Al-Quran, surah At-Tin ayat 4-5 yang bermaksud,
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ( neraka ) "
Allah menciptakan manusia dalam keadaan yang terbaik dan bentuk yang sangat sempurna. Dia mencipta manusia dengan susuk badan yang stabil, iaitu kepala di atas, kaki di bawah dan makan dengan tangan. Dia juga menganugerahkan akal fikiran dan kemampuan memanupulasi makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bahkan akal fikirannya jauh menjangkau luas untuk memanupulasikan sumber asli lain untuk tujuan dan manfaatnya seperti apa yang sedang kita alami di zaman sains dan teknoloji ini.
Fitrah kejadian manusia yang disediakan oleh Allah mengajak kepada berkasih sayang. tolong menolong, mengutamakan keadilan dan berakhlak mulia. Namun ada kala manusia terjerumus ke lembah kejahatan lantaran faktor sekeliling yang menggerakkan elemen-elemen jahat. Ketika itu dia lupa dengan fitrahnya dan kembali kepada kebinatangannya. Dia melakukan amalan penghuni neraka. Maka dia berada di tempat yang paling rendah dan lebih dahsyat daripada semua binatang buas.
Cuba kita lihat apa yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Inilah yang dikatakan keadaan manusia yang apabila lupa akan fitrahnya dia mengganas lebih daripada binatang buas.