Sunday, 12 April 2015

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Day 1 - 2/6/2014
Destinasi lawatan di hari pertama:

1 Masjid Raya Baiturrahman
2 Kapal PLTD Apung
3 Kapal Apung Lampulo
4 Makam Syiah Kuala

Day 2 - 3/6/2014
Destinasi lawatan pada hari kedua:

1 Taman Sari Gunongan
2 Masjid Teuku Omar
3 Muzium Rumah Cut Nyak Dien
4 Pantai Lampuuk Lhoknga
5 Masjid Rahmatullah Lampuuk
6 Masjid Baiturrahim Ulee Lheue
7 Pelabuhan Ulee Lheue
8 Kuburan Massal Ulee Lheue
9 Lapangan Blang Padang
10 Muzium Aceh
11 Pasar Aceh

Day 3 - 4/6/2014
Destinasi lawatan pada hari ketiga - Pulau Weh   

1. Tugu Kilometer Nol
2. Pantai Iboih
3. Pantai Gapang
4. Gerai Rojak Pulau Klah
5. Masjid Jamek Kota Sabang
6  Pantai Sumur Tiga
7. Sabang Hill
8. Kota Sabang
9. Taman Wisata Kuliner

Day 4 - 5/6/2014
Destinasi lawatan pada hari keempat :

1. Perjalanan pergi ke  Kota Lhokseumawe
2. Masjid Kayu Tua Indrapuri
3. Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Day 5 - 6/6/2014
Destinasi lawatan hari kelima :

1. Kota Lhokseumawe
2. Islamic Centre Lhokseumawe
3. Perjalanan pulang ke Banda Aceh

Day 6 - 7/6/2014
Hari terakhir lawatan ke Aceh



7/6/2014
Hari ini kami akan pulang ke Malaysia setelah bermusafir selama 5 hari di Tanah Rencong, Aceh. Penerbangan ke Malaysia dijadualkan pukul 12.55 tengahari, tetapi pada hari itu ada flight delay. Pukul 2.30 baharu kapalterbang dapat berlepas kerana masalah teknikal .... saspens juga kerana kapalterbang sudah bergerak, kemudian tiba-tiba berhenti menyebabkan kelewatan sehingga hampir  satu jam setengah. Apa-apa pun syukur alhamdulillah kami sampai ke KLIA dengan selamat. Pukul 5.30 ptg waktu Malaysia baharu selesai mengambil beg masing-masing.

Pagi itu kami cek-out dari hotel pukul 9.30 pagi. Sepertimana saya pernah sebut sebelum ini. pihak hotel ada menyediakan perkidmatan menjemput dan menghantar tetamunya ke airport.secara percuma Jadi pagi itu kami juga meminta supir singgah di Pasar Aceh sebentar sebelum ke airport kerana masih lagi awal untuk terus ke sana. Kami juga masih ada baki rupiah yang boleh dibelanjakan setelah mengenepikan cukai airport yang wajib dibayar sebelum boleh balik ke Malaysia.






Sambil menungu supir mengambil keretanya.....suasana dalam
Hotel Rumoh PMI (Palang Merah Indonesia)

Bergambar kenangan di luar hotel
Jom kita ke Banda Aceh International Airport 

Lapangan Terbang Banda Aceh dikenali sebagai Bandara Sultan Iskandar Muda. Bandara adalah kata ringkas dari dua perkataan iaitu bandar dan udara. Jadi sebetulnya lapangan terbangnya dipanggil Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda. Ia adalah sebuah bandar udara yang melayani Kota Banda Aceh dan sekitarnya, yang terletak di wilayah Kecamatan Blang Bintang, Aceh Besar, Provinsi Aceh. Bandara ini dikelola oleh PT Angkasa Pura II, untuk melayani laluan domestik dan internasional. Ketika ini sudah ada dua penerbangan internasional, iaitu Air Asia ke Kuala Lumpur dan Firefly ke Penang.

Bandara ini juga pernah difungsikan sebagai pengkalan pengiriman ubat-ubatan sesudah gempa bumi Lautan Hindi 2004. Kapalterbang  dari serata pelosok dunia,berulang-alik membawa ubat-ubatan  kepada para mangsa yang tepisah di berbagai wilayah yang dilanda tsunami di Aceh. Setelah selesai fungsi tersebut, bandara ini telah direnovasi dan kini memiliki landasan sepanjang 3.000 meter yang mampu menampung pesawat berbadan lebar. Seterusnya ia menjadi tempat transit bagi perusahaan penerbangan internasional.

Nama bandara ini diambil dari nama Sultan Iskandar Muda, seorang pahlawan Nasional Indonesia dari Aceh.

Lokasi Sultan Iskandar Muda International Airport
Bandara Sultan Iskandar Muda
sumber:http://www.skyscrapercity.com







Balai Berlepas
Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda 
Jangan lupa bayar cukai airport.....
PSC INTERNASIONAL IDR 100,000
Rp 100,000 seorang.....paid

Arrival and Departure card (belakang dan depan)
Jangan lupa isi waktu tiba dan waktu nak balik
Selesai semua baharulah kita boleh naik pesawat dan balik ke Malaysia.





Puncak Seulawah di kejauhan
Selamat tinggal Aceh
Ole-ole dari Aceh
Dalam salah satu perjalanan kami bersama Pak Iskandar dia menceritakan bagaimana orang Malaysia sukaaa... sangat bershopping di Pasar Aceh. Tidak cukup sekali pergi .... mesti  berkali-kali dengan alasan hendak habiskan duit rupiah. Kami juga pergi 2 kali.....kali yang kedua itu memang hendak habiskan rupiah tetapi tidak sempat kerana kesuntukan masa. Bila ditukar balik ke ringgit kita mendapat nilai yang lebih rendah, menyebabkan kerugian.

Apa yang menarik shopping di sana? Mungkin produknya berlain sedikit dari Malaysia atau pun sebab terdapat banyak pilihan. tidak kurang juga kerana harga yang menarik. Anak-anak membeli baju yang mereka rasakan ada kelainan dari segi reka bentuknya. Saya pula mencari baju yang murah dari bahan kain yang selesa dipakai. Kain pelikat dan kain batik Indon juga menjadi kegemaran orang Malaysia untuk dijadikan sebagai buah tangan bagi sanak-saudara di Malaysia.

Telekung ini hanya berharga Rp 29,000 (Rm 8-9)...
dibuat daripada kain kapas yang sangat selesa dipakai

Kraf tangan unik dari Aceh
Apabila kita ke negeri orang, selain memiliki barangan produk yang boleh dipakai atau diguna, kita juga seharusnya merasai produk makanan khas tempatan. Baharulah kita berasa telah benar-benar meneroka tempat yang dilawati......melihat, merasa dan mengalami.

Buah salak dari Sabang .....sangat manis
  Kue Adee Meureudu Kak Nah.....
(kuih bengkang tepung dan ubi)
....ikon Kabupaten Pidie Jaya, Aceh
Ole-ole khas Aceh (dari kiri) .......
 ikan kayu kering, daging kering 'Dendeng', kopi Aceh
Keropok kulit sapi......belum pernah jumpa di Malaysia
Syukur alhamdulillah,..... Allah telah memberi rezeki dan kesempatan kepada kami membawa anak-anak bercuti bersama menikmati alam ciptaanNya sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saya juga sangat bersyukur kerana percutian berjalan sebaik yang dirancang tanpa sebarang musibah. Pada Allahlah kita memohon segala kebaikan dan pada Allah jualah kita menabur kesyukuran di atas segala nikmat yang diberi.



Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang

Tuesday, 7 April 2015

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Day 1 - 2/6/2014
Destinasi lawatan di hari pertama:

1 Masjid Raya Baiturrahman
2 Kapal PLTD Apung
3 Kapal Apung Lampulo
4 Makam Syiah Kuala

Day 2 - 3/6/2014
Destinasi lawatan pada hari kedua:

1 Taman Sari Gunongan
2 Masjid Teuku Omar
3 Muzium Rumah Cut Nyak Dien
4 Pantai Lampuuk Lhoknga
5 Masjid Rahmatullah Lampuuk
6 Masjid Baiturrahim Ulee Lheue
7 Pelabuhan Ulee Lheue
8 Kuburan Massal Ulee Lheue
9 Lapangan Blang Padang
10 Muzium Aceh
11 Pasar Aceh

Day 3 - 4/6/2014
Destinasi lawatan pada hari ketiga - Pulau Weh   

1. Tugu Kilometer Nol
2. Pantai Iboih
3. Pantai Gapang
4. Gerai Rojak Pulau Klah
5. Masjid Jamek Kota Sabang
6  Pantai Sumur Tiga
7. Sabang Hill
8. Kota Sabang
9. Taman Wisata Kuliner

Day 4 - 5/6/2014
Destinasi lawatan pada hari keempat :

1. Perjalanan pergi ke  Kota Lhokseumawe
2. Masjid Kayu Tua Indrapuri
3. Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Day 5 - 6/6/2014
Destinasi lawatan hari kelima :

1. Kota Lhokseumawe
2. Islamic Centre Lhokseumawe
3. Perjalanan pulang ke Banda Aceh

Lhokseumawe - bandar kedua terbesar di Aceh
Kota Lhokseumawe termasuk daerah yang teruk dilanda tsunami 26 Desember 2004 lalu, tetapi jika dibandingkan dengan Banda Aceh, kerosakan yang terjadi di sini jauh lebih ringan. Demikian juga dengan jumlah korban. Tidak lagi  kelihatan kesan-kesan tsunami yang ditinggalkan di kota. Namun warga kota masih mengingatinya setiap tahun dengan acara-acara tersendiri.

Berita - Keramaian warga di Lhokseumawe berlari menghindari
banjir yang terus meninggi setelah tsunami
 menerjang Banda Aceh pada 26 Desember 2004.
Gambar Google - antara kerosakan yang terjadi
gambar Google - Memperingati 9 tahun Tsunami ( Lhokseumawe)
6/6/2014
Pagi ini selepas mengambil sarapan yang disediakan oleh pihak hotel, kami cek-out terus kerana hari ini juga kami akan pulang ke Banda Aceh. Semasa berada di sini kami hanya merancang untuk melawat Islamic Centre Lhokseumawe sahaja selain dari bandarnya. Sebenarnya banyak tempat-tempat sejarah yang boleh dilawati di sekitar kota ini, tetapi dengan tiada maklumat di tangan dan supir yang tidak banyak boleh membantu, kami lupakan saja hasrat melawat tempat-tempat sedemikian. Ditambah pula masa yang tidak mengizinkan kerana hari ini jatuh hari Jumaat, di mana ahli keluarga yang lelaki termasuk supir perlu menunaikan solat fardhu Jumaat terlebih dahulu.


Lokasi Hotel Kuta Karang Baru
Destinasi pertama yang ingin kami tuju hari ini ialah Islamic Centre yang terletak di pusat bandar. Jadi tidak sukar hendak mencarinya. Sambil Pak Iskandar pusing-pusing mencari lokasi yang dituju 'cameraman' sempat mengambil beberapa foto yang menggambarkan suasana di kiri-kanan jalan-jalan yang dilalui, dari dalam kereta sahaja.






Kota Lhokseumawe di siang hari

Yess!......dah sampai Islamic  Centre

Gambar Google - pemandangan bangunan secara keseluruhan
 dari dua sudut yang menarik dan waktu yang berbeza
Islamic Centre ini belum siap sepenuhnya. Apabila siap kelak ia akan mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:
  •  Masjid Agung
  •  Gedung Serba Guna
  •  Gedung Pustaka
  •  Diniyah / Sekolah
  •  Museum & Rumoh Aceh
  •  Mess / Wisma Tamu
  •  Gerai-gerai / Kios Makanan dan Soevenir
  •  Taman kanak-kanak dan Taman Pengajian Al-Qur'an (TPA)
  •  Rumah Imam Besar
Tahap pertama projek pembangunan Islamic Centre ini dimulai dengan pembinaan masjid agung yang strukturnya begitu besar serta susunan kubah-kubah besarnya yang mengagumkan. Rekabentuk dan rupabentuk pusat Islam ini melahirkan nuansa Timor Tengah di  tanah Aceh yang subur dan kaya dengan nilai-nilai Islam.

Pusat Islam (al-Markazul Islami) ini yang berfungsi sebagai Pusat Pengkajian dan Pengembangan Islam,  yang berdiri tepat di pusat Kota Lhokseumawe, merupakan sebuah ikon baharu wilayah Samudra Pase sebagai pusat tumpuan yang baharu untuk mewujudkan kembali kejayaan dan peradaban Islam yang terbenam di wilayah Negara Islam Pertama di Asia Tenggara. Kesultanan Samudera Pasai, juga dikenali dengan Samudera Pase, atau Samudera Darussalam, adalah bekas kerajaan Islam di pesisir pantai utara Sumatera, lebih kurang di sekitar Kota Lhokseumawe.

Sejarah kebesaran Kesultanan Samudera Pasai dan Kesultanan Aceh Darussalam serta niat untuk mengembalikan fungsi masjid sebagai pusat peradaban Islam, menjadi latar belakang utama dibangunkan Islamic Center Lhokseumawe ini. Mengimbau kembali seerah Rasulullah S.A.W ketika beliau berhijrah ke Madinah, perkara pertama yang beliau buat adalah membina Masjid. Ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya peranan masjid bagi kehidupan muslim.

Jom Masuk!

Pintu masuk ke bangunan....
banner di atas memberi maklumat aktiviti masjid


Sepertinya ada sesi persekolahan di pagi Jumaat ini



Masjid Agung Islamic Centre boleh menampung
10,000 jemaah dalam satu masa....begitu luas sekali

Pemandangan indah daripada balkoni masjid
Ketika lawatan kami ke sini sudah ada beberapa gerai yang dibuka seperti gerai makan dan kedai yang menjual buku serta benda-benda lain. Ada sekolah dan sebuah masjid yang besar tetapi masih dalam proses pembinaan dan melengkapinya, walaupun sudah digunakan. Hari itu ketika kami berada di dalam masjid, kelihatan pekerja-pekerjanya mempersiapkan masjid untuk solat Jumaat. Selepas meninjau bahagian dalam bangunan ini, kami ke halamannya pula.



Islamic Centre Lhokseumawe Aceh.....
masih dalam proses pembinaan kerana kekurangan dana

Halaman dan taman di bahagian luar bangunan
Kantor Bupati Aceh Utara di Lhokseumawe
Pemandangan di sekitar Pusat Islam
Sekitar 10.45 pagi kami tinggalkan pusat Islam ini. Kami ke pusat bandar pula mencari kedai yang menjual barangan suvenir untuk dibawa pulang. Kami menemuinya, Barang-barang yang dijual lebih kurang sama yang terdapat di Banda Aceh. Walaupun begitu kami ada membeli beberapa barangan yang tidak terjumpa di Banda Aceh dan menambah kuantiti yang sudah dibeli di sana. Di Banda Aceh pengunjungnya ramai dan oleh kerana itu stok barangnya selalu kehabisan.


Sebahagian barang yang dibeli

Selepas berbelanja kami terus memulakan perjalanan pulang ke Banda Aceh. Lebih kurang pukul 12.30 tgh kami tiba di Bireuen. Pak Iskandar mencadangkan kami berhenti di sini untuk makan tengahari sebelum ke Masjid untuk solat Jumaat. Kami setuju dan dia membawa kami ke sebuah kedai makan yang selalu dikunjunginya apabila ke sini. Daerah Bireuen ini adalah kampung asalnya.


Rumah makan Baleelabang Blang Cot Tunong, Bireuen
Tepat seperti namanya, ia adalah rumah yang dijadikan kedai makan. Semua makanan yang dihidangkan dimasak di dapur belakang. Ruang makan di dalam rumah hanya kecil sahaja tetapi ia menyediakan beberapa pangkin di kawasan lapang sebelah bangunan yang dijadikan sebagai tempat untuk menjamu selera.





Hmm...nyaman kan makan macam ni?
 Selesai makan, kira-kira pukul 1.00 tgh, ahli keluarga yang lelaki serta supir pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardu Jumaat. Saya dan anak perempuan menumpang solat Zohor di ruang dalam 'rumah makan'. Uniknya untuk berwuduk kami terpaksa menimba air dari perigi. Anak perempuan saya yang tidak pernah jumpa perigi seumur hidupnya tidak berjaya mengeluarkan air dari perigi.....hahaha....ketawa besar saya! Melihat kepada suasana dan keadaan bilik air beserta periginya mengingatkan saya kembali ke zaman kanak-kanak dahulu yang terpaksa menimba air perigi untuk keperluan harian.

Perigi di Rumah Cut Nyak Dien


Hari Jumaat di sebuah masjid
 di Kampung Blang Cot Tunong, Bireuen, Aceh
Lebih kurang pukul 2 petang kami meneruskan semula perjalanan ke Banda Aceh. Ketika masuk daerah Sigli Pak Iskandar berhenti di pekannya. Katanya di sini terkenal dengan emping melinjo yang berkualiti jika ingin membawanya balik sebagai buahtangan. Sementara kami berbelanja Pak Iskandar pekena kopi acehnya. Selain daripada emping melinjo kami juga membeli keropok kulit sapi.

Keropok kulit sapi yang telah diproses
gambar Google - emping melinjo ditimbang dan dibungkus
 mengikut permintaan pembeli
Selepas pekan Sigli kami berhenti di satu lagi lokasi sebelum tiba ke Banda Aceh. Kali ini kami berhenti hanya untuk bergambar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah, iaitu di kecamatan Lembah Seulawah. Tempat ini lebih kurang sejam dari Banda Aceh.






Akhirnya dalam pukul 5.45 petang kami sampai semula ke hotel Rumoh PMI. Asalnya kami bercadang untuk tinggal di hotel lain yang berdekatan dengan pusat bandar tetapi tiada kekosongan bilik. Jadi kami menginap semula di hotel ini yang masih ada bilik yang kosong...... bilik yang sama! Bagusnya hotel ini, ia boleh menyediakan kenderaan untuk membawa kita ke tempat yang dituju dengan sedkit bayaran kepada supirnya. Malam itu kami meminta pihak hotel tolong hantarkan kami ke Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk. Mengikut kata Pak Iskandar di sini sedap masakan ayam tangkapnya.




Di sini ada menu khas Aceh -
ayam tangkap dan daging dendeng
Inilah agenda terakhir kami untuk hari ini. Malam ini sebelum tidor kami perlu mengemas beg kerana esok adalah hari terakhir kami di Aceh dan penerbangan pulang dijadualkan pukul 12.55 tengahari. Inilah sahaja coretan saya untuk hari ini. InsyaAllah kita berjumpa lagi esok di entri akan datang.




Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang