Granada : "The Moorish Jewel"
Granada is one of the pearls of Spain, most visited by tourists from all over the world. The long-time capital of Moorish Andalusia has to offer the most important reminds of this epoch in Spanish history, with the world-famous "Alhambra
" at the top of the list.
The city is located at the foot of the "Sierra Nevada", Spain's highest mountain-massif with great posssibilities for winter-sports. The highest peak, "Mulhacén" arrives to 3478 meters. On the other hand it is not far from the Mediterranean sea, so Granada is a great place to visit in any season.
Kami melancong ke Spain selama 2 minggu dengan menaiki kereta dari Loughborough (tempat tinggal kami semasa di UK) pada tahun 2006. Semasa itu cuti 'Easter Break' (bulan April).... budak-budak cuti sekolah....so kami pun ambil peluang ini untuk membawa mereka bercuti ke luar 'negara'. Kami menyeberangi English Channel dengan menaiki Euro Train, yang melalui Euro Tunnel (jalan keretapi di bawah laut)....terus sampai ke Peranchis.
Selama ini setiap cuti panjang kami hanya membawa mereka ke destinasi pelancongan di dalam UK.....kebanyakannya di England dan pernah sekali ke Scotland dan juga Wales. Malang kami tidak sempat untuk bercuti ke Ireland disebabkan suami sibuk kena habiskan thesis PHdnya sebelum kami balik Malaysia.
Granada adalah salah satu bandar di Spain yang Kami bermalam selama beberapa hari....yang lain-lain itu kami hanya singgah semalam saja atau pun lalu saja. Tujuan utama kami pergi ke Spain adalah untuk melihat Al-Hambra yang sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.
.Oleh kerana Granada terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada yang terkenal dengan sukan musim sejuknya, kami mengambil kesempatan pergi ke pegunungan ini di mana terdapatnya ski resort. Kami menaiki cable car untuk sampai ke resort di atas, di mana kita boleh bermain ski dan lain-lain aktiviti. Semasa pergi hari itu kami memang ada niat nak bermain ski, tetapi disebabkan masaalah komunikasi, niat tidak kesampaian. Rupa-rupanya tiket untuk bermain ski kena dibeli semasa membeli tiket untuk menaiki cable car. Harga tiket yang kami beli hanya untuk melihat-lihat saja pemandangan di atas bukit. Kebanyakan orang Spain tidak boleh berbahasa Inggeris......kami pula tidak boleh berbahasa Sepanyol....makanya terjadilah salahfaham itu!
 |
| Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu |
 |
| Dalam cable car |
 |
| Pemandangan di bawah dari dalam cable car |
Ini kami, setelah kembali daripada pergunungan itu dan berjalan-jalan pula melihat bandar Granada dalam cuaca yang sangat nyaman.
 |
| Pada18 April kami mengambil tiket yang telah ditempah lebih awal |