Lawatan hari kedua - 3/6/2014
Pantai Lampuuk terletak di Desa Meunasah Masjid, kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar, Aceh, sekitar 15 kilometer dari Banda Aceh. Semasa terjadinya tsunami, pantai ini rosak teruk. Hotel-hotel di tepi pantai dan penempatan penduduk di sekitarnya hancur dilanda gelombang besar. Pantai Lampuuk antara kawasan yang paling teruk terkena tsunami. Akibat musibah itu, sebilangan besar warganya terkorban dan hanya satu bangunan yang masih berdiri , iaitu Masjid Rahmatullah Lampuuk,
Pantai Lampuuk memiliki garis pantai sepanjang sekitar 5 kilometer. Pantai ini berpasir putih, bersih dan lembut, air lautnya berwarna biru kehijauan, dan ombak yang sangat sesuai untuk aktiviti sukan luncur. Di daratan terdapat pohon-pohon pain yang rendang dan lebih jauh lagi kelihatan deretan pegunungan yang hijau. Pantai ini menghadap ke Lautan Hindi.
Dari kalangan wargakota, mereka ke sini untuk melepaskan penat lelah dari bekerja dan dari hiruk-pikuk suasana kota yang bising, sambil mencari ketenangan. Ini kerana pantai yang indah ini berada di daerah perkampungan yang masih sepi dan tenang. Mereka yang ke sini bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai tetapi juga berpeluang menikmati enaknya makan ikan bakar sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Di sini juga pengunjung berpeluang mengabadikan detik tebenamnya matahari di waktu petang atau senja.
|
gambar Google - menghayati keindahan panorama di kala senja |
Hari ini kami ke sini hanya untuk menikmati keenakan ikan bakar. Anak-anak tidak mahu turun ke laut kerana cuaca yang sangat panas dan terik. Kebetulan ketika sampai sudah hampir tiba masa untuk makan tengahari. Jadi kami pun terus memesan ikan bakar sebagai menu utama tengahari ini. Sambil menunggu ikan dibakar, kami minum air kelapa muda yang dipesan juga dari warung ikan bakar dan makan kacang soya rebus yang dibeli dari seorang penjaja bergerak.
|
Pondok tempat berihat dan juga tempat makan |
|
kacang soya rebus |
|
hmm.....enaknya masing-masing menikmati air kelapa muda |
|
Ikan bakar masih di atas api |
|
Sudah siap menu hari ini.... .ikan bakar cicah sambal kicap, kangkong goreng bersama nasi putih |
|
Jom kita menjamu selera |
Kira-kira pukul 1 tengahari selepas selesai makan, kami ke
Masjid Rahmatullah, destinasi kami seterusnya. Kami juga ke sini untuk menunaikan solat jamak Zohor-Asar sambil melihat dengan lebih dekat sebuah masjid yang telah menjadi saksi kedahsyatan hempasan gelombang tsunami memporak-perandakan Aceh 10 tahun lalu.
Masjid Rahmatullah menjadi satu-satunya bangunan yang tinggal dari sebuah perkampungan di Kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar.
Sebelum Tsunami, perkampungan ini dihuni oleh sekitar 6.000 penduduk yang secara umumnya terdiri dari kelas menengah keatas. Masyarakat di perkampungan ini kebanyakannya pekerja PT. Semen Andalas Indonesia. Terdapat juga nelayan, petani dan berbagai latar belakang pekerjaan lain. Ketika terjadi Tsunami, seluruh bangunan hancur dan terseret hingga ratusan meter ke arah daratan. Hanya sekitar 700 warga yang selamat.
Sungguh ajaib Masjid Rahmatullah yang berjarak hanya sekitar 400 meter dari bibir pantai, tetapi masih berdiri dengan kokoh dalam timbunan runtuhan bangunan-bangunan lain,
sehingga ia digelar “Miracle Mosque Lampuuk”
. Meskipun beberapa sisi bangunan masjid rosak, akan tetapi sebahagian besar tetap utuh dan selamat.
Masjid ini dahulunya dibina dengan dana penjualan sarang burung walit yang dimiliki oleh desa Lampuuk yang terletak di pegunungan kapur. Sebagai mensyukuri hal tersebut, maka penduduk kampung menamakannya Masjid Rahmatullah (rahmat Allah) dan seluruh dinding masjid dicat putih, sempena warna sarang burung walit kelas satu. Ada juga yang menceritakan pembinaannya melalui dana hasil tanaman cengkih yang banyak terdapat di sini.
|
Bahagian atas masjid ini menjadi tempat perlindungan penduduk ketika tsunami Gelombang tsunami 2004 dikatakan setinggi lebih dari 35 meter |
|
Bilik airnya |
|
Balai mengaji kanak-kanak |
Jom masuk dalam masjid!
|
Selepas solat sempat bersembang dengan salah seorang mangsa (duduk tengah) yang terselamat |
|
Ni bahagian wanitanya.....sempat bertanya khabar pada 2 orang ibu' ... menceritakan pengalaman semasa tsunami dan keadaan mereka seka b |
|
Waktu solat hari ini.......3 Jun 2014 |
Meskipun bangunan Masjid Rahmatullah yang baru menjadi lebih megah dari sebelumnya, beberapa sisi masjid bahagian belakang tetap dikekalkan seperti keadaan asalnya yang rosak akibat tsunami. Sekali pandang, kelihatan seperti binaan yang belum siap. Di bahagian ini dipaparkan foto-foto lama sejurus selepas tsunami. Mungkin ini salah satu cara bagi masyarakat Lampuuk untuk selalu mengingati tsunami sebagai kenangan yang tidak akan dilupai, yang tidak hanya merosak masjid, tetapi juga telah mengambil orang-orang yang mereka cintai.
|
Bahagian masjid yang rosak akibat tsunami sengaja tidak dibaiki..... ....dibiarkan keadaan asal sebagai tanda kenangan |
|
Foto-foto lama sejurus selepas tsunami dipaparkan sebagai kenangan |
Ada foto-foto lama sejurus selepas tsunami terpapar di dalam masjid, di sudut kiri belakang yang sengaja dibiarkan rosak tidak diperbaiki. Mungkin Kenangan ini juga boleh dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran serta menimbulkan rasa keinsafan bagi masyarakat setempat dan umum akan peristiwa tsunami 2014 yang telah menghancurkan kampung halaman mereka dan mengorbankan beratus ribu saudara-mara mereka.
|
kerosakan....tinggalan tsunami dalam masjid |
Di bawah ini adalah antara foto-foto yang dipamerkan dalam masjid.
|
Gambaran dari puncak menara masjid |
|
Kerosakan pada masjid terutama bahagian bawah |
|
Kedudukan masjid yang hanya 400 meter dari bibir pantai |
Masjid ini telah dibaiki dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Turki. Ada papantanda yang mengiktiraf bantuan ini dalam bahasa Indonesia:
“Pekerjaan perbaikan mesjid Rahmatullah yang rusak akibat gempa dan tsunami pembangunan dua unit menara dan pagar keliling oleh Bulan Sabit Merah Turki”
|
gambar Google
Bendera Indonesia dan Turki menghiasi pintu gerbang masjid
Namanya juga ditulis dalam 3 bahasa.......Indonesia, Turki dan Inggeris |
BSM Turki juga telah membuat sebuah perkampungan baru di sekitar masjid. yang kini digelar Kampong Turki. Ia adalah antara bantuan rumah yang paling baik di Aceh. Sebanyak 700 buah rumah telah dibina dan disumbangkan kepada penduduk.
|
Rumah bantuan BSM Turki......Kampong Turki
Setiap rumah ada logo bendera Turki di dinding |
|
gambar Google
Kawasan berhampiran masjid....sejurus selepas tsunami dan terkini......
Tambahan 2 menara dan pagar keliling masjid dari sumbangan BSM Turki
Rumah-rumah bantuan Turki juga berada di kawasan ini |
Masjid ini juga dikenali sebagai "Masjid Delisa" di kalangan peminat filem kerana dikaitkan dengan filem 'Hafalan Shalat Delisa'. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel di bawah judul yang sama. Walaupun filem ini berlatarkan daerah Nanggroe Aceh Darussalam, tetapi penggambarannya tidak dilakukan di daerah asalnya demi menjaga perasaan warga setempat ketika itu. Sebaliknya syuting filem tersebut berlangsung di Pantai Ujung Genteng, Sukabumi, Jawa Barat. Selain di Pantai Ujung Genteng, pengambilan gambar juga dilakukan di Bogor dan Aceh. Di Aceh cuma mengambil lokasi-lokasi penting sahaja, seperti bangunan, masjid, dan lain-lain,
Filem HSD menceritakan tentang Delisa, yang ingin sangat
|
Novel karya Tere liye |
menguasai hafalan solat, khususnya Surah Al-Fatihah. Pagi 26 Desember 2004, ketika Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian amali solat, tiba-tiba terjadi gempa bumi menyebabkan ibu, Delisa dan saudara-saudaranya takut. Namun keadaan kembali normal buat seketika hingga membolehkan Delisa ke Meunasah meneruskan ujian solatnya. Tiba-tiba tsunami melanda, ketika Delisa sedang khusyuk membaca surah Al-Fatihah semasa ujian praktikalnya. Gelombang tsunami menggulung desa kecil, tempat mengaji dan tubuhnya. Delisa tidak berganjak, walaupun tsunami menggulung tubuh kecilnya. Dia tetap khusyuk komat-kamit membaca hafalan solatnya.
Seorang tentera, bernama Smith, kemudian menjumpai Delisa, setelah pengsan beberapa hari di bukit berbatu. Sayangnya, kecederaan teruk menyebabkan kaki kanan Delisa terpaksa dipotong. Penderitaannya menarik simpati dan belas kasihan ramai orang. Alhamdulillah Abi Usman, ayahnya yang bertugas sebagai kelasi kapal berjaya bertemu kembali dengan Delisa.. Dia gembira dapat bersama-sama dengan ayahnya semula, meskipun sedih mendengar berita bahawa ketiga kakaknya telah pergi ke syurga, dan Umminya belum dijumpai.
|
Filem HSD.....2011 |
HSD adalah kisah benar. Karekter Delisa ini memang benar-benar wujud. Cuma yang berbezanya, Delisa dalam cerita berasal dari kecmatan Lhoknga manakala Delisa asli pula lahir di Ulee lheue.
Petikan kisah Delisa ketika berlakunya tsunami sehingga waktu dia diselamatkan.
|
Delisa sebenar |
Saat itu katanya ia masih berusia 8 tahun lebih 15 hari. Ia masih
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
ReplyDeleteSALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
• DRIVER
• PATROL
• EKSIDENT INSURANCE
• GOVERNMENT TAX