Pada tahun ini juga anak perempuan tunggal saya melangsungkan perkahwinannya pada 25 Disember 2017. Jadi saya mengambil kesempatan bercuti ke Jogja ini untuk "shopping" barang-barang keperluan sebagai persediaan majlis perkahwinannya. Oleh kerana itu lawatan kali ini bukan sahaja dianggap sebagai 'bercuti sambil bekerja' tetapi termasuk juga aktiviti membeli-belah.
Mungkin apa yang saya akan kongsikan nanti sudah agak lama berlalu tetapi tujuan utama catatan pengalaman ini lebih kepada menjadikannya sebagai koleksi peribadi saya insya Allah.
Bandar udara Adisutjipto - mungkin sekarang tidak lagi menjadi international airport .... petang 25 Sept 2017 |
Ketika di Jogja kami diberi penginapan di hotel bertaraf 5 bintang. Sangatlah mewah keadaan biliknya, alhamdulillah! Bukan selalu dapat yang semewah ini😃
Ucapan selamat datang secara individu siap dipancar dalam tv |
Hotel Tentrem .... kolam renang yang kelihatan begitu mewah sekali |
... di kawasan lobinya bersama pengangkutan tuk tuk yang dijadikan sebagai hiasan |
Namanya sendiri pun mengelirukan. Mana yang benar, Yogyakarta atau Jogjakarta? Kalau diperhatikan kedua-dua nama ini digunakan secara meluas. Cuma namaYokyakarta digunakan dalam urusan resmi, manakala Jogjakarta pula dalam bahasa seharian. Terpulanglah kita hendak guna yang mana tetapi bagi saya lebih sedap menyebut Jogja sahaja.
Yokyakarta adalah ibu kota dan pusat pemerintahan Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Kota Yogyakarta adalah kediaman bagi Sultan Hamengkubuwana dan Adipati Paku Alam. Ia merupakan salah satu kota terbesar di Indonesia dan kempat terbesar di wilayah Pulau Jawa bahagian selatan setelah Bandung, Malang dan Surakarta, menurut jumlah penduduk.
Kami hanya ada 2 hari untuk berjalan-jalan di sini. Oleh kerana terdapat begitu banyak sekali tempat menarik yang boleh dikunjungi, kami terpaksa membuat pilihan yang mana satu yang akan kami lawati dan meranacang dengan baik perjalanan kami. Untuk tujuan ini kami telah memutuskan sehari untuk lawatan di luar kota dan sehari lagi untuk tempat-tempat yang berhampiran dengan kota.
Yokyakarta adalah ibu kota dan pusat pemerintahan Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Kota Yogyakarta adalah kediaman bagi Sultan Hamengkubuwana dan Adipati Paku Alam. Ia merupakan salah satu kota terbesar di Indonesia dan kempat terbesar di wilayah Pulau Jawa bahagian selatan setelah Bandung, Malang dan Surakarta, menurut jumlah penduduk.
Destinasi pelancongan yang berada jauh dari kota Jogja |
28 September 2017
Pada hari ini kami melawat candi Borobudur dan Gunung Merapi. Kedua tempat ini berada jauh dari kota Jogja. Jadi untuk tujuan lawatan ini, kami telah menyewa sebuah kereta bersama supirnya dan benzin dengan bayaran sebanyak 400k rupiah, untuk hari ini sahaja.
Borobudur
Perjalanan dengan kereta dari kota Jokja ke Borobudur mengambil masa selama sejam lebih sedikit.
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terbesar di dunia, yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Kawasan Borobudur ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia sejak 1991. Ia juga termasuk dalam 7 keajaiban dunia.
Kemudahan dan tarikan-tarikan lain yang berada dalam Borobudur Park |
Borobudur .... pagi 27 Sept 2017 |
Pengiktirafan UNESCO - Borobudur sebagai Warisan Dunia |
Ke puncak tidak berapa tinggi ..... |
Borobudur Park |
Candi Borobudur dari bawah |
.... pemandangan dari atas |
Borobudur apabila dilihat dari atas berbentuk empat segi. Ia mempunyai 9 tingkat, di mana 6 tingkat bawah berbentuk empat segi manakala 3 tingkat atasnya berbentuk bulat. Ada stupa induk berbentuk loceng di tengah candi dan ia menjadi puncak tertinggi monumen, iaitu 35m dari permukaan tanah. Stupa puncak tersebut pula dikelilingi oleh tiga barisan dari 72 stupa berlubang dan ada juga yang menempatkan patung Buddha di dalamnya.
Di tengah itu adalah stupa induk dikelilingi oleh sebarisan stupa (paling hampir) yang berlubang empat segi |
Ini barisan kedua (terhampir dengan stupa induk) stupa yang berlubang bentuk rombus |
Di sebelah kiri ini pula barisan ketiga stupa yang mengelilingi stupa induk .... dalamnya ada patung Buddha |
Ini bahagian tingkat yang berbentuk 4 segi .... ada sebanyak 504 buah patung Buddha ( seperti di kiri gambar ) dalam berbagai saiz dan posisi di candi ini |
Pemandangan dari tingkat berbentuk bulat .... |
Dinding Candi juga dihiasi dengan kira-kira 2,672 panel relief .... contoh dinding di sebelah kiri |
Peta Taman Arkeologi Borobudur |
Gambar dari video yang dimainkan |
Kapal Samudraraksa |
Gambar kenangan |
Gunung Merapi
Dalam pukul 11.15 pagi kami sudah keluar dari taman arkeologi Borobudur ini. Dari sini kami terus menuju ke Gunung Merapi untuk mengikuti aktiviti "Merapi Lava Tour".
Kedudukan Gunung Merapi di 2 wilayah |
Gunung ini sangat merbahaya kerana menurut catatan moden ia meletup setiap dua atau lima tahun sekali dan dikelilingi oleh permukiman yang sangat padat. Kota Magelang dan Kota Yogyakarta adalah kota besar terdekat, berjarak kurang dari 30 km dari puncaknya. Di lerengnya masih terdapat permukiman sampai ketinggian 1700 m dan hanya berjarak empat kilometer dari puncak.
Merapi Lava Tour
Dalam aktiviti ini kita dapat melihat lava atau lahar yang berasal dari letupan gunung Merapi pada tahun 2010. Bagi tujuan ini ada ejen yang menyediakan perkhidmatan jeep dengan mengambil pakej-pakej tertentu. Mereka akan membawa kita menyusuri daerah-daerah yang hancur akibat letupan gunung Merapi 2010 dan mengunjungi tempat-tempat bersejarah pasca letupan.
Ada beberapa pilihan pakej yang boleh diambil dengan harga yang berbeza dan juga laluan yang berbeza. Kami memilih pakej Jeep Short dengan harga 350k rupiah dan perjalanan selama lebih kurang 90 minit. Antara tempat menarik yang disinggah melalui pakej ini : Muzium Mini Sisa Hartaku, Batu Alien dan Bunker Kaliadem.
1. Museum Mini Sisa Harta Ku
Museum ini terletak di Dusun Petung, Desa Kepuharjo, Kecamatan Cangkringan, Sleman. Museum ini merupakan satu dari sekian banyak rumah yang hancur akibat letusan Gunung Merapi tahun 2010. Keadaan rumah yang rosak teruk mampu membuat kita membayangkan betapa mengerikannya bencana letupan Merapi yang terjadi pada tahun itu.
Dalam aktiviti ini kita dapat melihat lava atau lahar yang berasal dari letupan gunung Merapi pada tahun 2010. Bagi tujuan ini ada ejen yang menyediakan perkhidmatan jeep dengan mengambil pakej-pakej tertentu. Mereka akan membawa kita menyusuri daerah-daerah yang hancur akibat letupan gunung Merapi 2010 dan mengunjungi tempat-tempat bersejarah pasca letupan.
Jeep-jeep yang tersedia ada |
1. Museum Mini Sisa Harta Ku
Museum ini terletak di Dusun Petung, Desa Kepuharjo, Kecamatan Cangkringan, Sleman. Museum ini merupakan satu dari sekian banyak rumah yang hancur akibat letusan Gunung Merapi tahun 2010. Keadaan rumah yang rosak teruk mampu membuat kita membayangkan betapa mengerikannya bencana letupan Merapi yang terjadi pada tahun itu.
Letupan terakhir Gunung Merapi pada 2010 ... Koleksi gambar ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan |
Speda motor sebagai salah satu saksi bisu .... menggamit memori |
Rangka Haiwan |
Model bangunan yang kini muzium sebelum letupan |
Jam Letupan ... cukup terkesan bila melihatnya |
Saki-baki perabot rumah |
Cuba bayangkan kepanasan di waktu ini apabila melihat TV dan lain-lain peralatan rumah hancur meleleh |
2.Batu Alien
Batu Alien merupakan salah satu batu besar yang keluar dari mulut gunung merapi ketika letupan tahun 2010. Ia memiliki diameter lebih kurang 5 meter. Batu tersebut digelar batu Alien karena bentuknya yang menyerupai wajah manusia. Jika dilihat dari sebelah kiri batu, nampak jelas bentuk batu seperti kepala manusia lengkap dengan mata, hidung, mulut, telinga, dagu dan kening. Ramai orang berpendapat bahawa wajah di batu tersebut menunjukkan kesedihan atau sedang menangis.
Batu A[ien ... kelihatan seperti muka yang sedih |
Bandingkan saiznya dengan kami ... perlu ambil foto dari sudut tertentu untuk dapat melihat dengan jelas wajahnya |
Kawasan berhampiran .... petang ini cuaca mendung |
3. Bunker Kaliadem
Pada tahun 2005, dibina sebuah bunker di lereng gunung Merapi, tepatnya di dusun Kaliadem, Desa Kepuharjo, Kecamatan Cangkringan, Sleman. Tujuannya ialah sebagai tempat perlindungan atau persembunyian ketika gunung Merapi meletus. Bunker tersebut berukuran 12 x 8 meter dan terletak di bawah tanah dengan kedalaman sekitar 3 meter. Di dalam bunker dilengkapi sebuah ruang tabung oksigen, kamar mandi, dan lampu untuk penerangan.
Pada tahun 2006 lalu, bunker ini tertimbun dengan lava akibat letupan gunung Merapi. Di dalam bunker tersebut dijumpai 2 orang mayat yang meninggal terbakar kerana suhu lava yang sangat panas Tahun 2010 bunker Kaliadem sekali lagi ditimbun ava akibat letupan gunung Merapi. Meskipun sudah 2 kali tertimbun lava merapi, namun sehingga hari ini bangunan bunker masih berdiri dengan kokoh.
Keadaan Bunker selepas letepun 2010 |
Hanya bergambar dari luar ... tidak masuk kerana hari hujan menyebabkan keadaan licin dan merbahaya |
Juga tidak sempat naik ke sini kerana hujan semakin lebat |
Dari atas bunker, dikatakan kita dapat melihat aliran lava di sungai Gendol. Kita juga dapat melihat bukit Glagahsari dari sana. Di sekitar bunker pula terdapat hamparan pasir batu yang terlihat seperti gurun.
Keadaan kawasan yang berpasir batu |
Jeep yang membawa kami (Grinata Adventure) .... bersedia untuk perjalanan balik |
Pakej yang kami ambil ini tidaklah mengambil masa yang lama tetapi perjalanan yang dilalui sangatlah memenatkan. Kami terpaksa melalui jalan yang sudah terbelah dan berlubang-lubang. Ketika berada dalam jeep, terasa seperti terlambung-lambung dengan hentakan-hentakan yang menyakitkan. Nasib baik kami belum makan tengahari lagi. Jika tidak, saya pasti akan terkeluar isi perut disebabkan keadaan ini.
Satu pengalaman yang sangat menarik dan menginsafkan kerana melihat kerosakan teruk mukabumi yang dilalui. Kekuasaan Allah yang tiada siapa dapat menahannya, jika Dia menghendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia.
Related post:
Jogjakarta - Never Ending Asia ( part 2 )Related post:
No comments:
Post a Comment