Senarai barang yang perlu diboikot di Malaysia |
Perjalanan seorang insan yang berkelana di bumi Allah, mencari keredhaanNya dan berusaha menjadi Al-Rawahil
Thursday 15 January 2009
Boikot barang keluaran Yahudi dan sekutunya!
Tuesday 9 December 2008
Musibah - ujian dari Allah
PADA pagi Jumaat 31 Oct rumah kami telah dimasuki pencuri. 2 buah laptop dan 2 biji handphone serta sedikit wang tunai telah diambil. Musibah menimpa kami lagi. Rasanya hampir tiap-tiap tahun kami ditimpa musibah samada kena tipu, kena curi atau pun kemalangan. Sudah semestinya ia melibatkan kehilangan harta-benda.
Kadang-kadang tertanya juga dalam hati apa kesalahan kami hingga ditimpa musibah berulang kali. Mungkin ada hak orang lain dari sebahagian harta kami itu yang belum kami langsaikan. Jadi kami cuba sedaya upaya membersihkannya dengan membayar zakat. Namun ia masih berulang. Apa agaknya yang Allah cuba hendak memberitahu kami. Kami tidak dapat nak mengagak jawapannya melainkan ianya sebagai ujian dari Allah
Dalam keadaan "stress" begitu kemungkinan boleh saja terpantul keluar dari hati dan mulut kata-kata seperti, "Kenapalah kita saja yang ditimpa malang. Allah tidak adil." Kadang-kala kita terlupa bahawa diri kita dan apa jua yang kita miliki adalah kepunyaan Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil balik apa -apa saja yang menjadi haknya. Kami bersyukur pada malam ( atau pagi ) kejadian pecah rumah itu tiada sesiapa di kalangan ahli keluarga yang tercedera. Begitu juga kejadian-kejadian sebelum ini tidak melibatkan kehilangan nyawa , tetapi hanya kecederaan kecil.
Allah turunkan musibah ke atas kita untuk menguji apakah kita benar-benar beriman dan ikhlas dengan semua amalan kita. Janganlah kita menyangka apabila kita telah buat semua apa yang diperintahkan oleh Allah (dalam ertikata yang lain menjadi orang baik) kita tidak akan diuji lagi oleh Allah. Kita tidak tahu samada segala amalan ibadah yang kita buat itu seratus peratus ikhlas kerana Allah atau sebaliknya, hanya untuk mengutip pahala semata-mata dan menjadi manusia yang baik di mata masyarakat. Wallahua'lam.
Tuesday 21 October 2008
Mesir Bumi Anbiya
Cairo Egypt...or...Kaherah Mesir Sumber foto : MR Google |
Mesir juga adalah sebuah negara yang sarat dengan sejarah peninggalan para Nabi dan ulamak terkenal seperti Salehuddin al-Ayubi, Muhammad Bin Idris (Imam as-Shafie), Sheikh Zakaria al-Ansori dan as-Syahid Hassan al-Banna ( seorang tokoh agama yang banyak berjasa di kurun ke-20). Bagi mereka yang berminat, boleh datang melawat makam Nabi-nabi dan ulamak-ulamak yang bertaburan di bumi Mesir ini.
Selain daripada membuat lawatan ke tempat-tempat sejarah, Mesir juga ada tempat bagi mereka yang suka membeli-belah. Antara yang menjadi tarikan pelancong luar ialah kilang Asfour Crystal dan Bazar Khan al- Khalili.
dan Iskandariah (Alexandria).
Kami tinggal 2 malam di Cairo di Rumah Pahang, dan 5 malam seterusnya kami berada di Alexandria. Kedua-dua bandar ini sangatlah berbeza dari sudut lanskapnya. Jikalau di Cairo sangat payah hendak berjumpa kawasan yang berhijau tetapi di Alex tidak. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar Alex dari Cairo, di penuhi dengan ladang-ladang pisang dan tamar di kiri kanan jalan. Ia adalah kawasan delta sungai Nil yang subur. Sebaliknya di Cairo, di mana saja kita berjumpa padang rumput kita akan nampak orang duduk-duduk berkelah dan bersantai walaupun tempat itu di tepi jalan yang sibuk. Maklumlah bukan ada pilihan macam kita boleh berkelah di hutan lipur.
Salah satu jolokan bagi negeri Mesir ialah Negeri Seribu Menara. Mesir mempunyai banyak sekali masjid-masjid yang berdiri megah dengan menaranya yang menjulang tinggi, Semasa di Cairo kami telah sempat menziarahi beberapa buah masjid dan makam tokoh-tokoh ulamak yang terkenal. Antara yang dilawati ialah:
1. Masjid Amr-al-'As
Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah. Ia telah berfungsi sebagai pusat menimba ilmu, lama sebelum Masjid al-Azhar. Imam Shafie rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan, sehingga kini masih diteruskan.
Di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas Sheikh Jibril telah mengimamkan solat tarawikh. Pada malam-malam 27 Ramadhan ke atas, jemaah yang bersolat tahajjud melimpah sehingga ke atas jalan-jalan berdekatan masjid. Kami bersolat Zohor dan Asar di situ.
2. Masjid dan makam Imam As Shafie
Masjid ini berbeza dari yang lain kerana di kemuncak bumbungnya ada lambang kapal layar. Kebiasaannya di masjid yang lain guna lambang bulan sabit dan bintang. Masjid Imam As-Syafie dinamakan sedemikian kerana di masjid ini ,bersemadinya jasad seorang ulama terkenal iaitu Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Imam As-Shafie. Beliau merupakan pengasas Mazhab As-Shafie,.Di dalam masjid ini juga terdapat maqam ulama terkenal Sheikh Zakaria al-Ansori.
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Shafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Shafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Lambang kapal di atas kubah masjid menandakan ilmunya yang seluas lautan |
Ini makamnya yang berada dalam maajid |
Dua masjid ini duduk sebelah menyebelah. Jika dilihat dari jauh, dua buah masjid ini kelihatan seperti satu masjid yang dibelah dua, walaupun jarak masa binaan antara keduanya lebih dari 500 tahun. Ini kerana terdapat banyak persamaan dalam reka bentuk luarannya antara kedua-dua masjid. Masjid al-Rifai sengaja dibina untuk menyaingi struktur Masjid Sultan Hassan dari sudut saiz dan juga ketinggiannya.
Pemandangan dari atas Kubu Salahuddin - kedua-dua masjid |
Masjid al-Rifai pula, sebahagian besar daripada kawasan masjidnya dikhususkan untuk makam keluarga di Raja Mesir. Ia dibina atas permintaan Khushyar Hanim, ibu kepada Khedive Isma’il Pasha pada 1869. Anehnya walaupun masjid ini dinamakan al-Rifai, seorang ulama' terkenal, tetapi jasad al-Rifail sendiri tidak dimakamkan di sini, tetapi ia dikebumikan di Iraq. Ada kemungkinan ianya dinamakan sedemikian kerana sebahagian dari kawasan masjid itu adalah bekas tapak zawiyah (masjid kecil) di mana pengikut dan anak murid al-Rifai dimakamkan. Antara mereka yang dimakamkan di sini selain daripada keluarga di Raja ialah 2 orang ulamak Ali Abo Shebak dan Yahya Ansari dan juga Shah Iran pada 1980.
4. As-syahid Imam Hassan al-Banna
Kami juga sempat menziarahi makam Imam Hassan Al Banna. Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Beliau banyak melakukan kerja-kerja dakwah bagi membetulkan aqidah masyarakat yang makin hari semakin jauh menyimpang dari al-Quran dan as-Sunnah. Beliau juga mengenengahkan pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah. Beliau meninggal kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin.
Ini tembok luar makam |
Kubu (Qal'ah) Salahuddin al-Ayubi
Tiket untuk masuk berharga LE40. Di dalam kubu ini terdapat 3 buah masjid dan beberapa buah muzium termasuk Muzium Tentera. Kedudukan kubu ini di atas bukit Muqattam. Jadi ketika berada di dalamnya kita boleh melihat keseluruhan bandar Cairo di bawah.
Pemandangan bandar Cairo dari atas Kubu Salahuddin al-Ayubi |
Ini peta yang menunjukkan kedudukan masjid dan muzium yang terdapat dalam kubu |
Ukiran batu yang mewakili Sulltan Salahuddin al-Ayubi 1169-1193 A.D |
....di luar kawasan Muzium Tentera |
Ini dalam kawasan Masjid Muhammad Ali ....... salah satu dari 3 masjid yang terdapat dalam kubu ini |
Ini pula pemandangan dari bahagian luar |
Ini plan Masjid Ibn Thulun terkini - yang asal siap dibina pada 879 AD atas Jabal Yashkur oleh Ahmad Ibn Thulun, pengasa Dinasti Tulunid (868-905 AD) |
......yang di belakang itulah "fountain" atau pancutan air untuk tujuan berwuduk - berada di tengah-tengah halaman dalam masjid |
.....kelihatan menara pusing yang terselindung di balik kubah pancutan air |
Maklumat yang terdapat di Masjid |
Maklumat tambahan menceritakan projek baikpulih masjid yang sedang dijalankan |
.....ini sambungannya.....yang di sebelah kanan sekali (tengah) itu adalah menara pusing |
Selepas lawatan ini kami terus ke Alexandria.
dalam perjalanan dari Cairo ke Alex menaiki kereta ..... singgah membeli buah (tak ingat namanya) di tepi jalan |
Pemandangan dari atas hotel |
Windsor Palace Hotel adalah sebuah bangunan lama.... .ini pintu lift antik |
masih mengguanakan lift style lama.....antik! |
tembok di depan hotel waktu malam ....... dipenuhi warga kota Alex |
selepas penat berjalan-jalan (di siang hari) singgah lunch di gerai ini .... roti lagi .... |
Jom ke Alex!
Perjalanan pulang
Kami bertolak awal pagi ke Cairo kerana tidak mahu terlambat walaupun penerbangan balik hari itu dijadualkan sebelah petang. Lagi pun hari itu hari Jumaat di mana kami kena singgah masjid untuk solat Jumaat. Oleh kerana kami ada banyak masa lagi yang boleh diluangkan, kami telah dibawa oleh pemandu kami ke beberapa tempat menarik dalam perjalanan.
Sebelum solat Jumaat kami dibawa ke Taman Haiwan. Mungkin ini untuk menghabiskan masa sementara menunggu waktu solat di salah sebuah masjid yang banyak terdapat dalam perjalanan.
Dapatlah bermain-main dengan unta |
Inilah tamannya....... |
Pusara Anwar Sadat - kami hanya melihatnya daripada jauh kerana takut kesuntukan masa. Pada hari ptu memang kawasan ini terdapat ramai pelancong
Dalam perjalanan pulang ke Aiport Cairo kami melintasi pusara bekas Presiden Mesir Anwar Sadat yang terletak di Dataran Rabaah |
.....dan di jalan yang sama kami lalu di hadapan pintu gerbang Universiti al-Azhar .... |
Inilah satu perjalanan yang sangat memberi kepuasan dan manfaat kepada kami. Kami dapat melihat dengan secara dekat kesan-kesan peninggalan sejarah yang teragong dalam Islam. Sebenarnya masih ada banyak tempat sejarah yang belum dilawati. InsyaAllah kalau ada rezeki kami akan kembali menjejaki kesan- kesan sejarah ini lagi.
Yes......Kami sudah berada di Cairo Airprt Suami bersama pemandu-pemandu kami |
Tuesday 16 September 2008
Ramadhan September 2008
RAMADHAN tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun yang lepas-lepas saya sibuk menjahit baju melayu anak-anak saya tetapi kali ini saya membeli yang sudah siap saja. Alasannya supaya saya ada masa yang lebih untuk beribadah. Pendapatan suami yang lebih "besar" dari dulu-dulu juga melayakkan saya untuk menumpukan masa yang lebih pada amalan ibadah dalam bulan yang mulia ini.
Namun masih ada beberapa perkara yang merunsingkan saya menjelang sambutan Aidilfitri kali ini. Suami telah mengajak saya menemaninya berseminar di Mesir dan hari yang ditetapkan sangat hampir dengan Hari Raya ini. Apa yang menggusarkan saya adalah pengurusan anak-anak selepas percutian Hari Raya . Masing-masing kena balik ke tempat belajar mereka. Selalunya saya akan "monitor" mereka sebelum balik supaya tidak ada benda-benda penting yang tertinggal, memastikan bekalan perbelanjaan yang mencukupi dan sebagainya.
Persediaan yang cukup rapi harus ada supaya semua yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki. Namun kita hanya boleh merancang kerana yang menentukan kejayaannya hanyalah Allah SWT. Kekadang yang dirancang tidak menjadi seperti apa yang dikehendaki kerana sudah ditakdirkan sedemikian Apa yang kita patut buat ialah kita berusaha, kemudian bertawakkal serta berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan yang mendatang.
Saya amat menghargai keinginan suami membawa saya bersamanya ke luar negara, tetapi masa yang kurang sesuai menyebabkan saya tidak begitu teruja. Kerisauan mengatasi kegembiraan berpeluang menziarahi negara yang sarat dengan sejarah Islam. Perasaan tidak yakin dengan kemampuan anak-anak mengurus diri mereka sendiri menguasai diri saya. Semalam kami telah berbincang dengan anak sulung apa yang patut dia buat semasa ketiadaan kami. Sepatutnya kami boleh mengharapkannya untuk mengurus adik-adiknya, tetapi seperti yang saya sebut tadi saya kurang yakin dengannya.
Saya betul-betul mengharapkan bantuan dari Ilahi dalam hal ini. Semoga semua yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki.
Friday 29 August 2008
Dairi Kehidupan
Selama 4 tahun kami berada di luar negara mengikuti suami membuat PhDnya. Selama 4 tahun itulah kami tidak pulang ke Malaysia. Dalam jangka waktu yang begitu panjang sudah tentu berbagai-bagai pengalaman yang telah kami anak-beranak lalui. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bermusafir meninggalkan negara dan adik-beradik yang tercinta. Ini adalah fasa kehidupan saya yang kali ketiga berada di perantauan. Kali pertama ketika saya sendiri menyambung belajar selepas tamat Tingkatan 5. Manakala kali yang kedua pula ialah juga semasa mengikuti suami menyambung pelajarannya membuat kursus Master.
Saya amat bersyukur terhadap Allah SWT di atas kejayaan suami yang tercinta. Di tahun-tahun terakhir kursus PhDnya, siang dan malam, bila berkesempatan, kami berdoa kepada Allah agar dia mampu menyelesaikan kursus Phd itu. Tanpa bantuan dari Allah yang Maha Esa, kita mungkin tidak dapat melepasi halangan-halangan yang timbul. Tekanan yang begitu hebat boleh membuat seseorang itu "kurang siuman" ketika membuat Phd. Itulah sebabnya saya sangat bersyukur perkara-perkara seperti itu tidak berlaku kepada suami.
Bak kata pepatah Melayu, "Jauh perjalanan banyak pengalaman". Itulah apa yang kami anak beranak alami semasa beberapa tahun berada di luar negara. Sekali lagi saya bersyukur kerana kami diberi peluang untuk melihat kehidupan bangsa lain di bumi Allah yang terbentang luas ini. Ia adalah satu pengalaman yang amat berharga terutama bagi anak-anak saya. "Sambil menyelam minum air", kami dapat pengalaman di atas tiket suami sambung belajar.
Sebenarnya kami mengambil risiko apabila suami memutuskan untuk sambung belajar di luar negara. Masalah kami ialah anak-anak yang sedang membesar yang akan menduduki peperiksaan yang penting, yang akan menentukan halatuju masa hadapan mereka. Apabila mereka berada di luar negera sudah tentu ada peperiksaan { PMR, SPM, Matrix } yang tertinggal. Pikir punya pikir kami bertekad untuk meneruskan cita-cita suami dengan sokongan kuat dari saya (semestinya!). Alhamdulillah kini setelah hampir 2 tahun kami kembali ke tanahair, semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah besar. Anak-anak semua dapat meneruskan pelajaran seperti orang lain, berkat dari doa dan keyakinan kami iaitu kami bertwakkal kepada Allah SWT.