Showing posts with label Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Istanbul. Show all posts

Friday 11 November 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul

Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )

Foto - Mr Google
Berkunjung ke Turki, rugi rasanya kalau tidak melihat keindahan dan keunikan Blue Mosque atau Masjid Biru. Cirinya yang paling menonjol ialah ia dihiasi dengan 20 ribu kepingan jubin yang berwarna biru, hijau dan putih .Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya  Ini menjadikannya salah satu simbol dan struktur utama bandar Istanbul dan juga telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul. Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.

Masjid Biru Istanbul dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina maharaja Byzantine iaitu Constantinople  Ia direka oleh arkitek diraja Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan. .Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Usmaniyyah dan gereja Byzantine. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantine dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid agung yang terakhir pada zaman klasik.
.
Masjid Biru dilihat dari Sultanahmet Square
Masjid Biru  dari dekat - lihat kubah-kubahnya yang tersusun indah


Melihat-lihat bahagian luar masjid
 dengan lebih dekat sebelum masuk ke dalam .....
Jom masuk!
Lihat keadaan dalam masjid yang begitu ramai sekali dengan
pelancong dari pelbagai negara pada hari ini......17 Feb 2014
Central dome and semi-domes ......  apabila dilihat dari luar
kubah-kubah ini bersusun bagaikan alunan ombak

Kubah utama - warna biru menyerlah ..... sama seperti
kebanyakan bahagian lain dalam masjid ini .....maka

kerana itulah ia dikenali sebagai Masjid Biru
Ada lebih 200 tingkap kaca seperti ini
 yang membenarkan cahaya masuk  menerangi masjid

Ruang solat yang luas - diterangi dengan cendelier lampu lilin letrik
 di samping cahaya semulajadi dari luar

 melalui tingkap kaca yang begitu banyak sekali
Me ...... in the Blue Mosque or Sultan Ahmed Camii
Bersama lampu-lampu yang bergantungan di candelier, di belakang, (diceritakan) ada terselit beberapa biji telor burung unta. Namun begitu saya sendiri tidak nampak telor burung ini ...... apa rahsianya?

Permaidani sutra menutupi lantai ruang solat yang
mampu memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa
Banyak terdapat barang-barang dan hadiah berharga di masjid ini, termasuk Al Quran tulisan tangan. Seramik yang menghiasi dinding masjid bermotifkan daun, tulip, mawar, anggur, bunga delima atau motif-motif geometris. Terdapat 260 jendela di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada di dalamnya, suasananya teduh dan sejuk.

Rahsia telor burung unta (ostrich egg)

Ada satu perkara pelik yang menjadi kepercayaan dan amalan tradisi orang Turki yang juga dibuat dalam masjid ini. Mereka menggantungkan telur burung unta bersama lampu-lampu di candelier bagi tujuan menghalau labah-labah daripada membuat sarang dalam masjid. 

Mengikut tradisinya, mereka akan ambil sebiji telur burung unta itu dan mencucuknya untuk dibuat lubang sebesar jarum sebelum menggantungkannya. Bahagian dalam telur akan membusuk secara perlahan dan mengeluarkan bau yang sangat busuk yang tidak dapat dihidu oleh manusia kerana hidung kita tidak cukup sensitif, tetapi serangga dan labah-labah tidak tahan baunya sehingga menjauhinya. Mengikut kepercayaan mereka ia berkesan sehingga 100 tahun.
;
Di penghujung hari (sebelum gelap) kami dibawa melawat Masjid Sultan Suleiman 'The Magnificent'. Jalan ke masjid ini ada masalah untuk dilalui oleh bas kami. Jadi bas terpaksa parking agak jauh dari masjid dan kami kena berjalan ke situ. Ramai juga yang tidak ikut sekali melawat masjid kerana  keletihan termasuklah saya. 

Dalam masjid ini mereka juga ada menggantungkan telor burung unta di candelier bersama lampu-lampunya. bagi tujuan yang sama.

Ada beberapa biji telor burung unta bergantungan di candelier
Ini di 
Masjid Süleymaniye
Gambar telor yang lebih jelas ....
tidak seperti di Masjid Biru
Saya tidak pergi melawat masjid ini. Gambar-gambar telor ini diambil oleh suami. Jadi saya tidak mahu menulis lebih-lebih tentangnya .... cukup sekadar mengatakan bahawa masjid ini adalah yang kedua terbesar di Turki buat masa ini, tetapi kalau mahu tahu cerita lebih, boleh lawat link Masjid Sultan Sulaiman.


Wednesday 26 October 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )


Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul

Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Hippodrome  
Selepas keluar dari Istana Topkapi kami di bawa berjalan-jalan di Sultanahmet Square untuk melihat bekas tapak sebuah bangunan seperti stadium di zaman Empayar Byzantine (Rom Timor) yang digelar Hippodrome. Ada beberapa struktur tinggalan sejarah Byzantine ini yang masih kekal berdiri dengan baik. Ia adalah sebahagian dari karya seni yang dibawa dari berbagai wilayah  di bawah takluknya ke sini, sebagai monumen yang menghiasi Hippodrome Constantinople. Ia juga adalah sebagai  lambang kemegahan bertujuan untuk menaikkan imej Constantinople sebagai ibu negeri Empayar Byzantine yang baharu.

Petikan dari http: blog.istanbultourstudio.com

Hippodrome of Constantinople was built for chariot racing, which was the most important sports of the Byzantines. Nevertheless, it was more than a place for chariot races and other sports activities. Located in Sultanahmet/Istanbul, the hippodrome was also home to gladiatorial games, official ceremonies, celebrations, protests, torture to the convicts and so on. The word “hippodrome” comes from the Greek hippos (horse) and dromos (way). Hippodrome functioned all in Roman (203-330 CE), Byzantine (330-1453 CE), and Ottoman (1453-1922) periods.


During the Byzantine period, the Hippodrome was the centre of the Constantinopolitans’ everyday life. Huge amounts were bet on chariot races, and there were four teams took part in these races, each one financially sponsored and supported by a different political party (Deme) within the Byzantine Senate: The Blues (Venetoi), the Greens (Prasinoi), the Reds (Rousioi) and the Whites (Leukoi).

Today, the area is known as Sultanahmet Square and it follows the ground plan and dimensions of the hippodrome.
Reconstruction of the Hippodrome of Constantinople by Antoine Helbert
Hippodrome of Constantinople today (Sultanahmet Square)
sumber foto - istanbultourstudio.com
Dua monumen dari era Byzantine yang terdapat di Sultanahmet Square
 Obelisk of Theodosius (digelar Cleopatra's needle) - dibawa dari Alexandria Mesir 
Tempat asalnya adalah di Luxor Mesir dibina oleh Firaun Thutmose ke-3
Cleopatra's Needle ini dikatakan berumur lebih dari 3500 tahun
Serpent Column - di buat dari gangsa sempena meraikan kemenangan
 Rom ke atas Parsi dalam 'Persian Wars' dan dibawa dari Greece
Walled Obelisk - dibina di sini
Pemandangan di Sultanahmet Meydani (Square)
Berhampiran dataran ini juga terletaknya Blue Mosque yang menjadi destinasi lawatan kami seterusnya. Jom ke sana pulak!




Monday 17 October 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih  2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Februari 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur unruk berada di sini selama 3 hari 2 malam.

Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Topkapi Palace (Topkapi Sarayi)


Istana Topkapi di daratan ....... pemandangan dari Golden Horn
Sumber gambar - wikipedia.org
Istana ini terletak di titik pertemuan Selat Bosphorus, Tanjung Tanduk Emas (Golden Horn) dan Laut Marmara. Ia sebuah kompleks yang mempunyai taman-taman indah yang menghubungkan antara satu bangunan dan bangunan lainnya. Ia didirikan di atas tanah seluas 700 ribu meter persegi, Istana Topkapi mulai dibina pada 1459 atas perintah Sultan Mehmed II yang ingin menjadikannya sebagai pusat Kesultanan Turki Usmaniyah. Dicatatkan dalam sejarah tidak kurang dari 24 orang sultan telah mendiami istana ini, selama 4 abad pemerintahan Kesultanan Usmaniyah. Selain sebagai tempat kediaman sultan, Istana Topkapi juga merupakan pusat pemerintahan Turki pada masa lalu.

 Kepentingan Istana Topkapi mula merosot pada akhir abad ke-17 kerana sultan lebih suka menghabiskan masa di istana baru mereka di Bosphorus. Pada tahun 1856, Sultan Abdul Mejid I memindahkan kediamannya ke Istana Dolmabahçe.  Setelah jatuhnya Usmaniyah pada tahun 1921, istana ini dijadikan muzium berdasarkan ketetapan pemerintah pada 3 April 1924. Istana ini merupakan sebahagian dari "Wilayah Bersejarah Istanbul", yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.


          Floor plan of Topkapi palace          
sumber gambar - kilyos.ee.bilkent.edu.tr

A The first court
B The second court
C The third court
D The fourth court
1 The middle gate (gate of greeting)
2 The kitchens (Chinese and Japanese Porcelain - Silverware)
3 The hall of Divan
4 The tower of justice
5 The armoury
6 The gate of Felicity
7 The Throne room
8 The costumes
9 The treasury
10 The Miniature painting collection
11 The clocks
12 The Pavilion of the Blessed Mantle
13 Mecidiye Pavillon
14 Iftariye (breakfast) and Baghdad Pavilion
15 The Harem

Bangunan Istana Topkapi terbahagi kepada empat bagian besar yang dipisahkan oleh tiga gerbang utama. Pada bahagian pertama istana terdapat sebuah gereja yang dibina oleh orang Rom. Ada 3 buah gerbang masuk menuju Istana Topkapi iaitu Bab-i Humayun, Bab As Salam dan Bab-i Sadeet.

Bab-i Humayun (Imperial Gate)
Setelah masuk ke dalam gerbang ini, kita akan bertemu dengan halaman terdepan istana. Halaman ini berupa taman yang luas dengan pohon yang rendang dan bunga-bunga. Dulunya halaman ini di gunakan sebagai tempat berlangsungnya berbagai acara kerajaan.

Imperial Gate - foto dari wikipedia.org
Imperial Gate - pintu masuk pertama dari jalanraya ....
foto diambil waktu tengahari 17 Feb 2014
Taman di halaman pertama Istana
Tembok yang memisahkan kehidupan Istana dari rakyat jelata
The Byzantine church of Hagia Irene .....
antara bangunan yang masih kekal di bahagian pertama Istana
tetapi kini tidak lagi berfungsi sebagai gereja
Bab As Salam (Salutation Gate)
Gerbang yang kedua merupakan gerbang utama untuk masuk ke dalam istana. Salutation Gate merupakan tembok dengan 2 menara besar di sisi kiri dan kanannya. Rekabentuk gerbang ini di pengaruhi oleh senibina bergaya Byzantin. Di hal istana ini kita akan menemui dapur istana, istana harem (hareem section), dan gudang penyimpanan senjata.


Salutation Gate
Bab-i Sadeet (Akagalar Gate)
Akagalar Gate atau Felicity Gate ini adalah pintu masuk ke halaman utama (3 dan 4) istana. Di halaman utama istana inilah letaknya beberapa bangunan-bangunan penting seperti tempat penyimpanan harta kerajaan.
The Gate of Felicity
The Audience Chamber, also known as Audience Hall
 or Chamber of Petitions (Arz Odası) .... di halaman ke 3 Istana
Baghdad Pavilion .... di halaman ke 4 Istana
Ini tamannya ....
Lain-lain bangunan yang terdapat di halaman ini
Seluruh bahagian Istana Topkapi boleh dimasuki pelawat, kecuali The Harem. Ini adalah tempat yang dulu jadi tempat tinggal keluarga kerajaan. Ada lebih dari 400 buah bilik yang tersebar mengelilingi taman.

Salah satu taman yang banyak terdapat di Istana
Anak panah menunjuk ke arah Topkapi Sarayi Muzesi
...... di mana tersimpannya 'Treasures of Turkey'
Bersantai di taman sementara menunggu yang lain-lain berkumpul
Lihat aksi tour leader kami memanggil anak-anak buahnya berkumpul
Istana Topkapi terletak di atas bukit. Dari sini para pelawat boleh melihat betapa indahnya pemandangan Selat Bosphorus dan Laut Marmara.

Selat Bosphorus
Pemandangan dari Istana Topkapi
Petikan dari Wikipedia:
Located next to the Grand Kiosk is a popular and high-end restaurant. The restaurant has been visited by guests such as Queen Elizabeth II of the United Kingdom, First Lady Jackie Kennedy, President Richard Nixon, and boxer Mohammed Ali, among many others.The terrace of the restaurant offers a panoramic view of the Bosphorus and the Asian side. Most tourists come here to take pictures of the sea and the city.

Restoran 'glamour' itu berada di bawah ....indah latarnya
..... kawasan ini terletak di halaman ke 4 Istana
Suasana di sini pada 17/2/2014 waktu tengahari ..... berebut-berebut
mencari lokasi menarik untuk berfoto
Sebagai muzium, pemerintah Turki menggunakan Istana Topkapi untuk menyimpan berbagai benda peninggalan sejarah dan barang-barang berharga peninggalan kesultanan Turki Usmaniyah.

Salah satu ruangan menyimpan harta karun berupa perhiasan. Beragam batu mulia, emas, dan perhiasan dari Timur Tengah, India, dan Eropah dipamer di ruangan ini. Namun harta karun tidak ternilai yang sangat penting bagi umat Islam berada di ruangan lainnya.

Di salah satu ruangan berkubah, terdapat pedang dan jubah Nabi Muhammad SAW. Jubah tersebut disimpan rapi dalam kotak emas. Tidak hanya itu, pelawat juga boleh melihat potongan janggut Nabi Muhammad SAW, jejak kakinya dan sebuah surat kuno. Di ruangan ini juga ada dipamerkan salah satu manuskrip al-Quran yang tertua  di dunia.

Pedang Nabi Muhammad SAW di Museum Topkapi (skyscrapercity.com)
Jubah Nabi Muhammad SAW (dailyistanbulcitytour.com)
Gambar-gambar ini diambil daripada internet kerana pelawat tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar ketika dalam ruangan yang menyimpan khazanah berharga ini.



Tuesday 20 October 2015

Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgariadi barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban.

Republik Turki serta jiran-jirannya
Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung  kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

Rombongan ini terdiri daripada 30 orang termasuk  "tour leader" Dr Zainundin Ali, wakil dari Poto Travel. Kami menaiki pesawat MAS dari KLIA pada malam 11 Feb dan mendarat di Istanbul Atartuk Airport jam 6.25 pagi 12 Feb. Alhamdulillah segala urusan di sini berjalan dengan lancar,  Ramai juga di kalangan kami yang menukar duit ke Turki Lira (TL) di sini sebelum meneruskan perjalanan "Kembara Turki bersama Poto Travel". Jam 8.00 pagi bas kami meluncur meninggalkan airport....maka bermulalah kembara kami selama 8 hari.

Gambar pertama di bumi Turki...
.di luar  bangunan Atartuk Airport sementara menunggu bas
Airport taxi berbaris menunggu pelanggan
Siap sudah semua naik bas.....with Mr Buraq our tour guide
Day 1
Destinasi pertama untuk hari pertama kami adalah sebuah bandar yang sarat dengan sejarah iaitu Bursa. Dari sudut banyaknya khazanah seni yang ditinggalkan oleh pemerintah Usmaniah. Bursa jatuh tempat kedua selepas Istanbul. Ia sebuah bandar besar di Turki, terletak di barat-laut Anatolia (Turki Asia) dalam bahagian Marmara. Bursa bandar keempat terbesar di Turki, selepas Istanbul, Angkara dan Izmir, dan salah satu kota pusat perindustrian yang paling utama dalam negara ini. Kota ini juga pernah menjadi ibukota pertama Kesultanan Usmaniyah dari tahun 1326 sampai 1365 sebelum berpinah ke Edirne.


Bas yang kami naiki sangat selesa serta mempunyai kemudahan wifi. Pemandunya bernama Mr Ismeth, seorang pemandu yang sangat berpengalaman. Manakala tour guide kami pula bernama Mr Buraq, seorang yang sangat berpengetahuan. Perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa 3 jam mengikut laluan yang terdekat. Ini bermakna bas kena menaiki feri terlebih dahulu sebelum sampai ke Bursa.

Bas Mercedes Benz yang disediakan untuk kami.....sangat selesa
Dalam perjalanan, bas kami melintasi stadium bola Kelab Galatasaray, sebuah kelab bola profesional Turki. Stadium ini dikenali sebagai Turk Telekom Arena.



Türk Telekom Arena is the home ground of the Süper Lig club Galatasaray S.K.. The all-seater stadium has the capacity to host 52,652 spectators in football games. Türk Telekom Arena was the first stadium in Turkey that met the UEFA Euro 2016 requirements during the country's bid to host the European Championship

 Lebih kurang setengan jam perjalanan yang lancar, bas melalui jambatan yang memisahkan Istanbul Eropah dari Istanbul Asia . Jambatan ini dibina merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan negara Turki menjadi dua bahagian; satu bahagian berada di benua Eropah manakala sebahagian lagi di benua Asia. Kami sangat teruja ketika melintasi jambatan gantung ini kerana dalam masa beberapa minit sahaja kami boleh berada di dua buah benua yang besar......hehehe! Jambatan yang dilalui ini adalah salah satu daripada dua jambatan yang merentasi selat Bosphorus ketika itu. Kini sudah ada jambatan yang ketiga, yang mempunyai lebuhraya untuk kenderaan yang bermotor dan juga jalan keretapi.
Kedudukan ketiga-tiga jambatan di selat Bosphorus 
  Dari atas jambatan ini kita dapat melihat satu pemandangan  alam yang sangat cantik. Kami hanya mampu menikmati keindahan alam ini dari atas bas sahaja.


Ini perjalanan melalui jambatan
ketika menuju ke Bursa dari Istanbul

Pemandangan ini dirakam dari atas jambatan ketika perjalanan pulang
 ke Istanbul .......kelihatan jambatan kedua nun jauh di belakang
(cuaca mendung tidak mengizinkan gambar yang lebih jelas) 
Saat ketika bas berada di atas jambatan......
Satu pemandangan yang indah......
Perjalanan hari ini agak menarik kerana selepas melalui jambatan, bas akan menaiki feri pula untuk ke Bursa. Ini merupakan jalan pintas untuk ke sana kerana jika mengikut jalan darat akan mengambil masa 4 jam perjalanan (lebih 1 jam). Bagi kami sebagai pelancong ia adalah perjalanan "2 in 1".... menjimat masa sambil menjamu mata.

Gambar feri lain yang dirakam dari feri yang kami naiki
 Ketika di atas feri sekali lagi kami dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah......kebiruan Laut Marmara sejauh mata memandang serta pemandangan indah jaluran pantainya sungguh mempesonakan. Angin laut yang menampar pipi sungguh menyegarkan....bukan selalu dapat berinteraksi dengan alam seperti ini. Walaupun matahari menyinari bumi pagi itu, namun cuaca hari itu agak sejuk juga kerana masih berada di pertengahan bulan Februari, yang dianggap bulan musim sejuk.




Kami juga sempat menjamu selera di kafe feri sambil menikmati pemandangan di luar. Terasa nyaman sekali duduk disini sambil menghirup kopi panas setelah kesejukan berada di luar atas geladak feri.


Setelah sampai Bursa perkara pertama dalam agenda kami ialah makan tengahari. Dalam pakej percutian ini setiap hari makan pagi, tengahari dan malam disediakan.....jadi kami tidak pernah kelaparan.

Berjalan-jalan bersama, makan pun bersama......ibarat satu keluarga yang besar

Ketika di luar restoran sementara menunggu bas
Agenda kami seterusnya ialah lawatan ke dua buah masjid utama di Bursa iaitu Ulu Cami dan Yesil Cami serta sebuah makam kepunyaan Sultan Mehmet 1. Kami juga dibawa ke pusat membeli belah di Silk Market yang khusus menjual sutra, salah satu produk yang terkenal di Bursa.

Insya Allah entri akan datang akan menceritakan aktiviti seterusnya bersama Poto Travel.




Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia