Wednesday, 28 January 2009

Apabila manusia jadi binatang


Al-Quran, surah At-Tin ayat 4-5 yang bermaksud,

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ( neraka ) "

Allah menciptakan manusia dalam keadaan yang terbaik dan bentuk yang sangat sempurna. Dia mencipta  manusia dengan susuk badan yang stabil, iaitu kepala di atas, kaki di bawah dan makan dengan tangan. Dia juga menganugerahkan akal fikiran dan kemampuan memanupulasi makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bahkan akal fikirannya jauh menjangkau luas  untuk memanupulasikan sumber asli lain untuk tujuan dan manfaatnya seperti apa yang sedang kita alami di zaman sains dan teknoloji ini.

Fitrah kejadian manusia yang disediakan oleh Allah mengajak kepada berkasih sayang. tolong menolong, mengutamakan keadilan dan berakhlak mulia. Namun ada kala manusia terjerumus ke lembah kejahatan lantaran faktor sekeliling yang menggerakkan elemen-elemen jahat. Ketika itu dia lupa dengan fitrahnya dan kembali kepada kebinatangannya. Dia melakukan amalan penghuni neraka. Maka dia berada di tempat yang paling rendah dan lebih dahsyat daripada semua binatang buas.

Cuba kita lihat  apa yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Inilah yang dikatakan keadaan manusia yang apabila lupa akan fitrahnya dia mengganas lebih daripada binatang buas.

gaza_beit_hanoun_dead_girl



gaza_dead_boy



gaza_new_weapon_legs1



gaza_new_weapon_molten_head



gaza_shot_foetus



gaza_headshot1




Saturday, 24 January 2009

Cinta sejati

Demi cinta kita sanggup buat apa saja untuk mereka yang di cintai. Namun  berapa ramaikah yang sanggup berkorban demi cintanya kepada Allah dan RasulNya? Tidak cukup sekadar melafazkannya sahaja di bibir kalau tidak disertai dengan amal. Barulah benar-benar dikatakan cinta.

Cinta sejati.... sanggup berkorban apa saja, nyawa atau pun harta. Inilah kata-kata dari sebuah lagu ciptaan Allahyarham P Ramli. Tepat sekali seperti yang disebut dalam al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 20 yang bermaksud,

" Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Alalh; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. "

Inilah yang dituntut daripada kita sebagai seorang Islam yang beriman dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.

Ada cinta adalah rindu. Pertama kali saya mendengar lagu YA Taiba ( dengan maknanya) tersentuh hati saya. Tiba-tiba teringat kota Mekah dan Medinah dan keinginan untuk menziarahinya sekali lagi. InsaAllah  kami akan sampai lagi! Perasaan yang tidak dapat digambarkan ketika berada di depan Kaabah dan Mesjid Madinah al Munawarah. Juga tidak ketinggalan keinginan untuk melawat Mesjid al-Aqsa.

Versi lagu yang sama tetapi berjudul Ya Mekah dan Ya Aqsa










Versi lagu Bahasa Inggeris Oh Taiba

chorus:

Oh Tayba, Oh Tayba
Oh cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

As the ship departed, it forgot me
they sailed away and my tears never dried up
they took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted's love

Chorus:

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah, I'm patient
perhaps a day will come to visit you
I wonder, Will I be looking upon alkaaba
and being overwhelmed with it's safety..

Chorus:

Our prophet, my best wishes, to visit you,
At least once in my life
and near you, to perform my prayers
to praise my Lord, and to recite Qur'an

Chorus:

Oh Madina, How lucky you are
for the coming of the loadstar
May I have a shelter beside you
Indeed, your light has enchanted us

Chorus:

Friday, 23 January 2009

WE WILL NOT GO DOWN (GAZA)

Inilah tajuk sebuah lagu khas untuk penduduk Gaza. Ia dicipta untuk mengutip derma dengan mengenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin mendengarnya. Namun disebabkan ada masalah teknikal projek itu tidak dapat diteruskan . Oleh itu lagu ini diberikan percuma kepada semua yang ingin mendengar. Walau bagaimana pun bagi mereka yang prihatin digalakkan menyumbang kepada mana-mana tabung untuk Gaza yang berdekatan dengan kita setelah mendengar lagu ini sebagai memenuhi impian projek ini.

Liriknya seperti di bawah:



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Friday, 16 January 2009

Do your best Allah will do the rest

boycott-bullets560x388

Dalam kesibukan orang memperkatakan tentang saranan memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat ( sekutu kuatnya ) kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekehkannya. Kata mereka, "Apalah sangat kesannya tindakan itu sedangkan sebahagian besar keperluan asas kita bergantung pada produk keluaran US. Dari bahan asas membuat dedak ayam sehinggalah kepada peralatan komputer! Mampukah kita memboikotnya secara keseluruhan? " Ada juga yang mengatakan, " Kalau kita boikot semua barang keluaran US lumpuhlah ekonomi negara  kerana sebahagian besar ekonomi kita bergantung kepada perdagangan dua hala dengan syarikat-syarikat gergasi dari US."

Memang benar semua andaian-andaian itu. Namun kita sebagai rakyat biasa yang masih waras sewajarnya membuat sesuatu menunjukkan  protes kita terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin. Apatah lagi kita yang saudara seIslam ini, menjadi tanggungjawab membela mereka yang dizalimi. Adakah cukup dengan hanya berdoa siang dan malam untuk saudara kita itu? Adakah kita mampu memberi bantuan di medan peperangan seperti yang dilakukan oleh pihak MERCY Malaysia? Rasanya yang paling senang dan mampu kita buat ialah dengan menyumbang ke dalam  dana atau tabung bantuan Gaza. Itupun bagi yang berkemampuan dan ianya hanya ingatan sementara terhadap isu ini. Lain pula halnya jika kita turut serta dalam kempen memboikot ini. Ia memerlukan komitmen atau istiqamah untuk melihat hasilnya. Jika benar-benar mahu berjaya kita harus meneruskannya sehinggalah negara Israel lenyap dari mukabumi ini. Maknanya kita tidak boleh berhenti pemboikotan ini sebaik saja Israel berhenti menyerang Gaza. Usaha ini mesti diteruskan dan dalam masa yang sama kita kena berusaha untuk bebaskan ekonomi kita dari cengkaman US.

Apabila ada usaha berterusan ini dengan secara tidak langsung kita akan sentiasa diperingat tentang saudara kita di Palestin itu. Penderitaan  yang telah begitu lama mereka hadapi dan juga harapan mereka. Usaha boikot ini juga memerlukan kita melawan hawa nafsu. Ini juga adalah jihad kecil bagi umat Islam. Jikalau kita tidak mampu berjihad di medan perang marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu dengan tidak membeli barang-barang dari label-label yang telah disenaraikan untuk diboikot. Impaknya mungkin tidak besar ke atas sasaran kita tetapi dari segi moral amat berharga bagi rakyat Palestin. Pokoknya kita buatlah apa saja yang termampu sebagai menyokong perjuangan mereka agar impian mereka tercapai suatu hari InsyaAllah. Lakukan dengan ikhlas. Do your best and Allah will do the rest.




Thursday, 15 January 2009

Boikot barang keluaran Yahudi dan sekutunya!


Boikot Barangan Israel!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)




Ini adalah senarai label atau jenama yang dicadangkan di UK.

Manakala senarai label atau jenama yang perlu diboikot oleh rakyat Malaysia seperti di bawah:


Senarai barang yang perlu diboikot di Malaysia