalam beberapa siri rundingan. Terkini orang Turki-Cyprus berkempen agar pihak berkuasa di kalangan Greek-Cyprus mengiktiraf kompleks ini sebagai tempat beribadah.
Jadual lawatan:
Winter hours (16/9 - 15/4 )
Monday - Sunday: 8.30 - 17.00
Summer hours (16/4 - 15/9)
Monday - Sunday: 8.30 - 19.30
Ada kalanya tempat ini akan ditutup pada orang awam kerana ia akan digunakan oleh masyarakat Islam bagi menyambut perayaan tertentu seperti Aidi Adha pada bulan Ogos ini, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak yang berkuasa di Larnaka.
The Department of Antiquities, Ministry of Transport, Communications and Works, announces that, the Mosque will not be accessible to the general public on Tuesday 13 August 2019, due to an organized visit by a large number of pilgrims on the occasion of the celebrations of Kurban Bayram or Eid Al-Aha.
|
Makam Ummu Haram binti Milhan |
Bila berada di sini pastikan jika ada terhidu bau wangi-wangian. Mengikut cerita orang ramai ianya bau 'semulajadi' kerana penjaga tempat ini tidak pernah meletakkan apa-apa wangian di sini ... wallahu'alam.
Kisah sejarah
Ummu Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara sepersusuan Nabi Muhammad. Beliau juga merupakan saudara Nabi dari sebelah bapanya dari kaum Bani Najjar dan ibu saudara kepada Anas bin Malik, antara sahabat yang terdekat dengan Nabi. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam.
Ummu Haram bukanlah seorang yang muda ketika datang ke Cyprus. Umurnya ketika itu dalam lingkungan 80-an atau 90-an, tetapi ini tidak menghalangnya daripada turut menyertai angkatan perang laut Islam yang pertama ke pulau Cyprus.
Hubungan rapat antara Nabi dan Ummu Haram menyebabkan Nabi selalu menziarahinya. Dalam salah satu lawatan ini Nabi telah tertidur di ruang tamu rumahnya. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.
“Mengapa kamu tersenyum,” tanya Ummu Haram dalam kehairanan, lalu baginda menjawab,
“Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya (dalam mimpi saya), mereka berada dalam ekspedisi jihad , belayar di tengah laut bagaikan raja di atas singgahsananya "
“Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram yang bercita-cita supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.
“Awak salah seorang daripada mereka,” balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.
Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit lagi dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram bertanya kenapa beliau ketawa. Jawapan baginda sama seperti yang diberi padanya pada pertama kali. Lagi sekali Ummi Haram meminta Rasullah mendoakan agar dia termasuk salah seorang daripada mereka. Berkata baginda,
Inilah tempat terakhir yang kami lawat di pulau Cyprus. Alhamdulillah .... teruja sangat, kami berjaya menjejak sedikit sejarah kegemilangan empayar Islam sejak dari pemerintahan Khalifah Usman hingga ke pemerintahan Turki Usmaniyyah di pulau ini.
|
Goodbye Cyprus .... |
Selepas ini kami terus ke lapangan terbang Larnaka untuk penerbangan balik. Insya Allah perkongsian ini akan disambung pula dengan pengalaman
"Transit Tour" kami di Dubai dan Jordan.
Related Posts:
Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara
Kembara Cyprus - Kyrenia