Showing posts with label Keristian. Show all posts
Showing posts with label Keristian. Show all posts

Saturday, 5 June 2021

Novel ISABELLA

Cordoba-April 2006
                                                                                                                                                                         


ISABELLA
sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
oleh Maulana Mohammad Saeed
terjemahan Abdullah Hussain

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .....

BAB 1 Taman Yang DiBerkati

Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius.

Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalange. Sorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan- perbincangan yang mengenai ilmu ketuhanan.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ''padahal paderi-paderi Kristian''. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya.

Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, "Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?" Terdengar ketawa kecil kawannya. "Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi Kristian sendiri ...."

Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya, "Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata." Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, "Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya." "Diamlah!" herdik Isabella. "Nanti mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata."

"Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?" tanya orang yang bernama Umar. Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan agama.

"Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-kata St. Paul itu!" ujar Maaz, demikian nama seorang lagi.

Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, "Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian, penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu."

Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan."

"Apa yang aku maksudkan," jawab Umar Lahmi, "ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, maka mematuhi perintah-perintahny a juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama."

Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata, "Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orang-orang Kristian."

"Apa?" Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu. "Tuan juga telah bertanya kepada mereka? Jadi, apa jawaban mereka?"

"Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan. " jawab Maaz.

Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin yang lain.

Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya. Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya pulang.

Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.

BAB 2 Masalah Yang Kacau

Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kota itu, Isabella, anak gadis yang masih muda dan cantik itu mengambil jalan yang membawanya lurus ke Qasrus Syuhada.

Kerajaan Islam pada masa itu telah mengeluarkan biaya yang banyak bagi memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya di kota Cordova diperluas dan dibina dengan binaan yang baik, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik pada jarak yang dekat, sehingga menyilaukan mata memandang. Seperti yang pernah dikatakan orang, kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupa itu. Isabella berjalan perlahan-lahan dengan penuh keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan bermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus Syuhada ke arah rumah kediamannya dengan kepala yang berat berisi pertanyaan. Namun hayunan langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.

Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah teman-teman yang dekat apabila dia pulang dari bersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali ini dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan.

Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai di pintu gerbang rumah yang juga seperti sebuah istana. Orang gaji sedang menunggu di muka pintu untuk menyambut ketibaannya. Sambil menjawab dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akan sebab-musabab dia lambat pulang, Isabella terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan diri ke atas sebuah kerusi malas. Dia mencapai sebuah kitab lalu membaca.

Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke dapur menyediakan makan malam. Meja makan dikemas dan hidangan diletakkan di atas. Setelah itu, dia memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahut karena terlalu asyik dengan kitab yang dibaca. Kitab yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St Paul yang menuduh hukum-hukum agama sebagai satu kutukan. Dia membaca surat-surat itu berulang-ulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali dia membaca. Apabila otaknya terasa penat, dia meletakkan kitab sambil membuat keputusan akan bertanya kepada bapanya saja. Sudah tentu bapanya dapat memberikan penjelasan yg sangat memuaskan.

Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar sehingga tidak dapat dihuraikan. Andaikata dia menemui jalan buntu, bapanya tentu dapat menolong karena bapanya ialah seorang terpelajar agama yang tidak ada dua di negara Sepanyol.

Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang makan dan makan seorang diri sambil dilayan dengan penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembali mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. Dia membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pula amat nyenyak hingga ke pagi.

Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke gereja. Pagi itu pagi Minggu. Waktu pulang dari gereja dia dipanggil bapanya dan bertanyakan Kitab Injil yang dibacanya tadi malam. Isabella sedang terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman makna hakiki metafizika.

Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar yang dipenuhi dengan berbagai-bagai buku. Dicapai tangan kanan bapanya lalu dicium.

"Sila duduk anakku." kata bapanya sambil memberi isyarat dengan tangan. Isabella mengambil sebuah kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya.
"Sampai ke mana sudah pelajaranmu? " tanya bapa Isabella sambil merenung muka anaknya.
"Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapa memberi izin, saya ingin bertanya karena saya belum lagi dapat mencari jawaban."
"Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan menjawab." ujar bapa Isabella dengan perasaan gembira melihat kecerdasan anaknya.
"Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan kepada kita di dalam Perjanjian Lama melalui Nabi Musa, apakah itu ada mengenai dengan hukum-hukum agama?"
"Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum agama." jawab bapa Isabella dengan perasaan agak hairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.
Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian dia bertanya lagi.
"St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, betulkah begitu, bapa?"
"Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada itu, Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib."
"Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya dan kemudian dia disalib." Isabella mengulangi.
Kemudian dia menyambung, "Kalau begitu bererti mematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan jugalah, bapa?"
"Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang sepatutnya daripada mengikut hukum-hukum agama, adalah lebih baik mengimani Jesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib."
"Jadi bolehlah kita mencuri?"
"Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama? Anakku, sebelum kau membuat pertanyaan, fikirlah dulu masak-masak kerana kalau ada orang lain mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anak yang bodoh."
"Maafkan saya, bapa." ujar Isabella sambil merendahkan suara. "Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang baru bapa katakan, adalah bahagian daripada hukum-hukum agama. Salah satu daripadanya ialah kita tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita tidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua perintah ini masih menjadi bahagian daripada 'hukum-hukum agama' yang menurut St Paul merupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi Firman-Firman Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidak berzina ialah sesuatu yang dibenci sementara tidak mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satu kutukan."
"Anakku," kata bapa Isabella, "kau sebenarnya belum begitu faham betul tentang kedudukan hukum-huum agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu ke dalam kepalamu. Syaitan manakah pula yang menyebabkan kau ragu-ragu begini?"

Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan kepada bapanya tentang perbincangan dua orang Muslim yang dapat didengarnya di taman petang kelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang disayangi itu, bapa Isabella pun berkata dengan suara rendah membujuk.
"Anakku," katanya "kau telah tahu benar bahwa orang-orang Muslim itu ialah orang-orang kafir dan sentiasa menentang agama suci kita. Mereka mengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka telah dihasut syaitan."
Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya untuk melihat reaksi dari keterangannya. Kemudian dia menyambung.
"Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar percakapan mereka itu lagi. Mereka orang-orang Muslim tidak beriman dan selalu menuduh agama yang benar orang lain. Tahukah kau, anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita, Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pula agama mereka kepada kita. Aku tahu tentang kecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orang-orang Muslim itu. Kalau kecaman itu daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku membersihkannya tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?"

Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang orang-orang Muslim itu. Kalau tidak, masalahnya telah dapat diselesaikan. Satu idea tiba-tiba melintasi di fikiran.
"Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Aku selalu bertanya kepadanya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pelajaran," kata hatinya.

Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang bernama Michael lalu mengemukakan pertanyaan yang sama. Gurunya dengan penuh keyakinan merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh muridnya. Jawabannya pasti dapat menghilangkan semua keraguan Isabella.

Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin tahu Isabella. Dia mulai sedar bahwa keraguan itu timbul bukan kerana daya pemahamannya yang kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalah berat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga untuk cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula timbul rasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah dalam ajaran Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat di dalam fikiran.

Terus membaca di Novel Isabella

Monday, 19 December 2016

Kembara Turki - Istanbul ( Muzium Hagia Sophia )

Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Lebih 2 setengah tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.

17 Feb 2014
Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir
dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

18 Feb 2014
Ini hari kedua kami di Istanbul. Hari ini kami dibawa membeli belah di Leather Shop, berkunjung ke St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya), menaiki Bosphorus Cruise dan melawat Masjid Nuruosmaniye.

Pada sebelah paginya kami dibawa membeli-belah barangan kulit di sebuah kedai dan juga melawat kilangnya sekali. Shopping hari ini agak unik. Hanya kumpulan kami sahaja yang menjadi pelanggan kedai ini pada pagi ini. Selain menikmati teh yang dijamu sepertimana biasa, kami juga menjamu mata dengan menyaksikan model-model lelaki dan wanita berjalan di atas catwalk memperagakan  koleksi pakaian mereka.

Ini salah seorang model lelakinya memperagakan koleksi
KuZu Leather Fashion
....... dan ini pula model perempuannya
Ini pula kilangnya
Bergambar kenangan dengan salah seorang pekerja
Bergambar kenangan di pintu masuk bangunan Kuzu leather Fashion
Selepas selesai aktiviti membeli-belah di sini kami menaiki Bosphorus Cruise. Kami menaiki kapal yang disewa khas untuk kumpulan kami. Jom ke sana!

 St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya)

Aya Sofya .... pemandangan dari Sultanahmet Sguare
Bersiap untuk masuk ...... tiket pun dah dapat
Aya Sofya telah berfungsi sebagai sebuah gereja selama hampir 1000 tahun dan seterusnya menjadi sebuah masjid selama 500 tahun. Kini ia berfungsi sebagai sebuah muzium.

 Petikan daripada greatistanbul.com 
Hagia Sophia means "Divine Wisdom" in Greek, this was an Orthodox church dedicated to holly wisdom, not to a Saint Sophia as some people wrongly call it today. Turkish people call it Aya Sofya, it's a former Byzantine church and former Ottoman mosque, now located in Sultanahmet neighborhood being one of the most important museums of Istanbul considered as a World Heritage by UNESCO. It is one of the greatest surviving examples of Byzantine architecture.

On May 29th, 1453, the Ottomans conquered Constantinople and sultan Mehmet II ordered to convert the church into a mosque. Because he admired the art, the sultan didn't want these great mosaics to be destroyed so he plastered them over and the Ottomans made their own floral designs or geometrical patterns, as well as Koranic calligraphy on top of the plaster. In order to use it as a mosque, Mihrab and Minbar were added inside, a fountain for the ablution was placed in the courtyard, and minarets were built in different periods in the outer corners of the building. A Koranic school, soup kitchen, library, madrasa, the clock-winding house, and sultan's mausoleums (belonging to Selim II, Murat III, Mehmet III, Mustafa I and Ibrahim) are amongst the structures added by the Ottomans. Also, large buttresses were built by Turkish architect Sinan in the 16th century to support the walls holding up the dome and to save the building from the earthquakes. The sultan's loge was added in the 19th century during the restoration of the mosque by the Swiss origin Fossati brothers.

Aya Sofya remained a mosque for almost 500 years until 1935 when Atatürk converted it into a museum so everybody could come to visit this architectural masterpiece and admire both Christian and Muslim art. Prayer rugs were removed from the marble floor and experts came from all around the world to remove some of the plaster in order to uncover spectacular Byzantine mosaics. It was, and still is, an important task during the restorations bringing to light all the major Byzantine mosaics but also preserving the Islamic art and calligraphy to maintain a balance between both Christian and Islamic cultures.


Jom masuk!


Imperial Gate - mozek di atas pintu menggambarkan
 watak dari era Byzantine serta Nabi Isa dan kata-kata dari
kitab Injil .... "Peace be with you, I am the light of the world"
Bahagian luar - di hadapan Imperial Gate 
Bahagian dalam 
Tempayan besar  di sebelah  kanan itu dibawa dari 
Pergamon (sebuah kota   lama di Greek)
Tempayan khas yang digunakan dalam upacara keagamaan 
ketika proses penyucian seseorang (Lustration Urn)
Kubah utama dihias dengan seni Islam manakala di 4 penjuru kubah
adalah gambar Hexapterygon (six winged angel) dari elemen Keristian
Kawasan ini masih lagi melalui proses membaik pulih 
Petikan daripada www.hagiasophia.com
There are 4 seraphim mosaics ( God's protector angels with 6 wings) on the 4 pendentives that carry the dome. The 4 seraphims' faces were covered with 6-7 layers of plaster for almost 160 years during the sovereignty of Ottomans. The last person who saw the faces of the Seraphims was the Swiss architect Gaspare Fossati while he was holding the restoration at Hagia Sophia in 1840s. With a 10 day hard work, experts managed to take off the 7 layers of plasters and reveal the face of one of the seraphims.


Bulatan piring dengan tulisan khat Allah dan Muhammad
 itu  dibuat daripada kayu - digantung sebagai
 hiasan dalaman  masjid pada kurun ke-19
Ini pula piring kayu dengan tulisan khat Hasan dan Husin
Coronation Square - dipercayai  maharaja-maharaja Byzantine
ditabalkan di sini
Tiang dengan simbol pagan 
Mengikut cerita Mr Burak (tour guide) tiang yang bersimbol pagan ini dijadikan sebagai pusat penyembahan kaum pagan ketika bangunan ini berfungsi sebagai sebuah gereja. Mereka melakukannya secara bersembunyi kerana kuil-kuil mereka telah dimusnahkan oleh pemerintah mereka yang beragama Keristian. Bangunan Aya Sofya ini pun dikatakan dibina di atas tapak sebuah kuil.

Sebenarnya dalam bangunan ini banyak terdapat simbol-simbol pagan kerana banyak daripada strukturnya dibuat daripada bahan-bahan kitarsemula, yang diambil daripada saki-baki kuil-kuil, seperti tiang-tiang dan batu, dari seluruh empayar Rom. Adalah dipercayai tindakan ini bertujuan sebagai satu kenyataan kepada dunia; Keristianiti mengatasi paganisma.

Mozek di siling yang ada elemen Keristian
Mimbar
Mozek yang terdapat di atas pintu masuk dari sebelah selatan-barat
Ia menggambarkan Mariam dan anak kecilnya Isa bersama
maharaja Byzantine - Constantine dan Justinian 1
Binaan air pancut sebagai tempat wuduk 
Terasa sedih jugalah bila melihat peninggalan struktur sebuah masjid seperti tempat wuduk ini. Orang Keristian marah apabila ada ura-ura kerajaan sekarang ingin mengembalikan ia berfungsi sebagai sebuah masjid. Pada pendapat saya, ini adalah hak pemerintah sekarang sebagai sebuah kerajaan Islam. Adakah mereka (orang Keristian) mengambil peduli apabila Masjid Besar Cordoba  di Sepanyol ditukar menjadi Gereja Roman Katolik? Sejak awal tahun 2000an  Muslim di Sepanyol berkempen agar dibenarkan mereka bersolat di gereja ini tetapi telah ditolak oleh pihak gereja beberapa kali. Sehingga kini mereka masih tidak berjaya.

Selesai lawatan  di sini, kami ke masjid Nuruosmaniye untuk solat zohor-asar. Kita jumpa di sana dalam entri yang lain insya Allah.


Related posts:

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 1)

 Kembara Turki - Istanbul ke Bursa (part 2)

 Kembara Turki - Bursa ke Pamukkale

 Kembara Turki - Pamukkale ke Cappodocia

 Kembara Turki - Cappadocia

 Kembara Turki - Hot Air Balooning in Cappadocia

 Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia

 Kembara Turki - Ankara & Bolu

 Kembara Turki - Istanbul ( Istana Topkapi )

 Kembara Turki - Istanbul ( Hippodrome )

 Kembara Turki - Istanbul ( Blue Mosque )

 Kembara Turki - Istanbul ( Grand Bazaar )

 Kembara Turki - Istanbul (Masjid Sultan Ayub)

Kembara Turki - Istanbul Ibukota Budaya Eropah

Wednesday, 16 April 2008

KEJAMKAH HUKUM ISLAM ( 1 )


PARA Orientalis, orang kafir dan tidak kurang juga orang-orang Islam sendiri menyifatkan Islam sebagai satu agama yang sudah ketinggalan zaman, kuno, "barbaric" dan seumpamanya. Mereka menuduh hukum Islam kejam. Mereka mencela hukum qisas, hukum sebat dan pengasingan dalam Undang-Undang Islam.

Benarkah begitu? Sekali-sekala terdengar ahli-ahli poitik bukan Islam memperkatakan sesuatu yang kurang enak tentang Islam. Apakah mereka layak membahas tentang isu-isu semasa dalam Islam sedangkan mereka hanya mengenali Islam melalui lisan rakan -rakan mereka atau pun melalui pemerhatian cara hidup masyarakat Islam sekeliling mereka. Sungguh malang sekali apabila ada di kalangan ahli poitik ini yang sanggup mengeluarkan kata-kata " over my dead body " bagi menunjukkan penentangan habis-habisan terhadap cetusan harapan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Kadang-kadang saya terfikir mengapa mereka ini yang dilahirkan dan membesar dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai agama rasminya memusuhi Islam sedemikiam rupa. Semasa saya di UK apabila ada sekumpulan aktivis Islam menyatakan hasrat mereka untuk menjadikan England sebuah negara Islam , tidak ada pula ahli politiknya yang mengeluarkan kenyataan yang mengancam seperti itu walaupun mereka tidak setuju. Apabila diminta komen mereka (ahli politik) mengatakan itu adalah hak mereka (aktivis) dan mereka boleh mencubanya (menjadikan England sebuah negara Islam). Ini adalah kenyataan yang datangnya daripada mereka yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang agama rasminya adalah Keristian.

Malah lebih kurang 2 bulan lepas ada seorang Paderi Besarnya menyarankan kerajaannya menggunapakai sesetengah hukum-hukum Islam dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan terutamanya di kalangan orang-orang Islam.Yang peliknya, di antara mereka yang menentang saranan ini dengan lantangnya adalah seorang paderi yang mempunyai nama seperti seorang Islam. Berkemungkinan beliau adalah dari keturunan Arab.

Petikan berita dari BBC News UK, 7 Feb 2008

The Archbishop of Canterbury says the adoption of certain aspects of Sharia law in the UK "seems unavoidable".

Dr Rowan Williams told Radio 4's World at One that the UK has to "face up to the fact" that some of its citizens do not relate to the British legal system.
Dr Williams argues that adopting parts of Islamic Sharia law would help maintain social cohesion.
For example, Muslims could choose to have marital disputes or financial matters dealt with in a Sharia court.
He says Muslims should not have to choose between "the stark alternatives of cultural loyalty or state loyalty".

Last month, the Bishop of Rochester, the Right Reverend Dr Michael Nazir-Ali, said some places in the UK were no-go areas for non-Muslims.

Dari manakah orang-orang yang terpelajar ( seperti ahli politik, kumpulan Hak Asasi Manusia, Woman's Right, Animal's Right, dll. ) ini mendapat gambaran yang salah tentang Islam? Kemungkinan jikalau mereka terbaca pun bahan-bahan pasal Islam, mereka tidak dapat menghayatinya kerana tidak mahu atau masih belum diberi hidayah. Sama seperti orang Islam sendiri jikalau diberitahu sesuatu perkara yang dituntut Islam mengerjakanya, dia masih mengingkarinya kerana kedegilannya.
Sebaliknya jika mereka memperolehinya melalui berinteraksi dengan orang Islam iaitu melalui contoh yang dipamerkan oleh penganut-penganut Islam, maka yang patut dipersalahkan di sini ialah kita sebagai model Islam. Sebagaimana yang kita maklum bukan semua orang Islam yang di luar sana itu " good muslim". Berapa ramai yang meminum arak, yang berzina , yang mencuri, yang membohong, menipu ,yang mengambil rasuah, yang membuang anak, yang membunuh dan macam-macam lagi. Sebut saja apa jenis maksiat , orang Islam ada melakukanya. Jadi tidak hairanlah mereka mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap Islam. Mereka tidak dapat melihat Islam dalam bentuknya yang cantik dan indah.

Sebagai orang Islam marilah kita sama-sama memperbaiki ahklak kita seperti yang di anjurkan oleh Islam. Hiasilah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah ( terpuji) dan jauhilah diri dari sifat-sifat mazmumah (negatif atau keji). Berdasarkan sebuah Hadis Nabi s.a.w. dalam bentuk doa, ada lapan sifat negatif yang menyebabkan kemurkaan Allah iaitu:
 (1) kesusahan yang tidak diatasi,
 (2) kedukacitaan yang berterusan,
 (3) lemah,
 (4) malas,
 (5) penakut dan pengecut yang tidak kena pada tempatnya,
 (6) bakhil,
 (7) hutang keliling pinggang dan
(8) merelakan diri ditindas orang.

 Jikalau semua orang Islam bebas daripada sifat-sifat yang disebut di atas sudah pasti tidak akan kedengaran komen-komen negatif daripada "non-muslim" seperti "orang Islam malas" , "orang Islam pengotor" dsbnya.