Monday, 22 October 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to BSB Brunei


 Kami tiba di Bandar Seri Begawan pada petang Isnin 13 Feb 2012 setelah memandu lebih kurang 5 jam dari Lawas. Kami merancang untuk berada di Brunei Darussalam selama dua hari, satu malam sahaja kerana kos perbelanjaan yang agak mahal di sini. Kami akan bermalam di Pekan Limbang pada keesokan malamnya untuk menjimatkan bajet.


   14/2/2012                                                                                                                                                                                    

Hari ini kami memulakan lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawan. Tempat yang pertama sekali kami pergi ialah Istana Nurul Iman tetapi malangnya kami tidak terjumpa pintu masuk utama ......jadinya, nak bergambar depan pintu pagar Istana pun tak dapat. Kami jumpa kawasan Istana tetapi hanya nampak kawasan berpagar sahaja. Istana ini dikatakan yang terbesar di dunia. Istana ini memang tidak boleh dimasuki oleh pelawat kecuali pada masa-masa tertentu. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, kami tidak meneruskan pencarian; sebaliknya kami ke tempat lain.

Istana Nurul Iman ......gambar diambil dari atas bot ketika melawat Kg Ayaer

Tempat yang kedua kami tuju ialah Kampung Ayer dan ini adalah kampung air yang terbesar di dunia. Ini adalah kampung air yang kedua kami pernah lawati ..... yang pertama di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Saya akan bercerita panjang lebar pasal kampung yang unik ini di  entri saya yang lain.

                Kg Ayer .... dilihat dari atas waterfront

Selepas sejam kami meronda di Kampong Ayer kami kembali ke jeti atau waterfront. Kami berjaaln-jalan sebentar di sini sebelum masuk ke Waterfront Galeri. Ada pameran di dalamnya .

Brunei Waterfront

         Salah satu bahan pameran di galeri waterfront

dalam galeri......berlatarbelakangkan beberapa landmark utama di BSB
Kg Ayer.......Sungai Brunei ....... BSB
Pameran ini ada menceritakan dengan panjang lebar sejarah Kampong Ayer yang diberi jolokan ' Venice of the East' serta perkembangannya sehingga kini......sangat menarik.

Seterusnya  kami ke Muzium Adat Istiadat Diraja atau juga dikenali sebagai Bangunan Alat Kebesaran Diraja.  Bangunan ini sebahagian besarnya mempamerkan Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun- temurun  zaman- berzaman sebagai lambang kebesaran kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Selain daripada menyimpan koleksi di Raja yang begitu banyak, pameran juga turut diadakan di sini. Pamerannya banyak memberi maklumat tentang sejarah pemerintahan Brunei dari awal sehingga sekarang. Muzium ini terletak di tengah-tengah bandar dan dibina pada tahun 1992 sempena meraikan ulangtahun ke-25 pemerintahan di Raja Brunei.

The Royal Regalia Building atau Muzium Adat Istiadat Diraja Brunei
 Dalam muzium kebanyakan ruangnya dilarang bergambar...... dibenarkan bergambar hanya di kawasan lobinya. Jadi tidak banyak gambar yang boleh dirakam di sini.

Dalam muzium di ruangan lobi.......yang di belakang tu ialah Usongan Diraja ...... kenaikan yang membawa Raja semasa Istiadat Perarakan Diraja mengelilingi Bandar Brunei
40 Payong Kawan ..... salah satu daripada Alat-alat Kebesaran Diraja yang mengiringi Usongan Diraja


Potret Raja Brunei.......sepatutnya tidak boleh bergambar di sini kerana ia termasuk kawasan larangan.......kami tidak perasan sehinggalah ditegur
Dalam muzium ini terdapat beberapa kedai yang menjual barang-barang sovenir seperti T-shirt Brunei, key chain dan fridge magnet. Sebelum keluar kami menyinggah di sini sebentar membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Selepas lawatan ini kami pusing-pusing bandar mencari kedai makan untuk makan tengahari. Akhirnya kami makan di restoran Mamak sahaja.
Apabila selesai makan, jam menunjukkan sudah masuk waktu solat zohor. Kami pun ke masjid yang terulung di Brunei untuk menunaikan solat Zohor dan Asar iaitu Masjid Omar Ali Saifuddein.

Masjid Omar Ali Saifuddien ..... pemandangan dari Kg, Ayer di Sungai Brunei
One of the amazing attractions of Brunei is Omar Ali Saifuddin Mosque, the royal Islamic mosque. 

The Omar Ali Saifuddin Mosque is a real treat to the eye of the visitor. The architecture of this mosque is outstanding in a word. Located on an artificial lagoon, this mosque is the sign of the tremendous architectural achievement of the country. It is situated near the Brunei River in Kampong Ayer. It is considered to be the largest mosque of the Far East. 

Omar Ali Saifuddin Mosque of Brunei is one of the most renowned mosques of the South East Asia. It is known worldwide for its beauty. The height of this mosque is 52 meters. The walls are made of Italian marble. The arches, columns and towers are made of the same marble. The walls support the gold dome on the top of the mosque. The carpets are made in Saudi Arabia. The hand made stained glass, that were brought from England add more charm to the beauty of this Mosque. 

Omar Ali Saifuddin Mosque in Brunei is named after the 28th Sultan of this country. This magnificent mosque is considered as the symbol of the Islamic faith in Brunei.


Ini pintu masuknya......

Dinding dan tiang yang dibuat daripada Marmar Itali, karpet daripada Arab Saudi dan kaca berwarna buatan tangan daripada England

Ini pemandangan dari luar kawasan masjid

Selepas lawatan ke masjid ini kami ke masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah . Kami hanya melihatnya dari luar sahaja ...... satu struktur yang sangat cantik dan menarik.

Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque is located in Kampong Kiarong which lies close to the capital of Brunei, Bandar Seri Begawan. Built to celebrate and mark the silver anniversary of the reign of the sultan of the country, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque of Brunei narrates the story of the royal dynasty. 

A place of worship as well as an architectural masterpiece, Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque in Brunei is popularly called Kiarong Mosque by the local people. The shining gold domes of the mosque overlook a landscape of attractive gardens and fountains. Along with them are the ornamented towers that can be seen from the main road. The interiors of the mosque combine the profoundness of art and the religious significance of Islam. 


Tidak dinafikan kecantikan masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

 Ini adalah tempat terakhir yang kami lawat. Lebih kurang pukul 4.15 petang kami meninggalkan masjid dan juga BSB, terus menuju ke Pekan Seria.

Jom ke Pekan Seria


 Related Post:




Kembara Borneo - KK to Brunei by land




 Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas





Kembara Borneo - Kampong Ayer Brunei

Related post:

Kembara Borneo:
Jom ke Menumbok
Jom ke Limbang
Driving from KK to Seria
Driving from KK to Lawas
KK to Brunei by land
Jom ke Labuan

Tuesday, 16 October 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas

12/2/2012

It took us only 3 hours driving from Kota Kinabalu to Lawas, Sarawak. We stayed overnight here and continued our journey to Brunei the next morning.

Lawas

Lawas is a small frontier town in the northeastern corner of Sarawak  state in Malaysian Borneo. The town is located in a strip of Sarawak territory sandwiched between the Temburong district of  Brunei and Malaysia's Sabah state. It is cut off from the rest of Sarawak and is more easily accessed from Sabah.

The town does not have many attractions to interest the traveller but you may find yourself here if you are travelling overland between Sabah and Sarawak. Quiet and peaceful, Lawas is quite pleasant if you have to stop for a day or two.

Lawas is also the starting point for the logging road to Ba Kelalan in the Sarawak Highlands.

Malam itu kami menginap di Hotel Seri Malaysia yang pertama di Sarawak.

Lawas town, Sarawak.......13 Feb 2012
Hotel Seri Malaysia Lawas ...... baru setahun beroperasi ketika kami menginap di sini pada 12 Feb 2012
Tidak ada banyak aktiviti di pekan ini terutama pada sebelah malam. Kami menghadapi kesukaran  mencari kedai makan  pada malam itu ..... hanya menemui kedai makanan segera SugarBun yang kecil, di mana menunya juga terhad, jadi  tidak ada banyak pilihan. Rangkaian makanan segera  ini boleh didapati di kebanyakan tempat di rantau sini kerana ia berasal dari Sarawak.

Esoknya selepas bersarapan di hotel, kami bersiar-siar sambil bergambar di beberapa lokasi menarik berhampiran dengan hotel sebagai kenang-kenangan.

 Kedudukan Hotel Seri Malaysia betul-betul berhadapan dengan  Lawas Waterfront atau Tebingan Sungai Lawas. Kawasan di persekitaran ini dihias dengan lanskap  yang cantik dan menarik. Ia menjadi tarikan baru kepada pengunjung luar seperti kami bersiar-siar sambil bergambar di sini.

Sungai Lawas ....... bangunan yang berkubah hijau dalam background ..... itulah Hotel Seri Malaysia

Lawas Waterfront ........ cantik dan masih baru

Pejalan kaki sepanjang tebing memudahkan kita menikmati keindahan semulajadi Sungai Lawas



cantik struktur seperti kemah ini ...... matahari terik di kawasan ini walaupun sebelah pagi

Mercu tanda pekan Lawas......kerbau putih ........ bangunan belakang itu adalah Hotel Seri Malaysia

 15/2/2012

Ketika dalam perjalanan balik dari Limbang, kami singgah
sekali lagi di Pekan Lawas, Kebetulan hari itu
ada pasar Tamu dan kami ingin mencuba mencari durian merah yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak sahaja. Mengikut cerita orang, buah durian hutan ini banyak terdapat di Lawas. Nasib kami sangat baik pada hari itu. Kami sempat membeli buah yang terakhir ...... hanya beberapa minit awal daripada pembeli yang bertanya selepas kami!

Durian merah ini termasuk spesis durian hutan yang mempunyai berbagai warna. Kami membeli 4 bji yang sudah siap diikat dengan harga RM30 dan terdapat 2 jenis isi ...... isi kuning dan isi oren-kemerahan. Saiz buahnya kecil sahaja.

Rasa buah ini tidaklah sedap sangat, isinya nipis tapi warnanya yang lebih menarik dan sudah pasti ia mempunyai rasa unik yang tersendiri yang tidak mungkin terdapat pada durian biasa. Mengikut mereka yang "expert" rasanya seakan-akan lobak merah dan mempunyai bau yang kuat seperti kebanyakan durian.

Durian hutan kami ........ warna isi yang sangat menarik
Durian ni agak susah nak dimakan ....... teksturnya seperti coklat yang akan cair apabila dipegang ...... lihat jari saya yang begitu comot sekali!


........ini pula yang warna kuning



Related Post:
Kembara Borneo - Driving from KK to Seria














Kembara Borneo - Driving from KK to BSB





Kembara Borneo - KK to Brunei by land














Wednesday, 11 July 2012

Dinamik Korea - Seoul (The soul of Asia)

SEOUL - ( 11-12 ) Disember 2011  

DARI Jeju kami kena pulang ke Seoul dahulu sebelum meneruskan penerbangan ke Malaysia. Penerbangan domestik adalah melalui Gimpo International Airport. Manakala penerbangan balik ke Malaysia melalui Incheon International Airport.

Sebelum pulang ke Malaysia kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di ibukota Seoul. Kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Seoul dihubungkan dengan Gimpo dan Incheon melalui rangkaian lebuhraya dan sistem keretapi. Sistem pengangkutan di sini sangat maju dan canggih terutama sistem subwaynya. Kita tidak akan menghadapi sebarang masalah mencari pengangkutan untuk ke mana-mana,  tetapi yang sangat menjadi masalahnya ialah untuk berkomunikasi. Kebanyakan orang Korea tidak boleh berbahasa Inggeris dan arahan-arahan untuk pengguna-pengguna di sekitar bandaraya ini juga dalam bahasa mereka. Inilah yang berlaku kepada kami ketika ingin menggunakan sistem subwaynya. Baca arahan tak faham ...... nak tanya orang, mereka pulak tak faham!

Walaupun orang Korea ini tidak faham bahasa kita, namun mereka ini sangat prihatin dengan masalah yang kita (pelancong asing) hadapi. Apabila mereka melihat kita  sedang terkial-kial dan nampak  bermasalah, mereka akan  datang menawarkan pertolongan ...... maka  terjadilah perbualan seperti antara "Si Pekak" dan "Si Bisu" yang hanya menggunakan bahasa isyarat. Namun ada juga di kalangan mereka ini yang boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit. Cara yang paling baik untuk berkomunikasi dengan mereka ialah melalui maklumat yang telah dicatit (lebih baik dalam bahasa Korea) di kertas, nama tempat yang ingin dituju atau pegang peta perjalanan sepanjang  masa.


Gimpo International Airport terletak lebih kurang 18 km dari Seoul city centre .... ini perjalanan dengan bas
Kami tinggalkan Jeju di awal pagi. Dari Gimpo Airport kami menaiki bas  ke bandaraya Seoul. Perjalanan ini membawa kami melalui salah satu daripada banyak jambatan yang menyeberangi  sungai Han. Pemandangan di sini agak menarik kerana terdapat begitu banyak sekali jambatan yang merentasi sungai ini.
Salah satu jambatan yang banyak terdapat di Sungai Han ..... gambar diambil dari dalam bas dan dalam cuaca yang berkabus di  pagi hari
Oleh kerana kami tiba awal di hotel dan belum boleh cek-in lagi, kami minta izin meninggalkan beg-beg kami dengan pihak pengurusan hotel. Pagi itu kami mencuba menaiki sistem subway Seoul yang sangat canggih dan antara yang paling sibuk di dunia. Kami hanya berjalan kaki ke stesennya yang terdekat kerana hotel yang kami duduki  itu berada di pusat bandaraya. Tujuan kami hanyalah untuk berjalan-jalan sambil melihat kota Seoul.

peta laluan subway ........ sistem yang canggih yang mampu mencabar para penggunanya
Walaupun kami pernah menggunakan sistem subway ini  di bandar-bandar besar seperti London, Paris dan Madrid di Eropah, namun kami masih tetap menghadapi kesukaran ketika menggunanya.
Tiket ini kena dibeli menggunakan mesin. Masalah besar
 kerana tidak pasti tempat yang hendak dituju
bahagian belakang dan depan "single ticket" subway
dan jenis tiket ........ kerana ini yang akan menentukan harganya.  Ada arahan dalam bahasa Inggeris tetapi sangat sedikit. Kami hanya menggunakan single tiket sahaja setiap kali menggunanya. Tiket jenis ini  ada deposit sebanyak 500 won tetapi kami tidak tahu bagaimana hendak mengambilnya semula, sehinggalah perjalanan terakhir kami. Ketika keluar dari setesen kami terlihat beberapa orang menjolokkan tiket ke dalam mesin. Kami pun mendekatinya dan diberitahu oleh seorang gadis cara menggunanya. Sempatlah ambil balik 3 keping tiket ...... yang lain hilang!

Peta laluan bas yang diberi kepada setiap penumpang
Booth membeli tiket tour bas
Oleh kerana lawatan kami hanya sekejap sahaja, kami terpaksa mencari alternatif yang membolehkan
kami melihat sebanyak mungkin tempat-tempat menarik dalam masa yang singkat. Tambahan pula
waktu siang yang sekejap kerana musim sejuk ini, tidak mengizinkan kami berjalan-jalan sehingga ke petang. Cara yang paling mudah dan menjimatkan ialah melalui Seoul City Tour Bus. Dengan hanya satu tiket dengan harga 10,000 won, kita boleh berhenti dimana-mana dalam laluannya dan menaikinya semula. Tiket yang kami ambil itu jenis One-day pass (downtown Tour).


Inilah basnya ........

Termasuk dalam laluan ini ialah tempat-tempat menarik seperti Deoksugung Palace, National Museum of Korea, N seoul Tower dan juga "The fashion Mecca of  Korea", Dongdaemun Market. Ada lebih daripada 30 destinasi pelancong yang dilaluinya. Kami hanya pergi ke beberapa tempat sahaja.

Bas ini juga melalui Itaewoon. Di kawasan ini terdapat ramai orang Islam. Salah satu tempat yang kami turun adalah di sini. Sebenarnya kami ingin mencari  kedai makan halal dan juga masjid kerana pada masa itu sudah hampir waktu makan tengahari. Kami berjaya mendapat makanan halal tetapi tidak menjumpai masjidnya. Walau bagaimanapun pada keesokan harinya kami pergi sekali lagi ke kawasan ini dengan menaiki subway dan akhirnya berjaya menjumpainya dengan bantuan seorang pemuda yang kelihatan ditugaskan khas membantu pelancong di sekitar kawasan itu. Dia datang kepada kami bertanyakan tempat yang hendak dituju dalam bahasa Inggeris serta memberikan kepada kami peta rujukan.
Ini bus-standnya .......di Itaewon, tengah menunggu bas untuk pulang ke hotel

Lunch di Itaewon

 Hari itu kami mencuba makanan gaya orang Korea di Restoran Maharaja, sebuah restoran Pakistan.

Kami memesan "BulGoGi" .......  It is listed at number 23 on World's 50 most delicious foods readers' poll  compiled by CNN Go in 2011

Bulgogi stew on hot plate ........ dengan side dishes termasuk kimchi dan di makan bersama nasi

side dish ..... kimci
main dish .... bulgogi (marinated beef)


Satu set hidangan ini untuk 2 orang dan harganya 30,000 won ....... lebih murah berbanding di Jeju.

Masjid` Seoul

  Masjid ini terletak  di atas bukit ...... termengah-mengah juga untuk sampai  ke sana. Di sekitar kawasan ini terdapat berbagai-bagai kedai milik orang Islam.

Pintu masuk masjid
 

 
              Pemandangan dari atas kawasan masjid


Kawasan penempatan dan perniagaan orang-orang Islam berhampiran dengan masjid

Lain-lain tempat menarik yang sempat dilawati:

Deoksugung Palace

Located at the corner of Seoul's busiest downtown intersection, Deoksugung Palace is famous for its elegant stone-wall road.

Bayaran masuk ke istana ini ialah sebanyak 1000 won.
                                                                                                                                                                                                                                   
Entrance to the palace
Dalam kawasan Istana
             Papan Maklumat untuk para pengunjung


Reenactment of the changing of the guards ceremony .........


...... setiap hari pukul 11:00, 14:00 dan 15:30 , kecuali hari Isnin


National Museum of Korea

Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Muzium nasional Korea ....... Dec 2011
                                                                                                                                                                                                                                                                   
Dalam exhibition hall muzium

Replika pagoda di lobi muzium




























Lanskap di luar muzium  cantik dan menarik ...... dihiasi dengan bunga kobis putih dan ungu

Hiasan pohon bambu yg indah di luar muzium
bunga kobis ungu




Dongdaemun Market

Korea's largest wholesale and retail shopping district has 26 shopping malls, 30,000 specialty shops, and 50,000 manufacturers. Within the ten blocks of the market area, you can find silks, clothes, shoes, sporting goods, plumbing and electrical supplies, electronics, office supplies, toys and just about everything else imaginable.



Lorong menuju ke dalam pasar ......
Kedai sutera yang biasa dikunjungi oleh orang Malaysia ..... Mr Kim ni boleh cakap Melayu sikit-sikit

Kedai yang padat dengan barangan jualan di kiri kanan lorong menyebabkan laluan sesak

 Namdaemun Market
Namdaemun Market, located in the very center of Seoul, is the biggest traditional market in Korea

Ketika kami sampai di sini jam menunjukkan sudah hampir pukul 5.00 petang. Kebanyakan kedai sudah ditutup. Hanya beberapa gerai saja yang masih dibuka ..... ini yang dalam bangunan. Namun yang di luar masih lagi sibuk dengan urusan jual-belinya.

Namdaemun market Korea ....... Dec 201

gerai yang masih dibuka ....... menjual barangan aksesori

Gerai dan kedai di tepi jalan
Goodbye  Seoul - goodbye Korea

Penerbangan balik ke Malaysia pada 12 Disember pukul 12 malam. Jadi kami mempunyai masa yang agak panjang pada hari itu sebelum bertolak balik. Sebelum cek-out dari hotel kami telah pergi membeli-belah sedikit di pasar Dongdaemun. Kami berjalan kaki saja ke sana kerana hotel tempat kami menginap terletak tidak jauh dari situ. Selepas cek-out  dari hotel, kami terus mengambil teksi ke Seoul station. Tujuan kami ke sana adalah untuk menyimpan beg-beg kami dalam loker yang terdapat di setesen itu. Oleh kerana flight kami masih lambat lagi, jadi kami mempunyai masa yang banyak untuk berjalan-jalan di Seoul .


Seoul Station- setesen keretapi utama ........ Dec 2011

Semasa meninggalkan beg-beg ini kami kehilangan 9,000 won. Oleh kerana tidak faham arahan cara menggunanya, kami tawakkal masuk duit dulu ke dalam mesin dengan harapan dapat kunci selepas loker dibuka. Rupa-rupanya prosidurnya terbalik .... dapatkan kunci dulu baru masukkan duit.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang Korea , sangat suka membantu. Ketika kami   membelek-belek cuba nak membuka loker, datang seorang hamba Allah bertanyakan masalah kami. Lega rasanya kerana dia boleh berbahasa Inggeris. Lalu dia pun menerangkan pada kami cara menggunanya. Bila sudah tahu bagaimana hendak menggunanya, loker yang kosong pula tidak ada. Ketika berpusing-pusing mencari  loker kosong, datang pula seorang pekerja setesen membantu mencari. Akhirnya kami berjaya menyimpan beg-beg kami. Alamdulillah ...... Allah memudahkan urusan kami di Korea berkali-kali.

Pada petang itu kami ke Itaewon sekali lagi mencari makan tengahari dan masjid untuk solat Zohor dan Asar, sambil mencari suvenir untuk dibawa pulang. Di sini ada banyak kedai seperti itu dan gerai-gerai di tepi jalan yang menjual baju T-shirt bertulis Korea dengan harga yang berpatutan. Kami juga singgah sebentar  di pasar Namdaemun sebelum  balik ke setesen Seoul mengambil beg-beg dan meneruskan perjalanan  ke Incheon International Airport dengan keretapi ekspres AREX.



Dalam keretapi expres AREX ...... Dec 2011

Selamat tinggal Seoul .......... Incheon Airport

  You might also like to read this:

Dinamik Korea – Jeju-do (the new 7 Wonders of Nature)