Showing posts with label Iman dan Amal. Show all posts
Showing posts with label Iman dan Amal. Show all posts

Wednesday 28 January 2009

Apabila manusia jadi binatang


Al-Quran, surah At-Tin ayat 4-5 yang bermaksud,

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ( neraka ) "

Allah menciptakan manusia dalam keadaan yang terbaik dan bentuk yang sangat sempurna. Dia mencipta  manusia dengan susuk badan yang stabil, iaitu kepala di atas, kaki di bawah dan makan dengan tangan. Dia juga menganugerahkan akal fikiran dan kemampuan memanupulasi makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bahkan akal fikirannya jauh menjangkau luas  untuk memanupulasikan sumber asli lain untuk tujuan dan manfaatnya seperti apa yang sedang kita alami di zaman sains dan teknoloji ini.

Fitrah kejadian manusia yang disediakan oleh Allah mengajak kepada berkasih sayang. tolong menolong, mengutamakan keadilan dan berakhlak mulia. Namun ada kala manusia terjerumus ke lembah kejahatan lantaran faktor sekeliling yang menggerakkan elemen-elemen jahat. Ketika itu dia lupa dengan fitrahnya dan kembali kepada kebinatangannya. Dia melakukan amalan penghuni neraka. Maka dia berada di tempat yang paling rendah dan lebih dahsyat daripada semua binatang buas.

Cuba kita lihat  apa yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Inilah yang dikatakan keadaan manusia yang apabila lupa akan fitrahnya dia mengganas lebih daripada binatang buas.

gaza_beit_hanoun_dead_girl



gaza_dead_boy



gaza_new_weapon_legs1



gaza_new_weapon_molten_head



gaza_shot_foetus



gaza_headshot1




Monday 30 June 2008

Ibu oh Ibu!


Dalam surah al-Israk: 23, Allah berfirman yang bermaksud,

" Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Nabi pula pernah ditanya oleh seorang pemuda.

" Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik? ”.
Rasulullah bersabda, " Ibumu "
Kata pemuda itu, " Lagi? "
Jawab baginda, " Selepas itu, ibumu "
" Selepas itu? " tanya pemuda itu lagi.
" Ibumu ", kata Nabi.
Pemuda itu bertanya lagi, " Selepas itu? "
" Bapamu ” , balas Rasulullah.
(HR Bukhari dan Muslim)

Hanya selepas Nabi menjawab 3 kali ibumu, barulah disebut bapamu. Ini menujukkan menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana dia tidak menyalahi perintah Allah.

Ibu sendiri-Ibu mertua, Ibu tiri-Ibu angkat

Antara empat di atas manakah ibu yang paling baik? Kalau ditanya pada anak-anak yang normal sudah pasti jawapannya ibu sendiri. Namun pada hakikatnya jawapan yang standard ini tidaklah sentiasa benar. Dalam keadaan yang tertentu mana-mana ibu di atas boleh menjadi ibu yang paling baik.

Ada seorang kawan saya menceritakan mengenai ibunya yang membuat dia berada dalam keadaan serba salah. Dia tersepit di antara ibunya yang tidak berpuas hati dengannya dan suami yang tidak suka dengan sikap ibunya. Ibunya merasakan tidak cukup bantuan kewangan bulanan yang disumbangkan oleh mereka berdua walaupun kawan saya itu nampak apa yang mereka beri itu cukup bagi tujuan memenuhi perkara asas dalam kehidupan. Mereka tidak mampu untuk memberi lebih kerana mereka juga kena menyumbang kepada kaluarga suaminya. Dia memuji Ibu mertuanya yang sangat prihatin dengan keadaan mereka. Sebelum ibu mertuanya menerima sebarang sumbangan daripada mereka dia akan bertanya samada mereka sekeluarga mempunyai belanja yang mencukupi.

Apa yang dipersoalkan oleh suaminya ialah sikap ibunya yang suka menceritakan keburukan mereka berdua yang seolah-olah mengabaikan tanggung-jawab mereka, kepada sanak saudara yang datang menziarahinya. Lebih menyedihkan lagi ibunya cuba membandingkan dirinya dengan kakaknya, yang lebih bermewah dengan ibunya. Ini kerana kakaknya mempunyai suami yang lebih lumayan pendapatannya dan berasal dari keluarga yang kaya. Keadaannya bak kata pepatah, marah anak sindir menantu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu"
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Anak-anak adalah amanah dari Allah yang diberi kepada ibu-bapa untuk dijaga, dipelihara serta dididik dengan membimbing mereka ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Bimbingan ini seharusnya berterusan walaupun selepas mereka berumahtangga.

Ibu-bapa dituntut agar berlaku adil terhadap anak-anak kerana sikap membeza-bezakan anak boleh menjadi faktor yang merosakkan jiwa dan peribadi mereka. Keadaan ini boleh menimbulkan perasaan hasad dengki di kalangan anak-anak yang seterusnya menyebabkan mereka saling bergaduh serta hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

Sewajarnya ibu-bapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, bijak atau bodoh, cantik atau tidak, sempurna atau cacat, kaya atau miskin, kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata. Hubungan antara ibu-bapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab. Bukan hubungan kasih sayang semata-mata yang mana banyak mendorong  ibu-bapa bersikap tidak adil terhadap anak-anak.

Sesungguhnya ibu-bapa yang adil akan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang disebut Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:
Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak per" empuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga."
(Hadis diriwayat Abu Daud & Hakim)

Doa seorang ibu juga adalah penting bagi anak-anak untuk mencapai kehidupan yang sejahtera dunia dan akhirat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya."
(Hadis riwayat ad-Dailami)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
 “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya.”
(Hadis hasan al-Tirmizi)

 Berdasarkan hadis ini, beruntunglah mereka yang ibu bapanya mendoakan kebaikan kepadanya. Rugilah mereka yang menyebabkan ibu-bapa murka sehingga mendoakan sesuatu yang buruk.

Doakanlah kesemua anak-anak kita. Kalau ada 10 orang anak, doakan untuk kesemuanya. Walaupun perangai anak-anak ada yang baik dan ada yang buruk, janganlah lupa mendoakan mereka. 

Sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Jika marahkan anak-anak, berhati-hati dengan ayat yang keluar dari mulut kita. Apa yang kita katakan adalah doa. Jangan tersalah doa...kasihanilah anak-anak.

Friday 25 April 2008

Bersedekah Membuat Bahagia

Penyelidikan Psikologi Kanada: Bersedekah Membuat Bahagia !



Penyelidikan psikologi Kanada terbaru menunjukkan, makin banyak wang yang anda sumbangkan menolong sesama insan , atau dalam bentuk memberi hadiah kepada orang lain, maka anda makin bahagia!

Demikian hasil kajian Elizabeth Dunn, pakar psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada. Rencana penyelidikan ini diterbitkan baru – baru ini di jurnal ilmiah terkemuka dunia, Science, volume 319, tanggal 21 Mac 2008. Di muat di halaman 1687 -688, karya ilmiah yang mengejutkan itu terpampang dengan tajuk "Spending Money on Others Promotes Happiness" (Membelanjakan Wang untuk orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan).

Penyelidikan terkini tersebut menunggangbalikkan ilmu ekonomi selama ini diajarkan turun-temurun bahawa makin banyak wang yang dimiliki makin bahagia kehidupan seseorang dan berbelanja untuk diri sendiri adalah yag paling membahagiakan. Penemuan itu menunjukkan, yang terpenting bukanlah jumlah wang yang kita punya, tetapi bagaimana kita membelanjakannya! Orang yang menyedekahkan wangnya untuk membantu mereka yang memerlukannya, atau membeli hadiah untuk diberikan kepada orang lain ternyata lebih bahagia daripada mereka yang menghamburkan wang untuk kepuasan diri sendiri. Penyelidikan sama, sekitar 3 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa golongan kaya lebih sedikit bahagia daripada golongan miskin. Akan tetapi kaitan antara kekayaan dan kebahagiaan tersebut lemah, dan pakar ekonomi berusaha keras mencari penjelasan atas pertanyaan, misalnya, mengapa di Amerika Syarikat warganya tidak menjadi lebih bahagia ketika harta benda mereka semakin berlimpah.

Pakar psikologi sosial, Elizabeth Dunn, dalam kajiannya ingin menemukan jenis pembelanjaan wang seperti apa yang sebenarnya membuat orang bahagia. Ia dan rakannya meneliti 109 mahasiswa universitinya. Tidak hairan, kebanyakan berkata bahawa mereka lebih bahagia dengan wang 20 dolar sehingga hanya 5 dolar. Para mahasiswa itu menambah bahawa mereka akan membelanjakannya untuk diri sendiri sehingga ke jawapan untuk orang lain. Dalam kajian yang lain, Dunn dan kumpulannya memberi 46 mahasiswa lain dengan sampul surat berisi wang 5 dolar atau 20 dolar, tetapi tidak membiarkan mereka bebas memilih untuk apa wang tersebut akan dibelanjakan tetapi sebaliknya menyuruh mereka membelanjakan wang itu untuk hal-hal tertentu. Menariknya, mahasiswa yang mengeluarkan wang untuk amal kemanusiaan atau membeli hadiah untuk orang lain pada akhirnya lebih bahagia dibandingkan mereka yang membelanjakannya untuk kepentingan peribadi , seperti melunasi hutang atau bersenang-senang. Ternyata fenomena ini tidak berlaku untuk kalangan mahasiswa saja . Kelompok kaji-selidik Dunn juga dilakukan di kalangan penduduk serantau Amerika Syarikat . Dia dan rekannya mengumpulkan data tentang gaji, pengeluaran, dan tingkat kebahagiaan dari 632 orang. Kesimpulannya sungguh menarik. Di kelompok tersebut, kebahagiaan ternyata ada hubungannya dengan jumlah wang yang dikeluarkan untuk orang lain daripada jumlah bersih bonus atau gaji. Hasil penemuan ini "membenarkan dugaan kami lebih kuat daripada yang berani kami impikan," kata Dunn.

Sekali memberi mungkin menjadikan seseorang bahagia dalam sehari, tetapi ketika kebiasaan memberi ini menjadi satu cara hidup, kelihatan kebahagiaan itu mampu bertahan lama, jelas Dunn. Beliau berharap penemuan ini pada masa akan datang boleh dijadikan faktor pertimbangan bagi mereka yang ingin membuat kebajikan. Pemerintah harus memanfaatkan sikap positif ini dalam rangka mewujudkan masyarakat yang cenderung memberikan harta mereka untuk kebaikan orang lain, sehingga bertambahnya kekayaan penduduk beriringan dengan semakin meningkatnya kebahagiaan mereka.