Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Cuti-cuti Sabah - Semalam di Kundasang

12 Dec 2012

Selepas kira-kira sejam kami menikmati keindahan puncak Kinabalu serta menghirup udara segarnya, kami pun turun ke bawah dan beredar dari taman  menuju ke Kundasang  pekan yang paling hampir dengan Taman Negara Kinabalu. Destinasi kembara kami seterusnya adalah bandar Kudat dan pekan Kundasang berada dalam laluan perjalanan kami., Oleh kerana itu jikalau boleh, kami tidak mahu berpatah balik ke Ranau untuk menjimatkan masa dan minyak. Oleh kerana itu juga  kami mesti berusaha mendapatkan tempat bermalam di sini.


Misi mencari tempat penginapan yang murah pada malam itu tidaklah semudah  yang disangkakan. Ini kerana kami berada di sini ketika musim cuti sekolah, yang menyebabkan semua bilik kos sederhana habis sudah ditempah. Alhamdulillah! .. Hampir-hampir saja kami berpatah balik ke pekan Ranau, sebelum terjumpa homestay yang masih ada bilik yang kosong.

Bilik yang cukup sederhana keadaannya ..... cukup untuk berihat pada malam itu sebelum meneruskan perjalanan yang agak jauh pada keesokan harinya. Cuma sistem air panasnya tidak berfungsi dengan baik. Walaupun tiada penyaman udara disediakan, namun kami dapat tidor dengan selesa kerana udara sejuk gunung ... terasa sejuknya di malam hari.

Walai Tokou Homestay Sinisian Sabah
RM 100 semalam untuk family room....4 orang
Homestay ini terletak di Kampong Sinisian, tidak jauh dari pekan Kundasang. Suasana kampong di pagi hari sungguh nyaman sekali. Pemandangan di persekitarannya pula sangat indah dan mempersonakan.

Rumah-rumah di Kg Sinisian

Pemandangan-pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Kg Sinisian
13 Dec 2012

Pagi ini kami memulakan perjalanan yang jauh ke Kudat selepas selesai bersarapan di pekan Kundasang. Kami tidak bercadang untuk melawat tempat-tempat menarik yang lain di sini kerana perjalanan kami masih jauh. Walaupun begitu kami singgah di beberapa lokasi dalam perjalanan untuk bergambar sebagai kenangan, seperti Masjid Jamek Kundasang dan gerai sayur-sayuran dan buah-buahan di tepi jalan.



Latarbelakang.....puncak Kinabalu yang masih berkabus (10.00 pg)


Pemandangan berhampiran Masjid Jamek Kundasang

Masjid Jamek Kundasang Sabah
Memebeli "tuhau"....makanan tradisi orang Sabah

Deretan gerai sayur dan produk pertanian penduduk tempatan

Berbagai hasil tanaman tanah tinggi yang segar tetapi sayang  tidak boleh membelinya kerana lambat lagi tarikh pulang ke Semenanjung
Kira-kira pukul 10.45 pagi kami tinggalkan pekan Kundasang dan meneruskan perjalanan ke bandar Kudat. Dalam perjalanan kami ternampak gerai menjual durian merah. Singgah lagi untuk membeli durian hutan Borneo yang tidak terdapat di Semenanjung.

Durian hutan ni buahnya kecil saja
Dalam perjalanan ini juga kami singgah di pekan Kota Belud untuk berihat dan solat.
Durian merah......isinya berwarna oren kemerah-merahan atau kuning pekat
  Jom ke Kota Belud!