Ini percutian kedua kami sejak negara dilanda wabak covid-19. Kami telah merancang percutian ini bagi meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-38 yang jatuh pada 9 Oktober 2020. Alhamdulillah, Allah telah memberkati rumahtangga kami sehingga mampu bertahan sampai kini. Selama ini kami tidak pernah menyambutnya secara beria-ria seperti kali ini. Mungkin sebab sudah berasa jemu berada di rumah di kebanyakan masa, di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ) ini, mendorong kami mengambil kesempatan hari istimewa ini.😍 untuk pergi bercuti sekali lagi.
Kami telah merancang percutian selama 4 hari 3 malam, iaitu 2 malam di Genting Highlands dan semalam di Fraser Hill, dari 7 Oktober hingga 10 Oktober 2021. Pada April 2018 kami juga telah membuat pengembaraan yang sama dalam siri Kembara Tanah Tinggi yang pertama. Kedua-dua tanah tinggi ini berada di Banjaran Titiwangsa.
Perjalanan bermula dari Parit Raja Batu Pahat, ke Genting, Kg Janda Baik, Bentong, Bukit Fraser, dan balik semula terus ke BP
Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Banjaran ini menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Korbu yang terletak di Perak. Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di Semenanjung Malaysia. Di sini juga terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
Semasa di Genting, kami duduk di Hotel Swiss Garden. Kami telah mengambil pakej bilik berserta sarapan dan makan malam yang ditawarkan oleh pihak hotel. Kami tiba di hotel di awal petang Rabu dan kami tidak ke mana-mana kerana cuaca pun tidak berapa baik. Esoknya baru kami pergi berjalan-jalan di Genting. Alhamdulillah bilik hotel sangat selesa.😀
Bilik selesa dengan pemandangan yang cantik
Taman di luar dining hall
Khamis 8/10/2020
Ini merupakan lawatan kali kedua kami ke Genting Highland. Walaupun terdapat banyak tempat-tempat menarik yang baharu dibuka di sini sejak lawatan kami pada kali yang pertama, namun kami hanya memilih aktiviti yang dirasakan sesuai dengan jiwa kami yang sudah menjadi warga emas.
Hari ini kami bercadang naik cable car ke puncak gunung. Kami naik dalam pukul 11 pagi dari stesen Awana dan terus ke SkyAvenue. Kita juga boleh turun di Stesen Chin Swee dengan mengguna tiket yg sama, sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Kereta boleh ditinggalkan di tempat letak kereta, bersebelahan Genting Highlands Premium Outlets.
Awana SkyCentral
Dari Awana Skyway ke SkyAvenue hanya 10 min tetapi kalau berkereta mungkin dalam 15 min
Bangunan Genting Highlands Premium Outlets di belakang
Ticket Type
Standard Gondola*
Glass Floor Gondola
One-Way
Return
One-Way
Return
Standard
RM9
RM16
RM21
RM35
Malaysian Senior Citizen
RM5
RM10
RM12
RM24
Ini gondola yang diguna
Gondola yang digunakan ada 2 jenis, yang biasa dan yang berlantai cermin. Ada tiket harga istimewa bagi warga emas yang berumur lebih 60 tahun seperti yang ditunjuk dalam jadual. Kami mengambil gondola yang berlantai cermin dan suami mendapat tiket harga potongan kerana menepati syarat. Saya pula bayar harga tiket yang biasa iaitu RM35 return.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk sampai ke puncak. Ia hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari Stesen Awana ke stesen SkyAvenue, yang bersambung terus dengan SkyAvenue Shopping Mall.
Rasa cemas 😟jugak bila pijak atas lantai kaca ni
Berhenti di Chin Swee station tapi kami tak turun
Stesen cable car ... waktu naik dan turun dari puncak
Floor plan Skytropolis Indoor Theme Park
Sebaik tiba di puncak kami terus menuju ke bangunan berdekatan dan terjumpa Skytropolis Indoor Theme Park ini. Mengikut maklumat taman ini terletak di First World Plaza dan berdekatan dengan SkyAvenue. Mengikut peta di atas ada beberapa jalan keluar menuju ke dua-dua tempat ini. Kami memang tiada merancang apa-apa aktiviti tertentu, melainkan berjalan-jalan sambil bergambar. Bila masuk bangunan dan nampak dari atas suasana yang begitu meriah di bawah, kami pun terus ke sana untuk melihatnya dari dekat.
Skytropolis Indoor Theme Park
Dengan keluasan lebih dari 400,000 kaki persegi, Skytropolis Indoor Theme Park menjanjikan keseronokan tanpa henti untuk semua orang dalam keluarga!😀😀😀 Alami dunia pengembaraan di lokasi yang mudah .... ini kata-kata manis yang mempromosikan tempat ini.
Skytropolis menyerupai satu karnival futuristik dengan pelbagai tarikan menarik dan lampu berwarna-warni. Sesuai dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan, taman tema dalaman ini menawarkan pelbagai tarikan bayar-per-perjalanan (pay-per-ride) untuk para pengunjung dari semua peringkat umur. Terdapat lebih daripada 20 mainan seperti ini di dalamnya. Seperti yang disebut di atas kami hanya berjalan-jalan melihat sekeliling, melihat orang ramai serta aktiviti yang sedang berjalan.
Di puncak sinilah kebanyakan aktiviti berlaku dan hotel-hotel juga banyak terdapat di sini. Di sinilah terletaknya First World Hotel, hotel terbesar di Asia dengan lebih 6,000 buah bilik bajet. Di sini juga terletak satu-satunya pusat perjudian yang sah 😡di Malaysia - mini Las Vegas sendiri di puncak gunung sejak tahun 1971. Selain daripada ini, terdapat taman hiburan yang menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak, sementara SkyAvenue dan First World Plaza adalah kompleks membeli-belah yang berwarna-warni dengan restoran, hiburan dan butik. Walaupun begitu pada hari tersebut banyak tempat yang masih tidak beroperasi.
First World Hotel .... 7351 bilik
First World Plaza ... suasana seperti malam tetapi sebenarnya pukul 12.30 pada 8 Okt 2020
Pusat peranginan ini bertengger di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1.800 meter. Terletak di sempadan Selangor sekitar 35km dari Kuala Lumpur, Genting merupakan lokasi percutian hujung minggu yang popular bagi mereka yang ingin melarikan diri dari cuaca panas bandar. Ia dihubungkan dengan lebuh raya, jalan raya dan perkhidmatan kereta kabel melalui Awana Skyway.
Genting mempunyai cuaca sejuk antara 20 ° C hingga 26 ° C pada siang hari dan 15 ° C hingga 20 ° C pada waktu malam. Cuaca berkabus adalah perkara biasa dan ribut petir sering terjadi menjelang akhir tahun. Namun, ia boleh dikunjungi pada bila-bila masa, kerana jalan-jalan di atasnya dibina dengan kukuh, yang mampu menahan kebanyakan tanah runtuh.
Pada hari yang cerah, puncaknya yang menghadap ke lembah hutan hujan yang subur membentang ke arah KL, dapat dilihat dengan jelas, satu pemandangan yang menakjubkan bagi pengunjung di samping menikmati cuaca yang sejuk dan persekitaran gunung yang tenang. Di lembah di sekitar Genting juga terdapat banyak tempat-tempat pelancongan termasuk tempat makan hotspot, tempat percutian homestay di kampung-kampung, destinasi alam dan banyak lagi.
Malangnya kebanyakan masa kami berada di puncak diiringi dengan hujan
Pada kesokan harinya cuaca bertambah baik dan kami telah melawat Colmar Tropika dan Kampung Janda Baik dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Insya Allah kita akan jumpa dalam posting seterusnya.
Granada is one of the pearls of Spain, most visited by tourists from all over the world. The long-time capital of Moorish Andalusia has to offer the most important reminds of this epoch in Spanish history, with the world-famous "Alhambra" at the top of the list.
The city is located at the foot of the "Sierra Nevada", Spain's highest mountain-massif with great posssibilities for winter-sports. The highest peak, "Mulhacén" arrives to 3478 meters. On the other hand it is not far from the Mediterranean sea, so Granada is a great place to visit in any season.
Kami melancong ke Spain selama 2 minggu dengan menaiki kereta dari Loughborough (tempat tinggal kami semasa di UK) pada tahun 2006. Semasa itu cuti 'Easter Break' (bulan April).... budak-budak cuti sekolah....so kami pun ambil peluang ini untuk membawa mereka bercuti ke luar 'negara'. Kami menyeberangi English Channel dengan menaiki Euro Train, yang melalui Euro Tunnel (jalan keretapi di bawah laut)....terus sampai ke Peranchis.
Selama ini setiap cuti panjang kami hanya membawa mereka ke destinasi pelancongan di dalam UK.....kebanyakannya di England dan pernah sekali ke Scotland dan juga Wales. Malang kami tidak sempat untuk bercuti ke Ireland disebabkan suami sibuk kena habiskan thesis PHdnya sebelum kami balik Malaysia.
Granada adalah salah satu bandar di Spain yang Kami bermalam selama beberapa hari....yang lain-lain itu kami hanya singgah semalam saja atau pun lalu saja. Tujuan utama kami pergi ke Spain adalah untuk melihat Al-Hambra yang sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.
Dari sini juga kami berpeluang pergi ke pegunungan Sierra Nevada di mana terdapatnya ski resort. Kami menaiki cable car untuk sampai ke resort di atas, di mana kita boleh bermain ski dan lain-lain aktiviti. Semasa pergi hari itu kami memang ada niat nak bermain ski, tetapi disebabkan masaalah komunikasi, niat tidak kesampaian. Rupa-rupanya tiket untuk bermain ski kena dibeli semasa membeli tiket untuk menaiki cable car. Harga tiket yang kami beli hanya untuk melihat-lihat saja pemandangan di atas bukit. Kebanyakan orang Spain tidak boleh berbahasa Inggeris......kami pula tidak boleh berbahasa Sepanyol....makanya terjadilah salahfaham itu!
Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu
Dalam cable car
Pemandangan di bawah dari dalam cable car
Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah
Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji
Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?
Ohh...Si Adik yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya
Cuaca di Granada ini sangat unik. Kita boleh dapat cuaca sejuk ini dengan hanya pergi ke Gunung dan apabila kita turun ke bawah cuacanya terus panas. Di resort seperti ini mereka boleh melakukan aktiviti meluncur salji sehingga ke bulan Mei jika musim dingin pada tahun itu tidak menentu.
Ini Kami, setelah kembali daripada pergunungan itu dan berjalan-jalan melihat bandar Granada dalam cuaca yang sangat nyaman.
Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco
The Cable Car system is the latest tourist attraction for Langkawi and is located at the Oriental Village, a theme shopping centre housed in 30’s individually designed buildings showcasing Malaysian and Oriental architecture.
Oriental Village (at the foot hill of the Machincang mountain range)
lereng gunung
For the first time, visitors would be able to observe at close range the unique rock formations geological features of the Machincang range, which was formed 500 million years ago during the Cambrian period, in geological terms.
The over-ruling height of Gunung Mat Chincang (708m), its commanding views over Langkawi, the western sea-coast, and the dramatic views over the funnel with its staggered rock blocks will make the visitors wonder in amazement and bring the visitors so close to nature that they can practically touch it!
Wellcome to the Oriental Village
Hah! ..... Lagi satu aktiviti menarik yang sesuai untuk keluarga yang terdapat di Langkawi ialah menaiki cable car di Gunung Mat Chinchang. Rasa 'thrill' sangat-sangat ........ terasa macam dada nak meletup! ...... kerana lajunya degupan jantung. Ia satu pengalaman yang sangat mendebarkan terutama bagi mereka yang gayat pada ketinggian.
Sebelum ini saya pernah menaiki cable car di Banjaran Sierra Nevada, Spain dan juga di Singapore. Namun pengalaman yang paling menakutkan ialah yang di Langkawi, terutama ketika ia berhenti dan tergantung-gantung di atas hutan rimba nun jauh kebawah.
Bersantai sambil menunggu masa untuk naik cablecar ke Gunung Mat Cincang
Beginilah keadaan di stesen cablecar
Dalam Gondola
Pemandangan di bawah .......... dari dalam gondola
Perjalanan dari stesen bawah ke puncak ialah sejauh 2.2 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Gondola itu bergerak dengan begitu curam sekali, iaitu pada sudut 42 darjah. Kadang-kadang ia berhenti , kadang-kadang ia bergerak dengan lancar dan sekali sekala ia bergerak dengan melonjak. Di kala ia melonjak inilah yang boleh membuat jantung berhenti berdegup kerana fikiran kita mula berfikir yang negatif.
Perjalanan bermula dengan menaiki gondola dari stesen bawah. Sebelum dibenarkan masuk ke stesen para pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman. Ini mungkin untuk mengelak berlakunya longgokan sampah di atas sana nanti ....... kerana tabiat masyarakat kita yang kurang prihatin dengan kebersihan persekitaran mereka! Walau bagaimana pun di atas puncak sana ada dijual makanan dan minuman .... so jangan risaulah...
Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)
Satu pemandangan yang menyegarkan......di stesen tengah
Di stesen tengah kita boleh membuat pilihan samada teruskan perjalanan ke puncak atau turun dari gondala dan menikmati keindahan alam dari ketinggian 652 m dari paras laut, kemudian sambung semula perjalanan ke puncak; atau pun turun dari gondola bergambar sambil menikmati udara segarnya, kemudian terus balik ke stesen bawah.......so ada 3 pilihan di situ. Kami memilih untuk turun sebentar, kemudian teruskan perjalanan ke stesen atas.
Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung
Apabila berada di stesen atas kita boleh saja berlegar-legar di situ sambil menikmati pemandangan di bawah atau pun bagi yang berkemampuan terus ke jambatan gantung. Untuk sampai ke sini kita perlu menuruni berpuluh-puluh anak tangga yang curam. Saya cadangkan beli air botol yang ada dijual di situ sebagai bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke jambatan gantung. Ini kerana banyak tenaga diperlukan ketika menaiki semula anak tangga untuk kembali ke stesen dan kita akan berasa dahaga. Pada hari itu kami tidak membawa apa-apa kerana tidak menjangka perjalanan ke jambatan itu begitu mencabar ....... ingatkan 'direct' terus sampai. Elok juga kalau memakai kasut kerana kalau bersandal rasa kurang selesa.
Pemandangan dari atas jambatan
Alam 'hijau' yang menyegarkan.......
Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus - anak bujang saya berposing
The boss beraksi depan kamera
The two little brothers.........
Bagi mereka yang lebih 'adventurers ' boleh mencuba 'jungle trekking'. Dari atas jambatan itu ada jalan susur keluar ke hutan (mountain trail) dan yang boleh membawa kita terus sampai ke Airterjun Telaga Tujuh. Jauhnya lebih kurang 2.5 km dan mengikut cerita mereka yang sudah melaluinya, perjalanannya sangat payah kerana perlu banyak mendaki dan amat mencabar.
Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola