The Cable Car system is the latest tourist attraction for Langkawi and is located at the Oriental Village, a theme shopping centre housed in 30’s individually designed buildings showcasing Malaysian and Oriental architecture.
|
Oriental Village (at the foot hill of the Machincang mountain range)
|
|
lereng gunung |
For the first time, visitors would be able to observe at close range the unique rock formations geological features of the Machincang range, which was formed 500 million years ago during the Cambrian period, in geological terms.
The over-ruling height of Gunung Mat Chincang (708m),
its commanding views over Langkawi, the
western sea-coast, and the dramatic views over the funnel with its staggered rock blocks will make the visitors wonder in amazement and bring the visitors so close to nature that they can practically touch it!
|
Wellcome to the Oriental Village |
Hah! ..... Lagi satu aktiviti menarik yang sesuai untuk keluarga yang terdapat di Langkawi ialah menaiki cable car di Gunung Mat Chinchang. Rasa 'thrill' sangat-sangat ........ terasa macam dada nak meletup! ...... kerana lajunya degupan jantung. Ia satu pengalaman yang sangat mendebarkan terutama bagi mereka yang gayat pada ketinggian.
Sebelum ini saya pernah menaiki cable car di Banjaran Sierra Nevada, Spain dan juga di Singapore. Namun pengalaman yang paling menakutkan ialah yang di Langkawi, terutama ketika ia berhenti dan tergantung-gantung di atas hutan rimba nun jauh kebawah.
|
Bersantai sambil menunggu masa untuk naik cablecar ke Gunung Mat Cincang |
|
Beginilah keadaan di stesen cablecar |
|
Dalam Gondola |
|
Pemandangan di bawah .......... dari dalam gondola |
Perjalanan dari stesen bawah ke puncak ialah sejauh 2.2 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Gondola itu bergerak dengan begitu curam sekali, iaitu pada sudut 42 darjah. Kadang-kadang ia berhenti , kadang-kadang ia bergerak dengan lancar dan sekali sekala ia bergerak dengan melonjak. Di kala ia melonjak inilah yang boleh membuat jantung berhenti berdegup kerana fikiran kita mula berfikir yang negatif.
Perjalanan bermula dengan menaiki gondola dari stesen bawah. Sebelum dibenarkan masuk ke stesen para pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman. Ini mungkin untuk mengelak berlakunya longgokan sampah di atas sana nanti ....... kerana tabiat masyarakat kita yang kurang prihatin dengan kebersihan persekitaran mereka! Walau bagaimana pun di atas puncak sana ada dijual makanan dan minuman .... so jangan risaulah...
|
Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak) |
|
Satu pemandangan yang menyegarkan......di stesen tengah |
Di stesen tengah kita boleh membuat pilihan samada teruskan perjalanan ke puncak atau turun dari gondala dan menikmati keindahan alam dari ketinggian 652 m dari paras laut, kemudian sambung semula perjalanan ke puncak; atau pun turun dari gondola bergambar sambil menikmati udara segarnya, kemudian terus balik ke stesen bawah.......so ada 3 pilihan di situ. Kami memilih untuk turun sebentar, kemudian teruskan perjalanan ke stesen atas.
|
Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung |
Apabila berada di stesen atas kita boleh saja berlegar-legar di situ sambil menikmati pemandangan di bawah atau pun bagi yang berkemampuan terus ke jambatan gantung. Untuk sampai ke sini kita perlu menuruni berpuluh-puluh anak tangga yang curam. Saya cadangkan beli air botol yang ada dijual di situ sebagai bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke jambatan gantung. Ini kerana banyak tenaga diperlukan ketika menaiki semula anak tangga untuk kembali ke stesen dan kita akan berasa dahaga. Pada hari itu kami tidak membawa apa-apa kerana tidak menjangka perjalanan ke jambatan itu begitu mencabar ....... ingatkan 'direct' terus sampai. Elok juga kalau memakai kasut kerana kalau bersandal rasa kurang selesa.
|
Pemandangan dari atas jambatan |
|
Alam 'hijau' yang menyegarkan....... |
|
Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus - anak bujang saya berposing
|
|
The boss beraksi depan kamera |
|
The two little brothers......... |
Bagi mereka yang lebih 'adventurers ' boleh mencuba 'jungle trekking'. Dari atas jambatan itu ada jalan susur keluar ke hutan (mountain trail) dan yang boleh membawa kita terus sampai ke Airterjun Telaga Tujuh. Jauhnya lebih kurang 2.5 km dan mengikut cerita mereka yang sudah melaluinya, perjalanannya sangat payah kerana perlu banyak mendaki dan amat mencabar.
|
Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola |
Related post:
da byk x p lgkawi,tp xpernh nek gondola ni,ngeri wooo.....ada kwn kt lgkwi cite ms diorg nk naik dulu dia bg2 kn sparuh nek gondola ni,lg sparuh nek gondola lain,tau sbbapa,krg2 klu ape2 tjdi kt gndola pertama kurg ada gk waris yg tggl kt gondola lg 1,dgr cite ni wt tmbh ngeri,tp tgok ok je sume....kn...kn.....kn
ReplyDeleteTerima kasih Zaharah krn sudi menyinggah di blog saya. Eh!...naiklah...memang mengerikan tapi dpt kepuasan tersendiri. Masa nak naik gendola hari tuh tak ada pulak dia orang mengasingkan kami......in fact memang dia pilih kalau satu keluarga yg ramai dia masukkkan dalam satu gendola. Kalau yg berdua saja dia campurkanlah dgn yg geng sikit jugak.
ReplyDelete